You are on page 1of 2

Refleksi Kejohanan Balapan Dan Padang Pada 9 Mac yang lalu Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

telah menganjurkan kejohanan balapan dan padang kali yang ke-43 di padang institut. Kejohanan ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu acara balapan dan padang dan juga acara sukantara. Bagi acara sukantara, 3 jenis acara perlu dinilai iaitu acara 100m lari pecut, melontar peluru dan juga lompat jauh. Bagi sukantara, pelajar-pelajar dari kumpulan KPLI PPC telah mengelolakannya. Manakala bagi acara balapan dan padang, kumpulan PISMP semester 5 dikehendaki untuk menguruskannya. Oleh itu, setiap kelas di dalam semester 5 telah ditetapkan dengan ahli jawatankuasa yang tertentu. Kelas T3SN1 telah mendapat 2 jawatankuasa iaitu AJK Pentas dan juga AJK Siar Raya. Saya telah diletakkan dibawah AJK Siar Raya. Untuk AJK Siar Raya, langkah pertama yang perlu dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa ini adalah untuk membuat kertas kerja. Kertas kerja tersebut mengandungi alatan yang perlu disediakan semasa kejohanan tersebut. Oleh itu setelah berbincang dengan AJK Siar Raya yang lain, peralatan yang perlu dibuat. Antaranya ialah, speaker, mickofon, amplifier, dan lain-lain lagi. Kekuatan bagi ahli jawatankuasa ini adalah, mempunyai ahli yang berpengalaman dalam menguruskan kejohanan seperti ini pada tahun-tahun yang lepas. Jadi, kerja yang dilakukan tidak begitu sukar kerana individu tersebut sedia untuk berkongsi pengalaman bagaimana pengurusan berkaitan dengan siar raya yang biasanya dilakukan. Kekuatan seterusnya ialah, semangat pasukan yang tinggi dalam AJK siar raya ini. Semasa perbincangan dilakukan, semua ahli memberi komitmen yang tinggi dengan memberi cadangan dan pendapat agar jawatan kuasa ini berjalan lancar sewaktu kejohan berlangsung.. Setiap cadangan diambil kira dan kami memilih cadangan yang terbaik sahaja untuk dimasukkan di dalam kertas kerja. Semangat seperti ini yang kita perlukan dalam melaksanakan sesuatu kerja yang telah diamanahkan kepada kita. Walaupun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti. Yang pertama ialah kami tidak mempunyai pelan sandaran jika berlaku sesuatu

yang tidak diingini seperti hujan di hari kejohanan. Oleh itu jika berlaku hujan pada hari kejohanan kami tidak mempunyai pelan yang lain selain pelan yang telah dirancang. Sebagai bakal guru, saya sedar bahawa kita sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya dua pelan untuk mengadakan sesuatu sesi pembelajaran. Sama juga dengan situasi sekarang diamana kami perlu mempunyai 2 pelan agar apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini pada hari kejohanan seperti hujan pada hari tersebut, kita tahu apa yang perlu kita buat untuk menamatkan hari kejohanan tersebut dengan mengikut protokol. Penambahbaikkan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang ialah kita hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua pelan untuk melaksanakan sesuatu aktivit. Hal ini keran kita perlu mengharapkan yang terbaik dan bersedia untuk menerima sesuatu yang buruk. Jika berlaku sesuatu yang buruk, kita sudah bersedia dan tahu apa yang perlu dibuat. Saya berharap segala ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat digunakan di sekolah nanti dan membuat yang terbaik dan bersedia untuk menerima sesuatu yang buruk. Ini kerana semua ini adalah proses untuk kita belajar dan menimba ilmu sepanjang di institut sebelum pergi ke sokolah nanti.

You might also like