You are on page 1of 1

Kepada : ......................................... .........................................

Tuan/Puan Jemputan Menyampaikan Ceramah Sempena Program Mutiara : Menggapai Bintang 2013 Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas. 2. Sukacita dimaklumkan SMK Tinggi Port Dickson mengadakan Program Mutiara : Menggapai Bintang 2013. Program ini adalah bertujuan membantu pelajar-pelajar lemah menguasai teknik mudah lulus bagi subjek-subjek tertentu di dalam PMR dan SPM. 3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam bengkel mudah lulus kepada pelajar-pelajar terpilih seperti maklumat berikut: Tarikh Masa Tempat : Seperti jadual di lampiran : 7.30 pagi 8.50 pagi (Rabu) : Bilik Mesyuarat

4. Antara pengisian bengkel yang dicadangkan adalah teknik menjawab soalan mudah, tips-tips mudah lulus dan topik-topik yang penting/target untuk menghadapi peperiksaan. 5. Bersama surat jemputan ini, disertakan jadual dan senarai pelajar yang terlibat dalam program ini. Keperihatinan dan sokongan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih dan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

BERSAMA BERGANDINGAN MENCAPAI KEJAYAAN Yang menjalankan tugas,

............................................. (PN AZLIDAH BT MOHD YUSOF) Penyelaras Program Mutiara 2013 SMK Tinggi Port Dickson

You might also like