Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sinopsis Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2 (1)

Sinopsis Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2 (1)

Ratings: (0)|Views: 12 |Likes:
Published by Juanita Henry

More info:

Published by: Juanita Henry on May 07, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/17/2014

pdf

text

original

 
SINOPSIS NOVEL TINGKATAN 2 (2011)Tajuk: Erti Sebuah PengorbananPenulis: Zaihanim bt. Zainal AbidinPenerbit: KZ Berjaya EnterpriseBab 1: Kisah Seorang Kawan
Iman Zulaikha, gadis berusia 13 tahun, bersahabat baik dengan Pei Wen. Mereka tinggal berdekatan dan belajar bersama-sama. Ibu bapa Iman telah bercerai ketika Iman berusia 12tahun. Iman tinggal bersama dengan datuk dan neneknya, setelah ibunya melanjutkan pelajaranijazah kedoktoran di New Zealand selama dua tahun.Linda dan Iman bermusuh ketat di sekolah. Linda tidak mahu menganggotai kumpulan kerjakursus Sejarah Iman. Akhirnya, Iman bertindak menyertai kumpulan Zulkarnain dan Mohana.Iman turut bersimpati akan nasib Pei Wen. Saban hari, Pei Wen perlu berhadapan dengan ibutirinya yang garang. Ketika merenung gambar keluarga, Iman terkenang akan perpisahan ibu dan bapanya. Walaupun mereka sudah berpisah, ibu dan bapanya masih bersahabat dan berharap agar Iman belajar berdikari dan menerima kenyataan.Selepas waktu zuhur, Pei Wen mengunjungi rumah Iman. Pei Wen meluahkan perasaannyatentang ibu tirinya (mak cik, gelar Pei Wen) dan kehadiran lelaki asing kepada Iman. Sikap ibutirinya (mak cik) berubah sejak dia keguguran apatah lagi bapa Pei Wen senantiasa sibuk di geraiikan. Ibu tirinya pula sibuk menyiapkan tempahan kain baju pelanggan. Datuk dan nenek Imantelah menasihati Pei Wen.Sebelum tidur, Iman akan membaca dan membalas e-mel ibunya di New Zealand. Melalui e-mel,ibu memberitahu Iman tentang kesibukan kuliah dan tugasannya. Turut disebut, Albert pemudaInggeris yang berkaca mata, kenalan baharu ibu. Menurut Iman, ayahnya baru balik dari Manila.Iman bertekad untuk menyatukan ibu dan ayahnya semula. Dia mempunyai rancangan pada 15haribulan kerana hari tersebut ialah hari jadi ibunya.
Kosa Kata / Makna:
1. Terik - amat sangat (panas matahari)2. Berjemaah – beramai-ramai, bersama-sama3. Menjenguk – melihat (menengok) dengan menghulurkan kepala4. Membelek-belek – memerhati dengan teliti, mengincar, memeriksa5. Janggal – tidak sedap dilihat atau didengar, canggung6. Muktamad – kepercayaan, tidak boleh dipinda-pinda lagi, pasti, tegas7. Kecoh – tipu, heboh, bising, riuh8. Berkenan – bersetuju di hati, berasa gembira9. Tersengih – tersenyum dengan mulut terbuka sedikit10. Keakraban – perhubungan atau pertalian yang sangat erat11. Luntur – turun atau berubah warnanya, berubah, bertukar 12. Visi – tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam13. Zuhur – waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga bayang-bayang kayu dsb. sama panjang dengan kayu dsb. yang menjadi pengukurnya.
1
 
14. Melengah-lengahkan – mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan15. Berkobar-kobar – bernyala-nyala dengan hebatnya atau bergolak, bergelora dengan amat
Bab 2: Pemilihan
Cikgu Julia memperkenalkan Adif Danial kepada murid-murid Tingkatan SatuDinamik. Adif Danial bertukar dari SMK Damansara. Linda pula mengambilkesempatan untuk berkenalan dengan Adif.Cikgu Julia turut mengumumkan pertandingan pidato peringkat daerah. Seorangpemidato dari Tingkatan Satu Dinamik akan dipilih. Ai Ling mencadangkan namaIman Zulaikha. Cadangan Ai Ling disokong oleh Pei Wen. Malangnya, Linda tidakbersetuju. Sebenarnya, Linda ingin bertanding dengan Iman. Cikgu Julia akanberbincang dengan Cikgu Osman, guru Perbama tentang tarikh pertandinganbersertakan tajuknya. Berkat dorongan dan sokongan rakan-rakan, akhirnya Imanbersetuju untuk berentap dengan Linda.Selepas menjamu selera di kantin, Iman dan Pei Wen berbual-bual tentang ibu tiriPei Wen. Menurut Pei Wen, ibu tirinya meminta maaf dan berpesan agar hal yangberlaku tidak sampai ke pengetahuan bapanya. Zulkarnain dan Adif Danialmenghampiri mereka. Zulkarnain meluahkan perasaan bengangnya terhadap sikapLinda. Iman terpaksa menenangkan Zulkarnain.Cikgu Julia telah menyerahkan tiga buah tajuk pidato untuk dipilih oleh Iman. Sejakhari itu, Iman membuat rujukan di perpustakaan bersama-sama Pei Wen, Adif Danial dan Zulkarnain. Iman turut mendapat bimbingan Cikgu Julia, guru bahasaMalaysia di sekolah itu. Pertandingan pidato antara Iman dan Julia akan bermula 9pagi, hari Sabtu minggu berikutnya. Hubungan Iman dengan Linda semakinrenggang. Jika bertembung, Linda pasti akan mengelak atau memalingkan wajah.Pagi itu, sebaik sahaja tiba di sekolah, Iman bersemuka dengan Linda. Makaberlakulah pertikaman lidah. Linda menuduh Iman bertindak mempengaruhi kawan-kawannya, termasuklah Adif Danial. Mujur muncul Zulkarnain, Adif Danial dan PeiWen. Iman segera meninggalkan kelas. Pei Wen mengekorinya ke tandas. Imanmenangis di dalam tandas. Dia ingin menarik diri daripada pertandingan. Pei Wentidak berpuas hati sambil bertindak memberikan dorongan kepada Iman. MenurutPei Wen, maruah sekolah di bahu Iman. Akhirnya, semangat baharu menular kedalam diri Iman.
Kosa Kata / Makna:
1. Mara – bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju2. Melemparkan – membalingkan, melantingkan, melontarkan3. Menonjolkan – menjorokkan, menyorongkan (ke muka), menampakkan, muncul2
 
4. Berentap – beradu pengaruh, kebolehan, kekuatan dengan hebatnya untukmencapai kemenangan5. Mengejek – mempersendakan orang, mencemuh, menghina6. Menjeling – memandang dengan ekor mata, mengerling7. Menyiku – menyinggung dengan siku8. Sepakat – setuju, sependirian, seia sekata9. Bersaing – atas-mengatasi, dahulu-mendahului10. Menoleh – berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke belakang)untuk melihat11. Getus – getis, gentis12. Strategi – ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tandukpeperangan13. Gelagat – tingkah laku, gerak-geri14. Bertembung – berjumpa (dengan tidak sengaja), bersua, bertemu, terjerempak15. Bersemuka – berhadapan muka (dengan)16. Hipokrit – (orang yang) berpura-pura berperangai baik17. Mengekori – mengikuti atau menyertai dari belakang18. Mengesat – menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering19. Menggenggam – memegang dalam genggam, menguasai20. Menular – membiak atau menjangkit, merebak ke merata-rata tempat21. Maruah – kehormatan, harga diri
Bab 3: Ibu dan Ayah
Sabtu. Iman tidak ke sekolah. Iman memperoleh kata-kata semangat daripada ibumelalui e-mel. Pertama, ibu mahu Iman menjadi johan dan mewakili sekolah kepertandingan daerah. Kedua, ibu menasihati Iman agar bersabar terhadap kerenahLinda. Menurut ibu, dugaan akan mencabar kehidupan. Yang penting niat ikhlas.9 pagi. Iman menerima panggilan telefon daripada ayahnya. Ayah bertanyakankhabar. Jika mengizinkan, ayah akan berjumpa dengan Iman. Sejak meletakkan jawatan pensyarah, Yusri (ayah Iman) sibuk akan dunia perniagaan perhotelan.Namun, Yusri tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ImanZulaikha.Iman sempat mengingatkan hari jadi ibu pada 15 haribulan. Iman mendesak agarayahnya mengirimkan kad ucapan sempena ulang tahun kelahiran ibu yang ke-38tahun. Iman mohon izin untuk mengirimkan kad bagi pihak ayahnya. Ayah turutmenyampaikan salam kepada datuk dan nenek Iman.Iman dikejutkan oleh kehadiran Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial. Merekabersalaman dengan nenek Iman. Pei Wei sempat menghulurkan bungkusan berisibeberapa ekor ikan sungai kepada nenek. Iman muncul dan memohon kebenarannenek untuk berlatih pidato di sekolah pada pukul 10.15 pagi. Sekolah sibuk dengan3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->