c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajardapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar. Penglibatandan perhatian pelajar dapat dikekalkan dengan memberikan ganjaran ataurangsangan dengan tujuan untuk memotivasikan mereka bagi mengikutipembelajaran seterusnya. Setiap respon pelajar perlu diberikan maklumbalasyang positif .d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberimotivasi. Setiap kali pelakar berjaya melakukan sesuatu aktiviti ataupunmemberikan respon yang betul atau baik maka ia perlu diberikan ganjaranuntuk mengekalkan minat pelajar bagi meneruskan pembelajaran berikutnya.Contohnya dalam aktiviti kumpulan pemasangan komponen perkakasankomputer dalam kumpulan, guru boleh memberikan ganjaran seperti jumlahmarkah yang tinggi, kakat-kata pujian atau sebarang bentuk tindakan yangboleh memotivasikan pelajar. Menurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkahlaku(Behavioral) , terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu pengajaran .Berdasarkan sembilan elemen ini , jika dikaitkan dengan pengajaran topik KonsepAsas Sistem Komputer beberapa kaedah dan strategi boleh diterapkan semasaproses pengajaran dijalankan di dalam kelas . Contohnya dalam pengajaranpembelajaran perkakasan komputer ,pada permulaan pengajaran seorang guru ituharuslah pandai menarik perhatian dengan menyediakan bahan bantu mengajaryang boleh menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarikterutamanya untuk menerangkan tentang tajuk mengenai asas perkasan komputerke dalam kelas .Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarikdan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asasmengenai perkakasan sistem komputer . Guru perlu memberitahu pelajar tentangobjektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah selesai mengikuti pengajaran danpembelajaran . Contohnya ,guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini amat pentinguntuk di pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar . Selainitu , sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran , seorangguru itu harus merangsang pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yangtelah di pelajari sebelum ini . Guru juga harus mempersembahkan bahan yang
Leave a Comment