You are on page 1of 11

KERJA KURSUS SCE 3107

Amali 01 Pengenalan

Tajuk: Ekosistem tanah biota tanah dan siratan makanan Ekosistem merupakan interaksi atau hubung kait antara benda

hidup dengan benda bukan hidup dalam alam semulajadi. Ekosistem adalah satu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan saling bergantung antara hidupan dengan sekelillingnya. Ekosistem juga boleh dikatakan satu interaksi yang kukuh antara semua hidupan dan bukan hidupan yang mempengaruhi antara satu dan yang lain. Dalam sesebuah ekosistem terdapat beberapa komponen yang terlibat: 1. Komponen biotikkomponen hidupan yang teridiri daripada

pengeluar,pengguna(konsumer) dan pengurai. 2. Komponen abiotik-komponen bukan hidupan yang terdiri daripada cahaya,nilai pH,kelembapan,suhu,udara dan air. Biologi Tanah Biota tanah adalah kumpulan hidupan yang menjadikan tanah sebagai tempat untuk menjalakan proses kehidupan. Biota tanah adalah komponen yang tidak dapat dipisahkan dengan tanah kerana biota tanah dan tanah bergantung antara satu sama lain. Biota tanah merupakan faktor pembentukan tanah yang menjalankan pelbagai proses yang membentuk struktur atau keadaan tanah ,antara proses yang terlibat ialah mineralisasi, menghancurkan dan merombak bahan organic (humifikasi,mineralisasi) dan mencapur bahan penyusun tanah (pedoturbasi) Fauna pada ekosistem tanah terdiri daripada makro fauna dan mikro fauna. Makro fauna terdiri daripada: herbivor seperti annelid (cacing tanah), dipoloda (kaki seribu) dan serangga. Manakala mikro fauna teridiri daripada protozoa dan rotifera. Tujuan Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah yang berbeza. Bahan & Alatan Sampel tanah, Larutan formalin, Corong tulgren, Kaki retort, Bikar, Lampu, Corong turas , Kain kasa, Piring petri, Forseps, Kanta pembesar, Mikroskop

16

KERJA KURSUS SCE 3107

Prosedur

1. Satu sampel tanah diambil dibawah litupan daun luruh (O Horizon) dan tanah atas (A Horizon tidak melebihi kedalaman 3cm) daripada dua lokasi berbeza. 2. Sampel-sampel dimasukkan ke dalam bag plastik, dimeterikan dan dilabelkan. 3. Pada setiap lokasi, jenis tanaman pada lokasi (contoh, hutan, paya, laman dan lain-lain) dan ciri- ciri direkodkan dalam Jadual 1. 4. Di makmal, sampel tanah dicampurkan dengan tanah litupan daun dari lokasi yang sama. Kemudian satu sampel yang diketahui dimasukkan ke dalam corong Tulgren dan dibiarkan selama 2 hari. Makrofauna dan mikrofauna yang diperolehi didalam tiub pengumpul dituangkan kedalam piring petri yang mengandungi alkohol. 5. Sampel dari lokasi kedua dimasukkan ke dalam corong Tulgren dan dituangkan selepas 2 hari, mengikut prosedur yang sama. 6. Kehadiran makrofauna dibandingkan antara dua lokasi (Jadual 2) 7. Mikroskop atau kanta tangan digunakan untuk periksa sampel tanah dari O Horizon dan A Horizon. 8. Sebarang fauna yang dijumpai dimasukkan ke dalam piring petri untuk dikenalpasti. Semua organisma dikenalpasti dan dikelaskan kedalam

kumpulan yang berlainan. 9. Jumlah individu dikira dalam setiap kumpulan. 10. Kandungan dalam jar pengumpul dimasukkan ke dalam piring petri, dan setiap kumpulan dikenalpasti. Jumlah individu dikira dari setiap kumpulan. 11. Keputusan dari Jadual 2 dan 3 digunakan dan bilangan order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun dalam Jadual 4 dikira.

17

KERJA KURSUS SCE 3107

Pemerhatian

Ciri-ciri Tanah Ciri-ciri Lokasi Lokasi tanah tahap naungan Lokasi 1 Bawah litupan daun Teduh Lokasi 2 Berkedalaman 3 cm Teduh Sedikit lembab

Kelembapan/Kekeringan Kering Tanah Kemampatan Tanah Tekstur Tanah (pasir, liat dll) Jadual 1 a. Makrofauna Terbesar Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 Kurang padat Tanah pamah

Sederhana padat Tanah pamah

Bilangan @ lokasi 2

isipadu tanah = 200ml isipadu tanah = 100ml

Cacing tanah Kulum-kulum Lipan Kutu kayu Semut Anai-anai

0 1 1 2 5 7 Jadual 2

2 0 0 0 0 4

18

KERJA KURSUS SCE 3107

b. Makrofauna terkecil Order atau Kumpulan Makrofauna Nematod Hama Collembola Bilangan @ lokasi 1 Bilangan @ lokasi 2

isipadu tanah = 200ml isipadu tanah = 100ml 0 1 2 Jadual 3 14 5 21

Lokasi 1 = (O Horizon) - sampel tanah dibawah litupan daun luruh Lokasi 2 = (A Horizon) tanah atas tidak melebihi kedalaman 3cm

Order atau Kumpulan Mikrofauna Makrofauna bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan bil. Kulum-kulum seliter tanah/litupan = (1/200) x 1000 = 5 bil. Cacing tanah seliter tanah/litupan 0 = (2/100) x1000 = 20 bil. Lipan seliter tanah/litupan = (1/200) x 1000 = 5 bil. Semut seliter tanah/litupan = (5/200) x 1000 = 25 bil. Anai-anai seliter tanah/litupan = (7/200) x 1000 = 35 = (4/100) x1000 = 40 0 0 0 5 Lokasi 1 4 Lokasi 2

19

KERJA KURSUS SCE 3107

bil. Nematod seliter tanah/litupan

= (14/100) x1000 = 140

bil. Hama seliter tanah/litupan

= (1/200) x 1000 = 5

= (5/100) x1000 = 50 = (21/100) x1000 = 210

bil. Collembola seliter tanah/litupan

= (2/200) x 1000 = 10

Jadual 4

Perbincanga n

Melalui keputusan jadual perbandingan di atas kita dapat melihat terdapat perbezaan spesis makrofauna yang hidup pada lokasi 1 yang terletak di bawah dibawah litupan daun dibawah pokok berbanding di lokasi 2 yang terletak di kedalaman tidak lebih 3 cm. Keadaan tanah yang lembap, kawasan yang teduh dan struktur tanah menyebabkan banyak hidupan yang tinggal di kawasan itu. Kawasan bawah pokok yang kurang panas membantu hidupan atas tanah daripada mengalami dihidrasi yang teruk ini menyebabkan banyak hidupan tinggal di kawasan tersebut malah hidupan yang tinggal di kawasan bawah pokok dapat mengurangkan risiko untuk di makan oleh pemangsa. Lokasi 2 yang terletak di kedalaman yang berbeza yang berkeadaan lembab dan teduh menyebabkan kurang hidupan atas tanah tinggal dikawasan tersebut. Hanya hidupan yang amat kecil hidup di dalam tanah yang mempunyai tahap kepadatan dan kelembapan yang lebih tinggi.

Kesimpulan

Didapati sampel tanah di lokasi 2 mempunyai makrofauna yang lebih banyak berbanding sampel tanah di lokasi 1. Hal ini kerana sampel tanah dari kedalaman yang berbeza mempunyai bilangan makrofauna yang berbeza bergantung kepada kawasan tersebut.

20

KERJA KURSUS SCE 3107

Makrofauna di bawah mikroskop 1. Nematod

Lukisan tangan

X100

X100 2. Hama (Mites)

X100

21

KERJA KURSUS SCE 3107

3. Springtail (Collembola)

X400

X400

22

KERJA KURSUS SCE 3107

Soalan:
1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan-perbezaan tersebut? Kepelbagaian mikrofauna akan wujud pada dua lokasi atau tempat yang berbeza disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu. Sama juga seperti tanah. Tanah juga boleh dikelaskan kepada beberapa jenis yang berbeza seperti tanah berpasir, tanah rumput, tanah poros, tanah halus, tanah liat, tanah pamah dan lain-lain lagi disebabkan oleh proses modifikasi yang terjadi kepada tanah-tanah tersebut berpunca dari perubahan iklim, organisma dan juga topografi atau permukaan muka bumi. Lokasi yang berbeza pasti akan mewujudkan mikrofauna yang berbeza tidak kiralah dari segi bilangan kumpulan atau bilangan individu sesuatu spesis yang dijumpai di sesuatu lokasi yang berbeza. Perbezaan ini terjadi boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti struktur tanah, kelembapan, suhu, pH dan lain-lain lagi. Selain itu kedalaman tanah juga boleh menyumbang kepada perbezaan bilangan dan jenis makrofauna. Daripada eksperimen yang kami jalankan, tanah yang digunakan adalah dari kedalaman yang berbeza. Lokasi 1 menggunakan tanah permukaan yang dilitupi dengan daun, manakala lokasi 2 pula menggunakan tanah dengan kedalaman 3 cm. Tanah-tanah ini mempunyai perbezaan dari segi kelembapan dan kepadatannya. Hasil yang diperolehi ialah perbezaan jenis makrofauna. Lokasi 1, banyak makrofauna besar yang terdiri dari makrofauna yang merayap di permukaan seperti kulum-kulum, lipan, semut dan anai-anai. Lokasi 2 pula banyak terdiri dari makrofauna yang kecil seperti namatod, hama dan collembola.

23

KERJA KURSUS SCE 3107

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut. Makrofauna berfungsi sebagai sebuah komuniti di dalam tanah yang membantu menyeimbangkan sifat fizikal tanah. Makrofauna dan mendapan organik dapat membantu mencegah hakisan tanah, bertindak sebagai pengurai, membantu meningkatkan aktiviti biologi dan meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan struktur tanah dalam kawasan tersebut. Jenis organisma Bakteria

Ciri dan peranan organisma kepada tanah

Terlibat di dalam proses pereputan sisa organik Penting dalam membantu peredaran karbon, nitrogen, fosforus dan sulfur di dalam tanah.

Aktinomisit Kulat

Penting dalam proses pereputan sisa organik. Penting dalam pereputan bahan organik : bersimbiosis dengan akar tumbuhan

CacingTanah Nematod Alga

Mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah. Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain. Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang yang digalinya. Najisnya mengandungi kalsium yang menyuburkan tanah. Membantu pereputan bahan organik Menggunakan cahaya matahari untuk menjalankan fotosintesis

24

KERJA KURSUS SCE 3107

3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota (contohnya,fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku. Contoh, dimanakah bermulanya pembentukan tanaga dan dimanakah ianya berakhir (puncak rantai makanan). Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai makanan mati?

Cahaya matahari Arthropo d

Burung kecil pemangsa

Nematod e Nematodes (kulat dan fungal)

Artropod pemangsa Binatang pemangsa

Rumput

Fungi

Bahan-bahan organik

Protozoa (Amoebae, Flagelates ciliates Bakteria

Peranan pemangsa dalam siratan makanan: Pemangsa selalunya merupakan pengguna kedua dan ketiga mereka menggunakan tenaga yang dihasil daripada pengeluar dan merupakan akhir bagi sesuatu rantaian makan. Peranan daun gugur (bahan mati): Peranan bahan mati merupakan sumber pertama yang dimakan oleh detrivor, berperanan sebagai pemula bagi sesuatu rantai makanan. Sebagai contoh: Daun matidetrivorayamhelang
25

KERJA KURSUS SCE 3107

Peranan daun atau tumbuhan dalam siratan makanan: Tumbuhan berperanan sebagai pengeluar dan merupakan pemula bagi satu-satu rantai makanan. Contohnya : Rumput belalangayamhelang Peranan matahari dalam siratan makanan; Matahari merupakan sumber utama dalam kitaran tenaga bagi siratan atau rantai makanan. Peranan detrivor (nematode,bakteria dan fungi) dalam siratan makanan: Detrivor berfungsi untuk menguraikan bahan mati dan menjadi bahan organik. Detrivor juga merupakan pengguna pertama dalam sesuatu rantaian makanan. Pengaliran tenaga dalam siratan makanan: Siratan makanan merupakan gabungan bagi beberapa rantaian makanan. Oleh itu untuk menerangkan pengaliran tenaga, satu rantaian makanan di ambil sebagai contoh; Rumput arthropo artropod pemangsaburung kecil Dalam satu-satu rantai makan sumber tenaga bermula daripada cahaya matahari. Cahaya matahari digunakan oleh tumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis bagi menghasilkan kanji namun begitu hanya 10% tenaga yang digunakan oleh tumbuhan tersebut. Tumbuhan dimakan oleh artopod, tumbuhan yang dimakan akan terurai dan hanya 10% tenaga digunakan oleh atropod daripada makan tersebut. Artopod di makan oleh artopod pemangsa hanya 10% digunakan oleh artopod pemangsa sebagai tenaga. Artopod pemangsa dimakan oleh burung kecil dan hanya 10% tenaga digunakan. Kesan kitaran tenaga dan nutrient sekiranya pemangsa paling akhir mati: Kitaran tenaga dan nutrient berkitar semula kerana pemangsa akhir menjadi bahan mati dan akan dikompos menjadi bahan organik.

26

You might also like