You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Ambilan Januari 2012

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI KUMPULAN 10 : DARAH


NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID NOR MUNIRAH BINTI ABDUL MALIK NORSHAFIZA BINTI KAMARUDDIN ROSNAZIFA BINTI ROMLI 920124145888 920305086178 920421025962 920617025016

Soalan: Objektif (4 soalan) Subjektif (2 soalan) Esei (1 soalan) NAMA: KELAS:

SOALAN OBJEKTIF 1. Kumpulan darah yang manakah bertindak sebagai penderma universal? A. Kumpulan darah B B. Kumpulan darah O C. Kumpulan darah A D. Kumpulan darah AB

2. Apakah elemen yang terdapat di dalam darah ? A. Plasma, sel darah merah, sel darah putih dan antigen. B. Plasma, vitamin, sel darah merah dan sel darah putih. C. Plasma, Sel darah merah, Sel darah putih dan platlet.
D. Plasma, oksihaemoglobin, haemoglobin dan platlet.

3. Sel apakah yang bertindak sebagai antibodi dan melawan agen bendasing di dalam tubuh? A. Sel Darah Merah B. Plasma C. Platlet D. Sel Darah Putih

4. Pilih fungsi utama sel leukosit. I Sebagai sistem pertahanan badan.

II Memusnahkan/ memakan mikroorganisma. III Mengangkut oksigen.

IV Pembekuan darah.

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

Jawapan:1. B 2. C 3. D 4. A (1m) (1m) (1m) (1m)

(Jumlah = 4markah)

SOALAN STRUKTUR. 1. Nyatakan elemen-elemen yang terdapat di dalam darah dan satu contoh fungsinya? a) b) c) d) (8 markah)

Jawapan :-

a) Fakta :Sel darah merah.

(1 markah)

Contoh fungsi :pengangkutan oksigen hasil gabungan hemoglobin.(1 markah)

b) Fakta : Sel darah putih. Contoh fungsi : (pilih salah satu) Sebagai sistem pertahanan badan. Memusnahkan/ memakan mikroorganisma.

(1 markah) (1 markah)

c) Fakta :Platelets. Contoh fungsi : terlibat dalam proses pembekuan darah.

(1 markah) (1 markah)

d) Fakta : Plasma : Contoh fungsi : (pilih salah satu) Pelarut bagi zat zat lain. Penyeimbang tekanan osmosis. Mempertahankan pH. Membawa zat-zat makanan keseluruh tubuh.

(1 markah) (1 markah)

Penyeimbang tekanan untuk mempertahankan volume darah. Pembekuan darah. Medium (perantara) untuk menyalurkan makanan, mineral, lemak, glukosa dan asid amino ke selsel jaringan.

Mengangkut sisasisa metabolism seperti ; urea, asid urat dan karbohidrat.

Menyediakan protein untuk jaringan.

1 fakta = 1 markah 1 huraian/contoh = 1 markah 4 fakta + 4 huraian/contoh = 8 markah

2. Hemostasis adalah satu keadaan dimana berhentinya suatu perdarahan sebagai reaksi tubuh terhadap adanya luka. Berikan 4 faktor yang mempengaruhi mekanisme hemostasis yang seimbang

a. b. c. d. (4m) Jawapan: Faktor Vaskular Faktor Trombosit Faktor Koagulasi Faktor Fibrinolysis (1m) (1m) (1m) (1m) (Jumlah = 4 markah)

SOALAN ESEI Nyatakan dan terangkan 5 fungsi darah kepada sistem fisiologi tubuh badan manusia. Jawapan:1. o o o Pengangkutan oksigen. (2m) Darah mengangkut oksigen dalam bentuk oksihemoglobin. Di alveolus, tekanan separa (partial pressure) oksigen adalah lebih tinggi berbanding dengan tekanan separa oksigen di dalam kapilari darah. Oleh itu, oksigen meresap (diffuses) keluar daripada alveolus ke dalam kapilari darah di sekelilingnya melalui proses resapan ringkas (simple diffusion). o Di dalam darah, oksigen (oxygen) bergabung dengan hemoglobin (haemoglobin) o o dalam eritrosit (erythrocyte) untuk membentuk oksihemoglobin (oxyhaemoglobin). Oksigen diangkut (transported) dalam bentuk oksihemoglobin ke sel badan (body cells) yang kekurangan oksigen. Di sel badan, oksihemoglobin terurai (breaks down) dan membebaskan oksigen kepada sel badan yang memerlukannya untuk respirasi sel (cell respiration). 2. Pengangkutan karbon dioksida. (2m) o Karbon dioksida (carbon dioxide) diangkut oleh darah dalam dua bentuk utama, ii) karbaminohemoglobin dalam eritrosit. o Karbon dioksida diangkut dari sel badan ke peparu (lungs) untuk disingkirkan semasa penghembusan nafas (exhalation). o Akibat respirasi sel yang membebaskan karbon dioksida, tekanan separa (partial pressure) karbon dioksida di sel badan adalah lebih tinggi berbanding dengan tekanan separa karbon dioksida di dalam kapilari darah. o Oleh itu, karbon dioksida meresap keluar dari sel badan ke dalam kapilari darah (blood capillary). iaitu: i) ion hidrogen karbonat (ion bikarbonat) dalam plasma darah.

o Dalam kapilari darah, karbon dioksida melarut (dissolves) dalam plasma darah untuk membentuk ion hidrogen karbonat dan dibawa oleh plasma darah ke peparu. o Di peparu (lungs), enzim menukarkan ion hidrogen karbonat kepada karbon dioksida semula. o Karbon dioksida ini meresap keluar dari kapilari darah ke dalam alveolus untuk disingkirkan semasa hembusan nafas (exhalation). o Karbon dioksida juga boleh bergabung dengan hemoglobin dalam eritrosit untuk membentuk karbaminohemoglobin (carbaminohaemoglobin) dan diangkut dalam eritrosit ke peparu. Di alveolus, karbamonihemoglobin terurai dan membebaskan karbon dioksida yang akan meresap ke dalam alveolus untuk disingkirkan semasa hembusan nafas. 3. Pengangkutan bahan makanan tercerna, vitamin dan garam mineral. (2m) o Plasma darah mengangkut bahan makanan tercerna (digested food) seperti gula ringkas, asid amino, asid lemak, gliserol, vitamin dan garam mineral yang terlarut. o Bahan makanan yang tercerna seperti gula ringkas dan asid amino, garam mineral serta vitamin B dan C diserap ke dalam kapilari darah pada vilus ileum. Nutrien-nutrien ini diangkut dalam plasma dari ileum ke hati (liver) melalui vena portal hepar (hepatic portal vein) kemudian ke jantung (heart) dan seterusnya ke seluruh badan untuk digunakan atau disimpan. o Asid lemak, gliserol, vitamin A, D, E dan K meresap ke dalam lakteal (lacteal) di vilus dan diangkut keluar dari ileum ke dalam sistem limfa. Bahan-bahan ini kemudian dikembalikan ke dalam sistem peredaran darah melalui vena subklavikel kiri (left subclavian vein). o Bahan makanan ini kemudian diangkut dalam plasma darah ke seluruh badan. 4. Pengangkutan bahan kumuh bernitrogen. (2m) o Bahan kumuh bernitrogen (nitrogenous waste) seperti urea, ialah hasil metabolisme protein. o Hasil penguraian asid amino berlebihan di dalam hati melalui proses pendeaminan (deamination), asid urik, kreatinin, bilirubin dan ion

ammonium diangkut oleh plasma darah ke ginjal (kidneys) untuk dikumuhkan (excreted). 5. Pengangkutan hormon. (2m) o Hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin (endocrine glands) ke dalam darah akan diangkut oleh plasma darah ke organ sasaran (targeted organ). o Sebagai contoh, hormon insulin diangkut oleh plasma darah dari pankreas (pancreas) ke hati untik bertindak. 6. Pengangkutan haba. (2m) o Haba (heat) terhasil semasa respirasi sel yang giat berlaku di otot dan hati, dan juga semasa pengecutan otot (muscle contractions). o Haba diagihkan ke seluruh badan dengan sekata oleh sistem peredaran darah (circulatory system). Haba yang berlebihan diangkut oleh darah ke kulit (skin) dan peparu (lungs) untuk disingkirkan. o Dengan cara ini, suhu badan dapat dikekalkan pada 37 C. 7. Pengangkutan air. (2m) o Air ialah pelarut universal (universal solvent) dan merupakan medium untuk semua tindak balas kimia (chemical reaction) yang berlaku di dalam badan. o Darah (blood) mengangkut air ke seluruh badan untuk mengawal atur keseimbangan air (equilibrium of water) dan tekanan osmosis (osmotic pressure) di dalam badan. 1 fungsi = 5 X 2 markah (10M) Huraian = 5 X 1 markah (5M) Contoh = 5 X 1 markah (5M) ( JUMLAH = 20 MARKAH)

You might also like