You are on page 1of 9

BENGKEL TRAINING OF NUQABA PART 1 (TON1)

CREATIVE SIFU Perunding Aktiviti & Permainan

Nuqaba
Jadilah seorang yang membuat perubahan dalam hidup seseorang.
Menjadi naqib(ah) adalah satu anugerah pengalaman yang tidak ternilai dalam hidup kita. Ia juga menjadi salah satu perkara yang paling mencabar. Jika kamu mengendalikan sesi usrah tanpa panduan atau material sebagai Alat Bantu Usrah (ABU). Ia mungkin akan menjadikan usrah dirasakan susah atau mengecewakan. Bengkel ini direka bagi membantu kamu menjalin hubungan baik dengan adik-adik usrah yang diamanahkan kepada kamu. Bengkel disusun bagi membantu kamu memahami peranan kamu sebagai naqib(ah), Usrah Pertama & Menyusun Material Usrah. Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada insan-insan yang tidak jemu-jemu mentarbiyah.

1|Page

BENGKEL TRAINING OF NUQABA PART 1 (TON1)

CREATIVE SIFU Perunding Aktiviti & Permainan

Naqib(ah) ialah: Penunjuk jalan Sahabat Ketua Penyorak Pendengar Tempat mengadu Self-esteem booster Abang/kakak Teman Guru dipercaya & berilmu Coach Penghubung Tutor Role Model

Naqib(ah) bukan: Penyelamat Ibu bapa angkat Ahli terapi Pegawai parol Rakan yang boleh dimain-mainkan

Hubungan: Asas kepada Usrah Segala impak yang ingin kamu berikan kepada adik-adik usrah kamu semuanya bermula dengan hubungan. Hubungan adalah asas kepada usrah yang berjaya. Menjalin hubungan yang kukuh mengambil masa dan menguji kesabaran. Hubungan yang baik bukan dibina atas dasar berkongsi rahsia, tetapi melalui empati dan memahami. Dalam hubungan ini, memerlukan saling mengambil berat, respect dan memahami. Ia menjadi fokus dalam menjamin pengendalian usrah yang berjaya.

2|Page

BENGKEL TRAINING OF NUQABA PART 1 (TON1)

CREATIVE SIFU Perunding Aktiviti & Permainan

Tingkap Johari
Kamu Tahu Kamu Tidak Tahu

Open Pane

Blind Pane (Kamu tidak sedar, tetapi orang lain sedar)

Orang Lain Tahu

(Diri kamu yang ditonjolkan)

Hidden Pane

Unknown Pane (Kamu & orang lain tidak sedar)

Orang Lain Tidak Tahu

(Diri kamu yang tidak ditonjolkan)

Kunci bagi sesuatu hubungan terletak pada percaya. Jangan menganggap adik-adik usrah kamu begitu mudah untuk percaya kepada diri kamu pada perjumpaan pertama. Sepertimana hubungan yang lain, kamu perlu memberikan adik-adik usrah kamu masa bagi menanam kepercayaan kepada kamu dalam diri mereka. Umpama biji benih, memerlukan masa bagi bercambahnya akar untuk memegang tanah. Masa demi masa yang berlalu menguatkan lagi cengkaman akar kepada tanah. Tingkap Johari adalah model bagi menggambarkan proses ini.

Tingkap Johari: Proses Pendedahan Diri dan Memahami Manusia dalam Perhubungan. Tingkap Johari merupakan salah satu model yang berguna dalam menjelaskan interaksi manusia. Ia memudahkan kita memvisualkan empat tahap yang wujud dalam hubungan kita. Dalam setiap tahap perhubungan, sesetengah maklumat boleh dikongsi atau dielakkan daripada dikongsi, terpulang kepada kebolehpercayaan kita terhadap seseorang. Maklumat berkenaan diri dan penafian berubah mengikut masa yang kita habiskan bersamasama mereka. Peningkatan atau penurunan amaun kebolehpercayaan kita kepada seseorang dipengaruhi oleh hubungan. Apa yang kita peroleh mengenai diri seseorang sebahagian besar adalah daripada pendedahan diri dan komunikasi interpersonal.
3|Page

BENGKEL TRAINING OF NUQABA PART 1 (TON1)

CREATIVE SIFU Perunding Aktiviti & Permainan

The Open Pane menunjukkan diri kamu yang terbuka. Ia mengandungi maklumat tentang diri yang kamu tunjukkan atau disedari. Pada pertemuan pertama, hanya sedikit sahaja yang didedahkan.. Tetapi, semakin banyak masa yang diluangkan bersama dan semakin mengenali antara satu sama lain, semakin banyak perkara yang dikongsikan. Nama, ciri-ciri fizikal, umur, bidang pengajian, kesukaan dan tidak suka adalah contoh maklumat yang dikongsikan. The Blind Pane menggambarkan bahagian diri kamu yang kamu sendiri tidak sedar. Ia mengandungi maklumat tentang diri kamu daripada pandangan orang lain. Ramai orang yang tidak sedar kesalahan ataupun kelebihan mereka. The Hidden Pane ialah pengetahuan diri yang terlindung daripada orang lain. Ia mengandungi maklumat yang kamu tahu tentang diri kamu, tetapi tidak mahu diketahui oleh orang lain. Kita sangat memilih dalam berkongsi maklumat dalam perkara ini. Jika hubungan semakin akrab, kita akan berkongsi lebih banyak maklumat. Contoh perkara ialah saat memalukan, ketakutan, atau peristiwa yang paling disesali. The Unknown Pane ialah maklumat berkenaan diri yang kamu dan orang lain tidak sedari. Pendidikan dan pengalaman hidup akan membantu mengenalpasti misteri ini. Perkara yang kamu rasa tidak mampu lakukan dan reaksi kamu pada insiden yang kamu tidak pernah jangkakan. Apabila kita mendapat kepercayaan dari seseorang atau memberi kepercayaan kepada seseorang, kawasan yang digambarkan pada open dan hidden berubah. Apabila kesedian untuk pendedahan diri meningkat, manusia akan mendedahkan lebih banyak maklumat tentang diri, yang lebih menarik mereka menemui maklumat diri mereka daripada pandangan orang lain.

4|Page

BENGKEL TRAINING OF NUQABA PART 1 (TON1)

CREATIVE SIFU Perunding Aktiviti & Permainan

Aktiviti 1 - Siapa yang kamu percaya? (20 minit)

Fikirkan seseorang yang kamu percaya:

Mengapa kamu percaya kepada mereka? (Senaraikan ciri-ciri yang dapat kamu kenalpasti pada orang yang kamu nyatakan di atas.) 1. ................................................... 2. ................................................... 3. ................................................... 4. ................................................... 5. ................................................... 6. ................................................... 7. ................................................... 8. ................................................... 9. ................................................... 10. ...................................................

Kongsikan jawapan kamu bersama rakan-rakan dalam kumpulan.

Aktiviti 2 Rebah Bersambut (15-30 minit)

Apa yang kamu dapat pelajari daripada aktiviti ini?

Adakah kamu yakin untuk melakukan aktiviti bersama orang yang baru kamu kenali?

Bagaimana kamu boleh percaya kepada rakan-rakan kamu?

5|Page

BENGKEL TRAINING OF NUQABA PART 1 (TON1)

CREATIVE SIFU Perunding Aktiviti & Permainan

Aktiviti 3 Usrah Pertama (45 minit)


Peserta dipecahkan kepada kumpulan yang terdiri daripada 5-8 orang. 1 orang Naqib 3-6 orang Anak usrah 1 orang Pemerhati

Arahan: Hari ini merupakan pertemuan usrah pertama. Kamu (yang dipilih) diberikan tanggungjawab sebagai naqib. Sila kendalikan usrah pertama dalam tempoh 15 minit. 10 minit berlalu. Pemerhati diminta memberikan maklumbalas. Penambahbaikan, kesalahan dan cadangan. Peserta turut berkongsi pengalaman mereka sebagai ahli usrah. 10 minit diberikan Trainer bertanya kepada pemerhati & anak usrah secara rawak.

6|Page

BENGKEL TRAINING OF NUQABA PART 1 (TON1)

CREATIVE SIFU Perunding Aktiviti & Permainan

USRAH PERTAMA
Perkenalkan nama, asal, bidang pengajian, hobi, suka dan tidak suka. Golden Rule Penetapan masa perjumpaan Matlamat akhir Naqib(ah) dan Ahli-ahli Usrah Pengenalan Usrah Perkongsian pengalaman berusrah beri gambaran pada Ahli Usrah yang pertama kali mengikuti usrah

MENYUSUN MATERIAL USRAH Pendahuluan:


Recap atau Bacaan Al-Quran / Tafsir atau Tasmi Hafazan ayat Al-Quran/Hadis atau Pengenalan tajuk atau Permainan atau aktiviti memperkenalkan tajuk

Isi Kandungan:
Bedah buku atau Diskusi isu atau Pembentangan tajuk atau Aktiviti & Games atau Dll.

Penutup:
Ulang kandungan perbincangan atau Assigment minggu hadapan atau Wasiat atau Motivasi untuk beribadah

7|Page

BENGKEL TRAINING OF NUQABA PART 1 (TON1)

CREATIVE SIFU Perunding Aktiviti & Permainan

Aktiviti 4 Menyusun Material Usrah (45 minit)


Peserta dipecahkan kepada kumpulan. Arahan: Kamu akan menjalankan usrah beberapa jam lagi. Sebagai persiapan kamu perlu menyediakan satu garis panduan usrah yang sesuai untuk usrah yang dijalankan selama sejam. Kamu diberikan selama 15 minit untuk menyiapkannya. 15 minit berlalu. Perkongsian peserta secara rawak. Trainer menunjukkan pada slide atau salinan beberapa jenis Perancangan Usrah.

Aktiviti 5 Mengendalikan karektor pelbagai (1 jam)


Peserta dipecahkan kepada kumpulan yang terdiri daripada 5 orang (Bertukar peranan). 1 orang Naqib 3 orang Anak usrah 1 orang Pemerhati Arahan: Kamu diminta mengendalikan usrah selama 15 minit. Ahli usrah kamu akan memainkan karektor yang akan diberitahu oleh fasilitator. Panggil ahli usrah 1, 2 & 3 berasingan. Bagi taklimat. Mula berbincang. 15 minit berlalu. Pemerhati diminta memberikan maklumbalas. Penambahbaikan, kesalahan dan cadangan. Ahli usrah akan berkongsi pandangan mereka berkaitan cara Naqib(ah) mengendalikan usrah dengan karektor pelbagai. Maklumbalas peserta secara rawak.

PENGGULUNGAN
Re-view talk Perkongsian peserta
8|Page

BENGKEL TRAINING OF NUQABA PART 1 (TON1)

CREATIVE SIFU Perunding Aktiviti & Permainan

Aturcara program:
9.00pagi 9.30pg 10.00pg Pendaftaran peserta Sesi Taaruf & Tag Talk Nuqaba Perbincangan m/s 1-4 11.00pg 11.15pg 11.35pg 12.05tgh 12.50tgh 1.00ptg 2.00ptg 2.45ptg 3.45ptg 4.00ptg Rehat Aktiviti 1 Siapa yang kamu percaya? Aktiviti 2 Rebah bersambut Aktiviti 3 Usrah Pertama Tayangan Video Rehat, Makan tengahari & Solat Zuhur Aktiviti 4 Menyusun Material Usrah Aktiviti 5 Mengendalikan Karektor Pelbagai Penggulungan Bersurai

Bilangan peserta:
Tidak melebihi 50 orang

Kawasan program:
Bilik mempunyai kerusi boleh ubah, padang atau taman. Bilik kuliah tidak digalakkan. Penting untuk komunikasi dan aktiviti kumpulan.

Bayaran Program:
Percuma! (Bagi aktiviti di luar lembah kelang bayaran tol dan minyak ditanggung penganjur)

9|Page

You might also like