You are on page 1of 3

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) Diluluskan oleh Parlimen pada 19 Mei 1994 dan diwartakan

sebagai undang-undang pada 7 Julai 1994. Akta ini telah mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1996. Falsafah Di Sebalik Akta Keganasan Rumah Tangga

Membendung kecenderungan untuk menggunakan keganasan rumah tangga sebagai alat untuk menyelesaikan masalah rumah tangga dan memelihara kesejahteraan dalam keluarga Sebagai 'instrument' untuk mangsa mendapatkan perlindungan segera apabila keganasan diperlakukan ke atas dirinya

Matlamat

Perlu dilihat sebagai pembaikan keadaan yang memberi perlindungan mangsa keganasan dan bukan bertujuan untuk meruntuhkan sesebuah keluarga Memberi perlindungan undang-undang dalam situasi rumah tangga dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya

Pendekatan

Akta ini mengambil pendekatan peruntukkan undang-undang jenayah Kesalahan-kesalahan di bawah akta ini adalah kesalahan yang ditafsirkan sebagai kesalahan JENAYAH di dalam KANUN KESEKSAAN Akta ini BUKAN menggalakkan penceraian. Perintah Perlindungan Interim (sementara) yang diperuntukkan merupakan 'COOLING OFF PERIOD' kepada pasangan.

Akta ini Terpakai bagi Semua Orang Dalam Malaysia


Tanpa membezakan agama, bangsa, jantina, keturunan dan tempat kelahiran. Ini bertepatan dan selaras dengan peruntukan kesamarataan yang dinyatakan di bawah Perkara 8 Perlembagaan - 'semua orang adalah sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata disisi undang-undang'.

Erti Keganasan Rumahtangga


Sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal; Mencederakan mangsa secara fizikal; Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak tidak melakukannya; Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa; Khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa.

Siapa yang Boleh Mendapat Perlindungan Di Bawah Akta Ini?

Isteri atau suaminya. Isteri atau suami de facto (iaitu seseorang yang telah melalui bentuk istiadat yang diiktiraf sebagai istiadat perkahwinan mengikut agama atau adat pihak-pihak yang berkenaan walaupun perkahwinan itu tidak didaftarkan atau tidak dapat didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan upacara dan pendaftaran perkahwinan) atau bekas isteri atau suami. Kanak-kanak (berumur di bawah 18 tahun yang tinggal sebagai seorang anggota keluarga). Orang dewasa yang tidak berkemampuan (yang tinggal sebagai anggota keluarga). Mana-mana anggota lain - seperti anak lelaki atau anak perempuan dewasa; ibu atau bapa; abang; kakak atau adik.

Perintah Perlindungan Interim (Sementara)

Apabila suatu maklumat berhubung dengan kesalahan keganasan rumah tangga diterima secara terus oleh Polis atau melalui Pegawai Kebajikan, maka Perintah Perlindungan Interim (IPO) boleh dikeluarkan oleh mahkamah sementara menunggu pihak Polis menjalankan penyiasatan mengenai kesalahan keganasan rumah tangga. Implikasi - untuk menghalang orang yang terhadapnya IPO dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap mangsa. Tempoh hayat IPO - IPO hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah pihak Polis selesai menjalankan penyiasatan.

Perintah Perlindungan

Perintah perlindungan ( PO ) dikeluarkan dalam mahkamah dalam prosiding yang melibatkan suatu aduan keganasan rumah tangga. Implikasi - untuk menghalang orang yang terhadapnya PO dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap mangsa. Mahkamah boleh memasukkan peruntukan bahawa orang yang terhadapnya PO dibuat tidak boleh menghasut orang lain untuk melakukan keganasan terhadap orang yang dilindungi. Tempoh hayat Perintah Perlindungan - berkuatkuasa selama tempoh tidak melebihi 12 bulan dari tarikh berkuatkuasanya perintah itu.

Perkhidmatan Yang Dikendalikan


Khidmat kaunseling oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Urusan untuk mendapatkan IPO/PO Penyediaan/irisan tempat selamat/perlindungan Merujuk klien ke Badan Pendamai Merujuk klien kepada agensi lain.

You might also like