You are on page 1of 9

Gelangga ng Tuk Wali

Ismail Kassan
Watak
Tuk Wali gagah dan tegap. Mak Umi Ripin dalam pemikiran. -Berumur dalam lingkungan 70-an.Tua tetapi masih - Isteri Tuk Wali dalam lingkungan umur 50-an. -Anak murid silat Tuk wali.Bersemangat dan matang berumur sekitar 30 an. Mariam -Murid terbaik wanita Tuk Wali dalam gelanggang moden ini. Berumur sekitar 20-an. Halim Jamil Imam Siak (tuning Mak Umi) Syafiee(PIEE) -Wartawan 1 - Wartawan 2 -Lebih muda dari Tuk Wali. -Hampir sebaya dengan Tuk Wali,tetapi lebih muda -Cucu tiri Tuk Wali. Menjadi penagih dadah.

Pemuda1,2,3,dan 4 -Murid-murid silat Tuk Wali.

BABAK 1
Masa: Pagi. Tempat: Rumah PENDEKAR TUK WALI.Rumah kampong.
Dari dalam rumah terdengar suara radio yang mengalunkan lagu asli.Suasana sekitar rumah agak sepi dan damai.Matahari terus menerangi alam.
RIPIN : (Masuk dan berada di halaman rumah) Assalamualaikum! Wak! (senyap) Assalmualaikum ! Wak ! Mak Umi ! Keluar ke orang tua ni? MAK UMI: (Tiba-tiba muncul di tingkap rumah dengan sudip di tangannya) .. Ooooo! Ripin rupanya Tuk Wali kau demam! TUK WALI: (Tiba tiba muncul di muka pintu dengan berselimutkan kain pelikat ) Engkau ke darat Dengan siapa,Ripin? RIPIN:Seorang saja wak! TUK WALI:Aku tumpang motok kau nanti! MAK UMI:Awak kan demam! Nak pergi jugak ke? RIPIN:Fasal silat, Mak Umi , Hantu demam pun kalah badi! Selepas beberapa minit Ripin berborak dengan Tuk Wali ,Mak Umi keluar MAK UMI:( menjengah dari tingkap) Kata nak ke darat ! Dah dekat pukul sepuluh ni ooi! RIPIN:Saya ke rumah leman dulu,wak! TUK WALI:Eh ,malam manti siapa yang turun gelanggang?Malulah kalau pemberita tu datang tapi Gelanggang kosong! RIPIN:Budak tak ada,wak! Tambah malam minggu macam ni!

TUK WALI:Mariam kan ada! RIPIN:Mariam wak? Wak nak suruh saya main silat dengan si Mariam tu? TUK WALI:Bersilat apa salah nya ,jangan bergumpal-gumpal sudahlah! RIPIN:Nantilah saya kumpulkan budak-budak! Saya pergi dulu wak! TUK WALI merenung gelanggang silat dan penonton dengan wajah yang serius. TUK WALI Geleng-geleng kepala lalu masuk rumah.

(PENTAS GELAP) BABAK 2


Masa: Petang. Tempat: Seting yang sama.

MAK UMI menyapu sampah dan mengemaskan halaman rumah. Sedang menyapu IMAM dan TUK SIAK datang dengan menunggang motosikal ke halaman rumah IMAM: Assalamualaikum! MAK UMI: Waalaiumussalam! Eh, tuk imam, siak pun ada ?Silakan naik!Tuk walinya tak ada dirumah! IMAM: Tak payahlah naik, Umi! Duduk di bawah ni lebih selesa. SIAK: Kami Nampak Tuk Wali keluar dengan Ripin tadi! MAK UMI: Tidak!Mereka ke hulu!Ke rumah Haji Kodri! IMAM:Begini, Umi ! Kami datang ni ada hajat? Tuk Wali masih mengajar silat lagi, Umi? MAK UMI: Mengajar?Kenapa? SIAK: Mengajar silat untuk orang muda, memang elok, Umi! MAK UMI:Ada ke yang tak eloknya ? SIAK:Yang tak eloknya, bila dah tua macam kita ni pun masih nak bersilat juga di gelanggang. Bersepak terajang, kadang kala tu sampai bergumpal-gumpal. Tak manis ditengok orang. MAK UMI: maksud imam, Tuk wali,Dia dijemput main silat di majlis kahwin itu salah? Mazhab baru ke ini?

IMAM:Umur macam kita ni, Umi, ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya. Bila-bila masa saja burung itu boleh terbang tinggalkan sangkar. Tak manis kalau itu berlaku di tengah gelanggang! MAK UMI: Tapi, Tuk Wali itu hanya penuhkan hajat orang! Meriahkan majlis.Tak melanggar pun batas adat, jauh sekali syariat. SIAK:hai, Nampak gayanya buluh minyak yang nak dilentur ni, imam! Nak terus berkuat ke kita ni, imam? MAK UMI bergerakke arah pintu rumkah. IMAM dan SIAK saling berpandangan dan berlalu dari situ.

(PENTAS GELAP)

BABAK 3
MASA: Malam TEMPAT:Rumah yang sama. TUK WALI sedang duduk di beranda rumah sambil menggesek biola.MAK UMI datang sambil membawa tepak sirih. Tiba tiba dua orang pemuda masuk member salam .Perbualan TUK WALI tergantung begitu sahaja dengan kedatanggan dua orang pemuda itu. HALIM:Saya rasa ini Tuk Wali kan ?(bersalaman dengan rasa yang cukup hormat)Dah lama saya berhajat nak bertemu muka dengan Tuk Wali! Alhamdulillah! Hari ini Tuhan makbulkan hajat saya.Nama saya Halim,saya wartawan dari majalah Pejuang. JAMIL:(Bersalaman dengan TUK WALI) Saya Jamilaw! Kerasnya tangan tuk! Macam nak patah jari saya. JAMIL sibuk mengambil gambar TUK WALI dar pelbagai sudut.Cara dia mengambil gambar cukup menarik.Mereka duduk di kerusi buluh di tengah gelanggang. JAMIL:Bolah kami mula bertanya tuk sekarang? TUK WALI:Dah mula Tanya pun,teruskan saja. HALIM:Macam-macam cerita kami dengar tentang kisah Tuk Wali.Terutama kisah empat perompak kedai emas ! Hari ini, saya nak dengar sendiri daripada mulut Tuk Wali.

Selepas beberapa minit berbual dengan HALIM dan JAMIL, MAK UMI keluar dari dalam rumah sambil membawa bekas sirih. MAK UMI:Eh,ada tetamu rupanya! Aku ingatkan budak-budak belajar silat tadi! TUK WALI:Ha!...kenalkan ! Ini Mak Umi ,dia ni isteri tuk yang ketiga! Yang dua lagi,semua dah meninggal dunia.(MAK UMI masuk ke dapur) Tidak lama selepas MAK UMI masuk,empat orang pemuda datang ke halaman rumah TUK WALI .Salah seorang pemuda membawa gitar.Yang lain berpakaian rangged PEMUDA 1:Betul ke ni rumahnya? Gelap aje? PEMUDA 2:Tuk Wali pergi ke masjid agakknya! Abang Ripin pun tak ada! PEMUDA 3: Tak apalah ,kita tunggu! PEMUDA 4: (membawa gitar) Sambil tunggu tu,kita potong satu lagu,amacam? PEMUDA 2:Pas ! Potong bagus punya! TUK WALI: (menjerit marah) Hoi, mengapa riuh-rendah ni? Kamu tak tau rumah siapa ni? PEMUDA 1: Kalau tak silap ,ni rumah Tuk Wali! TUK WALI:Memang tak silap ! yang silapnya kenapa kamu buat bising di sini? PEMUDA 4: Kami tak tau tuk ada di dalam ! TUK WALI: Ada ke tidak tuan rumah,tak penting! Yang pentingnya ,kita mestilah hormati harta benda dan hak kawasan orang lain! PEMUDA 3: Sorry-lah ,tuk! Takkanlah itu pun nak marah ! TUK WALI:Apa kamu hendak datang malam-malam ini? PEMUDA 1:Apa kami menunggu Abang Ripin ,tuk ! PEMUDA 2:Kami nak belajar silat! TUK WALI:Muka macam kau ni nak belajar silat? Kamu pergi balik,belajar dulu cara nak berbahasa dengan orang tua! Ha !Kemudian , baru datang sini ! Budak biadap! RIPIN dan MARIAM sampai di halaman rumah. RIPIN:Sudahlah ,wak ! Saya rasa eloklah wak berehat !Hari pun dah larut!Fasal budak-budak tu biarlah saya selesaikan besok!

Ripin bersalaman den mencium tangan Tuk Wali.Mariam mengikut Ripin dari belakang.Tuk Wali menepuk bahu Ripin,tetapi tiada perkataan yang diucapkan.Ripin dan Mariam meninggalkan ruang.

(PENTAS GELAP) BABAK 4


MASA: Petang TEMPAT: Rumah yang sama Suasana rumah lengang.Dari dalam rumah kedengaran suara muzik ghazal dari radio. SIAK dating ke halaman rumah dengan cara yang agak kasar dan baru-baru. TUK WALI keluar dengan berseluar tanpa baju. TUK WALI: Berusul apa pulak ni, Siak ?lain macam saja gaya cakap kamu ni? SIAK:Mari turun, kita berkira dalam gelanggang ini sekarang! TUK WALI: Kamu mencabar aku, siak?kamu mengajak aku bercekak? RIPIN muncul dengan keadaan yang tidak berpakaian lengkap.Dia berdiri di tengah-tengah antara TUK WALI dengan SIAK. RIPIN: Tuk siak!Wak!kenapa ni? SIAK:Kamu ke tepi, Ripin! Jangan nak menolong guru kamu tu! Kamu belajar dengan orang gila ni, kamu pun nanti jadi gila jugak! Ke tepi! TUK WALI: Engkau jangan campur, Ripin!Beri balik sundang itu kepada dia! MAK UMI: Udahlah tu, bang! Kenapa bergaduh macam budak-budak ni! Astaghfirullahalazim!... ya, Allah! Kenapalah jadi macam ni!

(PENTAS GELAP) BABAK 5

MASA: malam

TEMPAT: Rumah yang sama Suasana tenang.TUK WALI sedang tidur di beranda. PIEE masuk dengan cara yang amat mencurigakan. PIEE dengan perlaha-lahan masuk ke dalam rumah.Beberapa ketika dia keluar semula ke beranda.PIEE melihat TUK WALI yang sedang tidur nyenyak. TUK WALI: Kamu datang lagi ke sini.Piee!Berani sungguh kamu ya PIEE:Tuk layan saya macam sampah depan orang lain! Tuk tak ada hati perut! Saya pun ada maruah, tuk! TUK WALI: Mencuri keris pusaka ni, kau kata bemaruah? PIEE menghunus keris itu lalu menikam TUK WALI bertubi-tubi. Pertikaman terjadi dengan hebat sekali.PIEE menjatuhkan biaola yang dipegangnya.TUK WALI mengutip biola yang dibuang itu.Tiba-tiba PIEE menerkam dan menikam TUK WALI. RIPIN sampai ke tengah gelanggang.Dia terkejut melihat TUK WALI terbaring berlumuran darah.

RIPIN: Wak! Kenapa,wak?Ya Allah! Mari saya hantar wak ke hospital! TUK WALI meninggal tatkala di pangku RIPIN.Masuk SIAK bersama-sama IMAM .Mereka terkejut melihat RIPIN memegang keris,dan TUK WALI terbujur kaku.Mereka menyangka RIPIN yang membunuh TUK WALI. IMAM: Ripin!Apa yang kau buat ni? Ya,Allah ! KAu bunuh Tuk Wali ?Kenapa ,Ripin? Kenapa?( Ripin masih berlutut sambil menekup mukanya.Dia tidak mempeduli langsung katakata IMAM.) RIPIN: Orang tua jahanam! Kau dah bunuh Tuk Wali, IMAM: Ripin! Apa kau cakap ni! RIPIN: (dengan nada marah) Kenapa? SIAK: Ripin ,kau letakkan keris itu ,Ripin! Kau tak berhak menyimpan keris itu! MARIAM dan MAK UMI sampai .MAK UMI menerpa kearah mayat TUK WALI. MAK UMI: Siapa yang bunuh Tuk Wali? RIPIN/SIAK: (serentak) Tuk Siak/Ripin. MARIAM: Siapa yang bunuh Tuk Wali ? Abang Ripin? Tuk Siak? Cakap,Abang Ripin ! Siapa yang bunuh Tuk Wali ? Tuk Siak? Tuk Imam?Apa dosa Tuk Wali? Kenapa dia dibunuh?

TUK SIAK: Orang yang memegang keris pusaka itulah yang membunuh Tuk Wali! RIPIN: Tuk Siak jahanam .(RIPIN meluru kea rah SIAK yang cuba mebu melarikan diri. IMAM cuba menahan RIPIN. Waktu keris ditikam kea rah SIAK,IMAM menghalang di tengah-tengah)

EPILOG: SIAPAKAH PEMBUNUH SEBENAR TUK WALI? SYAFIEE,SI PENAGIH DADAH?ATAUPUN RIPIN ATAU TUK SIAK ATAU ANDA SEMUA?.....RAMAI TUK WALI YANG TELAH GUGUR KECUNDANG DI BUMI TERCINTA INI.APAKAH KITA MASIH MAHU TERUS MENJADI GENERASI INI YANG AKAN MENERUSKAN GELANGGANG TUK WALI?

Gelanggang Tuk Wali ,2003 Dewan Bahasa dan Pustaka.

NAMA PESERTA GELANGGANG TUK WALI

NAMA Muhammad Faiz b Azahari Mohammad Zarul Amir b Jaafar Mohd Aizzat b Nordin Muhammmad Khusairi b Sazali Muhammad Arsyad b Ramlan Muhammad Asswad b Muhd Zali Muhammad Salihin b Mustaffa Mohd Shafiq b Ramli Muhammad Shahrul b Maadis Adzam Shah b Fuad Shah

IC 950623018055 951209016307 950427045347 950801145701 950509016363 950322045033 950301045405 950220045307 951008045007 951222045209

You might also like