You are on page 1of 12

Kesantunan berbahasa

Apakah erti kesantunan? Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987). Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar. Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adapt resam, malah diperkukuh oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang berbunyi: Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah. Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu. Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu Nilai merujuk kepada sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip yang memberikan arahan dan menjadi petunjuk kepada perlakuan dan pemiikiran manusia dalam mengatasi masalah (Kluckhon dan Strodtbeck (1961). Nilai menjadi ukuran dan pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu perlakuan berasaskan kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat (Wan Abdul Kadir, 2000). Misalnya, kita berasa janggal apabila mendengar suami isteri mengungkapkan kata panggilan aku dan kamu dalam perbualan mereka. Perlakuan yang demikian dianggap tidak santun. Jadi, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai perlakuan dapat digambarkan dalam ungkapan berikut: Ketika orang diam Aku bersorak Ketika orang duduk aku berdiri Ketika orang memberi

Aku meminta Ketika orang bekerja Aku terlena Ketika orang dipuncak Aku masih merangkak. Selain itu, nilai berbahasa juga dititkberatkan oleh orang Melayu. Maka wujudlah bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar, bahasa biadab dan seumpamanya. Oleh itu, seseorang itu perlu memahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata, dan dalam situasi apa dia berkata. Sesunguhnya, orang yang santun ialah orang yang tahu meletakkan dirinya dalam keadaan tertentu. 4 Kesantunan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Insan yang seimbang daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat dilahirkan melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari hakikiat ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia pada waktu itu) mewajibkan semua pelajar sekolah menengah mempelajari kesusasteraan yang diserapkan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu dengan nama Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas). Pembelajaran Komsas bermula pada tahun 2000 untuk pelajar tingkatan 1 dan 4, manakala pada tahun 2001 semua pelajar sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 diajarkan Komsas. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002), menyatakan objektifnya dengan jelas. Antara objektifnya adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat: melibatkan diri dalam interaksi sosial melaui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan; menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara. Keupayaan pelajar berinteraksi dengan baik sama ada secara lisan atau bertulis memperlihatkan aspek kesantunan berbahasa mereka. Pelajar harus faham dan sedar akan kedudukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan pihak lain. Mereka juga perlu sedar akan tujuan, masa, tempat, dan dengan siapa mereka berkomunikasi. Hal ini akan terjelma melalui aktiviti-aktiviti kebahasaan seperti yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Sebagai contoh, beberapa kemahiran berbahasa dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu menyarankan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada kesantunan berbahasa. Antaranya termasuklah: 1.1 Aras 1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan sebutan, intonasi, kata dan ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik. 1.1 Aras 1(ii): Memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkan seseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun. 1.1 Aras 1(iii): Memahami dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai bagi seseorang.

Untuk merealisasikan pencapaian objektif ini, pemilihan bahan pengajaran adalah penting. Guru harus bijak memanipulasikan bahan pengajaran yang ada, khususnya teks Komsas. Dalam teks Komsas banyak terdapat unsur nilai dan kesantunan berbahasa. Jadi pengajaran dan pembelajaran Komsas harus bersepadu dengan pengajaran kemahiran bahasa yang lain seperti mendengar dan bertutur, memabaca dan memahami, dan menulis. Sebagai contoh, marilah kita sama-sama meneliti petikan yang berikut ini: Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak. Begitu kata-kata ibunya membujuk dia ke sekolah. Kau dah pulang Ramli? Bukalah kasut itu. Letakkan baik-baik di tempat letak kasut. Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah, kata ibunya di muka pintu. Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan, akan tetapi wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu disebalik senyumannya. Dia tahu bahawa ibunya bertanggugjawab terhadap dirinya dan adik-adiknya juga. Dia meletakkan kasutnya dengan baik di atas tempat letak kasut yang diperbuat daripada tong. Tempat itu dibuat oleh ibunya sendiri. Kasut adik-adik dan ibunya teratur rapi. Ternyata ibunya amat mementingkan kebersihan dan kesempurnaan. Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada Cikgu Fatimah. Dia baik kat Ramli. Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasi yang disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan harapannya itu. Dia menoleh ke arah adik-adiknya yang sedang makan dengan penuh selera. Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai. Rizal nak nasi lagi? tanya Ramli. Tak nak, bang. Ijai dah kenyang, jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timangtimangan. (Dipetik dan disesuaikan daripada Sehijau Warna Daun, hlm 52-54)

Berdasarkan petikan di atas, kita dapat meneliti kesantunan dalam dua bentuk perlakuan, iaitu perlakuan bahasa dan bukan perlakuan bahasa. (a) Perlakuan bahasa (i) Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak. (ii) Kata-kata pujian Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah, (iii) Kata panggilan yang sesuai Rizal nak nasi lagi? tanya Ramli. Tak nak, bang. Ijai dah kenyang, jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timangtimangan. (b) Bukan perlakuan bahasa (i) Empati Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.

(ii) Air muka/ raut wajah wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya. (iii) Menujukkan sikap bertanggungjawab Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.

Berdasarkan contoh petikan di atas, guru wajar memberikan penekanan kepada aspek kesantunan dengan menonjolkan aspek-aspek kesantunan yang terdapat dalam petikan. Hal ini perlu diterapkan secara menarik dan berkesan, dan bukan dipaksakan. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar belajar kesantunan bukan dengan kata-kata, tetapi dengan rasa. Penutup Kesantunan perlu dipupuk dan disemaikan terhadap pelajar dari semasa ke semasa. Prosesnya sangat panjang dan tidak ada jalankan pintas. Oleh itu, sebagai guru, kita perlu memperkukuh iltizam setiap masa untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran kita secara menarik, berkesan dan bermakna. Sebagai renungan, telitilah kalimat ini: Santunkah kita Apabila berbicara mendabik dada Apabila bercakap bohong belaka Apabila diberi secebis kuasa tersalah guna Apabila mengajar kepalang ajar Apabila berjanji dimungkiri Ada akal tidak berfikir Ada Ilmu tanpa amal Santunkah kita Kita mencintai yang dicipta melupai Pencipta Kita mencintai kehidupan melupai kematian Kita mencintai kekayaan melupai perhitungan. Harus diingat bahawa kesantunan merangkumi dua bentuk hubungan, iaitu hubungan yang baik antara manusia dengan manusia dan hubungan yang baik antara manusia dengan Pencipta. Keupayaan kita memelihara hubungan yang baik antara manusia dengan manusia semata-mata tidak bermakna kita telah mengamalkan kesantunan jika tidak disertai oleh amalan hubungan yang baik antara kita dengan Pencipta. Posted by addin at 11:23 PM 12 comments:

nzsyen said...

Selamat pagi Tuan Haji. Saya seorang guru yang sedang mengikuti kursus KPLIKDC-SKM-Pemulihan Khas di Institut Perguruan Darul Aman. Saya sedang menyediakan tugasan saya yang bertajuk 'Ciri-ciri, kepentingan dan penggunaan kesantunan bahasa dalam masyarakat.' Saya telah mencari maklumat di web untuk tajuk tersebut dan post Tuan Haji amat membantu dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Namun demikian, saya gagal mencari buku mengenai kesantunan bahasa walaupun di perpustakaan Alor Star. Bolehkah Tuan Haji memberi tunjuk ajar apa lagi cara yang saya boleh mendapatkan buku rujukan mengenai kesantunan bahasa Melayu? Hal ini kerana walaupun di kedai buku Popular saya tidak dapat cari buku berkenaan. Tunjuk ajar tuan didahului dengan ribuan terima kasih. Sekian. May 13, 2008 9:24 PM addin said... Saudara nzsyen, Terima kasih kerana saudara sudi mengunjungi laman saya. Saya amat berbesar hati jika tulisan ringkas saya ini memberikan manfaat kepada saudara. Untuk mendapatkan rujukan yang berkaitan, saya cadangkan saudara cuba mencari bukubuku di Dewan Bahasa dan Pustaka. Insya Allah, saudara akan menemukan bukubuku yang berkaitan. Mohon maaf kerana saya lambat membalas komen saudara. Terima kasih. July 18, 2008 3:36 AM dieeja said... Askum W.b.t..Tn Hj saya sedang mencari maklumat tentang soaln berikut iaitu 'Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai,bincangkan konsep kesantunan berbahasa dalam konteks masyarakat Melayu'..Saya amt berharap bantuan dari pihak Tn Hj dalam mencari maklumat untuk soalan ini..segala maklumat dari pihak Tn Hj amatlah saya harapkan dan saya hargai..Sekian Terima kasih August 11, 2008 12:30 AM jia said... assalamualaikum wbt.. tuan, saya ingin mencari satu artikel yang mengandungi maklumat tentang fakta soial dalam kesantunan bahasa (gelaran dan panggilan hormat) October 18, 2008 6:19 AM jia said... assalamualaikum, tuan. saya ingin mencari contoh petikan yang menunjukkan kesantunan berbahasa (gelaran dan panggilan hormat) October 18, 2008 6:21 AM

aten kiochan said... salam tuan.. boleh saya dapatkan senarai rujukan yang digunakan tuan dalam blog ini.saya pelajar yang perlu membuat tugasan berkaitan kesantunan bahasa. saya tertarik dengan apa yang ditulis dalam blog tuan.saya harap tuan dapat mempertimbangkan permintaan saya.terima kasih. August 10, 2010 2:26 AM aten kiochan said... salam tuan.. boleh saya dapatkan senarai rujukan yang digunakan tuan dalam blog ini.saya pelajar yang perlu membuat tugasan berkaitan kesantunan bahasa. saya tertarik dengan apa yang ditulis dalam blog tuan.saya harap tuan dapat mempertimbangkan permintaan saya.terima kasih. August 10, 2010 2:29 AM AyuniNatirah said... salam tuan... sy ayuni ingin memintak boleh tak tuan bg rujukan kpd sy utk m'buat tugasan sy yang "aspek kesantunan bahasa amat dipentingkan dalam masyarakat melayu.jelaskan sebabnya dan berikan contoh yang sesuai."sy b'harap tuan dapat la bg rujukan utk sy mendapat kan bahan tugasan sy tersebut...!!!! sekian terima kasih... September 19, 2010 1:54 AM AyuniNatirah said... salam tuan... sy ayuni ingin memintak boleh tak tuan bg rujukan kpd sy utk m'buat tugasan sy yang "aspek kesantunan bahasa amat dipentingkan dalam masyarakat melayu.jelaskan sebabnya dan berikan contoh yang sesuai."sy b'harap tuan dapat la bg rujukan utk sy mendapat kan bahan tugasan sy tersebut...!!!! sekian terima kasih... September 19, 2010 1:55 AM

AyuniNatirah said... salam tuan... sy ayuni ingin memintak boleh tak tuan bg rujukan kpd sy utk m'buat tugasan sy yang "aspek kesantunan bahasa amat dipentingkan dalam masyarakat melayu.jelaskan sebabnya dan berikan contoh yang sesuai."sy b'harap tuan dapat la bg rujukan utk sy mendapat kan bahan tugasan sy tersebut...!!!! sekian terima kasih... September 19, 2010 1:55 AM AyuniNatirah said... salam tuan... sy ayuni ingin memintak boleh tak tuan bg rujukan kpd sy utk m'buat tugasan sy yang "aspek kesantunan bahasa amat dipentingkan dalam masyarakat melayu.jelaskan sebabnya dan berikan contoh yang sesuai."sy b'harap tuan dapat la bg rujukan utk sy mendapat kan bahan tugasan sy tersebut...!!!! sekian terima kasih... September 19, 2010 1:55 AM roy said... thanks your info helping us(mahactua) a lot. September 8, 2011 2:15 PM Post a Comment Home Subscribe to: Post Comments (Atom)

SELAMAT DATANG KE LAMAN MARI BERBAHASA


Kepada pengunjung laman ini, saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat dan pengalaman dengan saya. Jika ada sebarang pertanyaan tentang bahasa, khususnya tentang pengajaran dan pembelajaran Komsas, dan tatabahasa, sila kemukakan pertanyaan anda melalui laman ini. Saya juga mengalu-alukan pandangan atau teguran daripada pengunjung untuk sama-sama kita membaiki kandungan laman ini dalam usaha untuk memperkasakan pendidikan bahasa dan sastera Melayu. Semoga usaha yang murni ini akan mendapat keredaan Allah jua.

kenali diri

mohd samsuddin

Blog Archive

2007 (1) o June (1) Kesantunan berbahasa

About Me
addin HAJI MOHD. SAMSUDDIN MAHMOD KETUA JABATAN KESUSASTERAAN INSTITUT PERGURUAN BAHASA MELAYU MALAYSIA, KUALA LUMPUR emel: mosamsuddin@yahoo.com h/p: 0196556192 View my complete profile

Kesantunan Berbahasa

Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan

1. santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi


bahasa.

2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa


atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. sapaan dan panggilan yang tersendiri. rujukan hormat dan ganti nama.

3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem 4. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, 5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''

6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan 7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa
halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya. biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan 9, Lihat contoh berikut:
Pak Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri. Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri. Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri. Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri. Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.

Mak

Tok

Abang

Kakak

Adik

10. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik,

menjadi Mak Cik atau Pak Cik 11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada: i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su. Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik. ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya. 12. Gelaran Pergaulan Bebas Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.

13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal) Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed. Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad. Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya. Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahliahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya. Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara. Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

14. Gelaran Warisan Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran

Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu). Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu) Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 16. Gabungan Gelaran (a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji (b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji (c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik. (d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik (e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji (f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

17. Rujukan Hormat


Orang Yang Disapa Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri Balu Raja Rujukan Hormat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Duli Yang Maha Mulia Yang Maha Mulia

Raja Muda atau Tengku Mahkota Kerabat Diraja Karib Bergelar warisan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja Tun, Toh Puan Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal Ketua Hakim Negara Ketua Polis Negara Hakim, Kadi Mufti dan pemimpin Islam Ketua jabatan tanpa gelaran

Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia Yang Amat Mulia Yang Mulia Yang Amat Berhormat

Yang Berhormat Yang Berhormat Mulia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Amat Arif Yang Amat Setia Yang Arif Sahibul Samahah Yang Berusaha

You might also like