• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Adab Pergaulan Menurut Dalil Al-Quran Dan Al-Sunnah
1
 
 
Adab Pergaulan Menurut Dalil Al-Quran Dan Al-Sunnah
2
 Pendahuluan
Suatu yang menarik perhatian dan indah bagi setiap muslim danmuslimat ialah melaksanakan suruhan Islam, mengamal kan adab peraturanserta sopan santun yang baik dan menarik dalam tatasusila Islam. Semua itumerupakan seni yang menambah seri setiap insan yang berakhlak mulia.Namun demikian akhlak mulia tidak akan wujud kecuali pada jiwa yangmulia, hati yang suci serta berasaskan iman dan taqwa yang dipadankan dengankesabaran ketika berdepan dengan cabaran yang sering mematahkan iman danmenghancurkan akhlak.Alangkah baik scandainya setiap muslim dan muslimat dapatmengamalkannya dengan adab dan sopan. Oleh itu bersopanlah kita dalampergaulan harian menurut al Quran dan al Sunnah sepertimana yang diajarkanoleh Rasulullah melalui sabdanya:
‘Sesungguhnya aku Muhammad s.a.w. tidak diutus melainkan untukmenyempurnakan kemuliaan akhlak.’
Oleh itu eloklah mempelajari dan mengamalkannya sebagai panduanyang sihat ke arah pergaulan yang harmoni bagi mempraktik diri dan jiwa untukmendapat keredhaan Allah Yang Maha Esa. Maka setiap apa yang terkandungdalam buku ini akan di dapati oleh setiap pembaca yang terdiri daripadamuslimin dan muslimat sebagai satu cara pergaulan ke arah kemuliaan akhlaksepanjang hayatnya serta mendapat rahmat dan ganjaran dari Nya. Dengan itusaya sebagai penulis sentiasa berdoa kepada Allah supaya menjadikan apa yangsaya tulis ini sebagai suatu amalan yang ikhlas kerana Allah. Sayamengharapkan buku ini dapat memberi faedah kepada pembaca yang terdiridaripada saudara muslim, dan muslimah atau pendengar daripada orang Islamyang menerangkan kepadanya, serta beriman dengan ilmu dan beramal seikhlashati semoga kita sama sama berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.Dr. Rokiah Ahmad Jabatan Pengajian Al-Quran dan al-Sunnah
 
Adab Pergaulan Menurut Dalil Al-Quran Dan Al-Sunnah
3
Fakulti Pengajian IslamUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 Bangi, Selangor.
bab 1Hati Asas Pergaulan
Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dantaulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi perananpenting dalamjiwa dan kehidupan Muslim untuk menegak iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya denganberzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.Firman Allah dalam surah al-Anfal 8, ayat 2 menyentuh kepentingan hati:
‘Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka.’
Iman menunjukkan keikhlasan hati yang sihat akan membuahkankeimanan yang kuat dan akan membawa kepada jiwa yang bersih serta fikiranyang bernas dan menampakkan keikhlasan dalam pergaulan.Hati membayangkan keikhlasan iman seseorang berdasarkan apa yangdiungkapkan oleh lidah atau gerak geri dan tingkah laku dalam pergaulanharian, ini sudah dapat difahami bahawa itu adalah kehendak hati walaupuntiada sebarang penjelasan melalui percakapan.Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesradan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalampergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawakepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalik mencarihelah bagi melindung diri dari penipuan.Begitulah peranan hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini, tetapisetiap insan sering kali melupai bahawa segala tindakan di dunia ini adalah
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...