• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
MENGIMBAU SENARIO KEJAYAAN MALAYSIAPADA ERA
 PASCA
KEMERDEKAAN
Oleh : Anak Bumi Kelantan 
warga Malaysia yang celik hati dan mensyukuri nikmatkemerdekaan tidak akan
membutakan mata
” dan “
memekakkan telinga
untumenerima hakikat bahawa Malaysia pada hari ini bukanlah seperti mana Malaysialima dekad yang lalu ataupun pada era
 pra
kemerdekaan. Kita boleh melihat kejayaandemi kejayaan dicipta untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat yangmewujudkan kelompok etnik yang majmuk tetapi hidup harmoni di bawah panji- panji kemerdekaan sejati.Persoalannya kini, kenapakah segala kejayaan yang dirintis melalui pelbagaidasar dan perancangan jitu itu hanya dilihat
 sebelah mata
atau
didengar sebelahtelinga
oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan ? Adakah kita sedar bahawa pencapaian gemilang negara kita dalam tempoh yang singkat begitu dicemburui olehkuasa-kuasa asing dan konco-konconya ? Mungkin juga pihak berkenaan sengajatidak menerima hakikat sedemikian kerana tergolong dalam kelompok manusia yangsudah tersemai bibit-bibit kebencian, kekecewaan dan ketaksuban, atau melihatkejayaan demi kejayaan itu tiada ertinya kerana mereka itu bukan sebahagiandaripada barisan pemimpin yang mewarnakan senario kejayaan itu. Biar apa puntanggapan orang lain, segala-gala yang kita raih itu telah menggambarkan kejayaannegara hasil daripada perencanaan sepadu dan kesepakatan barisan kepemimpinannegara yang tidak pernah berputus asa mewara-warakan dan melaksanakan pelbagaidasar dan usaha bagi meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia, khususnya golongan bumiputera.Sambil itu, cubalah berpijak di alam realiti dan merenung sejenak beberapasenario kejayaan Malaysia sama ada di persada antarabangsa mahupun di pentas
1
S
ELURUH
 
tempatan dalam tempoh lima dasawarsa ini. Semua ini saya lakarkan secarakronologis mengikut era kepemimpinan negara yang mapan bermula dengan erakepemimpinan Perdana Menteri yang pertama, yang juga dikenali sebagai
 Bapa Kemerdekaan.
Setelah Almarhum Tunku Abdul Rahman mengisytiharkankemerdekaan pada 31 OGOS 1957 di Stadium Merdeka, Malaysia (
dahulunya Persekutuan Tanah Melayu
) terus mengorak langkah demi langkah bagi memastikanrakyat dapat menikmati kehidupan yang dinamik, aman , bertoleransi dan bersikap pragmatik. Semua ini direncanakan dengan penuh teliti oleh para pemimpin negaraketika itu. Mungkin kata – kata Almarhum Tunku Abdul Rahman memberi suatu perangsang kepada mereka. Antaranya,
Untuk mencapai kemerdekaan, tidaklah sukar tetapi untuk mengisi kemerdekaan, bukanlah suatu kerja yang mudah
…”.
Lantaran itu, pelbagai program dan perancangan digubal untuk meletakkannegara dalam persaingan global. Salah satunya, memastikan negara menjadi ahlinegara Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) pada tahun 1957.Seterusnya, Tentera Laut Diraja Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1958 untuk memartabatkan kedaulatan negara. Pelepasan cukai selama lima tahun kepadasyarikat perindustrian bertaraf perintis turut dilaksanakan untuk membolehkan kita berdikari. Bagi memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu (BM), kerajaan mulamenggunakan BM sebagai bahasa penghantar dalam semua urusan rasmi kerajaan.Selain itu, kita juga berjaya menjalinkan persahabatan dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Hasilnya, aspek keselamatan serantaudan hubungan diplomatik berjaya diperkukuh. Pada tahun 1960, darurat yangdiisytiharkan sejak tahun 1948 lagi terhadap petualang negara, iaitu Parti KomunisMalaya (PKM) berjaya ditamatkan. Usaha ini merupakan suatu tindakan awal bagimenandakan kemenangan terhadap perjuangan komunis . Dari segi pendidikan pula,
2
 
mulai 1962 kemudahan pendidikan rendah percuma dinikmati oleh rakyat. Kempen basmi buta huruf “
 End-IT 
” yang melibatkan hampir 180 000 orang mulai digerakkandengan harapan setiap lapisan rakyat dapat mengikuti arus pembangunan pesatselepas ini.Kedudukan dan imej negara semakin terserlah apabila Malaysia ditubuhkansecara serentak dengan kemasukan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. TelevisyenMalaysia dilancarkan sebagai penanda bermulanya era telekomunikasi negara. Padatahun yang sama, Masjid Negara dibina sebagai simbol perpaduan pelbagai kaum.Paling gemilang, pada era Almarhum Tunku Abdul Rahman, Bahasa Melayudijadikan bahasa kebangsaan dan alat untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang bukan sahaja berbeza dari segi kaumnya, malah mempunyai pelbagai dialek.Era Allahyarham Tun Abdul Razak pula menyaksikan pelancaran Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang berupa suatu acuan istimewa dalam usaha menaikkantaraf hidup kaum Bumiputera yang ketika itu jauh terpinggir daripada arus pembangunan akibat penjajahan yang terlalu lama. Tahun 1971 memperlihatkankejayaan serantau apabila Deklarasi Kuala Lumpur diumumkan oleh ASEAN untuk mengadakan Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (
 ZOPFAN 
) di Asia Tenggara. Agensikerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (
MARA
) digerakkan untuk mengeluarkan biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada kaum bumiputera. Selain itu, LembagaPembangunan Bandar (UDA) ditubuhkan untuk membantu kaum Melayu dan bumiputera menguasai sekurang-kurangnya 30 % dalam sektor pembangunan danaktiviti industri negara.Sementara itu, pada tahun 1972, Maktab Rendah Sains Mara (
MRSM 
) yang pertama dibina di Seremban, Negeri Sembilan untuk melahirkan generasi bumiputera
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...