You are on page 1of 4

KEPERLUAN KESIHATAN UNTUK PENYAKIT DEMAM KUNING PENYAKIT DEMAM KUNING

Demam kuning adalah sejenis penyakit berjangkit akut disebabkan oleh virus dan memberi ancaman besar kepada kesihatan umum di negara-negara endemik Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Afrika. Cara transmisi adalah melalui gigitan nyamuk pembawa penyakit Aedes aegypti. Tempoh inkubasi adalah di antara 3-6 hari.

Malaysia berisiko tinggi untuk terdedah kepada penyebaran penyakit Demam kuning.. Penyebab jangkitan adalah daripada sejenis virus daripada genus Flavivirus dan tergolong dalam keluarga Flaviviridae. Walaubagaimanapun buat masa ini belum ada kes yang dilaporkan di-Malaysia

KEPERLUAN VAKSINASI TERHADAP PE NYAKIT DEMAM KUNING


Sijil vaksinasi Demam kuning adalah diperlukan bagi semua pelawat atau delegasi (Waraganegara Malaysia dan asing) yang tiba dari atau melalui negara-negara endemik Demam kuning (Seperti yang dikehendaki oleh Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) 2005 dan Akta Pencegahan Dan Pen gawalan Penyakit Berjangkit 1988). Pelawat atau delegasi yang tidak mempunyai sijil vaksinasi Demam kuning yang sah boleh dikuarantin setibanya di Malaysia untuk tempoh tidak melebihi 6 hari. Sijil vaksinasi Demam kuning tersebut sah digunakan untuk tempoh selama 10 tahun bermula dari 10 hari selepas tarikh mendapat imunisasi. Jika seseorang individu mendapat imunisasi semula sebelum tarikh sah imunisasi tamat, sijil tersebut sah digunakan untuk tempoh 10 tahun lagi bermula daripada tarikh imunisasi susulan. Jika imunisasi susulan direkod di dalam sijil yang baru, pelawat atau delegasi dinasihatkan menyimpan sijil lama selama 10 hari selepas daripada tarikh suntikan sehingga sijil yang baru menjadi sah untuk digunakan.

PERINGATAN KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG INGIN MELAWAT KE NEGARA-NEGARA ENDEM IK DEMAM KUNI NG

Warganegara Malaysia adalah dinasihatkan mengambil imunisasi terhadap Penyakit Demam kuning sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh berlepas ke-negara-negara endemik Demam kuning untuk mendapatkan perlindungan daripada jangkitan.

Sijil vaksinasi Antarabangsa hendaklah sentiasa dibawa semasa lawatan untuk tujuan pemeriksaan kesihatan. Warganegara Malaysia juga dikehendaki melaporkan diri kepada Pejabat Kesihatan Pintu Masuk setibanya di Malaysia untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.

NEGARA-NEGARA ENDEMIK DEMAM KUNING AMERIKA SELATAN & TENGAH


Bolivia Brazil Colombia Equador AFRIKA Angola Benin Burkina Faso Burundi Cameroon Central Africa Republic Chad Congo Ivory Coast Ethiopia Gabon Gambia Ghana Guinea Guinea Bissau Guinea Equat Mali Niger Nigeria Rwanda Sao Tome & Principe Senegal Sierra Leone Sudan Somalia Togo Uganda Mauritania Democratic Republic Of Congo (Zaire) United Republic of Tanzania French Guiana Guyana Panama Peru Suriname Venezuela Trinidad & Tobago

Kenya Lberia

PUSAT-PUSAT VAKSINASI DIIKTIRAF DI DALAM MALAYSIA

PENYAKIT

DEMAM

KUNING

YANG

Bahagian Penyelidikan Virus Tingkat 1, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur. Tel: 03-26986033 Mont Kiara Medical City, KLCC, Lot 401, F & G, Aras 4, Suria KLCC, KL City Centre, 50088, Kuala Lumpur. Tel: 03-2382 2000, 03-2382 3500. Klinik Kita Lot F-23, Tingkat 1 City Point, Kompleks Daya Bumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50050, Kuala Lumpur. Tel: 03-26989740, 03-26980740 Klinik Kesihatan Putrajaya No. 1, Jalan P9E, Presinct 9, 62250, Put rajaya. Tel: 04-88883057 Pusat Perubatan KEMENTAH Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur. Tel: 03-20713976, 03-20713049 Pejabat Kesihatan Pelabuhan Pulau Pina ng Tingakt 1, Bangunan Tuanku Syed Putra, Jalan Downing, 10300 Pulau Pinang. Tel: 04-2611264, 04-2644918 Pejabat Kesihatan Johor Baru Jalan Abu Samad, 80100 Johor Bahru, Johor. 07-2224711, 07 -2224818 Pejabat Kesihatan Kinta Jalan Aman, 31000, Batu Gajah, Perak. Tel: 05-3652077 Klinik Berkat No. 75-4A, Jalan Mamanda 1, Ampang Point 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Tel: 03-42515450

Poliklinik Komuniti Beserah Jalan Beserah 26100, Kua ntan Negeri Pahang Darul Makmur Tel: 09-5445633 Pejabat Kesihatan Pelabuhan Jabatan Kesihatan Bahagian Kucing, KM 6, Jln. Bako, 93050, Kucing Sarawak. Tel: 082-432563 Pejabat Kesihatan Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu, 5th Floor, Wisma Persekutuan, Blok 3, Persiaran Brooke, 96000, Sibu, Sarawak. Tel: 084-315494 Columbia Asia Medical Centre Lot 1035-1039, Jalan Bulan Sabit, CDT 155, 98009, Miri, Sarawak. Tel: 085-437755 Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu Tingkat 2, Block C, Lot 21-24 Heritage Plaza, Off Jalan Lintas Luyang, 88300, Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-726324, 088-726309, 088-726185 Sekiranya Terdapat Sebarang Pertanyaan Sila hubungi: Pejabat Kesihatan KLIA: Tel: 03-87768399 (waktu Pejabat) 03-87763660 (Pusat Kuarantin Kesihatan 24 jam) 03-87776718 (Pejabat Kesihatan KLIA LCCT 24 jam) Alamat E-mail : kesklia@tm.ne t.my No. Faks: 03-87872054 (Pejabat), 03-87763658 (Pusat Kuarantin Kesihatan)

You might also like