You are on page 1of 2

SRB3023 BIODIVERSITI DAN ADAPTASI TUGASAN PROJEK MINI

ARAHAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. Projek mini ini adalah tugasan secara individu. Tugasan ini menyumbang sebanyak 40% daripada keseluruhan penilaian kursus ini. Tempoh tugasan: 9 minggu (minggu 2 hingga minggu 10) Tarikh penghantaran tugasan: Minggu 10 Cara penghantaran tugasan: Online (MyGuru3) Tugasan ini perlu ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu. Manuskirip akhir hanyalah dalam satu fail dan dipindahkan ke format PDF sebelum dihantar.

PENERANGAN 1. Pilih 10 spesies makroskopik (boleh dilihat dengan mata kasar) wakil dari pelbagai Alam (Kingdom) yang ditemui di Malaysia iaitu dengan mengemukakan 2. Alam Protista satu contoh Alam Fungi satu contoh Alam Plantae (satu contoh bagi setiap satu kumpulan: lumut, paku-pakis, Gimnosperma dan Angiosperma) Alam Animalia (dua contoh bagi setiap kumpulan Invertebrata dan Vertebrata)

Berikan Hierarki pengelasan dari Alam hingga ke spesies bagi setiap contoh berserta nama tempatan. 3. Perbincangan anda hendaklah menitik beratkan ciri morfologi, ciri unik dan adaptasi untuk bermandiri. 4. Gambar caught in action termasuk diri anda di lokasi dan ciri-ciri morfologi terperinci perlulah disertakan dalam laporan tugasan anda. 5. Anda boleh jalankan kajian anda di sekitar tempat tinggal, Zoo, Taman Pertanian (Botani), Taman Rekreasi atau di Taman Negara. PENULISAN 1. Format laporan menggunakan kaedah penulisan saintifik. Secara ringkasnya penulisan saintifik mempunyai beberapa bahagian: Pengenalan, kajian literatur, kaedah, hasil kajian dan analisis data, perbincangan dan kesimpulan.

Setiap kajian literatur yang dirujuk perlu dimasukkan dalam senarai rujukan. Sila rujuk stail APA untuk panduan penulisan secara terperinci. 2. 3. Catatan: Jadual dan rajah dinomborkan mengikut bab dan urutan dalam penulisan. Selamat Maju Jaya. Rajah yang dilukis, perlulah dilabel. Laporan anda mesti mengandungi: Kulit hadapan bertulis: Tugasan Mini Projek, Tajuk, Nama anda, No.matrik, semester, kumpulan dan nama pensyarah Abstrak Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Penghargaan Isi Kandungan (termasuk senarai muka surat) Senarai Jadual Senarai Rajah Untuk setiap muka surat bahagian di atas ini diberikan nombor (i, ii, iii,.) Bab 1: Pengenalan, Objektif Kajian (diberikan muka surat no 1, tetapi nombor tidak dicetak pada muka surat (hide)). Bab 2: Kajian Literatur (muka surat baharu, no muka surat sambungan daripada bab terdahulu, tetapi tidak dicetak di muka surat (hide)). Bab 3: Kaedah kajian dijalankan (seperti di atas). Bab 3: Dapatan Kajian (seperti di atas). 3.1 Alam Protista. Pengenalan Alam Protista. Tulis berkenaan contoh anda. Buat huraian ciri morfologi, ciri unik, ciri adaptasi terhadap habitat dan pembiakan, gambar dan rujukan. 3.2 Alam Fungi. Pengenalan Alam Fungi. Tulis berkenaan contoh anda. Buat huraian ciri morfologi, ciri unik, ciri adaptasi terhadap habitat dan pembiakan, gambar dan rujukan. 3.3 Alam Plantae. Pengenalan Alam Plantae. Tulis berkenaan 4 contoh anda. Buat huraian ciri morfologi, ciri unik, ciri adaptasi terhadap habitat dan pembiakan, gambar dan rujukan. 3.4 Alam Animalia. Pengenalan Alam Animalia. Tulis berkenaan 4 contoh anda. Buat huraian ciri morfologi, ciri unik, ciri adaptasi terhadap habitat dan pembiakan, gambar dan rujukan. Bab 4: Perbincangan. Berkisar kepada bagaimana biodiversity dihubungkaitkan dengan adaptasi untuk mandiri setiap organisma yang telah anda kaji. Bab 5: Kesimpulan dan cadangan kajian masa depan. Rujukan Lampiran.

You might also like