1.0Latar belakang
PPSMI dilaksanakan atas pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 dan Tingkatanenam rendah pada tahun persekolahan 2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa perantara lama (Bahasa Melayu).Mata pelajaran Sains dan Matematik telah diajar dalam Bahasa Inggeris ditahun satu, tingkatan satu dan enam rendah pada semua sekolah kebangsaan mulaitahun 2003 sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolahmenjelang 2008.Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsamaka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003 adalah tepat pada waktunya. Langkah inimembolehkan pelajar memperolehi maklumat mengenai perkembangan terkinidalam bidang sains dan matematik di samping meningkatkan kebolehanmengakses maklumat dari pelbagai sumber. Pada masa yang sama ini memberi peluang kepada guru dan pelajar peluang menggunakan Bahasa Inggeris danmeningkatkan profisiensi berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Oleh kerana mata pelajaran Matematik dan Sains menjurus kepada bidang sains dan teknologi,maka pelaksanaan cadangan tersebut dianggap oleh pihak KementerianPendidikan sebagai sesuatu yang wajar dan proaktif. Dalam usaha kerajaanmenjayakan dasar ini, pelbagai bahan pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yangterdiri Buku Teks ,Buku Latihan dan Aktiviti ,Buku Panduan Guru (
Teacher'sGuide,
MyCD (
Pupil's CD-ROM
): ,CD-ROM Guru ,Buku Amali Sains (
Science Practical Book
): Buku Glosari telah disediakan oleh kerajaan untuk semua gurudan pelajar yang terlibat dalam PPSMI.Dasar PPSMIKementerian Pelajaran Malaysia merupakan satu langkah
yang menunjukkan kepekaan kerajaan Malaysia. Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinankerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaingdalam era globalisasi.Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yangmenjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunansesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlakudengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.2
Leave a Comment