You are on page 1of 5

Kertas Kerja

PROGRAM KAMI BENCI DADAH

20 FEBRUARI 2013

Anjuran: KELAB RUKUNEGARA dan KELAB PENCEGAHAN JENAYAH & PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SK LONDAH

1.0 PENDAHULUAN

Fenomena penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah perlu dipandang serius kerana ia mempunyai perkaitan dengan permasalahan disiplin seperti merokok, ponteng sekolah, melawan guru, mencuri, bergaduh dan merosakkan harta benda sekolah. Pada kebiasaannya, pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah bukan sahaja

menghadapi permasalahan disiplin dan akademik tetapi mereka juga terdedah kepada risiko gejala sosial di luar sekolah seperti penglibatan dengan kumpulan samseng, pergaulan bebas, melepak, kehamilan sebelum kahwin dan lari dari rumah (AADK, 2007). Kementerian Pelajaran telah mengatur pelbagai strategi pencegahan awalan bagi menangani permasalahan dadah dalam kalangan pelajar. Salah satu daripada strategi tersebut ialah melalui

pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah rendah. Program tersebut ditumpukan di sekolah kerana hasil kajian menunjukkan penagih dadah mula mencuba dadah ketika mereka masih di bangku sekolah lagi iaitu dalam lingkungan usia 13 hingga 17 tahun (Mohd Muzafar Shah & Abdul Malek, 2005). Dengan itu, Program PPDa merupakan salah satu daripada sistem sokongan sekolah ke arah menangani gejala sosial yang melibatkan kalangan pelajar sekolah. Program PPDa ini harus dapat memupuk

semangat jati diri pelajar yang seterusnya dapat membentuk nilai murni, budi pekerti yang mulia dan terpuji, kerohanian yang luhur dan memiliki perasaan cinta serta sayang kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara (Mohd Muzafar Shah & Abdul Malek, 2005). Objektif PPDa adalah untuk mewujudkan pemikiran generasi muda yang bebas daripada pengaruh dadah, menyediakan alternatif berfaedah yang dapat mencegah mereka daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Usaha untuk mencegah dadah ditumpukan kepada

generasi muda kerana mereka merupakan tulang belakang dan pewaris kepimpinan negara ini pada masa depan. Seperti yang kita sedia maklum, mencegah adalah lebih baik dari mengubat. Dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bagi memastikan generasi masa hadapan hidup aman dan gembira tanpa dadah.

2.0 OBJEKTIF 2.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup sihat; 2.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkatprasekolah lagi; 2.3 M e n ye m a i d a n m e n a n a m s i k a p u n t u k m e m b e n c i d a n m e n j a u h k a n d i r i daripada dadah; 2.4 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid

3.0 KUMPULAN SASARAN 3.1 120 orang murid tahap 2.

4.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN Tarikh cadangan : 20 FEBRUARI 2013 Waktu cadangan : 2.30 ptg 5.30 ptg (Rabu) Tempat : Dewan Terbuka SK Londah

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS 4.1 4.2 Ceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Pameran Dadah

5.0

JAWATANKUASA INDUK : Pn. Aziah bt. Ahmad (Guru Besar) : En. Mohd Amin b. Mat (GPK KO) Pn. Hamimi bt. Abdullah (GPK 1) Pn. Rokiah bt. Sadri (GPK HEM)

Pengerusi Penasihat

Setiausaha 1 Setiausaha 2 AJK

: Cik Kashful Munirah bt. Yusuff : En. Mohd Fikry b. Adnan : Semua Guru

6.0

TENTATIF PROGRAM AKTIVITI MURID BERKUMPUL BACAAN DOA UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR CERAMAH ANTI DADAH REHAT PAMERAN DAN PENERANGAN MAJLIS PENUTUP Penyampaian Cenderahati kepada pihak AADK

WAKTU 2.30 PETANG 2.40 PETANG 2.45 PETANG 2.55 -4.30 PETANG 4.30 4.50 PETANG 4.50 5.20 PETANG 5.20 5.30 PETANG

6.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN Sumbangan diperolehi daripada: a) Peruntukan Sewa Kantin = RM 360

7.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Jamuan : RM3 x 120 = RM 360

JAWATANKUASA KERJA Penaung Penasihat Pengerusi : Pn Aziah bt. Ahmad (Guru Besar) : En. Mohd Amin b. Mat (GPK KO) : Pn. Hamimi bt. Abdullah (GPK 1) Pn. Rokiah bt. Sadri (GPK HEM) Setiausaha 1 Setiausaha 2 Bendahari Juruacara Majlis Bacaan Doa Buku Program Backdrop : Cik Kashful Munirah bt. Yusuff : En Mohd Fikry b. Adnan : Cik Norhazwani bt. Abdul Hadi : Cik Nurul Azra bt. Zakaria : En. Hizwan b. Ali Bakar : En. Mohd Sharifudin b. Mohamad : En. Mohd Azril Anuwar b. Mohd Sahid Cik Maizatol Akma bt. Abdul Hamid Pn. Rosmawati bt. Abdullah Jamuan : Pn. Zalifah Rohaiza bt. Ismail Pn. Ruzita bt. Yahya Cenderahati : Pn. Norsuriati bt. Hashim Pn. Noor Yuhana bt. Afandi PA Sistem Keselamatan : En. Abdul Karim b. Long : Tn. Hj. Mohd Zaki b. Mazlan Pn. Ayu Liza bt. Abdul Aziz Disiplin
: En. Nazarudin b. Ramli Pn. Norhana bt. Sada Pn. Wan Dayang Noraini bt. Ismail Jurugambar & Dokumentasi : En. Mohd Fikry b. Adnan En. Mohd Zamri b. Abdurrahman

Disediakan oleh (Cik Kashful Munirah bt. Yusuff) Setiausaha Program

Disahkan oleh

You might also like