You are on page 1of 48

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

BAB DUA: PENSEJARAHAN MALAYSIA ABAD KE-14 HINGGA KE-18: KAJIAN KE ATAS BEBERAPA KARYA AGUNG UTAMA

SINOPSIS HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI Teks Hikayat Raja-raja Pasai dianggap sebagai karya sastera Melayu tradisional yang tertua. Adalah tidak jelas siapakah pengarang teks ini, akan tetapi naskhah asal karya ini hanya sebuah iaitu kepunyaan Kyai Suradimanggala, Adipati Demak. Teks asal Hikayat Raja-raja Pasai telah disalin di Jawa untuk Stamford Raffles pada tahun 1814. Seperti karya pensejarahan Melayu tradisional yang lainnya, Hikayat Raja-raja Pasai mengandungi dua unsur iaitu:

i. ii.

Mitos dan lagenda Episod Kenyataan yang menjadi fakta sejarahnya

Teks Hikayat Raja-raja Pasai terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

i.

Bahagian Pertama

: Penceritaan mengenai asal-usul kerajaan Samudera-Pasai dan zaman keagungannya.

ii.

Bahagian Kedua

: Penceritaan tentang kehandalan Tun Beraim Bapa dan detik kemerosotan Pasai.

iii. iv.

Bahagian Ketiga

: Kejatuhan kerajaan Pasai

Bahagian Satu: Tentang Asal Usul Samudera-Pasai Pengenalan tentang Raja Ahmad dan Raja Muhammad yang hendak membuka negeri Samarlanga. Bahagian ini juga menceritakan bagaimana Raja Ahmad dan Raja Muhammad memperoleh anak angkat masing-masing.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Raja Muhammad mendapat anak perempuan daripada perdu rebung buluh dan dinamakan sebagai Puteri Buluh Betung.

Raja Ahmad yang bernegeri di Balik Rimba pula memperoleh anak ketika keluar memburu. Beliau bertemu dengan seorang tua dan mendapat anak lelaki yang dibela oleh seekor gajah dan dinamakan sebagai Merah Gajah.

Sultan Ahmad dan Sultan Muhammad kemudiannya mengahwinkan Merah Gajah dan Puteri Buluh Betung.

Merah Gajah dan Puteri Betung mendapat anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasun. Merah Gajah mencabut rambut emas Puteri Betung lalu keluar darah pelik berwarna putih. Puteri Betung akhirnya hilang. Raja Muhamad marah lalu membunuh Merah Gajah . Maka Raja Ahmad melanggar negeri Raja Muhamad dan peperangan terjadi. Kedua-dua raja adik beradik ini terbunuh dalam peperangan.

Merah Silu dan Merah Hasun tinggal di Biruan. Merah Silu menahan bubu dan mendapat cacing gelang-gelang yang bertukar menjadi emas dan perak. Merah Silu berkuasa menjinakkan kerbau liar di kawasan tersebut. Merah Hasun marah kerana menyangka abangnya makan cacing gelang-gelang dan bermain dengan kerbau, satu perbuatan yang memalukan maruah raja. Baginda menghalau Merah Silu dari tempatnya.

Merah Silu dengan pengikutnya berpindah ke Sungai Pasangan dan ke Hulu Kalang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar dan merestui dia tinggal di Buluh Telang. Malangnya Merah Silu suka sangat bersabung ayam.

Megat Sekandar dan Megat Kedah ialah kekanda kepada Sultan Malikul Nasir di Rimba Jerana. Megat Sekandar hendak mengangkat Merah Silu menjadi raja tetapi dibantah oleh Tun Harid Benung. Apabila Merah Silu menjadi raja, Sultan Malikul Nasir menyerangnya dan berlaku peperangan yang panjang.

Akhirnya sultan Malikul Nasir melarikan diri ke Kumat. Tetapi di Kumat, Sultan Malikul Nasir diserang oleh Megat Sekandar dan Sultan Malikul Nasir tewas. Hulubalangnya bernama Tun Harid Benung lari ke negeri Barus tetapi ditangkap oleh Raja Barus. Merah Silau menjadi raja di Rimba Jerana.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Nabi Muhammad

berwasiat

kepada

para

sahabat

supaya

berdakwah

di

negeri Samudera setelah baginda wafat. Bawa sebuah kapal dan alat kelengkapan dan ambil seorang fakir di negeri Mengiri untuk mengislamkan seluruh negeri Samudera. Semasa berburu di hutan, anjing Merah Silu yang bernama Si Pasai telah menyalak kuat dan berdakap 7 kali dengan pelanduk . Di atas sebuah bukit ada seekor semut sebesar kucing. Merah Silu makan semut tersebut dan tempat itu dijadikan negeri bernama Semudera. Nabi Muhamad wafat. Syarif yang mentadbir Kota Mekah telah menunaikan wasiat Nabi Muhamad. Syeikh Ismail ditugaskan ke Semudera . Dia singgah di negeri Mengiri . Raja Mengiri bernama Sultan Muhamad seorang keturunan Saidina Abu Bakar . anaknya yang muda menyamar sebagai fakir menumpang kapal tersebut. Kapal itu belayar ke Semudera. Merah Silu bermimpi bertemu dengan Nabi Muhamad . Nabi menompang dagunya dan menutup mata dengan empat jam. Nabi mengajar mengucap dua kalimah syahadah. Nabi meludah ke dalam mulutnya. Nabi menamakannya Sultan Malikul Saleh , makan hanya binatang halal yang telah disembelih. Dalam masa 40 hari, akan datang sebuah kapal dari Mekah dan hendaklah menerima ajaran Islam yang dibawa. Apabila Merah Silau terjaga dari tidur , Merah Silu mendapati kemaluannya telah bersunat dan mulutnya lancar membaca al Quran 30 juzuk. Sebuah kapal dari Mekah telah berlabuh di pelabuhan Samudera di Teluk Terli. Syeikh Ismail mengadap Sultan Malikul Saleh dan memintanya mengucap dua kalimah syahadah . Fakir memberi senaskah al Quran dan Sultan Malikul Saleh dapat membaca dengan lancar. Syeikh Ismail berjaya mengislamkan seluruh rakyat Semudera. Syeikh Ismail menabal Sultan Malikul Saleh menjadi Raja Semudera Darul Salam. Menteri yang bernama Tun Seri Kaya diberi nama Sayid Ghiatuddin dan Baba Kaya dengan nama baru Sayid Semayamuddin. Satu kaum di Samudera enggan memeluk agama Islam . Mereka lari ke hulu Pasangan yang kini dikenali sebagai orang Gaya. Sultan Malikul Saleh berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak gundik Raja Perlak.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Sultan Malikul Saleh mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Sultan Malikul Tahir . Negeri Pasai dibuka dan Sultan Malikul Tahir menjadi raja di sana.

Sultan Malikul Tahir mendapat dua putera iaitu Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul Mansur. Sultan Malikul Tahir mangkat. Sultan Malikul Saleh telah menyerahkan cucunya Sultan Malikul Mahmud untuk dijaga oleh Sayid Ali Ghiatuddin dan Sultan Malikul Mansur dijaga oleh Sayid Semayuddin.

Sultan Malikul Saleh merajakan Sultan Malikul Mahmud di Pasai dan Sultan Malikul Mansur di Samudera Darul Salam. Sebelum Sultan Malikul Saleh mangkat, baginda telah berwasiat supaya kedua-dua Perdana Menteri dan kedua-dua cucunya menjalankan pemerintahan dengan adil dan saksama sebagaimana syariat Islam.

Kerajaan Pasai enggan membayar ufti kepada Raja Siam sebagaimana dipinta. Panglima perang Siam bernama Talak Sejang telah menyerang Pasai. Siam tewas dan Talak Sejang terbunuh. Sultan Malikul Mahmud mendapat dua putera dan dua puteri . Puteranya bernama Sultan Ahmad Perumudal Perumal.

Semasa Sultan Malikul Mahmud sedang berburu, Sultan Malikul Mansur datang ke Pasai dan mengambil seorang perempuan dari istana Pasai. Sultan Malikul Mahmud memarahi Perdana Menteri Sayid Semayamuddin kerana menyangka tidak menahan perbuatan sumbang adindanya itu. Perdana Menteri Pasai telah meninggal dunia dan diganti oleh Tun Perpatih Tulus Tukang Segara dan mereka merancang membunuh Sayid Semayamuddin.

Sultan Malikul Mahmud mengadakan majlis berkhatan anaknya Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan menjemput Sultan Malikul Mansur dan Perdana Menteri Samudera Sayid Semayamuddin. Sebaliknya , Sultan Malikul Mansur ditangkap dan dibuang ke negeri Temiang. Sementara Sayid Semayamuddin dibunuh, kepalanya dibuang ke laut, badannya disula di Kuala Pasai. Tetapi anehnya kepala itu mengikut-ikut perahu Sultan Malikul Mansur.

Oleh itu , Sultan Malikul Mansur meminta tubuh Sayid Semayamuddin yang disula itu daripada Sultan Malikul Mahmud untuk dikebumikan di Padang Maya. Setelah insaf, Sultan Malikul Mahmud menjemput Sultan Malikul Mansur ke Pasai semula.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Tetapi dalam perjalanan ke Pasai, Sultan Malikul Mansut telah meninggal dunia di atas makam Sayid Semayamuddin. Sultan Malikul Mahmud semakin hiba dan jatuh sakit. Baginda berwasiat agar puteranya Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi raja Pasai.

Bahagian Dua: Mengenai Ketokohan Tun Beraim Bapa Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi raja Pasai setelah kematian Sultan Malikul Mahmud. Seorang jogi dari Benua Keling mengadap baginda dan menggelar Sultan Ahmad itu Perumudal Perumal dan gelaran itu kekal .

Sultan Ahmad mendapat 30 orang anak tetapi yang seibu sebapa adalah lima orang iaitu Tun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil, Tun Abdul Fadil, Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara. Sultan Ahmad mempunyai 4 orang menteri kanan iaitu Tulus Agung Tukang Sekara, Baba Mentuha, Sulaiman Dendang Air dan Tun Syah Ala Kota.

Sultan Ahmad Perumudal Perumal mempunyai nafsu terlampau kerana berahi akan anak daranya sendiri iaitu Tun Takiah Dara dan Tun Medan Peria. Bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku, Tun Beraim Bapa membawa dua adik perempuannya itu ke Tukas untuk tinggal bersamanya. Ini menyebabkan Sultan Ahmad semakin marah dan mahu merealisasikan nafsu serakahnya.

Empat pendekar Keling datang beradu kekuatan di Pasai dan berkelakuan samseng. Tun Beraim Bapa yang gagah perkasa, berlatih bersama guru -gurunya di Tukas. Gendang perang dari Tukas mengganggu tidur Sultan Ahmad Perumudal Perumal di Pasai. Baginda marah dan memberitahu Dara Zulaikha Tingkap tentang niatnya mahu membunuh Tun Beraim Bapa. Tun Beraim Bapa berjaya menewaskan pendekar Keling dan mereka pulang semula ke Benua Keling.

Tun Beraim Bapa telah bergurau dengan Tun Fatimah Lempau semasa berada di istana ayahnya di Pasai hingga istana Pasai bergoncang . Sultan Ahmad Perumudal Perumal tersedar dari tidur dan mengatur strategi agar Tun Beraim Bapa dibunuh.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Sultan Ahmad menyuruh Tun Beraim Bapa menyelam di Sungai Pasai dan menyuruh hulubalang menetak sekiranya timbul. Tetapi Tun Beraim Bapa terselamat kerana timbul serantai jauhnya dari tempat itu.

Sultan Ahmad menyuruh Tun Beraim Bapa membuang batang yang melekat pada perahu Sultan Ahmad. Tun Beraim Bapa berjaya melepaskan perahu yang tersangkut dan tidak mati lemas.

Sultan Ahmad menyuruh Tun Beraim Bapa makan cucur peniaram beracun yang dibuat oleh orang Seri. Anjing dan ayam yang memakan cucur peniaram itu mati keracunan. Dua adiknya Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara yang juga mati keracunan kerana makan cucur peniaram. Mereka dikebumikan di Bukit Fudul Allah.

Tun Beraim Bapa yang tidak mahu derhaka telah memakan cucur peniaram yang beracun itu lalu jatuh sakit. Tun Beraim Bapa yang kepanasan telah menyelam di Lubuk Turai. Seekor ular lembu telah dapat ditangkap dan dimakan tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Lalu Tun Beraim Bapa melontar lembing dan lembing itu tercacak di antara kubur dua adiknya. Tun Beraim Bapa akhirnya mati dan dikebumikan di mana lembing itu tercacak. Sultan Ahmad amat gembira dengan kematian anaknya itu.

Semasa Sultan Ahmad Perumudal Perumal tidak ada, Tun Abdul Jalil memerintah kerajaan Pasai.

Bahagian Tiga: Mengenai Kejatuhan Pasai Tuan Puteri Gemerencang anak Ratu Majapahit telah menyuruh Tun Perpatih melukis potret anak-anak raja , termasuk Tun Abdul Jalil. Melihat potret itu, tuan puteri rasa berahi amat dan mahu menemuinya. Ayahnya menghantar Tuan Puteri Gemerencang ke Pasai untuk menemui Tun Abdul Jalil.

Tetapi Sultan Ahmad cemburu mendengar hal itu lalu membunuh Tun Abdul Jalil. Tuan Puteri Gemerencang mendapat maklumat Sultan Ahmad telah membunuh Tun Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Dia memohon pada allah agar karamkan ghurabnya di Jambu air supaya dia dapat bertemu dengan Tun Abdul Jalil. Doanya dimakmulkan Allah.

Ratu Majapahit marah tidak terkira apabila mendapat tahu puterinya Puteri Gemerencang mati lemas di Jambu Air, negara Pasai. Ratu Majapahit mengerah pendekar-pendekar menyerang Pasai dan Pasai alah. Sultan ahmad Perumudal Perumal lari ke Menduga, 15 hari perjalanan di hujung Pasai. Dalam perjalanan balik ke Majapahit, askar Majapahit menawan Jambi dan Palembang serta membawa balik ramai tawanan perang dan para ulama.

Ratu Majapahit mengerah Perdana Menteri , Patih Gajah Mada menakluk semua negara jiran , tunduk dan membayar ufti ke Majapahit. Kerajaan Periaman enggan berbuat demikian Ratu Majapahit mahu berlaga kerbau dengan kerbau Periaman dengan pertaruhan ' Jika kerbau Majapahit kalah orang Jawa akan memakai kain cara perempuan. Sebaliknya jika kerbau Periaman kalah , kerajaan Periaman takluk di bawah Majapahit'.

Patih

Suatang

dan

Patih

Ketemenggungan

menggunakan taktik

kotor bagi

menewaskan Majapahit dalam laga kerbau itu. Mereka mempertaruhkan anak kerbau kecil yang lapar susu berhari-hari lamanya. Semasa hari laga kerbau, kerbau Periaman menghisap pelir kerbau Majapahit kerana ia lapar susu. Majapahit diisytiharkan kalah dan dijamu dengan air buluh rencong. Semasa pesta jamuan perpisahan itu, ramai askar Majapahit telah ditikam dengan buluh rencong . Kerajaan Periaman ditukar nama menjadi Minangkabau yang bermaksud 'menang laga kerbau'.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

SINOPSIS SULALATUS SALATIN / SEJARAH MELAYU Karya Sejarah Melayu yang turut dikenali sebagai Sulalatus Salatin merupakan antara sumber pensejarahan tradisional Melayu yang penting. Walaupun terdapat pelbagai versi Sejarah Melayu iaitu versi panjang dan versi pendek, Bendahara Johor, Tun Seri Lanang dianggap sebagai pengarang yang telah menyempurnakan penulisan Sejarah Melayu. Untuk rekod, terdapat sekurang-kurangnya 29 versi Sejarah Melayu yang dapat dikumpulkan oleh para pengkaji sejarah termasuklah edisi Munsyi Abdullah, edisi Dulaurier, edisi W.G Shellabear, edisi R.O Winstedt, edisi T.D Situmorang dan A.E Teeuw, edisi Dato Madjoindo dan edisi Ab. Samad Ahmad. Teks Sejarah Melayu memaparkan tentang sejarah raja-raja Melayu bermula dari periode pra-Melaka, zaman pengasasan Melaka, zaman kegemilangan,

kemerosotan dan sehinggalah kepada kejatuhan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511. Dalam Sejarah Melayu versi panjang pula, penceritaan mengenai Sejarah Melayu diteruskan pula kepada era pengasasan Kesultanan Johor-Riau sebagai penerus kepada Kesultanan Melayu Melaka sehingga diselesaikan penulisannya oleh Bendahara Johor, Tun Seri Lanang setelah naskhah asal Sejarah Melayu dibawa oleh Orang Kaya Suguh dari Goa/Gowa. Antara kandungan Sejarah Melayu mengikut bab termasuklah:

CETERA SATU:

Raja

Iskandar

Zul-Karnain

dari

Makaduniah berperang dengan

Raja

Kida Hindi.Raja Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain. Raja Iskandar Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi dan mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah. Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan baginda ingin menyerang China untuk meluaskan jajahan takluk. Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke China. Bagindamenewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin dengan Puteri Dara Segangga. Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan menewaskan Raja Chulan. Raja Suran kemudiannya mengahwini Puteri Onang Kiu.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China membuat muslihat dengan menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China.

Raja

Suran turun

ke

laut dan

sampai

di

bumi

Dika

dan

baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard. Raja Suran mendapat tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri danmewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan.

CETERA DUA

Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan, Nila Utama, dan Krisyna Pandita sudah dewasa dan dihantar ke dunia menaiki lembu putih.

Anak-anak Raja Suran muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa.

Terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan anak-anak Raja Suran. Lembu putih kenaikan anak-anak Raja Suran memuntahkan buih lalu keluar dari buih itu seorang lelaki, yang diberi nama Batala. Nila Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di Tanjung Pura. Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang. Nila Utama (Seri Teri Buana) ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga perhubungan raja dengan rakyat. Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin. Raden Ratna Cendera Puri didapati tidak kedal.

Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak angkat.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Seri Teri Buana kemudian berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar Bintan. Seri Teri Buana teriihat satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu.

Kenaikan Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke Temasek. Ribut itu reda setelah baginda meletakkan mahkotanya di air. Seri Teri Buana membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura berdasarkan nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja Singapura yang pertama oleh Wan Seri Beni.

CETERA TIGA:

Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke benua Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar. Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira. Paduka Seri Pikrama Wira melantik beberapa jawatan penting seperti

Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang. Betara Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan bergulung seperti subang". Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap dan bertindak membalas utusan itu dengan mencukur kepaia seorang budak dan beliungnya dihantar ke Majapahit. Terjadi peperangan antara Singapura dengan Majapahit tetapi Singapura tidak kalah. Kemangkatan Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama. Badang menahan lukah tetapi ikannya dimakan hantu. Badang

dapat menangkap hantu itu tetapi hantu meminta Badang melepaskannya dan permintaan Badang akan ditunaikan. Badang meminta kekuatan dan Badang terpaksa makan muntahhantu itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas hutan dalam masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya.

hazmanazhar 2013

10

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Badang mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija Niakra. Badang hampir-hampir beradu tenaga dengan Benderang, iaitu pahlawan dari Perlak tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan tidak mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari.

Seri Rakna Wikrama mangkat dan digantikan oleh anak baginda dengan gelaran Paduka Seri Maharaja.

Merah Silu menahan lukah dan selalu mendapat cacing gelang-gelang. Apabila direbus, cacing gelang-gelang itu bertukar menjadi emas.

Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya.

Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra. Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang datang ke Semundra. Fakir Muhammad mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri, Haru, Lamiri, dan Perlak.

Fakir Muhammad berjumpa Merah Silu di pantai dan mengislamkan beliau dan menukarkan namanya kepada Sultan Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-

Salleh mendapat dua orang putera iaitu Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'lMansur. Sultan Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya. Sultan Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan kepada anak-anak baginda supaya berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur. Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja Syahru'n-Nuwi. Sidi Ali Ghiathu'dDin bermuafakat dengan menteri untukmembebaskan raja Pasai. Sidi Ali

Ghiathu'd-Din berusaha untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. hazmanazhar 2013

11

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Beliau telah memberikan hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai balasan. SidiAli Ghiathu'd-Din memohon raja

Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Raja Pasai dibawa pulang. Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat Sultan Maliku't-Tahir walaupun ditegah oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din. Sultan Maliku'l-Mansur mengambil dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra. Saltan Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'lMansur dan berusaha untuk menangkapnya. Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat berjaya menangkap Sultan Maliku'l-Mansur. Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal lehernya dan kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan' Mlaliku'l-Mansur dibawa berperahu ke Manjung. Sultan Maliku'l-Mansur berjumpa dengan kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan kepalanya kemudian dikebumikan di Padang Maya. Sultan Maliku't-Tahir menjemput Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana

bagindamenyesal bermusuh-musuhan dengan saudara sendiri. Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din.

CETERA EMPAT

Tuan Jana Khatib dari Pasai datang ke Singapura. Apabila lalu berhampiran istana raja, beliau menilik batang pinang sehingga terbelah dua. Paduka Seri Maharaja murkakan Tuan Jana Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib sengaja menunjukkan kepandaian di depan isteri baginda. Tuan Jana Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke Lengkawi.

hazmanazhar 2013

12

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Todak menyerang

Singapura

dan

ramai

rakyat

mati.

Seorang

budak

mencadangkan agar digunakan batang pisang sebagai penahan serangan todak dan menghasilkan kejayaan.

Budak itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti.

Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah.

Anak Sang Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa marah akan tindakan Raja Iskandar Syah dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan beliau sedia membantu Majapahit.

Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit dan Raja Iskandar Syah melarikan diri ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu.

Raja Iskandar Syah menemui beberapa tempat, seperti Biawak Busuk dan Kota Buruk.

Raja Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan peristiwa pelanduk putih menendang anjing perburuan. Peristiwa itu dilihat dari bawah pokok Melaka.

Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda. Raja Muda. Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya digantikan pula oleh Raja Kecil Besar selepas kemangkatan Raden Tengah.

Syed Abdul Aziz datang ke Melaka dan mengislamkan penduduk Melaka.

Sultan Muhammad Syah menetapkan adat kepada rakyat untuk membezakan raja dengan rakyat. Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturanperaturan tertentu supaya dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka.

Mani Purindan ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna Sandari. tu dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muhammad Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan mendapat seorang anakiaitu Raja Kassim.

hazmanazhar 2013

13

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Sultan Muhammad Syah juga berkahwin dengan anak raja Rekan, mendapat seorang anak iaitu Raja Ibrahim.

Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara itu Raja Kassim diusir dari istana.

Raja Kassim menyamar sebagai nelayan dan bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta kerajaan Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan dan Sultan Abu Syahid terbunuh.

Raja Kassim ditabal menjadi raja bergelar Sultan Muzaffar Syah. Bendahara Seri Wak Raja membunuh diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya.

Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.

CETERA LIMA

Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam.

Tun Perak membawa angkatan dari Keiang bersama anak isteri mereka sekali. Awi Cakri menyerang Melaka tetapi tidak dapat menewaskan Melaka. Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga diiantik menjadi menteri. Rakyat Melaka berpecah belah; satu berpihak kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan ini membimbangkan Sultan Muzaffar Syah.

Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan Melaka.

hazmanazhar 2013

14

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakaia Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu Bendahari.

Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah pimpinan Awi Dicu. Tun Perak meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai. Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam.

Tuan Saidi Arab memanah Cau Panden dari Melaka . Cau Panden yang hendak menyerang Melaka mati di Siam.

Sultan Muzaffar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.

Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang Indera Pura.

Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala, puteri baginda, iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah.

Sultan Mansur Syah berkeinginan bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera serta Tun Telanai dititahkan ke Siam.

Orang

tua

dari

Melaka

berjaya

menunjukkan

kebolehannya

sehingga

mengagumkan raja Siam Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah matahari jatuh.

CETERA ENAM

Seorang penyadap menjumpai seorang budak hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya.

hazmanazhar 2013

15

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit.

Penyadap membayangkan Ki Mas Jaya akan menjadi Betara Majapahit, dan penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah Mada sekiranya perkara itu terjadi.

Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami.

Penyadap menagih janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada.

Satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap.

Sultan Mansur Syah ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma.

Rombongan Melaka sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaian. Tun Bija Sura dapat menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit, menari "sapu-sapu rengit", dan menggertak anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka.

Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Kuda Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah. Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang raja sehingga Sultan menitahkan Hang Tuah dibunuh.

Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun. Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat.

hazmanazhar 2013

16

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Puteri Hang Liu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak menyembah China.

Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah oleh Sultan Mansur Syah dan ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka.

CETERA TUJUH

Hang

Jebat mengamuk di

istana

Melaka

kerana membalas

dendam atas

kematian Hang Tuah.

Sultan Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang Tuah memandangkan tidak ada sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat.

Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah dibawa pulang.

Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah.

Sultan Mansur Syah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara agar dibuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama rakyat.

Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka Raja menjaga anak-anaknya.

Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari langit turun ke kepala Tun Mutahir

hazmanazhar 2013

17

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghuiu Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja.

Melaka menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala, Khoja Baba dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi Kampar.

Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk manakala, Megat Kudu, anak Maharaja

Parameswara ditawan. Sultan Mansur Syah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan Megat Kudu kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim. Tun Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad. Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas

dendam tetapi ditegah oleh Bendahara. Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di Pahang memandangkan tidak ada yang menyembah Raja Muhammad di Melaka. Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari perempuan di Ujung Tanah. Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki. Orang-orang Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka mati. Laksamana berjaya menewaskan Semerluki. Maulana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar. Sebelum itu kitab itu dirujuk dan diterjemahkan di Pasai.

hazmanazhar 2013

18

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai merujuk masalah agama dan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Menua.

CETERA LAPAN

Raja Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan diberi nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa mangkat, Pau Gelang dilantik sebagai raja Cempa. Cucu Pau Gelang berkahwln dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Ajeng dan beranak raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah.Pau Kubah tewas berperang dengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak raja Cempa lari ke Melaka.

Sultan Zainal Abidin dari Pasai melarikan diri ke Melaka selepas adindanya merampas takhta. Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki takhta semula.

Sultan Zainal Abidin enggan menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja, pulang ke Melaka dengan rasa kecewa.

Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula Sultan Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan. Sultan Mansur Syah murkakan Bendahara manakala,

Laksamana pula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai. Bendahara memuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa Bendahara untuk meminta maaf. Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di Melaka. Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat. Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan Alau'd Din Riayat Syah. Melaka diancam pencuri sehingga Sultan Alau'd-Din Riayat Syah bertindak menyamar diri untuk membanteras pencuri-pencuri. hazmanazhar 2013

19

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan mengetatkan undangundang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.

Sultan Alau'd-Din Riayat Syah membuat undang-undang mencuri dikudungkan tangan manakala, di simpang empat di tengah negeri dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai.

Raja Pahlawan dari Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati.

Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh pahlawan Melaka menghalang orangorang Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dengan orangorang Haru. Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.

Raja Maluku dan Telanai Terengganu datang ke Melaka. Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan Muhammad, iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda.

Sultan

Alau'd-Din

Riayat

Syah

mendapat

tahu

perkara kerana

itu Sultan

dan menitahkanpahlawan-pahlawannya menyerang Pahang

Muhammad membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah untuk menyerang Pahang. Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk menyelesaikan masalah itu. Laksamana Hang Tuah ke Pahang dan menyuruh orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja. Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai Terengganu berlaku biadap.

hazmanazhar 2013

20

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

CETERA SEMBILAN

Tun Jana Pakibul

membunuh

orang di Siak

atas

suruhan

Sultan

Ibrahim dan tidak memberitahu ke Melaka.

Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka.

Sultan

Alaud'Din Riayat Syah gering dan baginda memberi wasiat kepada

pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau kerana beliau masih kecil. Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat. Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak menggunakannya. Bendahara Paduka Raja sakit dan memberi wasiat kepada anak cucunya.

Kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar jangan ikut nafsu dan jangan mendengar fitnah. Bendahara Paduka Raja mati dan digantikan oleh Bendahara Tun Perpatih Putih. Sultan Mahmud Syah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir dibunuh oleh Tun Biajid. Sultan Mahmud Syah juga mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja. Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat datang pada hari raya.

hazmanazhar 2013

21

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong manakala, Seri Maharaja menyerang Kelantan. Kedua-dua serangan itu berhasil.

CETERA SEPULUH

Bendahara Putih mati dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara.

Kedatangan Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu

menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya. Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan agar dipinang Puteri Gunung Ledang. Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung Ledang. Tun

Mamad berjumpa Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke Gunung Ledang itu. Seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan Mahmud membatalkan niat baginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup

menumpahkan darah anakanda baginda. Orang-orang Melaka menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri. Hang Nadim diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi. Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang wali.

hazmanazhar 2013

22

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik kain yang diingini baginda.

Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan.

CETERA SEBELAS

Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda.

Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah.

Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal.

Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka. Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan perempuan tua tukang urut.

Hang Nadim berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut. Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening.

Laksamana Khoja Hassan ke Pahang dan melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut. Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah. Raja Zainal, iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka.

hazmanazhar 2013

23

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat. Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura,

isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna. Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.

CETERA DUA BELAS

Raja Legor ingin menyerang Pahang atas suruhan raja Siam. Bendahara Seri Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang.

Orang-orang

Melaka menyiapkan

kubu

pertahanan di

Pahang. Terjadi

peperangan antara orang Legor dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat ditewaskan. Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan Bendahara. Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di sana. Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat. Kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal mereka menghairankan orang-orang Melaka. Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal menewaskan Melaka. Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan memarahi beliau yang susah menyebut perkataan bahasa Arab.

hazmanazhar 2013

24

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Sultan Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai merujuk soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.

CETERA TIGA BELAS

Bendahara Seri Maharaja hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat keluarganya rendah jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud.

Bendahara mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara setelah melihat kecantikan Tun Fatimah.

Ali Manu Nayan ingin memberi rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau.

Anak-anak buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada saudagar-saudagar kaya di Melaka.

Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah petang.

Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara Seri Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul.

Si Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas kepada Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar.

Raja

Mendeliar memberi

hadiah kepada

Laksamana

Khoja

Hassan

dan

memberitahu bahawa Bendagara Seri Maharaja ingin menderhaka. Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini baginda memang berdendam dengan Bendahara kerana Tun Fatimah.

hazmanazhar 2013

25

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali dibunuh oleh Sultan Mahmud.

Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah tua dan uzur. Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud.

Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih.

CETERA EMPAT BELAS

Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapi serangan kali pertama Peringgi ke atas Melaka gagal.

Orang-orang Melaka membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat kerana Peringgi akan menyerang lagi.

Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud meiarikan diri hingga ke Pahang.

Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana baginda tidak menghormati pembesar-pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar.

Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah.

Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.

hazmanazhar 2013

26

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

CETERA LIMA BELAS

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang dan berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah.

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor. Raja Omar, iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.

Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut.

Raja Omar menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur.

Kemangkatan

Sultan

Muzaffar

dan

digantikan

oleh Sultan

Abdul

Jalil

Syahkemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri Makam Tauhid. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.

hazmanazhar 2013

27

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

SINOPSIS BUSTANUS SALATIN

Bustanus Salatin dikarang oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri, seorang ulama dan pujangga di istana Acheh ketika pemerintahan Sultan Iskandar Thani.

Bustanus Salatin, atau dalam bahasa Melayunya yang membawa maksud Taman Raja-raja merupakan suatu teks sejarah penting kepada alam Melayu.

Walaupun sebahagian daripada kitab Bustanus Salatin ini berkait dengan soal kesufian dan hal ehwal Islam, karya Syeikh Nuruddin ini turut memuatkan soal ilmu ketatanegaraan raja-raja Melayu yang memberi panduan dan nasihat tentang adab pemerintahan kepada raja-raja Acheh berdasarkan kerangka keislaman.

Selain itu, aspek sejarah diberi penekanan oleh Syeikh Nuruddin dalam kitabnya itu terutamanya pada Bab Dua, sebahagian dari fasal XII dan fasal ke-XIII yang menceritakan tentang sejarah kerajaan Acheh di awal abad ke-17, ketika pemerintahan Sultan Iskandar Thani.

Selain itu, Syeikh Nuruddin dalam Bustanus Salatin turut memperincikan tentang salasilah raja-raja Melaka dan Pahang.

Kitab Bustanus Salatin karangan Syeikh Nuruddin ar-Raniri ini juga dilihat berada dalam kelas yang sama dengan sastera-sastera agama yang lainnya di alam Melayu pada ketika itu termasuklah Tajus Salatin (Mahkota Segala Raja) karangan Bukhari al-Jauhari dan Thamarat al Muhimmah karangan Raja Ali Haji.

Berikut adalah isi kandungan Bustanus Salatin: BAB PERTAMA: Menyatakan tentang kejadian tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Bab pertama terdiri daripada 10 Fasal.

BAB KEDUA: Menyatakan tentang segala nabi-nabi dan raja-raja. Di dalamnya ada 13 Fasal.

hazmanazhar 2013

28

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Fasal-fasal itu termasuklah: Fasal Pertama - menceritakan segala nabi, dari Nabi Allah Adam sampailah kepada Nabi Muhammad SAW;

Fasal Kedua hingga Kesepuluh - menceritakan tentang raja-raja Farsi, Byzantium, Mesir dan Arab; Fasal Kedua Belas - menceritakan tentang raja-raja Melakadan Pahang yang bahannya diambil dari Sejarah Melayu; Fasal Ketiga Belas - menceritakan kebesaran Sultan Iskandar Thani serta ulama-ulama Acheh yang terkenal;

BAB KETIGA: Menyebut tentang segala raja-raja yang adil dan wazir yang berakal, di dalamnya ada enam fasal.

BAB KEEMPAT: Menyebut tentang segala raja-raja yang bertapa dan wali-wali yang salih. Di dalamnya ada dua fasal.

BAB KELIMA: Menyebut tentang segala raja-raja yang zalim dan segala wazir yang aniaya. Di dalamnya ada dua fasal.

BAB KEENAM: Menyebut tentang segala orang yang murah hati lagi mulia dan segala orang yang berani lagi besar. Di dalamnya ada dua fasal. Isinya tentang perang sabil yang dilancarkan terhadap raja-raja kafir yang derhaka.

hazmanazhar 2013

29

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

BAB KETUJUH: Membicarakan tentang akal, ilmu firasat, ilmu ketabiban, dan segala sifat perempuan serta hikayat yang ajaib dan ghaib.

Penulisan Bustanus Salatin dilihat cuba untuk mengagung-agungkan Sultan Iskandar Thani, oleh itu, sastera ini masih dianggap bersentrikkan istana.

Dalam penceritaan terhadap sejarah Acheh, naratif tertumpu kepada dua pokok cerita yang utama iaitu pertamanya cerita yang berkait dengan asal usul Raja-raja Acheh dan keduanya pula iaitu hal ehwal yang berlaku di kalangan kerabat diraja Acheh termasuklah kelahiran, kemangkatan, sambutan perayaan, membina istana dan taman, perarakan, dan berbagai lagi.

Syeikh Nuruddin turut menceritakan tentang ulama-ulama yang datang ke Acheh dan pengajaran mereka dalam pelbagai cabang ilmu Islam serta sikap raja-raja yang memerintah Acheh pada sesuatu zaman.

hazmanazhar 2013

30

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

SINOPSIS MISA MELAYU Karya Misa Melayu merupakan karangan Raja Chulan yang merupakan seorang pujangga istana di Perak ketika pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain.

Baginda yang merupakan kerabat diraja Perak diberi gelar Raja Kecil Besar dan ditabal menjadi Raja Bendahara Perak dan Raja Muda Perak pada 1773. Belum sempat menjadi Sultan, beliau terlebih dahulu mangkat pada tahun 1787.

Penulisan Misa Melayu karya Raja Chulan memuatkan penceritaan berkenaan rajaraja Melayu yang memerintah negeri Perak antara tahun 1700-1780-an. Hal ini bermakna, sebahagian daripada kisah-kisah yang terkandung dalam Misa Melayu yang dicatatkan oleh Raja Chulan dalam karyanya adalah merupakan kisah yang berlaku pada zaman kehidupannya sendiri.

Oleh itu, maka tidak hairanlah susunan penceritaan dalam teks sejarah ini dilihat agak teratur menurut kronologinya.

Uniknya, bentuk penulisan Raja Chulan dalam Misa Melayu adalah berbentuk prosa dan puisi dan ditulis dalam tulisan Jawi, sebelum dirumikan oleh R.O Winstedt pada awal abad ke-20.

Antara kandungan penceritaan yang terdapat dalam Misa Melayu tulisan Raja Chulan termasuklah: Kesultanan negeri Perak berasal dari keturunan yang agung,

Raja Iskandar Zulkarnain. Jurai keturunannya hingga kepada Raja Nursyirwan Adil dan anak cucu Raja Chulan (Raja Chola) yang memerintah hingga ke selatan Tanah Melayu. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak,

orang Belanda telah mendirikan gudang atau loji perniagaan bijih timah di Pengkalan Halban, kawasan yang berhampiran dengan muara Sungai Kinta - Sungai Perak, berdekatan dengan Pulau Indera Sakti setelah mendapat kebenaran Sultan Muzaffar Syah Penceritaan mengenai kisah Sultan Iskandar Zulkarnain bersama Raja Chulan dan lain-lain menyusur pantai negeri Perak. Kisah Raja Iskandar menuba ikan di Sungai Budiman , berhampiran dengan Pulau hazmanazhar 2013 Besar dan Pulau Juar di Kampung Gajah. Sungai

31

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Budiman bercantum dengan Sungai Kinta dan Sungai Perak di hulu Sungai Budiman terletaknya kawasan bijih timah yang penting

seperti Sungai Galah,Tanjung Tualang,Batu Gajah,Kampar dan lain-lain. Penceritaan Iskandar. Kisah Sultan Muhammad (waris yang muda) menyelesaikan masalah perebutan kuasa dengan Sultan Muzaffar Syah ( waris yang tua). Episod Sultan Muzaffar Syah yang ingin bermenantukan Raja Muda. Sultan Muzaffar meminta Raja Chulan menyatakan hasrat kepada Raja Muda. Akhirnya , puteri Sultan Muzaffar Syah yang bernama Raja Budak Rasul dikahwinkan dengan Raja Muda. Kisah Sultan Muhammad Syah (1744-1750) mengorbankan mengenai istiadat melenggang perut permaisuri Raja

kedudukannya sendiri selaku Sultan Perak , agar Perak dicantum semula di bawah pemerintahan seorang sultan sahaja iaitu kekandanya Sultan Muzaffar Syah.

Selain itu, antara kisah yang diceritakan Raja Chulan dalam Misa Melayu termasuklah:

1. Latar Sosial Masyarakat di Perak: Dalam Misa Melayu, terdapat pelbagai bangsa dan suku kaum selain orang Melayu yang tinggal di sepanjang Sungai Perak termasuklah Rawa, Minangkabau, India dan Cina terutamanya di Pulau Indera Sakti dan Mukim Bandar, termasuklah di Pulau Juar, Kampung Cina, Kampung Air Mati, Bandar Baru, Teluk Memali hinggalah ke Bandar Tua dan Pasir Salak serta Kampung Gajah.

2. Adat Istiadat yang Diamalkan: Antara adat dan istiadat yang diamalkan di Perak pada masa tersebut termasuklah adat bertindik, berinai, lenggang perut, istiadat perlantikan dan pertabalan Raja, istiadat perarakan keberangkatan raja, istiadat menjunjung duli, istiadat berkabung, hazmanazhar 2013

32

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

istiadat menurun tambak dan batu nisan serta istiadat membayar kaul (tunai hajat).

Adat Istiadat Perkahwinan Diraja Perak o

Dalam Misa Melayu, diceritakan mengenai kisah perkahwinan Raja Muda Perak, Raja Iskandar dengan Raja Budak Rasul, puteri kepada Sultan Muzaffar Syah iaitu Sultan Perak.

Dalam istiadat perkahwinan diraja ini, Raja Alauddin dan Raja Chulan telah diminta merisik dan meminang Raja Budak Rasul dengan membawa emas sekati.

Ketika upacara pernikahan pula, Raja Iskandar membawa 100 tahil emas, 10 pasang hamba (orang Jawa) dan 1000 keping timah. Akad nikah dimulakan dengan khutbah nikah, bersanding dan upacara bersiram.

Adat Istiadat Pertabalan Sultan di Perak o

Ketika kemangkatan Sultan Muzaffar Syah III, upacara pertabalan Sultan Baru telah dibuat di mana Raja Muda Perak, Raja Iskandar Syah telah diberi pakai segala alat kebesaran kerajaan.

o o o

Baginda ditabal menjadi Sultan Perak dengan memakai gelar Paduka Seri Sultan Zulkarnain Khalifatur Rahman Johan Berdaulat Zillullahi Fil Alam. Baginda juga ditabalkan sebelum jenazah almarhum Sultan sebelumnya dikebumikan. Dalam setiap adat pertabalan ataupun adat menjunjung duli di Istana Perak, upacara ini akan disertai dengan paluan gendang nobat Ibrahim Khalil atau disebut bermahalil.

Adat Melenggang Perut di Istana Perak o

Ketika permaisuri kepada Sultan Iskandar Syah sarat mengandung tujuh bulan, satu temasya melenggang perut telah diadakan di Balai Panca Persada selama 40 hari 40 malam.

hazmanazhar 2013

33

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

o o

Seluruh rakyat Perak termasuk masyarakat Cina, India dan Belanda datang mempersembahkan hadiah kepada Sultan. Selai itu, persembahan Menora dari Kedah pimpinan Kanda Seri Indera dan Nakhoda Jumaat turut dipersembahkan dalam istiadat melenggang perut ini.

Istiadat Membayar Kaul o

Pada suatu ketika, Sultan Iskandar di Pulau Indera Sakti telah jatuh gering. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah bertilik berjaga-jaga, menurun jin, titik dan perdikiran.

o o

Akhirnya, Raja Muda dan rakyat telah bernazar agar baginda sembuh. Sultan Iskandar telah dimandikan dan diarak dari Rantau Panjang ke Pulau Indera Sakti dengan perahu.

3. Ekonomi di Perak: Dalam Misa Melayu, Raja Chulan turut memperincikan mengenai hasil ekonomi yang terdapat di Perak pada masa tersebut terutamanya yang datang daripada aktiviti perekonomian di Sungai Perak.

Antaranya, pihak Belanda telah dibenarkan untuk membina gudang bijih timah di Pengkalan Halban yang terletak berhampiran Pulau Indera Sakti, di muara Sungai Kinta dan Sungai Perak.

Dalam satu peristiwa, Raja Chulan menceritakan bagaimana kompeni Belanda di Betawi mengiringi tujuh buah kapal perang ke Perak ekoran fitnah seorang Keling bernama Pir Muhammad yang hampir mencetuskan perang di antara Perak dan Belanda.

Akhirnya, rundingan serta perjanjian semula Perak dan Belanda menyebabkan Belanda berjaya memonopoli perdagangan timah di Perak dan membeli 500 bahara timah dari Perak. Di dalam hutan negeri Perak juga terdapat banyak gajah sehingga terdapat sebuah kampung yang digelar Kampung Gajah.

hazmanazhar 2013

34

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Namun, hanya baginda Sultan Perak sahaja yang dibenar untuk berniaga gajah di negeri Perak. Di Pulau Indera Sakti pula, para peniaga Cina telah membuka toko-toko mereka dan sebahagian daripadanya menjual emas. Selain Belanda, pedagang India, Cina, Jawa dan Siam turut melakukan perdagangan dengan Perak. Antaranya termasuklah perdagangan pakaian, garam, tembakau, gambir, pinggan mangkuk tembikar Cina, dan alatan senjata seperti parang dan keris, benang emas, rempah dan candu.

4. Perihal Masjid Pulau Indera Sakti: Ketika zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain, Raja Chulan telah menceritakan dalam Misa Melayu mengenai titah baginda Sultan agar sebuah masjid dibina di Pulau Indera Sakti yang belum mempunyai masjid bagi menyambut kedatangan Hari Raya Haji.

hazmanazhar 2013

35

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

SINOPSIS HIKAYAT ABDULLAH Hikayat Abdullah dikarang oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, seorang pemikir dan intelektual Melayu pada zaman kolonial Inggeris di Tanah Melayu.

Beliau mengarang hikayat ini dengan tujuan untuk menceritakan mengenai kisah hidupnya setelah diminta oleh seorang rakan, namun kisah yang diceritakan nyata lebih luas dari ruang lingkup peribadi dirinya.

Hikayat Abdullah yang terdiri daripada 23 bab menceritakan pelbagai kisah sejarah bermula daripada kemasukan Inggeris ke Melaka, peristiwa perobohan Kota Melaka, kedatangan William Farquhar dan Sir Stamford Raffles, kisah pembukaan Singapura oleh Raffles dan kehidupan Abdullah di Melaka dan Singapura sebagai seorang jurutulis kepada Raffles.

Selain itu, karya Abdullah dianggap mendahului zamannya kerana terkeluar daripada kesusasteraan Melayu pada masa itu yang terikat kepada unsur mitos, lagenda dan cerita-cerita yang berlegar dalam ruang istana. Karya Abdullah dilihat terbuka dan berani termasuklah dengan mengkritik nasib bangsa Melayu, kedudukan bahasa Melayu serta keadaan raja-raja Melayu yang dianggap zalim kepada rakyat.

Karya Abdullah juga penuh dengan nasihat kepada orang Melayu serta cita-citanya yang tinggi dalam memartabatkan bangsa dengan kepentingan ilmu pengetahuan serta memperkasakan pengetahuan bahasa Melayu dalam kalangan bangsa Melayu itu sendiri.

Daripada 23 bab dalam Hikayat Abdullah, berikut adalah sinopsis ringkas mengenai Hikayat Abdullah:

BAB SATU

Menceritakan perihal hidup beliau termasuklah mengenai keturunannya iaitu datuknya yang berketurunan Arab Yaman, neneknya Peri Achi yang berketurunan India Muslim serta ibunya, Salamah yang merupakan seorang wanita India Hindu dari Kedah yang kemudiannya memeluk Islam.

hazmanazhar 2013

36

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Abdullah menceritakan zaman kecilnya yang sering berada bersama neneknya yang merupakan seorang Guru Besar di Kampung Pali, Melaka yang mengajar al-Quran dan membaca kepada kanak-kanak setempat.

BAB DUA:

Mengisahkan akan kasih sayang ibunya, Salamah kepada beliau.

BAB TIGA:

Mengisahkan tentang Abdullah yang berguru dengan guru-gurunya dalam mendapat ilmu pengetahuan termasuklah Datuk Sulaiman dan Datuk Astur yang mengajar beliau tentang ilmu nahu bahasa Melayu serta sepai Inggeris yang mengajarnya bahasa Hindustan.

BAB EMPAT:

Abdullah mencatat pemandangan dan suasana Kota Melaka yang ramai penduduknya. Abdullah memerikan kerja-kerja merobohkan tembok-tembok kota Melaka dengan perintah Raja Farquhar. Kota itu diruntuhkan dengan menggunakan bom.

Abdullah juga mengkritik kepercayaan tahyul masyarakat yang kononnya kota itu sukar dirobohkan akibat mempunyai puaka dan penunggu, selain mengkritik Inggeris yang memusnahkan sebuah kota yang sangat baik dari segi binaan dan pertahanannya.

BAB LIMA:

Menceritakan kepercayaan karut orang Melayu yang mempercayai kononnya gajah boleh dijinakkan melalui ilmu gajah.

hazmanazhar 2013

37

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Salah satu episod betapa bijaknya Encik Sulong menangkap gajah. Hanya seekor sahaja yang hidup daripada puluhan yang ditangkap. Abdullah memerikan ekspedisi penangkapan gajah itu dari mula hingga akhir.

BAB ENAM:

Menceritakan pandangan Abdullah terhadap Tuan Raffles. Menurut pandangan Abdullah, Raffles amat mementingkan ilmu. Banyak kajian tentang alam dan budaya orang-orang Melayu dijalankan Raflles denan megerahkan sebilangan orang bawahannya. Selain tu, banyak kitab dan khazanah bangsa Melayu dapat Raffles kumpul dengan imbalan yang sungguh besar.

BAB TUJUH:

Abdullah memerikan ketokohan Lord Minto, Gabenor Inggeris di India sewaktu pegawai Inggeris itu berkunjung ke Melaka. Daripada salah satu lawatannya, Lord Minto mengusulkan Abdullah, salah seorang juru tulis dan penyalin kitab-kitab lama yang mahir, belajar bahasa Inggeris.

Seperti Raffles, Abdullah mendapati Lord Minto seorang pegawai tertinggi Inggeris yang amat merendah diri terhadap semua orang.

BAB LAPAN:

Rahsia penipuan Tengku Panglima Besar yang menyuruh Pengiran menulis surat yang didakwanya datang dari Susuhunan Mataram yang memohon bantuan tentera Inggeris di Singapura melanggar tanah Jawa. Kejahatan yang didalangi oleh Tengku Panglima Besar terbongkar setelah Pengiran mengakui sendiri surat tersebut dan bukan Susuhunan Mataram.

Diperikan juga keengganan bonda Abdullah melepaskannya menuruti Raffels ke tanah Jawa. Tempat Abdullah diganti Ismail Lebai, bapa saudara Abdullah sendiri.

hazmanazhar 2013

38

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

BAB SEMBILAN:

Diperikan Abdullah belajar bahasa Inggeris daripada seorang paderi yang bernama Tuan Milne dan Tuan Morrison. Sebaliknya, Abdullah pula diminta untuk mengajar mereka bahasa Melayu.

Abdullah

menulis

sedikit

mengenai

kebodohan

orang-orang

yang

mempercayai akan beberapa fahaman tahyul. Diberikannya penerangan secara bertulis kepada Tuan Milne perihal penanggalan dan polong. Dengan kesedaran kepentingan ilmu, Abdullah memujuk anak-anak Melayu belajar daripada orang-orang putih. Namun sebilangan besar menuduhnya sudah sesat daripada agaa Islam, mengadu kepada ayahnya. Berlakulah pertengkaran antara anak dan bapa. Sebagai anak yang menghormati orang tua, Abdullah dapat memujuk bapanya dengan mengemukakan alasannya yang dapat diterima. Hal tersebut ketahuan oleh Tuan Milne dan Tuan Thomson yang peri bertemu ayah Abdullah. Kedua-dua paderi itu berjaya meyakinkannya bahawa Abdullah akan mendapat manfaat yang besar dengan menguasai bahasa Inggeris. Abdullah juga berjaya membantu Tuan Milne membuat senarai kosa kata bahasa Melayu dengan padanan kosa kata bahasa Inggeris. Diperikan juga majlis pernikahan Abdullah. Kasih Abdullah akan isterinya teramat besar. Abdullah menemani Tuan Milne yang kesakitan itu ke laut untuk berubat bagi penyakit batuk keringnya. Kematian isteri Tuan Milne ditangisi Abdullah dan kasihnya Abdullah akan Tuan Milne ibarat seperti ayah kandungnya. Diperikan juga akan tugas Abdullah menyalin Kitab Injil Matius Holanda karangan berbahasa Melayu Tanah Jawa. Usahanya itu tidak disenangi kerana Abdullah membantah penggunaan istilah dan ayat yang tidak tepat. Semua pendapat Abdullah tidak diterima oleh pegawai Inggeris yang bertanggung jawab.

hazmanazhar 2013

39

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

BAB SEPULUH:

Perihal peralihan kuasa Inggeris pada penguasa Belanda mentadbir Melaka. Hal tersebut mendukacitakan Abdullah. Peralihan kuasa itu berlaku setelah Inggeris berjaya memeroleh Singapura daripada Tengku Long.

BAB SEBELAS:

Perihal Farquhar membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman, orang kepercayaan Tengku Long, untuk membenarkan Kompeni Inggeris membuka negeri di Singapura.

Ramai orang laut yang pada mulanya takut dengan rombongan Farquhar mula berniaga ikan dan bahan-bahan makanan yang lain. Farquhar mendaki Bukit Larangan dan mendirikan tiang untuk mencacakkan bendera Inggeris.

Perihal tikus yang banyak dihapuskan dengan ganjaran wang dicatat Abdullah juga. Kisah seekor kucing yang diserang enam ekor tikus besar dan arahan untuk menghapuskan tikus; setiap seekor yang tertangkap akan diberikan ganjaran wang. Nama peralatan menjerat tikus yang aneh-aneh turut dicatatkan Abdullah dalam catatannya ini.

BAB KEDUA BELAS:

Abdullah menceritakan mengenai kekejaman Belanda di Melaka yang mengakibatkan kesengsaraan masyarakat di Melaka. Peluang-peluang ekonomi yang ditawarkan di Singapura menarik

penghijrahan orang-orang Melaka ke sana. Pihak Belanda di Melaka menghalang orang-orang Melaka yang hendak ke Singapura. Mereka yang berbuat demikian ditangkap dan semua harta kepunyaan mereka dirampas ketika cuba belayar keluar dari Selat Melaka. Diperikan juga perihal harga makanan Singapura yang melambung tinggi harganya. Kesengsaraan di Melaka mereda apabila Gabenor Van Goor mati. Hartanya dirampas masyarakat tempatan.

hazmanazhar 2013

40

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

BAB KETIGA BELAS:

Diceritakan tentang penduduk Singapura yang bertambah ramai. Banyak peuang ekonomi memungkinkan ramai pedagang dan pekerja datang ke Singapura untuk mengadu nasib mereka. Singapura pula bertambah makmur dengan bertambahnya urusan perniagaan.

Diceritakan juga tentang perjanjian Tengku Long dan Tengku Abdul Rahman mengenai kedudukan penguasa Inggeris di Singapura. Raffles dengan bijaknya memuat perjanjian mengangkat Tengku Long menjadi Sultan di Singapura tanpa pengetahuan pihak penguasa Belanda.

Diceritakan juga keengganan Tengku Long berniaga seperti yang diusulkan Raffles. Tengku Long yang mengadu akan kekurangan belanja pada mulanya diputuskan Raffles menerima belanja tetap sebanyak seribu ringgit besar setiap bulan dan Temenggung Abdul Rahman mendapat tujuh ratus ringgit.

Penemuan sebongkah batu besar bekas pahatan huruf Arab di hujung Tanjung Singapura di Lorong Tabungan. Batu itu dipecahkan oleh Tuan Coleman, seorang jurutera Inggeris sesudah itu. Abdullah mencatatkan sikap kurang senang dengan langkah terburu-buru itu.

Kawasan

itu

diterangkan

dan

dibuka kawasan

perniagaan.

Raffels

mengusulkan Abdullah membeli beberapa bidang tanah di situ tetapi Abdullah enggan. Abdullah bimbang akan dibebani hutang jika usul Raffles itu diturutinya. Tindakannya itu di kesal apabila didapatinya harga tanahtanah di situ melambung tinggi harganya sesudah itu. Raffles yang membina kediaman di puncak Bukit Larangan meneruskan kajiannya mengumpul pelbagai perkara dan barang mengenai alam sekeliling di Singapura. Menurut Abdullah, usaha Raffles itu semakin guat dan berjaya yang sudah dimulakan sejak di Melaka sebelum itu. Sungai Rocoh yang didiami buaya dikepung. Setiap buaya yang ditangkap di sana dibunuh, Bangkai-bangkai buaya itu digantung di tepi Sungai Beras Basah.

hazmanazhar 2013

41

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

BAB KEEMPAT BELAS:

Pertelingkahan antara peniaga-peniaga Sayid Yasin dan Pengiran Sharif Umar berakhir dengan Kolonel Farquhar tertikam. Raffles begitu marah dengan pegawai-pegawainya. Mujur Kolonel Farquhar tidak menemui ajalnya.

Persengketaan orang-orang Temenggung dengan orang-orang Melaka. Kolonel Farquhar dapat menghalang terjadinya pertempuran kedua-dua pihak itu dengan menghantar ketumbukan supai yang bersenjatakan senapang. Dari peritiwa itu, keluarlah arahan menghalang sebilangan besar orang-orang awam bersenjata. Walaupun berasa hampa, pihak Inggeis berjaya

menguatkuasakan arahan tersebut demi menghalang kejadian serupa pada masa-masa mendatang. Raffles yang sudah mengusulkan agar Temenggung berpindah ke Teluk Belanga. Temenggung berlengah-lengah namun terpaksa bergegas dalam urusan berpindah itu setelah digesa oleh Raffles dengan bijaknya.

Perihal pendidikan putera Tengku Long yang dibantah keluarga diraja itu menurut Abdullah amat merugikan.

BAB KELIMA BELAS:

Raffles mengusulkan agar sebuah sekolah didirikan untuk pendidikan anakanak di Singapura. Setelah mendapat persetujuan, walaupun dibantah secara senyap oleh orang-orang Melayu, dibina sebuah sekolah yang bergelar Institution.

Diceritakan oleh Abdullah perihal perdagangan hamba yang amat menyayat hati. Hal sedemikian juga telah diketahui oleh penguasa Inggeris dan usahausaha dijalankan untuk menghapus kegiatan yang tidak berperikemanusiaan itu.

hazmanazhar 2013

42

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

BAB KEENAM BELAS:

Raja Siam yang diperikan sebagai angkuh mengirim sepucuk surat untuk menjalin persahabatan. Namun, surat yang dikirim pada pihak Inggeris dikoyakkan pada satu penjuru.

Abdullah diminta menulis surat jawapan dengan sebuah cerita kiasan mengenai cerita seekor ayam. Surat balasan yang Abdullah buat dengan segera itu amat menyukakan hati Raffles. Surat itu diutus setelah dibunkus dengan baik-baik dalam lapik sehelai kain kuning.

Pembinaan Masjid Kampung Gelam dengan bantuan wang pihak Inggeris didapatkan Sultan Hussain Syah.

BAB KETUJUH BELAS:

Perihal usaha menyediakan undang-undang di Singapura Abdullah buat dalam bahasa Melayu setelah disalin daripada bahasa Inggeris. Kerja itu Abdullah segerakan dengan menggunakan mesin dan siap pada jam tiga pagi tahun baru Inggeris. Undang-undang yang diwartakan menerima reaksi yang pelbagai-bagai daripada masyarakat tempatan.

Abdullah memerikan peranan juru tulis yang tersangat penting dalam urusan perniagaan masyarakat pada waktu itu. Abdullah memerikan kesilapannya dalam menguruskan perbelanjaan harian dan hartanya.

BAB KELAPAN BELAS:

Kepulangan Tuan Raffles dan isterinya amat mendukacitakan Abdullah. Abdullah memerikan kenangan mengenai kebaikan Raffles dan isteri terhadapnya dan para pekerja mereka yang lain.

Abdullah berasa sungguh sedih mengenangkan berita kapal yang Raffles naiki itu terbakar sewamtu berada di Bangkahulu. Semua muatan kapal itu hangus. Muatan kapal itu, menurut apa yang Abdullah tahu, termasuk kitabkitab Melayu yang dia sendiri masukkan ke dalam peti-peti menurut arahan Reffles sebelum berangkat.

hazmanazhar 2013

43

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

BAB KESEMBILAN BELAS:

Bagi Abdullah, Farquhar tidak kurang hebatnya darupada Raffles. Kebaikan Farquhar yang hendak pulang ke England juga amat berkesan di hati Abdullah. Diperikannya suasana kapal kenaikan Farquhar berlepas dari pelabuhan yang dirai oleh segenap lapisan masyarakat majmuk Singapura.

BAB KEDUA PULUH:

Abdullah sudah menghidap penyakit pasang-pasang sekian lamanya. Dia pada mula amat takut apabila seorang doktor yang bertamu di rumah Tuan John Morgan. Setelah bertimbang-timbang, akhirnya Abdullah bersetuju untuk menjalani pembedahan kecil.

Hasilnya, penderitaan Abdullah sebelum itu berkurangan. Abdullah perlu menjalani pembedahan serupa pada masa yang ditetapkan dan mendapat sepucuk surat untuk doktor yang akan merawatnya kelak. Doktor yang tidak diketahui namanya itu berangkat beberapa hari sesudah itu.

Perihal kejayaannya berubat itu tersebar luas hingga sampai di Kota Melaka. Para pesakit yang datang menemui Abdullah tanpa dikhabarkan terlebih dahulu berasa hampa untuk mendapatkan rawatan bagi diri mereka sendiri.

BAB KEDUA PULUH SATU:

Perihal kongsi gelap Ten Thien Hoe yang bermaharajalela mendapat catatan yang menyeluruh dalam bab ini. Abdullah sendiri mendapatkan bantuan seorang kenalannya.

Diceritakan juga betapa kumpulan kongsi gelap ini melakukan onar di Singapura dengan merompak, membunuh dan menyeksa mangsa-mangsa mereka. Usaha penguasa Inggeris untuk membanteras aktiviti kongsi gelap ini mendapat tentangan besar.

hazmanazhar 2013

44

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

BAB KEDUA PULUH DUA:

Perihal Sultan Hussain yang tidak mendapat perbelanjaan selama 3 bulan daripada Crawfurd hingga surat tanda tangan penyerahan kuasa Sultan dan Temenggung kepada kuasa Inggeris diperikan dalam bab ini. Dengan langkah liciknya itu, Crawfurd mendapat kuasa penuh melakukan

pembangunan di Singapura. Pada masa yang sama, ramai orang-orang muda Inggeris datang ke Singapura dan mereka berguru dengan Abdullah, mempelajari bahasa Melayu. Seorang muridnya, Tuan Douglas yang dikatakan bijak dan cepat mengikuti pelajarannya didapati telah mati sepulangnya dari Melaka untuk beberapa ketika. Semasa hayatnya, dikatakan Abdullah Tuan Douglas memiliki ciri-ciri seorang murid yang baik serta amat menghormati gurunya. Dalam bab ini, Abdullah memberi pandangan betapa bahasa Melayu adalah sebuah bahasa yang mempunyai keistimewaannya sendiri.Bahasa Melayu baginya adalah bahasa yang mempunyai ciri-cirinya dan amat sebati dengan bangsa Melayu yang selalu dipandang remeh dan dianggap sebuah bahasa yang mudah. Abdullah secara halus mengkritik orang-orang yang menyangka bahasa Melayu tidak berwibawa. Oleh yang demikian, mereka selalu memandang remeh akan kepersisan penggunaan bahasa Melayu dalam memberikan makna dalam hal-hal ilmu. Oleh kerana keangkuhan bangsa penjajah, maka disangkanya cukup menggunakan bahasa pasar bagi tujuan pemerintahan. Namun, yang demikian adalah satu tindakan yang silap bagi sebahagian besar pegawai-pegawai Inggeris. Abdullah pulang ke Melaka untuk berkhidmat semula di College. Namun, Abdullah masih mengenangkan kelebihan yang berkhidmat di Singapura. dia dapati semasa

BAB KEDUA PULUH TIGA: Abdullah memerikan usaha pengumpulan dana untuk membina chaple di Melaka. Setelah mendapat persetujuan Tuan Kidd dan Collie, Abdullah kembali semua ke Singapura.

hazmanazhar 2013

45

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Diceritakan berita mengenai kapal asap yang masyhur pada waktu itu sewaktu Tuan Maxwell bertugas di Singapura. Diperikan juga kepercayaan masyarakat tempatan yang majmuk mengenai gerhana bulan yang popular pada waktu itu. Diceritakan mengenai kematian yang banyak berlaku di Melaka akibat wabak ketumbuhan.

Pada masa yang sama, Abdullah berkawan dengan seorang tukang melukis peta dunia yang bernama Smith. Daripada persahabatan itu, pelbagai makluman dan pengetahuan yang salin dikongsi kedua-dua Abdullah dan Smith. Sewaktu berpisah, mereka saling bertukar-tukar hadiah. Dinyatakan betapa Abdullah amat mengagumi Smith yang banyak pengetahuannya mengenai peta. Smith pun kagum dengan kepetahan Abdullah yang tentunya dapat berbahasa Inggeris dalam persahabatan mereka itu.

Dalam bab ini, Abdullah menceritakan betapa segala-gala kepunyaannya yang hendak dibawa pulang musnah dijilat api dalam sebuah kejadian kebakaran yang sungguh besar. Dengan sehelai sepinggang, Adullah berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa kebakaran besar itu. Daripada peristiwa itu, Abdullah mengarangkan Syair Singapura Terbakar. Kesusahan Abdullah diketahui oleh saudara-aranya yang menjemputnya pulang ke Melaka semula.

Pada tahun 1983, pemerintahan Melaka beralih daripada kuasa Belanda kepada Inggeris. Usaha menanam padi digalakkan dalam kalangan penduduk Melaka, bagi mengantikan sumber beras yang sebelum itu datang dari tanah Jawa, yang masih dikuasai Belanda.

Setelah kedudukan Abdullah pulih semula, dia pulang semula ke Singapura dan diceritakan betapa penguatkuasaan undang-undang bagi menjaga keamanan Singapura demi memakmurkan kota perdagangan. Oleh kerana pelaksanaan undang-undang di Singapura amat tegas, maka masalah yang menggugat pertumbuhan ekonominya berkurangan.

Abdullah menyatakan hasratnya mengkaji dan menyusun bahasa Melayu bagi manfaatn masyarakatnya sendiri.

Diperikan ekspedisi Tuan Newbold mengkaji mengenai orang-orang Jakun yang terdapat di persekitaran Gunung Panchor. Abdullah membuat catatan

hazmanazhar 2013

46

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

wawancaranya dengan orang-orang Jakun itu mengenai adat istiadat dan kepercayaan mereka. Ternyata usaha Abdullah dalam ekspedisi itu memberikannya pemahaman betapa luasnya alam yang Allah cipta ini dengan segala kelebihan-Nya. Tercetuslah khabar perang antara Inggeris dengan Penghulu Naning. Diperikan bahawa ketumbukan Penghulu Naning telah mengatasi kekuatan tentera Inggeris dalam peperangan itu.

hazmanazhar 2013

47

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

SINOPSIS TUHFAT AL-NAFIS

Tuhfat al-Nafis atau dalam bahasa Melayunya bermaksud Hadiah yang Bernilai merupakan sebuah sastera sejarah karangan Raja Ali Haji yang dikarang pada akhir abad ke-19.

Raja Ali Haji ataupun nama sebenarnya Raja Ali bin Raja Haji Ahmad bin Raja Haji bin Daeng Celak bin Daeng Relaka merupakan seorang pujangga di istana Riau pada era perpecahan Kesultanan Johor-Riau-Lingga. Beliau juga merupakan seorang kerabat istana yang berketurunan Bugis yang menguasai pentadbiran di Istana Riau pada ketika itu.

Karya Tuhfat al-Nafis dilihat sebagai sebuah penulisan yang bersifat Bugis-centric, di mana pengarangnya Raja Ali Haji dilihat begitu mengagung-agungkan suku Bugis dalam penceritaannya.

Secara keseluruhannya, penulisan Raja Ali Haji dalam Tuhfat al-Nafis mencakupi salasilah raja-raja Bugis, salasilah raja-raja Melayu, asal usul kedatangan Bugis ke alam Melayu dan pelbagai peristiwa yang berlaku di alam Melayu pada ketika zaman Kesultanan Johor-Riau.

Antara bab yang terdapat dalam Tuhfat al-Nafis termasuklah: Raja-raja Melayu Pertama dan Silsilah Melayu Raja-raja Siak dan Silsilah Mereka Silsilah Bugis Raja Kechil Bugis di Mempawah Perbalahan di antara Perak dan Selangor Belanda Menetap di Tanjung Pinang Tengku Husin menjadi Sultan Singapura

hazmanazhar 2013

48

You might also like