You are on page 1of 29

KANDUNGAN ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 PENDAHULUAN ETIKA DALAM SUKAN 2.0.1 Undang-undang dan peraturan am 2.0.

2 Etika atlet dan penonton dalam sukan dan permainan 2.0.3 Semangat Kesukanan 2.0.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi sukan 2.0.5 Mengawal perasaan dalam sukan Perlakuan Tidak Beretika Cara Mengatasi Masalah Tidak Beretika ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 3.1 RASUAH DAN PERJUDIAN DALAM SUKAN 3.1.1 Kesan Rasuah dan Perjudian 3.1.2 Cara-cara Mengatasi Rasuah dan Perjudian 7 9 10 M/ SURAT 2 3 3 3 4 4 5 6 6

2.1 2.2 3.0

3.2 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5 3.2.6 3.2.7 3.2.8 3.3 3.3.1 3.3.2 3.3.3 3.3.4 3.3.5 3.3.6 3.3.7 3.3.8 4.0

KEGANASAN DALAM SUKAN 11 Sebab-sebab berlaku kecederaan semasa bersukan. 12 Jenis-jenis kecederaan 12 Kecederaan yang jarang berlaku 12 Perbezaan antara terseliuh dan ketegangan 12 Tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan 13 Perkara yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan 13 Cara menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersukan 14 Cara mencegah kecederaan semasa bersukan 15 PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN Ubat dan dadah dalam sukan Isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan Sejarah penggunaan dadah dalam sukan Sebab sesetengah bahan dan kaedah diharamkan Polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di Malaysia Langkah berjaga-jaga Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang Kaedah-kaedah yang dilarang 17 17 18 19 20 20 21 21 24 26

PENUTUP

5.0

BIBLIOGRAFI

27

PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa saya tempuhi.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Pendidikan Jasmani & Kesihatan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka, Pn. Fatimah kerana telah membimbing dan memberikan tunjuk ajar dan penerangan yang berguna kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Seterusnya saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Panitia Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah Arab Merlimau Pasir kerana telah membantu saya untuk menyediakan bahan-bahan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.

1.0

PENDAHULUAN

Setiap sesuatu itu mempunyai peraturan atau undang-undang tersendiri. Bidang sukan juga mempunyai aturan yang perlu dipatuhi oleh setiap atlet, jurulatih, pegawai kejohanan, pengurus sukan dan penonton. Aturan inilah yang dikenali sebagai etika kesukanan yang akan diterangkan secara panjang lebar. Isu-isu Pendidikan Jasmani dan sukan juga akan diterangkan dengan teliti terutama isu mengenai penyalahgunaan dadah, rasuah dan perjudian serta keganasan dan kecederaan dalam sukan. Penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan prestasi ketika bertanding bukanlah satu fenomena baru. Beribu-ribu tahun lalu telah ada cerita tentang atlet mengambil dadah untuk kepentingan mereka di Sukan Olimpik kuno dan acara lain. Para atlet di penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 juga telah mengambil kesempatan menggunakan kafein dan strychnine. Tiga tahun selepas pelumba basikal Belanda mati kerana mengambil dadah di Sukan Olimpik 1960, barulah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengeluarkan senarai dadah yang dilarang. Walaupun telah terbukti sahih akan kesan dadah memperkuat prestasi dari segi kesihatan, pembangunan dan penggunaan bahan-bahan tersebut terus meningkat. Teknologi perubatan yang sofistikated beberapa abad kebelakangan ini telah menghasilkan pelbagai jenis dadah baru dan peraturan-peraturan yang membolehkan para atlet menggunakannya. Malah, rasuah juga tidak asing lagi dalam bidang sukan. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu untuk menghapuskan gejala yang buruk ini agar tidak terus menular dalam bidang sukan yang mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan.

2.0

ETIKA DALAM SUKAN

Etika sukan ialah suatu panduan tingkah laku yang harus diamalkan ketika bersukan. Ahli sukan yang beretika dapat mewujudkan suasana sukan dan permainan yang harmoni. Etika seharusnya menjadi pegangan setiap atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai kejohanan, pihak penganjur dan peminat sukan. 2.0.1 Undang-undang dan peraturan am

Setiap jenis sukan dan permainan mempunyai undang-undang dan peraturan amnya sendiri. Antara keperluan mengadakan undang-undang dan peraturan am adalah seperti yang berikut: Menjadi panduan kepada pemain yang terlibat dalam sesuatu sukan dan permainan Menjadi rujukan dan bagi pihak yang mengelola sesuatu pertandingan Mengelakkan penipuan Memastikan setiap individu atau pasukan mempunyai peluang yang sama untuk berjaya. 2.0.2 Etika atlet dan penonton dalam sukan dan permainan

Etika dalam sukan dapat mewujudkan budaya besukan yang sihat. Atlet dan penonton perlu memahami dan mengamalkan etika ketika bersukan. Etika yang perlu diamalkan oleh atlet dan penonton dalam sukan dan permainan adalah seperti berikut: Atlet Mematuhi undang-undang dan peraturan permainan Bertanding dengan penuh semangat kesukanan Mempamerkan mutu permainan yang tinggi Bersikap amanah dan tidak mengamalkan rasuah 4

Menghormati pegawai sukan dan pihak lawan Menjauhi sikap mementingkan diri dalam pertandingan Mengawal emosi dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokasi pemain lawan dan penonton Sentiasa berusaha meningkatkan presasi diri.

Penonton Mematuhi peraturan tempat pertandingan Memberikan sokongan padu kepada pasukan sendiri Menghormati pegawai sukan dan penyokong pasukan lawan Menjauhi unsur-unsur rasuah dan perjudian Menghargai persembahan permainan yang berkualiti Menerima keputusan pertandingan dengan semangat kesukanan Mengelakkan provokasi. 2.0.3 Semangat Kesukanan

Semasa menyertai pertandingan, tentu ada pihak yang menang dan kalah. Kita sepatutnya dapat menerima kekalahan sebagaimana kita menerima kemenangan. Kita tidak patut mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung dan menyakiti hati mereka yang kalah. Jika kalah, kita perlu mengawal kekecewaan dan mengucapkan tahniah kepada pemenang. Sebagai penonton, kita juga patut mengikuti acara sukan secara beretika. Sikap saling menghormati antara pegawai, ahli sukan dan penonton patut diamalkan. Melalui amalan ini, etika dan semangat kesukanan yang tinggi dapat diwujudkan dalam arena sukan kita. 2.0.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi sukan

Ahli sukan perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi untuk mengekalkan pestasi yang cemerlang. Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kita dalam sukan adalah seprti menguasai teknik, mewujudkan persefahaman dan merancang strategi. Menguasai teknik Menguasai teknik perlakuan yang betul amat penting untuk meningkatkan kemahiran permainan. Teknik perlakuan ini boleh dikuasi melalui disiplin dan latihan yang sistematik.

Mewujudkan persefahaman Persefahaman yang baik antara pemain perlu diwujudkan dalam pasukan. Sikap menghormati kebolehan rakan dan bekerjasama yang tinggi dapat meningkatkan mutu dan prestasi sukan

Merancang Strategi RASUAH Memberi tumpuan semasa latihan dapat membantu kita melaksanakan rancangan yang telah diatur dalam permainan. Merancang strategi permainan dengan teratur dapat membantu kita mencapai kejayaan.

2.0.5

Mengawal perasaan dalam sukan

Seseorang ahli sukan yang beretika dapat mengawal perasaan dan menerima keputusan pertandingan dengan penuh semangat kesukanan.

Ahli sukan perlu member tumpuan terhadap maklum balas jurulatih. Nasihat dan katakata peransang daripada jurulatih mampu mengekalkan semangat kesukanan ahli sukan. Semangat kesukanan dan disiplin diri patut ada pada ahli sukan. Etika ini penting bagi membolehkan ahli sukan mencapai prestasi cemerlang. 2.1 Perlakuan Tidak Beretika

Terdapat atlet dan penonton yang mempunyai sikap tidak beretika. Antara tindakan atlet dan penonton yang tidak beretika termasuklah: Bergaduh ketika pertandingan Terlibat dengan rasuah dan perjudian dalam sukan Merosakkan kemudahan awam di tempat pertandingan Menimbulkan provokasi

Kita perlu mengatasi masalah ini dengan bijak. Pendidikan ialah pendekatan yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah atlet dan penonton yang tidak beretika. 2.2 Atlet Program Motivasi Setiap peserta perlu mengikuti program motivasi secara berkala atau sebelum musim pertandingan. Penjelasan tentang peranan dan hala tuju penglibatan mereka dalam biang sukan perlu diberikan. Mentor Setiap atlet haruslah diberi peranan sebagai mentor kepada seseoang atlet atau sesebuah pasukan junior sekolah, daerah atau negeri. Peranan ini dapat mendidik atlet dengan sikap bertanggungjawab dan menjaga imej mereka sebagai role model kepada atlet junior. 7 Cara Mengatasi Masalah Tidak Beretika

Penonton Mengedarkan risalah Pihak penganjur bertanggungjawab menyediakan dan mengedarkan risalah tentang etika dalam sukan kepada penonton ketika membeli tiket. Risalah ini dapat memberikan maklumat tentang peranan mereka sebagai penonton. Menyediakan papan tanda Pihak pengurusan perlu menyediakan papan tanda tentang etika sebagai penonton di pintu-pintu masuk tempat pertandingan. Maklumat tersebut dapat menjadi panduan kepada penonton supaya menjaga tingkah laku semasa menyaksikan pertandingan. 3.0 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Terdapat pelbagai isu kontroversi dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Sukan. Isu tersebut termasuklah pengambilan ubat berlebihan, penyalahgunaan dadah, rasuah dan perjudian. Isu ini perlu ditangani dengan baik untuk memberikan kesedaran kepada kita. 3.1 RASUAH DAN PERJUDIAN DALAM SUKAN

Sukan telah menjadi satu kerjaya dan industri yang menguntungkan masa ini. Atlet, jurulatih dan penganjur sukan memperoleh pendapatan yang tinggi dan ganjaran yang lumayan bagi setiap kejayaan yang dicapai. Namun, terdapat segelintir individu mengambil kesempatan bertaruh bagi menentukan pemenang dan jumlah jaringan yang akan dihasilkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pernah melahirkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir pemain bola sepak tempatan dan 'bookie' yang mengamalkan rasuah dalam sukan dan menganggap mereka sebagai individu tidak berintegriti, tidak patriotik dan menggagalkan usaha kerajaan untuk memajukan sektor sukan negara. Sepatutnya sukan menjadi platform untuk menyihatkan dan menyeimbangkan potensi dan kekuatan jasmani, rohani, emosi dan intelek seseorang. Begitu juga apabila seseorang ahli sukan masuk ke gelanggang atau padang, pelbagai unsur positif dibawa bersama dalam dirinya seperti semangat perjuangan, semangat berpasukan, bermain mengikut peraturan, berdisiplin, tidak mudah patah semangat serta bermotivasi.

Semua unsur positif itu luntur apabila rasuah menjadi objektif utama. Rasional diri hilang begitu mudah apabila dijanjikan habuan lumayan oleh 'bookie'. Akibatnya, usaha terancang dilaksanakan untuk memenuhi kehendak perasuah seperti kualiti permainan sengaja direndahkan, sambil lewa dan membelakangkan aspirasi semangat berpasukan. Sia-sia pelaburan wang, pembangunan kemudahan fizikal, tenaga dan pemikiran yang dilaksanakan oleh persatuan sukan dan kerajaan. Bagi penonton dan penyokong pasukan pula, ini adalah sandiwara yang tidak mereka sedari. Semangat penyokong untuk datang ke gelanggang perlawanan bagi memberikan sokongan moral seperti 'susu dibalas dengan tuba.' Mereka tertipu dengan gelagat pemain yang 'dibeli' dan tidak menunjukkan prestasi sebenar di padang. Terdapat beberapa contoh rasuah dan perjudian dalam sukan dan permainan termasuklah: Bertaruh keputusan pertandingan Menjelang sesuatu pertandingan, peminat-peminat sukan akan bertaruh ke atas keputusan pertandingan dan jumlah jaringan yang akan dihasilkan. Perbuatan ini merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan melanggar etika sukan. Menentukan dan mengatur keputusan pertandingan

Sebelum sesuatu pertandingan dilangsungkan, keputusan bagi pertandingan tersebut telah ditentukan terlebih dahulu. Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai pasukan bagi mengatur keputusan pertandingan. Selain itu, mereka juga disogok supaya memastikan pasukan mereka tewas. Kekalahan pasukan tersebut pastinya tidak akan dijangka oleh peminat sukan. Mereka yang terlibat dengan gejala negatif ini menggunakan pelbagai bentuk rasuah dalam pertandingan sukan dan permainan. Antaranya seperti berikut:

3.1.1

Kesan Rasuah dan Perjudian

Rasuah dan perjudian memberikan kesan yang negatif kepada atlet dan kemajuan sukan negara. Antara contoh keburukan rasuah dan perjudian dalam sukan dan permainan termasuklah: Mencemarkan imej sukan negara Isu rasuah dan perjudian dalam sukan yang tersebar melalui media massa akan menyebabkan imej sukan negara tercemar. 10

Mutu sukan merosot Tindakan menerima rasuah menyebabkan atlet tidak mempamerkan prestasi yang sebenar. Sekiranya sikap ini berterusan, prestasi atlet tersebut akan menurun dan akan menjejaskan mutu sukan negara.

Kepercayaan peminat sukan terjejas Peminat-peminat sukan berasa tertipu dengan setiap keputusan pertandingan. Mereka tidak akan menyokong atlet atau pasukan yang terlibat dengan rasuah dan perjudian.

Menjejaskan hubungan dalam pasukan Atlet yang terlibat dengan rasuah dan perjudian akan disisih oleh rakan-rakan sepasukan yang lain. Rakan-rakan sepasukan akan berasa kecewa dan menyebabkan prestasi pasukan akan merosot. 3.1.2 Cara-cara Mengatasi Rasuah dan Perjudian

Jika terbukti ada ahli sukan terbabit rasuah, tindakan tegas perlu diambil dengan segera termasuk mengheret mereka ini ke muka pengadilan. Mereka perlu diberi pengajaran setimpal dengan kerakusan membaham hasil rasuah demi menjaga kesucian dunia kesukanan. Biar kesilapan mereka menjadi pengajaran kepada pihak lain yang mungkin sedang menimbang tawaran lumayan daripada 'bookie' agar melupakan terus niat jahat mereka. Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah. Tindakan proaktif perlu dilaksanakan semua pihak. Pendidikan mengenai kesan negatif amalan rasuah perlu diberikan secara serius kepada semua ahli sukan dan pentadbiran persatuan sukan. Matlamat dan aspirasi sebenar yang harus dimiliki apabila menyertai dunia sukan harus disuburkan di kalangan ahli sukan secara berterusan. Buka platform yang luas untuk ahli sukan untuk mengadu sebarang usaha pihak luar yang cuba memancing mereka terjebak dengan gejala rasuah. 11

Kepada ahli sukan, fikirkanlah mudarat dan bahaya rasuah dalam konteks moral dan agama. Tidak ada agama dalam dunia ini yang menghalalkan rasuah. Kesedaran daripada setiap individu diperlukan untuk mengatasi rasuah dan perjudian. Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara Mereka yang terlibat dengan sukan perlu menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara. Amalan ini akan memberikan kesedaran kepada mereka tentang tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara Memberikan penerangan tentang gejala rasuah dan perjudian Media massa berperanan menerangkan kesan rasuah dan perjudian. Peminatpeminat sukan akan menyedari kesan negatif gejala rasuah dan perjudian terhadap mutu dan imej sukan negara. Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi Mereka yang terlibat dengan sukan perlu mengikuti ceramah agama dan kursus motivasi. Usaha ini akan dapat meningkatkan kesedaran, keinsafan dan semangat kerja berpasukan. Di samping itu, mereka juga perlu diberi insentif agar dapat menaikkan semangat mereka. Peranan Kelab Penyokong Kelab-kelab penyokong berperanan menganjurkan kempen anti rasuah dan perjudian bagi ahli-ahlinya dan peminat sukan. Kempen ini berperanan menyeru peminat sukan membenci dan membanteras gejala rasuah dan perjudian.

12

3.2

KEGANASAN DALAM SUKAN

Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada keganasan dan kecederaan. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa semasa bersukan. 3.2.1

Sebab-sebab berlaku kecederaan semasa bersukan

Pertembungan di antara satu sama lain Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan Jatuh Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan 3.2.2 Jenis-jenis kecederaan

Luka-luka Hentakan Terkehel/tergeliat Ketegangan Terseliuh Patah tulang 3.2.3 Kecederaan yang jarang berlaku

Kapsul sendi koyak Konklusi otak akibat hantukkan Kecederaan dalam abdomen Patah/terseliuh pada tulang dan sendi sendi 13

3.2.4

Perbezaan antara terseliuh dan ketegangan

Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan merujuk kepada ketegangan di otot. Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan. 3.2.5

Tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan

Sakit - di tempat yang cedera Bengkak - di tempat yang cedera Lebam - kebiruan di tempat kecederaan Kecacatan struktur - contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh dan patah) Kecederaan fungsi - contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti biasa. (seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi) Sakit kepala - dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan Pening - terjadi semasa kecederaan otak Loya dan muntah - biasa berlaku berikutan kecederaan otak

Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat kecederaan semasa bersukan. 3.2.6 Perkara yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang professional.

14

Prinsip asas ialah RICE.

R - 'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk. I - 'I' Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit. C - 'C' Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat. E - 'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

15

3.2.7

Cara menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersukan

Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera. Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi. Ini dipanggil Cold Compression. Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian terlibat sebelum meletakkan ais. Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air.

Lakukan Cold Compression selama 10 - 15 minit setiap setengah jam Lakukan Cold Compression sebanyak 4 - 5 kali sehari selama 15 - 20 minit

3 jam pertama

48 jam yang berikut

Kompresi panas mungkin boleh digunakan

Selepas 48 jam

Peringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat

Tanda-tanda seperti kesakitan, bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24 jam Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh Kecacatan struktur yang jelas Sakit semasa tidur Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa Sakit kepala, pening, loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk. Dapatkan rawatan segera di hospital 16

3.2.8

Cara mencegah kecederaan semasa bersukan

Langkah-langkah yang penting ialah:

Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan seperti topi keledar untuk menunggang, meluncur atau menggunakan papan luncur Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan. Digalakkan menggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. Alat pelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut, gigi, lidah semasa aktiviti sukan seperti hoki, bola keranjang dan sukan tinju

Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur skateboard atau in-line skate Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau selesema Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi anda dari kecederaan Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih anda

17

3.3

PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN

Maksud Drug Drug adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, drug ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun. Maksud 'doping' 'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit. 'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil. 3.3.1 Ubat dan dadah dalam sukan

Dadah menguatkan prestasi atau dikenali dalam bahasa Inggeris Performance-Enhancing Drugs. Ia digunakan oleh atlet semata-mata untuk memberi kelebihan ketika bertanding dalam sesuatu acara sukan. Dadah-dadah ini memberi kesan pada tubuh badan dengan cara berbeza seperti dapat membesarkan otot-otot atau meningkatkan kapasiti aliran 18

oksigen darah. Walau apa pun anggapan kelebihan mengambil dadah, penggunaan dadah terlarang dianggap tidak beretika dan berbahaya dari segi perubatan. Penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan prestasi ketika bertanding bukanlah satu fenomena baru. Beribu-ribu tahun lalu telah ada cerita tentang atlet mengambil dadah untuk kepentingan mereka di Sukan Olimpik kuno dan acara lain. Para atlet di penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 juga telah mengambil kesempatan menggunakan kafein dan strychnine. Tiga tahun selepas pelumba basikal Belanda mati kerana mengambil dadah di Sukan Olimpik 1960, barulah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengeluarkan senarai dadah yang dilarang. Walaupun telah terbukti sahih akan kesan dadah memperkuat prestasi dari segi kesihatan, pembangunan dan penggunaan bahan-bahan tersebut terus meningkat. Teknologi perubatan yang sofistikated beberapa abad kebelakangan ini telah menghasilkan pelbagai jenis dadah baru dan peraturan-peraturan yang membolehkan para atlet menggunakannya. Permintaan bahan-bahan ini terus meningkat dari semasa ke semasa disebabkan habuan insentif ke atas kecemerlangan sukan. Atlet berlatih bertahun-tahun bagi mengejar kejayaan dan menghasilkan rekod kejohanan. Para atlet amatur terbaik akan menerima biasiswa universiti atau kolej sebagai ganjaran hasil dari pencapaian yang telah ditunjukkan. Ahli sukan profesional terkemuka dalam banyak jenis sukan pula memperoleh pendapatan berjuta-juta ringgit, wang hadiah dan endorsement komersial. Ada di kalangan atlet mengambil dadah kerana khuatir tertinggal di belakang atlet lain. Banyak kajian menunjukkan ramai atlet tidak mempedulikan risiko kesihatan yang akan dihadapi sekiranya mereka mampu mendapatkan kelebihan dengan cara tidak tulen. Oleh yang demikian, isu ini telah menjadi masalah yang paling serius dalam dunia sukan hari ini. 3.3.2 Isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan

19

Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.

Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit.

Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat kesan drug samada secara jangka pendek dan panjang.

3.3.3

Sejarah penggunaan dadah dalam sukan

Penggunaan dadah terbukti dalam sejarah sukan: Perlawanan awal Sejak 800BC hadiah menarik, profesionalisme and komersialisme di Greek pada zaman purba, saingan di antara para atlet menyebabkan mereka mengambil bahan-bahan yang boleh meningkatkan prestasi seperti ekstrak cendawan, benih tumbuhan dan protein haiwan. Penggunaan dadah telah merebak sehingga membawa kepada penamatan Sukan Olimpik zaman purba. Zaman Roman status sukan dan kedudukan atlet terus meningkat Penggunaan drug juga tercatat di zaman ini Pelumba kuda perang memberi ramuan yang kuat kepada kuda agar dapat berlari dengan lebih pantas Gladiator juga diberi drug supaya perlawanan mereka menjadi lebih hebat

Sukan pada awal abad ke-19

20

Selepas suatu penamatan yang singkat sejak 396 AD, sukan muncul semula pada abad ke-19 di kawasan luar bandar di England dan seterusnya menular ke seluruh dunia.

Aktiviti rekreasi yang tidak teratur aktiviti bercorak kasual dan perkauman di sesebuah kawasan Kemunculan industrialisasi dan urbanisasi menukar corak permainan dan sukan di kawasan luar bandar.

Sukan pada abad ke-20 Aktiviti sukan telah berkembang sehingga menjadi suatu perniagaan besar yang merupakan sumber hiburan, pendapatan dan pekerjaan di seluruh dunia Sukan telah menjadi suatu institusi sosial yang penting dan kejayaan dalam sukan mempunyai nilai yang tinggi Tekanan pada ahli sukan untuk bukan sahaja berjaya tetapi menjadi atlet yang terbaik Menyumbang kepada peningkatan pengambilan drug dan kematian berkaitan drug di kalangan atlet 3.3.4 Sebab sesetengah bahan dan kaedah diharamkan

Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu:

Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul. Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa. Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.

3.3.5

Polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di malaysia

Strategi yang diambil bertujuan untuk : 21

Pencegahan Pembasmian :
o o

Salah laku dan penyalahgunaan dadah Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping Ujian doping di luar pertandingan Parameter latihan dan tahap keupayaan

Memantau :
o o

3.3.6

Langkah berjaga-jaga

Sebelum mengambil sebarang ubat, atlit perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor, pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat doping, jika ingin menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini adalah kerana terdapat banyak ubat yang boleh membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlit. (Senarai komprehensif bahan yang dilarang boleh didapati daripada 'Prohibited List International Standard' pada tahun 2005 atau dengan melayari http://www.wada-ama.org/. 3.3.7 Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang

Senarai bahan-bahan dan kaedah doping yang dilarang. Penggunaannya merupakan satu penipuan. Berikut adalah jenis dadah dan kesan penggunaannya:

Jenis dan deskripsi Agen Anabolik

Kesan-kesan sampingan

Steroid

anabolik

androgenik

adalah

Botak Jerawat

merupakan hormon sintetik testosteron.

Agen ini sering didapati dari pasaran 22

gelap/haram di gimnasium dan kelab kecergasan kerana untuk mendapatkannya perlu mempunyai preskripsi doktor.

Penambahan bulu di muka dan badan Kerosakan hati Bagi lelaki ciri-ciri perempuan lebih terserlah dan sebaliknya.

Contoh:
o

Danazol

(digunakan bengkak

untuk di

mengurangkan

bahagian dada bagi lelaki)


o

Perubahan 'mood' Potensi untuk menyebabkan mandul Kebanyakan steroid anabolik perlu disuntik, oleh itu pengguna terdedah kepada bahaya perkongsian jarum atau jarum yang tidak steril

Clenbuterol (agonis beta-2 yang digunakan tumbesaran haiwan). meningkatkan

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan Agonis Beta-2

Agonis beta-2 sering didapati pada ubatubatan asma

Tangan mengeletar Pening Berdebar-debar

Hanya

Salbutamol, dalam

Salmeterol bentuk

dan

Terbutaline

sedutan

dibenarkan untuk rawatan dan pencegahan serangan asma Agen yang mempunyai aktiviti anti-estrogen

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Agen ini digunakan secara haram, untuk mencegah kesan sampingan yang disebabkan oleh steriod anabolik, seperti pembesaran payudara.

Muka merah dan panas Perut tidak selesa Bengkak

Contoh:
o

Tamoksifen

(digunakan

dalam

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

23

rawatan

kanser

payudara

dan

kemandulan) Clomifen (untuk kemandulan) Diuretik dan agen 'samaran'


o

Agen

samaran

berpotensi

melindung

Dahaga Penyahhidrat

kehadiran bahan terlarang di dalam air kencing atau sampel lain. Contohnya: diuretik, probenesid dan pengembang plasma

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Atlit selalunya menggunakan ubat diuretik untuk mengurangkan berat badan atau menyingkirkan steroid anabolik daripada badan

Contoh diuretik (ubat yang digunakan untuk menyingkirkan cecair badan) ialah furosemida dan amilorida

Contoh

pengembang

plasma

adalah

dekstran dan albumin Analog peptid dan hormon glikoprotin

Hormon ini bertindak dengan merangsang pertumbuhan, mempengaruhi kelakuan, mengubah kesan sensitiviti terhadap kesakitan dan kemahuan seks.

Hormon

tumbesaran

digunakan

untuk

meningkatkan saiz dan kekuatan otot. Kesan sampingannya termasuklah:


o

Akromegali - pembesaran tangan, kaki dan muka. Masalah otot dan sendi menyebabkan kesukaran menjalankan latihan

Bahan kimia yang mempunyai struktur yang sama dengan hormon ini (atau analog) akan memberi kesan yang sama. 24

Bahan-bahan

yang

terkandung

dalam

Diabetis (kencing manis) Eritropoietin merangsang pembentukan sel darah merah


o

kumpulan ini adalah eritropoietin (EPO), hormon tumbesaran manusia, hormon korionik gonadotrofin (HCG) dan kortikotrofin.

Ini akan menyebabkan peningkatan kelikatan darah dan boleh menyebabkan masalah peredaran darah (angin ahmar, serangan jantung).

Ubat perangsang

Kesan sampingan termasuk


o o

Kumpulan ini termasuklah


o o

Meningkatkan kadar denyutan jantung Menjejas kebolehan badan untuk mengawal suhu badan.

Amfetamin Kafein banyak). (dalam kuantiti yang

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan


o

beberapa kandungan aktif ramuan ubat selesema dan ubat demam

seperti pseudoephedrin. Analgesik Narkotik.

Ini merupakan penahan sakit yang kuat dan kebanyakannya mengandungi bahan yang bukan sahaja untuk sukan. terlarang

Narkotik mempunyai potensi ketagihan.

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Atlit cenderung menggunakan ubat-ubat sedemikian untuk menahan sakit daripada latihan intensif.

Contoh: kodein dan morfin.

25

3.3.8

Kaedah-kaedah yang dilarang Menambahkan pertukaran oksigen


o

Doping darah dan penggunaan produk-produk sintetik yang boleh meningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh.

Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia


o

Mengubah, atau cubaan mengubah dengan menggunakan bahan-bahan atau kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping.

Doping Genetik
o

Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan meningkatkan prestasi.

26

4.0

PENUTUP

Bidang sukan tidak pernah lari dari masalah penggunaan dadah, perjudian dan keganasan. Perkara ini bukanlah baru tetapi masalah ini telah menghantui sejak dari dulu lagi. Sebagai seorang manusia yang terlibat dalam bidang sukan, malah sebagai penonton atau penyokong sekalipun, kita seharusnya mematuhi etika kesukanan yang secara terangterangan melarang daripada melakukan perkara tersebut. Etika sukan telah menetapkan peraturan-peraturan untuk para atlet dan penonton. Jika para atlet, jurulatih, pengawai kejohanan, pengurus sukan dan penonton mematuhi etika ini, semestinya isu-isu ini tidak timbul. Bidang sukan mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan terutama dalam menyihatkan tubuh badan dan fizikal kita. Oleh itu, kita tidah boleh mencemari bidang sukan ini dengan melakukan perkara-perkara yang melanggar etika kesukanan. Penggunaan dadah memang tidak membawa faedah kepada para atlet dan sebaliknya membawa kesan yang amat buruk terhadap kesihatan tubuh badan. Para atlet yang mencapai kemenangan dan kejayaan tanpa penggunaan dadah terlarang ini harus menjadi kebanggaan dan dihormati oleh masyarakat dan negara. Rasuah dan perjudian juga amat buruk kerana ia boleh menjejaskan mutu dan nama baik negara. Prestasi sebenar atlet tidak dapat ditonjolkan malah bidang sukan akan dipandang serong dan hina oleh penonton dan penyokong.

27

5.0

BIBLIOGRAFI

SUMBER BUKU Borhanudin bin Abdullah, Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Sekolah Kebangsaan Buku Teks KBSR Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2007. Dzulkifli bin Ismail, Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Sekolah Kebangsaan Buku Teks KBSR Tahun 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2007. SUMBER INTERNET http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja_content.jsp? lang=remaja&sub=0&bhs=may&storyid=1154958258701#1_1 http://interaktif.kbs.gov.my/pps/tips.php http://www.usm.my/drug/presentation/Drug%20dan%20Sukan.pps#271,15,Slide 15 http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp? y=2008&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_03.htm&arc=hive http://kneeziea.blogs.friendster.com/falsehood_and_truth_about/2008/04/rasuah_l agi.html http://hamirdin.blogspot.com/2008/05/kelesuan-prestasi-sukan-negara.html http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja_content.jsp? lang=remaja&storymaster=0&storyid=1186637768568&substoryid=1130315964 255

28

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp? y=2008&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_03.htm&arc=hive http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2008&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_03.htm http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_cb2ddc56c0a85062-14d4bcb0-d3f95c87 http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp? y=2007&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2008&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm http://www1.bharian.com.my/Misc/EPG/Khamis/Mukadepan/20070719181131/A rticleMukaDepan/ http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp? pr=olimpik_beijing&y=2008&dt=0818&pub=olimpik_beijing&sec=Berita&pg=o l_08.htm http://202.190.126.84/utusan/SpecialCoverage/Sydney2000/index.asp? dt=20000921&sec=Hello_Sydney&pg=he_04.htm http://interaktif.kbs.gov.my/pps/tips.php

29

You might also like