Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
17Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PENILAIAN PAFA

PENILAIAN PAFA

Ratings:

5.0

(2)
|Views: 3,423|Likes:

More info:

Published by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia on Apr 06, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/19/2013

pdf

text

original

 
 
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAPARAS 7, BLOK JPUSAT BANDAR DAMANSARA50604 KUALA LUMPUR 
 
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Tel : 03-2586900Fax : 03-2535150
 Kawat : “PELAJARAN”
Ruj. Tuan
:
Ruj. Kami 
: KP5206/8/70 Jld.13/(14)
Tarikh
:12 Mac 199429 Ramadhan 1414HSemua Pengarah Pendidikan NegeriJabatan Pendidikan Negeri
 
Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1994 :Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA)Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),Penilaian Menengah Rendah (PMR), danPeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Perkara Asas Fardu ’Ainakan dinilai dan dilaporkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), PenilaianMenengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mulai Sesi1994/1995.2. Yang dimaksudkan dengan Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA) ialah : Beberapaperkara yang terpenting dariapda Fardu ’Ain, yang terkandung dalam Sukatan PelajaranPendidikan Islam, yang hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid/pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurnasebagaimana yang ditetapkan oleh Syara’. Dalam aspek penilaian, murid/pelajar dapatmencapai kefahaman yang betul dan boleh mengamalkannya sekira-kira ’sah’ pada tahapyang paling asas dan minimum. Perkara Asas Fardu ’Ain tersebut adalah seperti berikut :2.1 Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah :(a) Mengucap Dua Kalimah Syahadah(b) Rukun Iman(c) Rukun Islam(d) Beristinjak(e) Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis(f) Berwuduk(g) Mandi Wajib(h) Solat Fardu, termasuk Azan, Iqamah, menjawb Azan dan Iqamah, sertaDoa selepas Azan dan Iqamah(i) Puasa : Dalam aspek niat, perkara-perkara yang membatalkan puasa danhikmat(j) Adab terhadap ibu bapa(k) Ihsan2.2 Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah sama seperti yang tersebutdalam para 2.1 di atas, dan ditambah dengan :
 
 
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
(l) Bertayammum(m) Solat Jenazah2.3 Bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sama seperti yangtersebut dalam para 2.1 dan 2.2 di atas, dan ditambah dengan :(n) Perkahwinan : Dalam aspek Rukun dan Syarat akad nikah, hikmat,tanggungjawab, perceraian dan pemeliharaan anak3. Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain ini dijalankan seperti berikut :3.1 Penilaian dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah3.2 Soalan penilaian telah ditetapkan, dan calon diberitahu lebih awal, dan tidakada kerahsiaan3.3 Penilaian dijalankan secara lisan dan amali3.4 Tempoh penilaian bermula dari hari pertama pada penggal pertamapersekolahan dalam tahun peperiksaan berkenaan, dan berakhir sebulansebelum tarikh peperiksaan bertulis dijalankan.3.5 Pelajar diberikan masa, peluang, dan bimbingan yang secukupnya untukmemperbetul dan memperbaiki kesalahan dan kelemahan, sehingga merekadengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu kemahirandengan betul dan sempurna3.6 Calon adalah diakui lulus Perkara Asas Fardu ’Ain apabila berjayamemahami dan mengamalkan semua soalan yang ditetapkan.4. Kementerian Pendidikan akan melaporkan pernyataan “LULUS atai GAGA:PERKARA ASAS FARDU ’AIN” dalam keputusan dan sijil peperiksaan. Pernyataan tersebuttidak mengubah atau memberikan kesan terhadap status quo dalam sistem penggredan danaggregat keputusan peperiksaan yang sedang berjalan sekarang.5. Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain ini hendaklah dilaksanakan di sekolah-sekolahsebagaimana yang dinyatakan di atas, dan Pekeliling ini hendaklah dimaklumkan kepadasemua sekolah.Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”(DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia

Activity (17)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
juejusoh liked this
Julie Ana liked this
Azira Mhd Nor liked this
Nor juliani liked this
Siti Norakasmi liked this
060349 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->