You are on page 1of 6

Tajuk Cerpen : Penulis :

Kasih Tidak Ditakar Nurul Afifah Abd Rahman

NOMBOR AYAT 1 Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan(kepujian) Mekanikal. 2 Mataku tajam menyoroti jejak tulisan yang terukir di skrin komputer riba. 3 Keputusan permohonan aku untuk menyambung pelajaran akhirnya diterima. 4 Ini satu berita gembira. 5 Ya ! gembira buat mak dan abah. 6 Akan tetapi , bukan aku 7 Hairan! hati ini tidak bersorak bahagia 8 Riak muka juga tidak berona senyum 9 Aku terbungkam sendirian 10 Tiada irama yang terlantun dicorong mulut walaupun mulut terlopong memandang pengkhabaran itu 11 Hanya mata sahaja yang ralit berperanan memahami tinta yang ditatap di hadapan mata tetapi pikiran sudah dilemparkan jauh entah ke mana 12 Ya ! renungan mata yang bersuara 13 Bukan atur kata yang mencoret irama suara 14 Huh. 15 Satu suara akhirnya berbunyi juga 16 Tetapi berbaur keluhan 17 Pelik bukan? 18 Seharusnya menerima tawaran melanjutkan pelajaran merupakan satu khabar gembira buat semua orang 19 Namun mengapakah aku tidak sedemikian? 20 Sebaliknya aku mengeluh 21 Aku termangu 22 Mata ku tepat memandang susuk tubuh tua itu berhias diri mengemaskan personality 23 Sebermula pagi sudah memerah keringat mencari kelangsungan pendapatan keluarga 24 Memiliki sejumlah 13 orang adik beradik dilihat indah dan seronok tetapi kudrat kedua-dua insan penting dalam membesarkan anak-anak itu tidak pernah aku salami jerih lelahnya. 25 Aku mungkin tidak tergamit rasa kesusahan dan kurang mencakna keperitannya memandangkan aku anak bongsu 26 Kesemua abang dan kakak aku sudah terlebih dahulu merasai asam garam keluarga. 27 Namun aku juga tidak terkecuali diberikan berpeluang menjual nasi lemak di tepi jalan 28 Mengikut abang menorah getah dan diancam binatang bisa dan berbahaya di kebun serta menjual hasil hutan di pasar 29 Abah, haikal nak guna duit.

NOMBOR 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65

AYAT Cikgu suruh bayar yuran sekolah. Salah seorang abangku memecah suara kea rah abah. Dia mencelah di sisi abah Abah Emmm.. yang Azlan cakap hari itu. Emmm.. abah ingat lagi tak? Salah seorang lagi bersuara di muka pintu bilik. Langsir biliknya diselak separuh Ungkapannya tersirat tetapi maknya tersurat Semua adik beradik ku sudah ada mencerna, abah seorang yang tegas dan garang Daripada wajah abangku, dia kelihatan gugup Tutur katanya takut-takut dan gagap Niatnya mungkin sama Tentang duit Ya! duit bukan segala-galanya Akan tetapi dengan duitlah nasib keluarga dapat diubah Abah tidak bersuara Dia mengangguk tenang Tangan diseluk ke dalam saku seluar lusuhnya mengeluarkan beberapa helai wang kertas kepada kedua-dua abangku Kelmarin ada yang meminta dan abah memberi Semalam ada yang meminta dan abah memberi lagi Begitu juga hari ini Seperti biasa, ada di antara kami yang meminta dan abah tetap terus memberi Kemungkinan esok juga adegan yang sama bakal dipertontonkan Begitulah drama reality yang ditayangkan di hadapan mata aku Berkisar episod pemberian abah Tiada berpenghujung babaknya Baiknya abah Itulah rutin harianku sewaktu melangkah umur tujuh tahun Memerhati wajah tua itu menghulur duit untuk keluarga Nama sahaja bekerja sebagai guru besar tetapi maklumlah gaji seorang guru dahulu tidaklah banyak mana. Duit abah tidak sempat masuk, sudah dikaluarkan untuk anak-anak Tambahan pula ketika itu, abanh ada menanggung keluarga adik dan kakak abah yang terdesak dengan kemiskinan Setiap kali memerhati riak wajah abah tersenyum tenang menghulur duit saat kami meminta, aku pasti mengalirkan air mata Sebak di hati melihat wajah tenang itu tabah memberi dan jarang-jarang menerima apatah lagi mahu meminta Sewaktu kecil lagi, aku ada memasang impian mahu membawa mak dan abah menaiki kereta besar dan mewah milikku kerana sedari kecil lagi sudah melihat dan berasa perit akan kesusahan.

NOMBOR AYAT 66 Aku cemburu melihat orang lain yang hidup senang dan bahagia tanpa pernah melalui kegetiran pahit maung sebuah kehidupan. 67 Adik sudah siapkan barang-barang nak bawa belajar nanti? 68 Suara abah mematikan khayalanku dalam cerita lampau yang sudah berhabuk itu 69 Pandanganku bertaut pada wajah tua berkerut dahi yang sedang duduk di kerusi malas 70 Panggilan adik masih berbunyi lancar dibibirnya walaupun usia ku kini sudah menginjak 21 71 Aku tersenyum 72 Sudah 73 Jawapku ringkas 74 Kemudian pandanganku dilontarkan keluar rumah 75 Merenung pengkisahan takdir hari esok dan seterusnya 76 Alangkah indahnya jika percaturan hari esok dapat di selongkar 77 Bolehlah merencana perjalanan kehidupan 73 Namun apakan daya, insan tidak berkuasa 74 Hanya Allah maha berkuasa 75 Jauh di lubuk hati, aku berasa amat berat sekali untuk melanjutkan pelajaran 76 Aku risaukan abah di kampung yang tiada siapa dapat menjaga 77 Tinggal berdua sahaja dengan mak 78 Mak juga tidaklah sihat dan utuh mana untuk memimpin abah 79 Baru-baru ini abah terjatuh dalam bilik air 80 Walaupun tidak mengalami kecederaan apa-apa, tetapi badannya masih lemah 81 Orang tua barangkali 82 Abah dan mak sedang meratah usia tua 83 Itulah yang membuatkan hatiku tersayat berat meninggalkan mereka berdua 84 Serius! 85 Hatiku dirobek dengan rasa berat seperti dihempap bertubi-tubi dengan bebanan di bahu dan badan sehingga tidak dapat bangun 86 Akan tetapi lirih suara itu mencairkan ego ku 87 Aku akur dalam keterpaksaan 88 Aku menggagahkan juga semangat ku yang tawar 89 Pergilah 90 Ujar abah dalam senyum 91 Ya, senyuman yang layu 92 Namun begitu, kata-kata abah itu aku semat dalam hati 93 Abah bersungguh mahu aku menyambung pelajaran 94 Aku turut 95 Aku hanya mahu mengembirakan mereka yang telah bersusah payah berkorban membesarkan aku 96 Baru seminggu berada di kampus sudah meledakkan rasa rindu dan sepotong rasa bimbang aku membuak-buak terkenang mak dan abah 97 Tiada rasa mahu pergi ke kelas malah aku sering meninggalkan kelas 98 Hati aku tidak berada di tempat belajar

NOMBOR 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118 119 120 121 122 123 124 125 126 127 128 129 130 131 132 133 134 135 136 137

AYAT Nurani aku sudah sebati menetap dan berada di kampung bersama mak dan abah Cuma jasadku sahaja terkapai-kapai di tempat orang Aku gagahi juga berjuang di medan pelajaran Tibalah waktu peperiksaan semester, tiba-tiba sahaja pengkhabaran dari kampung mengundang rasa cemas dan kerisauan yang semakin menebal Abah masuh hospital Kena tahan wad Dia mengaduh sakit dada Titipan satu sms daripada salah seorang abang ku menggesa aku supaya pulang Sudah Kali ini benar-benar emosiku mengekang Kegusaran aku perihal keadaan abah sudah dipuncak Tetapi aral peperiksaan yang melintang membataskan kehendak ku Aku benar-benar tersepit di antar dua kepentingan yang menggurat emosi di dada Aku pasrah Aku beralah dengan peperiksaan Aku berlagak menjadi orang tabah sedang fikiran ku berserabut dicengkam wajah abah yang sedang bertarung dengan kesakitan Memori ingatan leka untuk menelaah pelajaran sebaliknya ralit meratib wajah abah Malah khuatirku pada abah lebih besar daripada khuatirku kepada peperiksaan Hati ku juga tidak karuan selagi tidak Nampak dengan pancaindera mataku sendiri keadaan abah. Banyak silibus pelajaran yang aku tidak faham menjanjikan kegagalan dalam peperiksaan Nah! Memang benar aku gagal dalam semester pertama itu Terus aku nekad. Serius, kali ini tetap dengan keputusan ku Aku tamatkan pelajaranku di kampus Ya, aku tidak menyesal dan tidak akan pernah menyesal dengan keputusan ku Apakah jihad kedua terbesar selepas menunaikan solat selain daripada berbakti kepada emak dan abah? Petikan mafhum hadis riwayat ibn Masud itu ku genggam kemas Kini, jiwa dan ragaku hanya mahu menumpukan pada orang tua ku di kampung Malam sudah menjemput pertengahan malam membuka tirainya menghias si hari Suasana sunyi Semua pesakit sedang meniti waktu berehat dan beradu Pemandangan suram beransur kelam Hanya ditemani cahaya bulan yang samar-samar ditutupi malam yang zulumat Aku menemani abah di hospital bersama abang di atasku Kami duduk bertentangan antara satu sama lain dan melabuhkan duduk di sisi abah Abah sudah merapatkan matanya Tadi seperti biasa, dia bercerita kepada ku Abah memang suka bercerita

NO 138 139 140 141 142 143 144 145 146 147 148 149 150 151 152 153 154 155 156 157 158 159 160 161 162

163 164 165 166 167 168 169 170 171

AYAT Aku melayan perbualan abah bersama abangkuu Kini, abangku juga menundukkan kepalanya mengakui kehadiran malam perlu berehat Sedangkan aku pula sedari tadi tidak dapat aku pejam pasangan mata ini Entah apa yang bertenggek di dahan hati Menganggu dan menyekat rasa mengantukku menghiasi mala mini Kerusi malas yang aku duduki aku angkat ke atas Aku dudk tegap menampang wajah yang sudah dim amah usia itu Luluh hatiku berlagu sayu Mataku menyambar susah payah abah tersekat-sekat menarik dan menghembus nafas Aku pandang kesihan wajah abah bersulam empati Ada gerimis jernih berputik di kelopak mata ku lalu terus gugur menitik di katil abah Pantas aku kesat Kemudian, perlahan-lahan aku angkat tangan abah Menelusuri garis-garis urat yang timbul berselirat Aku kerling tapak tangan abah Permukaaannya kasar Tapak tangan itu sedikit terhakis kulitnya Ada luka halus menempel di tapak tangannya Aku mengerlus lembut jari jemari abah lalu ku kucup perlahan Tidak semena-mena air mataku mengalis deras dengan tiba-tiba Sebak kembali larut bertamu dalam lelehan air mata malam yang dingin Sementelah mata tidak rela di noda dengan tidur Aku membaca surah Yaasin Pemandangan yabg gelap tidak membantutkan niatku untuk membaca kerana surah itu telah aku khatamkan untuk beberapa kali Aku meneruskan pembacaan sambil terus tetap melirik pada wajah abah tiada saham yang lebih bernilai buat seorang ibu dan bapa selain daripada anak soleh yang selalu mendoakannya Malah itu jugalah yang mampu menolong anak adam saat hayat tidak lagi diandung badan Entah bila aku tertidur, aku tidak menyedari Jangan-jangan bacaan yaasin malam tadi tidak habis dan tergantung di pertengahan Tiba-tiba sahaja aku tersentak apabila terdengar azan subuh berkumandang di mmasjid berdekatan hospital Seorang doctor datang mendekati katil abah pagi tu Seperti biasa oksigen dimasukkan ke dalam tubuh abah Terketar-ketar tubuh tua mering itu menerima oksigen Aku memerhati simpati Jika aku dapat mengganti tempat abah menanggung sakit perit yang dirasakan, aku pasti betah walau dicabar bersusah payah.

NO 172 173 174 175 176 177 178 179 180 181 182 183 184 185

AYAT Kerana pengorbanan abah membesarkan aku takkan dapat aku balas walau dengan gadaian nyawaku sekall pun. Abah, makanlah dulu Sesudu nasi berisi separuh penuh aku hulur ke mulut abah Tak nak Kerongkong abah seperti menggagau Kepalanya digelengkan setagal Jamahlah sikit Abah kena makan ubat nanti Pujuk ku lagi Wajah sugul berjeleber itu akhirnya membuka mulutnya Perlahan ku suakan rezeki pagi itu ke mulut abah Abah ini macam sudah tidak lama Seolah-olah seperyi ada halilintar yang menyambar pantas Ada panahan rasa yang bermonolog dengan tiba-tiba saat mata ku bertaut dengan mata abah.

You might also like