You are on page 1of 23

KUMPULAN 9

ITEM SOALAN PJK TAHUN 3 2006

AHLI KUMPULAN :
1. PUSHPALATHA A/P RAJAMANICKAM (SJK(T) SENTUL)- KETUA 2. MOHAMAD SUKRI @ SAPARIN BIN DUALIN (SK. SERI SETIA) 3. ADY RIZALMAN BIN ABD.RAHMAN ( SK JALAN KUANTAN 2) 4. AHMAD WISAM BIN IDRIS (SK TAMAN KOPERASI POLIS) 5. AZIZAH BINTI ABDUL GHANI (SK JALAN SUNGAI BESI (1) )

6. NOR ESAH BINTI ISMAIL ( SK SUNGAI BESI)

Soalan-soalan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 3


Tajuk : Kecergasan Berasaskan Kesihatan Daya Tahan Kardiovaskular
Aras : Pengetahuan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan daya tahan kardiovaskular ? A. Keupayaan seseorang untuk bersenam B. Kebolehan manusia untuk bekerja setiap hari C. Kebolehan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar D. Keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi dengan baik (*)

2. Kemampuan melakukan aktiviti fizikal tanpa cepat berasa letih dan lesu dipanggil. A. kesihatan mental B. kecergasan fizikal (*) C. kebolehan bersukan D. keupayaan bergerak Aras : Kefahaman 3. Antara berikut, yang manakah menunjukkan fungsi jantung ? A. Membantu bernafas dengan baik B. Mengepam darah ke seluruh badan (*)

C. Memastikan otot menjadi sihat dan kuat D. Mencernakan makanan yang telah dimakan Aras : Aplikasi 4. Ali dan tiga orang rakannya diberikan seutas tali oleh guru mereka. Mereka dikehendaki melakukan satu aktiviti dengan menggunakan tali tersebut. Aktiviti apakah yang sesuai yang dilakukan oleh mereka ? A. Skip (*) B. Tarik tali C. Lompat tinggi D. Memukul tali

Tajuk : Kelenturan/Fleksibiliti
Aras : Pengetahuan 5. Apakah yang dimaksudkan dengan fleksibiliti ? A. Keupayaan menguncup otot B. Melakukan pergerakan dengan bebas C. Kebolehan menyelaraskan anggota badan D. Keupayaan meregang otot dan kebebasan sendi (*) 6. Namakan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan fleksibiliti diri ? A. Permainan tenis mini B. Melantun dan menampar bola C. Menghantar dan menerima bola jaring D. Membongkok sambil memegang bahu rakan (*)

Aras : Kefahaman 7.Antara berikut yang manakah merupakan permainan fleksibiliti diri? A. Permainan kotak beracun B. Aktiviti jejak tapak secara merangkak C. Aktiviti berjalan seperti ulat beluncas D. Permainan pindahkan belon secara meleding dari belakang (*)

Aras : Aplikasi 8. Aktiviti yang paling berkait rapat dengan kemahiran fleksibiliti ialah .. A. lari pecut B. gimnastik (*) C. lompat jauh D. memanah

Tajuk : Koordinasi
Aras : Pengetahuan 9.Koordinasi ialah kebolehan menyelaraskan anggota-anggota badan semasa melakukan .. A.perjalanan B.perlawanan

C.pergerakan (*) D.permainan 10. Namakan aktiviti yang melibatkan koordinasi tangan dan mata. A.Mengelecek bola B.Lari ulang alik C.Menahan bola dengan kaki D.Melambung pundi kacang (*) Aras : Kefahaman 11.

Gambar mengelecek bola sepak.

Nyatakan koordinasi anggota badan yang terlibat dalam gambar di atas. A.koordinasi mata B.koordinasi tangan dan mata C.koordinasi tangan dan kaki D.koordinasi mata, badan dan kaki. (*)

Tajuk : Imbangan
Aras : Pengetahuan 12. Dalam Tunjang Kecergasan, imbangan adalah salah satu komponen utamanya, apakah yang dimaksudkan dengan imbangan? A. Keupayaan jantung dan peredaran darah berfungsi dengan baik B. Keselarasan pergerakan antara kaki, tangan, mata dan badan

C. Kebolehan mengekalkan posisi badan dalam keadaan stabil (*) D. Kebolehan bergerak dangan pantas sambil menukar arah 13. Imbangan adalah aspek penting semasa melakukan aktiviti bagi . A. membina kekuatan B. mengelakkan kecederaan (*) C. menguatkan otot badan D. mengelakkan serangan lawan Aras : Kefahaman 14. Antara berikut ialah jenis aktiviti yang melibatkan imbangan kecuali A. Ketinting B. Lari ulang-alik (*) C. Meniti bangku panjang D. Melompat dan menyambut bola 15. Aktiviti di bawah ialah aktiviti yang merujuk kepada imbangan kecuali A. Bangkit tubi (*) B. Meniti tali C. Permainan laga ayam D. Berdiri sebelah kaki dan tangan didepakan Aras : Aplikasi 16. Menuruni bukit yang curam dan licin agak berbahaya bagi seseorang yang tidak mempunyai. A. kekuatan otot kaki B. koordinasi

C. imbangan (*) D. kelenturan

Tajuk : Ketangkasan
Aras : Pengetahuan 17. Ketangkasan membawa maksud kebolehan seseorang bergerak dengan A. pantas sambil menutup mata B. perlahan sambil bertukar arah C. Pantas sambil bertukar arah (*) D. perlahan sambil melompat Aras : Pemahaman 18. Antara berikut adalah contoh-contoh aktiviti yang melibatkan ketangkasan fizikal kecuali. A. cuit ekor B. lari setempat (*) C.lari dan tukar arah D.lompat dan tukar arah Aras : Aplikasi 19. Ketika melakukan aktiviti lari bertukar arah sambil mengambil bendera yang sama, kita akan berasa.. A. takut B. marah C. gembira (*)

D. gementar Aras :Kefahaman 19. Gambar aktiviti pijak belon

Nyatakan otot utama manakah yang terlibat dalam gambar di atas. A. Paha (*) B. Lengan C. Abdomen D. Muka

Tajuk : Pergerakan
Aras : Pengetahuan 20.

Gambar naik dan turun tangga (buku teks : hlmn 23)

Apakah jenis pergerakan dalam gambar di atas ? A. Berjalan (*) B. Berlari

C. Melompat D. Merangkak Aras : Pengetahuan 21. Antara berikut manakah jenis larian diajar di sekolah? i. ii. iii. iv. Lari pecut Lari jarak jauh Lari lintang-pukang Lari-lari anak

A. i dan ii (*) B. ii dan iii C. iii dan iv D. i dan iv

Aras : Pengetahuan 22.

Gambar murid merangkak

Nyatakan jenis pergerakan di atas yang sama dengan haiwan yang berikut ? A. Harimau B. Gajah C. Buaya (*) D. Arnab

Aras : Kefahaman 23. Gambar Lari pecut (buku teks Tahun 3 : hlmn 25)

Apakah jenis gaya larian yang ditunjukkan dalam gambar di atas ? A. Lari pecut(*) B. Lari jarak jauh C. Lari jarak dekat D. Lari jarak sederhana

Aras : Kefahaman 24. Lari pecut biasanya dikaitkan dengan kecergasan berasaskan pelakuan motor. A. Koordinasi B. Imbangan C. Ketangkasan(*) D. Imbangan kaki

25. Apakah maksud pergerakan aktiviti melompat ? A. melompat ke atas dan mendarat B. lompat satu kaki berpasangan C. lompat dua kaki berpasangan D. melompat membawa badan ke arah hadapan atau arah-arah yang lain(*)

Aras : Aplikasi 26.

Gambar Gua Gelung (buku teks Tahun 3 : hlmn 27)

Alatan dalam gambar di atas sesuai bagi aktiviti pergerakan asas.. A. berlari B. melompat C. merangkak (*) D. membongkok Aras : Kefahaman 27.

Gambar berguling ke hadapan (buku teks Tahun 3 : hlmn 28)

Berdasarkan gambar di atas, susun aktiviti ansur maju guling hadapan mengikut urutan yang betul. i. ii. iii. iv. v. bengkokkan lutut dan sedia untuk guling berdiri tegak naikkan pinggul dan rapatkan tangan serta dada ke tilam guling kembali ke kedudukan dekam dan luruskan kedua-dua belah tangan guling ke hadapan dengan bantuan guru

A. i, ii, iii, iv dan v B. ii, i, iii, v dan iv (*)

C. iii, iv, i, v dan ii D. v, vi, iii, ii dan i 28. Pergerakan ketingting biasanya berkaitan dengan pergerakan asas.. A. satu kaki (*) B. dua kaki C. satu kaki bersilih ganti D. kedua-dua belah kaki

29. Aktiviti Menolak Setempat Menarik Setempat Bilangan murid 2 orang 2 orang

Berdasarkan jadual di atas namakan jenis pergerakan asas tersebut. A. Lokomotor B. Pra lokomotor C. Bukan lokomotor (*) D. Bukan Pra lokomotor

30.

Gambar menolak setempat (buku teks Tahun 3 : hlmn 31)

Namakan pergerakan bukan lokomotor di atas : A. Menarik setempat B. Menolak setempat (*) C. Menepuk tangan berpasangan. D. Mengilas sambil menepuk tangan

Aras : Pengetahuan 31. Pilih pergerakan bukan lokomotor yang dilakukan secara individu. A. Menarik setempat B. Menolak setempat C. Melompat setempat (*) D. Memusing setempat 32. Pilih alatan yang sesuai semasa melakukan aktiviti menampan, melantun dan memukul. A. Bola tampar (*) B. Bola sepak C. Bola jaring D. Bola keranjang 33. Bola dan gelung rotan, dua alatan tersebut sesuai untuk aktiviti. A. Menendang B. Menyangga C. Menggolek (*) D. Melantun 34.

Gambar menahan menggunakan dada (buku teks Tahun 3 : hlmn 42)

Pilih anggota badan yang terlibat dalam aktiviti di atas: i. ii. iii. iv. kepala tangan kaki dada

A. i dan ii B. ii dan iii C. iii dan iv (*) D. i dan v

35. Apakah jenis aktiviti kecergasan berasaskan perlakuan motor yang terlibat dalam aktiviti mengelecek ? A. koordinasi (*) B. Imbangan C. Ketangkasan D. Imbangan kaki

Tajuk : Gimnastik
Aras : Pengetahuan

36.

Gambar berjengket (buku teks Tahun 3 : hlmn 46)

Apakah nama pergerakan yang ditunjukkan dalam gambar di atas A. Skip B. Berdiri C. Bergalop D. Berjengket (*)

Aras : Kefahaman 37. Antara berikut ialah sikap positif yang boleh diterapkan apabila melakukan senamrobik kecuali A. Kerjasama B. Toleransi C. Keyakinan D. Persaingan (*) Aras : Pengetahuan 38.

Gambar lompat bintang (buku teks Tahun 3 : hlmn 47)

Namakan pergerakan yang ditunjukkan dalam gambar: A. Skip B. Bergalop C. Berjengket D. Lompat bintang (*) Aras : Kefahaman 39. Antara berikut yang manakah aspek penting semasa melakukan aktiviti gimnastik, A. Pakaian yang sesuai (*) B. Kasut yang mahal C. Tempat yang berhawa dingin

D. Peralatan yang moden dan canggih.

Tajuk

: Pergerakan Kreatif

Aras : Pengetahuan 40. Bergerak mengikut bunyi tamborin merupakan salah satu aktiviti .. A. Koordinasi B. Gimnastik C. Manipulasi alatan D. Pergerakan kreatif(*) 41. Namakan pergerakan kreatif yang tidak melibatkan formasi-formasi dalam kumpulan. A. burung(*) B. keretapi C. kelopak bunga D. kipas tangan Aras : Kefahaman 42. Namakan jenis pergerakan kreatif yang tidak melibatkan formasi-formasi dalam kumpulan. A. Orientasi ruang B. Susunan bentuk dalam kumpulan(*) C. Kualiti ekspresi dalam kumpulan D. Kesedaran perkaitan dengan orang lain. Aras : Aplikasi 43. Gambarajah di bawah menunjukkan salah satu aktiviti pergerakan kreatif. Apakah yang dilakukan oleh budak itu? Rujuk gambar pertama di m/s 50.

A. Membongkok dan melentik(*) B. Membongkok dan menahan C. Membongkok dan mengimbang D. Membongkok dan menumbang

44. Anda bergerak seperti rama-rama yang terbang di taman mengikut arah tiupan angin. Anda terbang mencari bunga dan berpusing-pusing mengikut cahaya matahari

Apakah pergerakan yang diceritakan di atas? A. Formasi dalam kumpulan B. Kesedaran dalam kumpulan C. Kualiti ekspresif dalam pergerakan(*) D. Gabungan bentuk dan daya dalam pergerakan.

Tajuk

: Rekreasi

Aras : Pengetahuan 45. Khemah bentuk Dome buku teks PJK tahun 3 m/s 56 Namakan jenis khemah berdasarkan gambar di atas. A. Dome (*) B. Bentuk A C. Separa

D. Kotak 46. Yang berikut merupakan alatan perkhemahan kecuali A. Peta B. Kompas C. Kerusi (*) D. Lampu suluh Aras : Kefahaman 47. Antara berikut kawasan yang manakah sesuai untuk tapak perkhemahan? A. Rata (*) B. Air pasang C. Lereng bukit D. Bawah pokok

48. Di manakah aktiviti perkhemahan sesuai dijalankan? A. Di pusat bandar B. Di hutan rekreasi (*) C. Di puncak gunung D. Di kompleks sukan Aras : Aplikasi 49. Susunkan cara-cara mendirikan khemah dengan betul. i. Tiang khemah dipasang pada kedudukannya

ii. Lantai khemah dipancang pada keempat-empat sudut iii. Condongkan pancang dan ketuk dengan cara betul A. ii, i, dan iii B. i, ii, dan iii C. ii, iii, dan i D. iii, ii, dan I (*)

Tajuk : Kesenggangan
Aras : Pengetahuan 50. Apakah yang dimaksudkan dengan kesenggangan A. Pengurusan diri yang baik B. Menjaga hubungan baik dengan orang lain C. mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah (*) D. Aktiviti yang dapat memupuk sifat saling bekerjasama Aras : Kefahaman 51. Antara berikut adalah aktiviti kesenggangan kecuali : A. Bersiar-siar B. Menyiram bunga C. Berbasikal bersama ibu bapa D. Bermain permainan komputer (*) 52. Terdapat pelbagai faedah dalam aktiviti kesenggangan. Antaranya . i ) Keseronokan

ii) Berinteraksi iii)Membina kekuatan otot iv) Bergembira A. i, ii,dan iv (*) B. i, ii,dan iii C. i, iii,dan iv D. ii iii,dan iv Aras : Pengetahuan 53. Nyatakan waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti kesenggangan. A. Waktu lapang (*) B. Semasa makan tengahari C. Ketika hendak tidur D. Waktu membaca buku

Aras : Aplikasi 55. Berkebun semasa cuti sekolah adalah satu aktiviti yang termasuk dalam aktiviti A. Kesenggangan (*) B. keselamatan C. kesihatan diri D. kekeluargaan

Tajuk: Kesukanan
Keselamatan

Aras : Pengetahuan

56. Berikut adalah tempat permainan yang sesuai untuk melakukan aktiviti sukan. i. ii. iii. iv. Padang bola sepak Taman Permainan Kanak-kanak Kantin Bilik Darjah A. i dan ii (*) B. i dan iv C. ii dan iii D. iii dan iv Aras : Pengetahuan 57. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi semasa bermain di taman permainan kanak-kanak, kecuali.. A. Diawasi oleh orang dewasa B. Memakai pakaian yang sesuai C. Membawa haiwan peliharaan bersama (*) D. Pastikan semua alatan selamat digunakan

Tajuk : Pengurusan
Aras :Pengetahuan 58. Susun aktiviti harian Nawawi bermula dari pukul 6:00 pagi hingga 1:30 petang mengikut urutan yang betul. i. sarapan ii. bangun pagi solat dan mandi iii. makan tengah hari dan solat

iv. belajar di sekolah A. i,ii,iii dan iv B. ii,iii,iv dan i C. ii,i,iv dan iii (*) D. ii,iv,i dan iii

Aras : Kefahaman 59. Setiap petang, Ady bermain bersama-sama rakan di padang bola sepak. Nyatakan masa yang sesuai untuk aktiviti tersebut. A. 11:00 pagi B. 1:30 petang C. 2:30 petang D. 6:00 petang (*)

Tajuk : Etika Dalam Sukan


Aras: Pengetahuan 60. Kita haruslah memupuk semangat __________________ dalam setiap pertandingan. A. persahabatan B. bertolak-ansur C. kesukanan (*) D. berpasukan Aras : Kefahaman

61. Kita haruslah mengucapkan _________________ kepada pihak lawan yang menang. A. salam B. takziah C. Tahniah(*) D. penghargaan

Aras : Pengetahuan 62. Sukri,Ady dan Wisam mewakili sekolah dalam pertandingan sukan. Berikut adalah etika dalam sukan yang perlu mereka amalkan kecuali. A. Mendengar arahan guru B. Menghargai kemenangan C. Membantah setiap keputusan pengadil (*) D. Saling membantu dalam satu pasukan.

You might also like