You are on page 1of 6

1.

0 PERANAN KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN MORAL INDIVIDU Keluarga merupakan salah satu agen sosialisasi yang paling hampir dengan setiap individu. Kekeluargaan terdiri daripada keluarga asas dan keluarga kembangan. Keluarga asas seperti ibu bapa, adik beradik, datuk dan nenek, manakala keluarga kembangan terdiri daripada bapa saudara, ibu saudara, sepupu dan sebagainya. Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi dan kelakuan seseorang. Ikatan kekeluargaan sangat penting untuk menghasilkan kemahiran sosial yang sihat. Semakin teguh institusi kekeluargaan, semakin positif komunikasi yang akan menyumbangkan Menurut Huzaidy kepada Hj. kesempurnaan (2001) proses dalam sosialisasi.Kehancuran (1980), ikatan sesebuah kekeluargaan akan mendorong kepada berlakunya tingkahlaku delinkuan. Hussain Newmann kebanyakan rumahtangga yang menghasilkan kanak-kanak yang melakukan salah laku mempunyai sekurang-kurangnya satu atau lebih ciri-ciri berikut. Terdapat ahli keluarga yang terlibat di dalam jenayah, ibubapa tidak bermoral ataupun pemabuk;salah seorang ataupun kedua-dua ibubapa telah meninggal ataupun telah berpisah; kurang kawalan; pilih kasih ataupun sakit; wujudnya kesukaran dalam ekonomi seperti kemiskinan, tiada pekerjaan ataupun kesempitan wang.

1.1 PERANAN IBU BAPA Sabda Rasulullah s.a.w. Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan suci maka kedua ibu bapa yang menjadikannya seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi. (H.R.Bukhari) Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa Islam sendiri menyatakan bahawa pembentukan sahsiah diri seseorang individu perlu dipupuk sejak kecil lagi. Bertepatan dengan peribahasa Melayu yang mengatakan melentur buluh biarlah

dari rebungnya turut menegaskan bahawa sahsiah diri yang diamalkan sejak kecil lagi akan menjadi kebiasaan kepada seseorang individu. Ibubapa merupakan orang yang diberi tanggungjawab untuk mencorakkan kehidupan anak-anaknya kerana keluarga merupakan pengaruh yang paling kuat dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah. Didikan baik yang diperolehi dari rumah akan membentuk sahsiah diri yang baik di luar rumah kerana sentiasa berpegang teguh kepada asas dan nilai-nilai murni yang diamalkan dalam keluarga. Ibubapa bukan hanya bertanggungjawab menyediakan keperluan-keperluan bersifat material semata-mata tetapi juga mempunyai kewajipan untuk memenuhi keperluan rohani anak-anak. Ini adalah kerana ibubapa merupakan pihak yang terdekat dan rapat dengan anak-anak. Sesuatu yang berlaku pada anak-anak seharusnya terlebih dahulu dapat dikesan oleh ibu bapa. Kewajipan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh ibubapa akhirnya akan membuahkan kebahagiaan dan keharmonian hidup dalam sesebuah keluarga. 1.1.1 PENDIDIKAN AGAMA Dalam agama Islam, ibubapa diberi amanah dan tanggungjawab mendidik anak-anak untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa.Sehubungan itu, dalam era millennium ini, ibu bapa harus bijak dan mempunyai pendekatan yang diadunkan mengikut kesesuaian, perubahan masa agar anak-anak dapat menilai sesuatu itu sama ada baik atau buruk berasaskan hukum agama dan hukum moral masyarakat. Kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa masa kini ialah menyisihkan anak-anak mereka daripada pendidikan moral. Mereka beranggapan bahawa dengan hanya memenuhi keperluan material anak-anak, maka tanggungjawab mereka sebagai orang tua telah terlaksana. Mereka menyekolahkan anak-anak di sekolah berlabel Islam dan menganggap pendidikan moral sudah cukup diberikan kepada anak-anak mereka. Justeru, ibubapa merasakan bahawa diri mereka sudah terlepas tanggungjawab memberi pendidikan moral Islam.

1.1.2 KAWALAN DISIPLIN Ibubapa juga harus bijak menggunakan pendekatan yang fleksibel dalam memberikan mereka. pendidikan moral. Justeru, berupaya mereka untuk harus bijak dalam gaya yang menimbangkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukakn oleh anak-anak Ibubapa seharusnya mengaplikasikan atau kebebasan keibubapaan mengikut kesesuaian, keadaan

dibenarkan.Antaranya ialah menggunakan stail authoritarian, stail demokratik atau stail permissive. Dalam Stail Authoritarian , cara mengherdik atau memarahi anak digunakan oleh ibubapa. Di peringkat awal, kemungkinan cara ini berkesan tetapi untuk jangkamasa panjang ia boleh menjejaskan keyakinan diri individu apabila remaja. Mereka akan sentiasa dibayangi ketakutan, mengalami perasaan keraguan diri, ingin memberontak dan melawan. Dalam konteks ini, ibubapa perlu mengamalkan sikap toleransi seperti yang terdapat dalam Stail Demokratik. Ini adalah kerana kongkongan yang berlebihan tidak dapat membantu ibubapa untuk membangunkan anak-anak menjadi seorang yang berguna baik kepada diri, keluarga mahupun masyarakat. Ibubapa sewajarnya menghargai kebolehan anak-anak dalam melakukan sesuatu dan diberikan sedikit kebebasan untuk menentukan haluan hidup mereka. Justeru, anak-anak akan diberi peluang menuruti keinginannya selagi tidak bertentangan dengan nilai-nilai mulia dan akhlak yang baik. Sebagai contoh, ibubapa memberi peluang kepada anak-anak memilih pakaian yang mereka sukai disamping memberi dorongan dan pandangan pemilihan pakaian yang sesuai dengan nilai moral dan agama. Penggunaan Stail Permissive pula tidak wajar kerana ibubapa memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak dan yakin akan kemampuan anak-anak membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Sekiranya ini berlaku, ibubapa telah melakukan satu kesilapan yang besar kerana anak-anak masih tidak boleh berfikir dengan waras dalam sesuatu perkara atau keadaan

tanpa pengawasan daripada ibubapa. Sebagai contoh, tindakan memberi wang yang berlebihan kepada anak-anak boleh menyebabkan mereka terperangkap dengan dadah, arak dan rokok. Manakala kebebasan berkawan tanpa pengawasan pula boleh menyebabkan anak-anak memilih rakan-rakan yang jahat dan sesat sehingga akhirnya melakukan perbuatan yang diharamkan oleh agama. 1.1.3 PENCEGAHAN AWAL Sesuatu nilai moral yang baik bagi seseorang individu perlu dipupuk sejak awal proses pertumbuhan dan perkembangan diri bermula dari alam bayi, kanakkanak, remaja dan dewasa. Ibubapa merupakan orang yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan proses pendidikan diberi secara berterusan. Ibubapa harus memupuk bahawa kasih sayang dan perhatian yang diberikan ada had dan batasannya. Ibubapa yang terlalu melindungi anak mereka (overprotection) boleh memberikan kesan negatif terhadap perlakuan anak mereka. 1.1.4 KOMUNIKASI Dalam konteks hidup berkeluarga, komunikasi menjadi satu elemen penting dalam kehidupan kerana ia berupaya menjadi pengukur kebahagiaan sesebuah rumahtangga.Melalui komunikasi, segala maklumat dapat disalurkan sesama ahli keluarga. Kurangnya komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak boleh menimbulkan kesan negatif kepada anak-anak apabila mereka merasakan bahawa diri mereka kurang mendapat perhatian. Oleh yang demikian, akan timbul penderhakaan, terlibat dengan jenayah, terjerumus ke lembah maksiat dan sebagainya. Komunikasi yang baik dalam sesebuah keluarga dapat membantu mengurangkan hal-hal yang tidak diingini. Komunikasi dua hala dengan anak-anak dan sikap menghormati pandangan yang diberikan oleh anak-anak adalah sangat penting.

Ketika bersama keluarga, anak-anak akan berinteraksi dengan ibubapa dan ahli keluarga yang lain. Pendidikan informal iaitu pembentukan pembiasaan (habit formation) diperolehi seperti cara makan, cara berpakaian, sopan santun dan sebagainya. Pentukan informal ini membantu pembentukan keperibadian anak-anak seperti religious, disiplin, lembut/kasar dan sebagainya tersemai dan berkembang dengan perlakuan kebiasaannya di rumah. 1.1.5 SEKSUALITI Amatlah penting bagi ibubapa untuk memberikan penekanan dan fahaman yang jelas tentang seksualiti kepada anak-anak. Terdapat banyak faktor wujudnya gangguan seksual terutama apabila anak remaja tidak dapat mengawal naluri semulajadi sehingga terdorong melakukan tingkahlaku di luar batasan moral dan agama seperti melakukan seks sesama ahli keluarga. Oleh itu, sebagai ibubapa haruslah memahami dorongan naluri yang muncul dalam diri anak mereka. Ibubapa harus membimbing anak menyalurkan dorongan secara positif dengan mengalihkan perhatian kepada kegiatan yang selaras dengan tatasusila dan pengangan agama. Latih anak dengan kawalan dalaman dan fikirkan kesan daripada perbuatan yang dilarang dalam agama. Kemahiran ini akan dapat menghindarkan anak-anak daripada bertindak mengikut nafsu. 1.1.6 MENEROKA DAN MERANGSANG POTENSI 1.2 PERANAN AHLI KELUARGA Peranan ahli-ahli keluarga yang lain seperti kakak dan abang juga dapat membentuk nilai moral sokongan daripada nilai-nilai yang telah dipupuk oleh ibubapa mereka. Ahli-ahli keluarga yang lain juga boleh memainkan peranan sebagai rakan sebaya. Peranan ahli-ahli keluarga yang lain termasuklah datuk, nenek, bapa saudara dan ibu saudara akan turut sama mewarnai situasi dan iklim keluarga harmoni.

2.0 PERANAN INSITUSI KEAGAMAAN

You might also like