You are on page 1of 16

STU 242 PSIKOLOGI SOSIAL TAJUK 8 PENGARUH SOSIAL

DR INTAN HASHIMAH MOHD HASHIM PP SAINS KEMASYARAKATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pengenalan

Pengaruh sosial- cubaan oleh satu atau lebih individu utk mengubah sikap, kepercayaan, persepsi dan tingkahlaku seorang atau lebih individu yg lain Penurutan
Satu bentuk pengaruh sosial di mana individu mengubah sikap@tingkahlaku supaya bersesuaian dgn norma sosial Contoh:mengubah fesyen supaya sama dgn kawan

Komplian

Satu bentuk pengaruh sosial melibatkan permintaan terus dari seorang kepada orang yg lain

Contoh:

ajak kawan ke BJ

Kepatuhan
Satu bentuk pengaruh sosial di mana seseorang membuat arahan dan orang lain mematuhi arahan itu Contoh: di arah Dr Intan membuat tugasan

Penurutan

Merujuk kpd tekanan utk bertingkahlaku secara konsisten dgn undang-undang tentang tingkahlaku yang sepatutnya dibuat Norma sosial-undang-undang bagaimana individu sepatutnya bertingkahlaku dlm situasi tertentu Norma sosial dlm kelas Ada norma sosial jelas (ada undang-undang bertulis) tetapi ada masanya tidak tertulis Kebanyakkan orang mematuhi norma sosial ini Tanpa norma sosial, keadaan menjadi kelam kabut, tingkahlaku sukar diramal dan ada masanya menjadi merbahaya

Penyelidikan Klasik Dlm Kajian Penurutan

Kajian Ash Dalam menentukan panjang garisan, sebilangan besar mengikut keputusan majoriti, walaupun jelas pilihan adalah salah Ada perbezaan individu dan situasi Kajian Sherif Fenomenon autokinetik Melihat pembentukan norma sosial Dalam situasi mengelirukan, ada kecendurangan utk bersetuju dgn pendapat ramai Kecenderungan turut mempengaruhi penilaian individu

Faktor mempengaruhi penurutan

Kohesif- tahap sejauh mana kita tertarik dgn kumpulan dan mahu menjadi ahli kumpulan tersebut Lebih tinggi tahap kohesif- lebih kecederungan menurut norma sosial Ini mungkin didorong keinginan utk diterima Saiz kumpulan-lebih besar kumpulan, lebih kecederungan utk menurut norma sosial Norma injunktif yang salien kepada seseorang meningkatkan penurutan

Norma situasi

Merujuk kpd norma yang mempengaruhi tingkahlaku dalam situasi tertentu Kita masih mematuhi norma ini walaupun tanpa disedari Kajian Aarts dan Dijksterhuis (2003) Perserta yang diberitahu akan melawat perpustakaan memperlahankan suara mereka

Kenapa kita menurut?

Pengaruh sosial normatif Di dorong keinginan untuk diterima Mengubah tingkahlaku supaya sama dengan orang lain meningkatkan kebarangkalian disukai
Pengaruh sosial informatif Di dorong keinginan untuk menjadi betul Kita merujuk kpd orang sekeliling utk mendapat jawapan tentang tingkahlaku yang betul

Kesan negatif penurutan


Kajian Klasik Zimbardo Pengaruh situasi dalam mengubah tingkahlaku seseorang supaya bersesuaian dengan norma sosial yg ada, walaupun norma itu negatif

Menurut norma gender boleh menyekat peluang dan potensi

Mengelak dari penurutan

Kita ada keperluan kpd individualiti Budaya yang menekan kpd individualistik lebih rendah penurutan Keinginan mengekalkan kawalan personal, lebih tinggi keinginan ini, lebih rendah penurutan Adanya norma yang mengalakkan individualiti

Pengaruh Minoriti

Ada masanya kumpulan kecil boleh mempengaruhi kumpulan besar Contoh: ahli sains yang ide mereka pada asalnya ditolak dan enviromentalist Boleh berjaya jika:
Konsisten

Tidak

nampak rigid Mengikut tren semasa

Komplian

Cialdini mengkaji mereka yang berjaya mendapat komplian dari orang lain (juru jual, ahli politik dll) dan mendapati terdapat 6 prinsip asas yang mempengaruhi komplian Persahabatan- bersetuju dgn orang yg kita suka Komitmen-bersetuju dgn perkara yg konsisten dgn komitmen kita Terhad-menghargai benda yang hampir tiada Resiprositi-bersetuju dgn orang yang bersetuju dgn kita Validasi sosial-bersetuju dgn perbuatan orang yg sama seperti kita Autoriti-bersetuju dgn orang yang ada autoriti

Taktik Komplian Berdasarkan Prinsip Asas

Ingrasiasi~ memuji atau membuatkan orang suka kpd kita (prinsip suka) Teknik kaki-di-pintu~ membuat permintaan yg kecil sebelum berubah ke permintaan yg lebih besar (prinsip komitmen) Prosedur bola rendah~menukar tawaran selepas seseorang telah bersetuju (prinsip komitmen) Teknik pintu-di-muka~membuat permintaan yg besar sebelum berubah ke permintaan yg kecil (prinsip resiprositi) Teknik bukan itu saja~memberi pelbagai tawaran menarik (prinsip resiprositi) Permainan susah dapat~menekankan bahawa seseorang atau objek sukar didapati (prinsip terhad) Teknik tempoh tamat~tawaran hanya baik utk tempoh tertentu sahaja (prinsip terhad)

Pengaruh Sosial Simbolik

Kita ada masanya boleh dipengaruhi oleh orang yang tiada atau tidak cuba mempengaruhi kita Kehadiran psikologikal masih mempengaruhi kita Kajian Fitzsimons dan Bargh (2003)

Kepatuhan Kepada Autoriti

Jarang terjadi berbanding penurutan dan komplian Kepatuhan dalam makmal Kajian Klasik Milgram Kepatuhan kpd autoriti mendorong subjek memberi kejutan elektrik kpd seseorang Dipanggil kepatuhan destruktif

Kepatuhan destruktif

Kenapa ianya terjadi?


Menghilangkan

tanggungjawab Mempunyai tanda tanda kuasa Arahan secara gradual Kejadian berlaku secara pantas

Melawan kepatuhan destruktif


Melihat

mereka sebagai bukan autoriti Jelas dgn limitasi Menyoal autoriti Melihat arahan sebagai melulu

Soalan Tutorial 8

Terangkan teknik-teknik mendapatkan komplian.


Bagaimana anda boleh mengunakan teknik-teknik di atas untuk meminta bapa anda membelikan anda satu telefon bimbit baru yang mahal harganya?

You might also like