You are on page 1of 4

a. Ayat rangsangan tentang remaja bagi perenggan pengenalan 1.

Akhir-akhir ini, kita sering dihidangkan/disajikan dengan berita yang negatif tentang generasi muda. 2. Berita tentang remaja yang bertindak di luar batasan sering terpampang dalam media massa, malah isu tersebut menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat mahupun di parlimen. 3. Semakin hari, banyak remaja terjebak dalam gejala sosial yang mampu menuntup sinar harapan kehidupan mereka. 4. Semakin hari, banyak remaja (golongan pascamerdeka) terjebak dalam gejala sosial yang mampu menutup sinar harapan kehidupan mereka. 5. Apabila memperkatakan remaja maka terbayanglah di kota fikiran kita seorang manusia yang berada dalam lingkungan belasan tahun yang masih muda, sihat, dan bertenaga namun masih mentah dalam segala aspek kehidupan. 6. Pada era globalisasi ini, wujud segelintir ...(pihak)... yang hanyut dibuai arus kemodenan dan alpa bahawa perkara yang seharusnya dikejarkan oleh mereka ialah ...(perkara)... bukan keseronokan duniawi sahaja. 7. Remaja sering dikaitkan dengan kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak umpama virus epidemik. 8. Remaja merupakan generasi pelapis pemimpin masa hadapan seterusnya mencorak perjalanan masa depan sesebuah negara. 9. Dalam keasyikan negara menarik rancak bersama bayang-bayang pembangunan yang bergerak pantas pada zaman pascakemerdekaan, masalah tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini berlaku demikian kerana kes yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak. Masalah sosial yang menjadi buah mulut masyarakat ialah gejala 10.Slogan Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara sering diuar-uarkan pada masa ini. Slogan ini bermaksud golongan remaja merupakan aset afdal dan tonggak negara pada masa depan. Malangnya, penyakit sosial menjadi semakin kritikal dalam halakah masyarakat. Masalah yang wujud dan semakin berkembang dalam masyarakat ini ibarat duri dalam daging dalam kehidupan kita 11.Sejak akhir-akhir ini, dalam menongkah arus pembangunan semakin gah di negara kita, golongan remaja memainkan peranan yang signifikan untuk merealisasikan aspirasi negara yang telah digariskan dalam Wawasan 2020.

b. Ayat arah bagi perenggan pengenalan Sebab/Punca/Faktor 1. Oleh hal yang demikian, untuk membendung masalah ini daripada terus menular, puncapunca berlakunya kemelut ...(isu)... harus dikaji sehingga ke akar umbi. 2. Sebelum sesuatu wahana/langkah/modus operandi yang konkrit dan pragmatik dirangka untuk membanteras kemelut ini, kita perlu menyelami punca-punca yang menjurus kepada peningkatan statistik .... 3. Sebelum sesuatu wahana yang konkrit, pragmatik dan kolaboratif dirangka bagi mengekang kemaraan kemelut ini, kita wajar menyelami faktor-faktor yang mendorong kepada ... 4. Sebagai mengukuhkan lagi pernyataan tersebut, maka, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu dikesan seberapa segera. 5. Sebelum perkara ini menjadi pertikaian akan permusuhan dalam negara, adalah lebih wajar sekiranya kita .... Persoalan yang sering ada di benak fikiran kita ialah apakah erti kes ... 6. Pada pendapat saya, terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya masalah ini. 7. Setiap masalah yang berlaku pasti ada puncanya bak kata pepatah 'Masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin yang bertiup. 8. Sebagai mengukuhkan lagi pernyataan tersebut, maka punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu dikaji dengan seberapa segera kerana sediakan payung sebelum hujan. 9. Sebagaimana yang kita maklum, kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang, tentu mendatangkan impak kepada masyarakat kepada negara. 10.Memang benar perencah menjadi salah satu punca berlakunya fenomena ini. Punca dapat dikenal pasti bak kata pepatah, ada angin, ada pokoknya. 11.Setiap masalah yang berlaku pasti ada puncanya bak kata pepatah Masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin yang bertiup. Oleh itu, kita mesti mengupas perkara ini hingga ke akar umbi untuk mengetahui faktor yang mencetuskan masalah ini dan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah Bak kata pepatah, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak berkata. 12.Masalah yang berlaku tentu ada puncanya/sebabnyaSesungguhnya, terdapat beberapa pemangkin yang menyebabkan berlakunya sandiwara ini.

13.Setelah meneliti dan mengkaji secara mendalam, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan kerana jikalau tiada berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.

c. Ayat Topik: Punca/faktor/ 1. Tanpa kita sedari, kita juga merupakan antara penyumbang senyap terhadap yang kian meruncing ini. 2. Salah satu punca yang menyebabkan berlakunya gejala ini ialah ...... 3. Salah satu sebab/ punca/ alasan/ pemangkin / indikator berlakunya ..... 4. Punca perdana/dominan/afdal yang menyebabkan berlakunya gejala ini ialah.. 5. Jika direnung sejenak, antara faktor yang menyebabkan ...(masalah)... ini terjadi termasuklah 6. ...(isu)... banyak didominasikan oleh faktor ..... 7. ...(isi)... juga menjadi punca gejala ...(isu)... 8. Satu lagi punca yang tidak kurang pentingnya ialah ...

d. Ayat Contoh 1. Sebagai contohnya, setelah kajian mendalam dibuat, didapati... 2. Biar kita ambil contoh... 3. Sebagai contohnya,... 4. Biar kita lihat. 5. Antara contoh yang boleh dikemukakan ialah.... 6. ...misalnya..., 7. ...umpamanya ..., 8. perkara yang dimaksudkan ialah...

9. seperti mana ... 10.Menurut pakar motivasi, .... 11.Sebagai contoh, ..... 12.Seperti yang umum ketahui, ..... 13.Lantaran itu, ..... 14. misalnya, ... 15.biar kita mengambil contoh ..... 16.mari kita mengambil contoh .....

e. Ayat Penegas/Rumusan 1. Pada dasarnya... 2. Jelaslah bahawa... 3. Jelaslah di sini 4. Rumusnya, ... 5. Sudah terang lagi bersuluh... 6. Dengan keterangan yang diberikan, terbuktilah bahawa... 7. Berdasarkan huraian yang diberikan, terbuktilah bahawa... 8. Berdasarkan senario di atas, jelaslah bahawa ..... 9. Pendek kata,... 10.Dengan kenyataan yang diberikan, dapat disanggah pendapat yang menyatakan bahawa... 11.....ternyata merupakan (faktor/ kesan/ langkah) yang dapat .....

You might also like