PENGENALAN
Tugasan ini terdiri daripada huraian maksud bagi lima terminologi iaitu fakta, konsep, proses, prosedur dan prinsip. Bagi setiap terminologi tersebut contoh diberikandengan merujuk kepada huraian sukatan pelajaran (HSP) Produksi Multimedia.Dalam sukatan pelajaran Produksi Multimedia, ia bertumpu kepada empat komponen pengetahuan yang di ajar dalam empat bahagian iaitu:1-Konsep multimedia2-Teknologi perkakasan dan perisian multimedia3-Proses dan teknik penghasilan produk multimedia.4-Jenis dan bentuk produk multimedia.Dalam proses menyenaraikan contoh bagi setiap terminologi yang dicaridalam tugasan ini, contoh diberikan berdasarkan kepada bahagian-bahagian sepertiyang tertera di atas dan juga berdasarkan kepada kandungan unit bagi setiap bahagian.
1.0FAKTA1.1Definisi
Menurut Kamus Dewan Edisi ke Tiga, fakta ialah
1.
sesuatu yang benar-benar berlaku;
2.
sesuatu yg benar dan boleh dibuktikan;
3.
maklumat tentang seseorangatau sesuatu.Manakala dalam Library Vocabulary Common Terms, fakta didefinisikansebagai;
A thing that has actually happened or is really true. Facts are capable of being "proven," although people still do not always agree on what the facts are.
Dalam Copyright and Related Topics Glossary pula, fakta dinyatakan sebagai;
Knowledge or information based on real occurrences; a thing that has been done; something shown to exist; something known to have existed; a real occurrence; something believed to be true; an event.
Add a Comment