You are on page 1of 15

Nama Guru Nama Sekolah Tajuk Pengarang Terbitan Genre Harga

: Emyzul B. Ismail : SMK Danau Kota, 53100 Kuala Lumpur : KELUAR DARI TEMPURUNG Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan : Ahmad Faizal Mohamed Yusup : Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd : Motivasi : RM14.00

Buku ini secara umumnya ditujukan kepada golongan remaja dan dari tajuknya Keluar Dari Tempurung ia menunjukkan yang pengarangnya mengajak kita keluar dari tempurung yang membelenggu diri kita tanpa kita sendiri sedari. Menurut penulis buku ini, bangsa melayu datang dari China Barat lebih seribu tahun dahulu dan mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan kemudian menjadi bangsa-bangsa yang kita kenali sekarang. Pedagang-pedagang India yang berdagang ke sinilah yang telah membawa agama Islam ke Tanah Melayu dipercayai dibawa ke tanah melayu seawal kurun ke 13. Dia juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa melayu berasal dari keturunan Cina sudah pastinya kita merupakan bangsa yang rajin atau mungkinkah kita merupakan bangsa Cina yang dibuang daerah kerana kemalasan? Apa yang ingin diperkatakan ialah dimanakah bermulanya keturunan melayu yang pemalas yang tidak mempunyai daya saing. Kebanyakan kita mahukan kerja yang kurang dan ganjaran yang banyak. Kebanyakan kita hanya tahu untuk membuang masa, berkhayal, merasai cukup dengan apa yang ada, menyalahkan takdir dan sebagainya. Menurut kata lagenda Hang Tuah "tak melayu hilang di dunia" mungkin akan hilang kebenarannya kerana globalisasi atau dalam erti kata lain dunia tanpa sempadan akan mengalahkan kita kerana sikap kita sendiri. Kemudian beliau menekankan, walaupun 93 peratus daripada rakyat di negara ini boleh membaca namun tidak ramai yang menggunakan ilmu yang ada ini ke tahap yang membanggakan. Wang yang diketepikan untuk ilmu pengetahuan tidak sampaipun 5% daripada pendapatan. Itupun digunakan untuk membeli akhbar harian. Ada pula yang sibuk mencari pengetahuanpengetahuan sama ada dalam bidang keagamaan, kewangan, sosial dan banyak lagi. Buku-buku yang dibeli kebanyakannya berdasarkan bagaimana untuk mencari kebahagiaan hidup, menjadi cemerlang, ketenteraman jiwa, menjadi kaya dan sebagainya. Ini dilakukan dengan harapan dengan ilmu itu

kita akan dapat mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik. Memang tidak dinafikan. Namun sebenarnya buku ini lebih menekankan kepada ilmu yang paling asas adalah kesedaran diri kita tentang segala kurnia yang ada pada diri kita sendiri yang seakan tersembunyi. Katanya, kita sering terperangkap memikirkan apa yang ada di luar sana yang boleh membawa kebaikan pada kita. Jarang kita memikirkan tentang kebaikan / kurnia yang diberikan Tuhan kepada setiap seorang daripada kita. Kurniaan yang dimaksudkan ini ialah kurniaan masa, tenaga, akal fikiran, pancaindera dan anggota. Buku ini menghuraikan hal kurniaan tersebut, saranan akan cara penggunaannya ke tahap yang optima dengan lebih jelas menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Sebagai contoh dalam bab masa, beliau menekankan yang kita tak perlu mengikut saranan saintis Barat untuk tidur selama 8 jam setiap malam kerana baginya ia satu pembaziran dan saranan beliau ialah untuk tidur selama 4 jam semalam sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Daud A.S. dengan itu menjimatkan 4 jam masa tidur sehari dengan masa sedaryang boleh digunakan untuk tujuan produktiviti. Kesimpulannya buku ini sesuai untuk memberikan pengisian dan kesedaran yang mana sekiranya digunapakai boleh membawa kepada perubahan sikap ke arah kehidupan yang lebih baik. Disediakan oleh, Emyzul B. Ismail

Sinopsis Ladap
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama Sekolah: SMK Danau Kota,53100 Kuala Lumpur Kod Sekolah: WEA0242

1. 2.

Nama Guru Judul

Emyzul B. Ismail
Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria dan Husna Hassan Telaga Biru sdn. bhd 3. Bidang: Motivasi

4.

Pengarang

5. Muka Surat:104

6. 7.

Terbitan Sinopsis : Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anakanaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anakanak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin. Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang. Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat? Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang dinamakan latih anak kemahiran diri dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan latih anak kemahiran bermasyarakat. Menerusi latih anak kemahiran diri ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anakanak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar. Melalui latih anak kemahiran bermasyarakat anak -anak perlu didedahkan dengan aktivitiaktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu

masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik. Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya. Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi maksud Hadis Ri wayat Bukhari dan Muslim.

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajarpelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral. Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anakanaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan

menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya. Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak lama. Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.

10

Kesimpulan Secara izharnya, buku ini sesuai untuk bacaan sekeluarga kerana menggunakan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh dari al Quran, al Sunnah serta kontemporari, ilustrasi menarik dan dipersembahkan dalam bentuk yang agak santai tetapi padat dengan nilai-nilai keilmuan

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SMK Danau Kota, 53100 Kuala Lumpur Kod Sekolah: WEA0242

1. 2. 4.

Nama Guru Judul Pengarang

Emyzul B. Ismail
Menangani Sifat Marah Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Mumtazah Tumian dan Mahfuzah Omar Telaga Biru sdn. bhd 3. Bidang: Motivasi 5. Muka Surat:104

6. 7.

Terbitan Sinopsis : Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri. Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya digelar raja binatang. Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya, Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan. Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk super seperti yang terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini. Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji, mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan harmonis. Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.

Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk dan bersembahyang sunat. Firman Allah SWT Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. (Al Ankabut : 45)

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.

10

Kesimpulan Tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan, kegigihan, kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal kemarahan perlu dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan akhirat.

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SMK Danau Kota, 53100 Kuala Lumpur Kod Sekolah: WEA0242

1. 2. 4. 6. 7.

Nama Guru Judul Pengarang Terbitan

Emyzul B. Ismail
Berfikir Dalam Bilik Darjah Ainon Mohd & Abdullah Hassan 3. Bidang:Pedagogi 5. Muka Surat:163

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Sinopsis : Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan budak bodoh, budak lembam dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai taukeh, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir. Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal. Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat diketengahkan. Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas. Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti : Saya mahu.. Kamu perlu...

Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti: Bagaimana sekiranya.. Apa yang perlu kita..... Sekiranya.....

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini. Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau dalam apa jua situasinya.. Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.

10

Kesimpulan Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh yang kontemporari, dan dipersembahkan dalam bentuk yang ringkas tetapi padat.

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SMK Danau Kota, 53100 Kuala Lumpur Kod Sekolah: WEA0242

1. 2. 4. 6. 7.

Nama Guru Judul Pengarang Terbitan

Emyzul B. Ismail
Mengurus Disiplin Pelajar Abdullah Sani Yahaya 3. Bidang: Kaunseling 5. Muka Surat:244

PTS Publications & Distributors sdn. bhd Sinopsis : Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang. Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan kita. Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar. Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan. . 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan. Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus

dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan nilai di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan mereka. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai yang baik.

10

Kesimpulan Konklusinya, guru perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras, bersemangat , dan mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini. Pelajar adalah aset berharga yang perlu ditangani dengan bjaksana.

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SMK Danau Kota, 53100 Kuala Lumpur Kod Sekolah: WEA0242

1. 2. 4. 6. 7.

Nama Guru Judul Pengarang Terbitan Sinopsis :

Emyzul B. Ismail
Kejurulatihan dan Sains Sukan Haji Gapor Ahmad 3. Bidang: Pendidikan 5. Muka Surat:151

Utusan Publications & Distributors sdn. Bhd

Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan. Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam mempertingkatkan prestasi sukan. Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain pula dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains Sukan dalam bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan. Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan dengan asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas kejurulatihan. Di sampin itu, ianya menjadi sumber rujukan yang baik kepada jurulatih yang giat melatih dan mencari ilmu kejurulatihan. Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan kepada empat bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang fizikal dan fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan serta prinsip dan kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam buku ini. Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran lanjutan, kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh aspek seperti motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam sukan. Manakala bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan dan kelemahan lawan, seta set-pieces. Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai jurulatih baru muncul di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kecergasan fizikal dan kesihatan masyarakat.

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu, pembelajaran dan kajian secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai kecemerlangan. Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan siste tubuh badan manusia turut membantu pembacanya mengenali aspek-aspek asas mengenai falsafah serta pembinaan fizikal manusia. Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba ilmu supaya kaedah, pendekatan dan taktikal mereka sentiasa releva dan kemas kini.

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk melatih atlet awal remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat, mengembangkan bakat dan menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat juga idea bagaimana untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka ceburi. Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet. Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu diorganisasikan secara baik. Aspek yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru yang melatih pasukan sekolah untuk memacu pasukannya menempa kejayaan.

10

Kesimpulan Konklusinya, kejurulatihan sukan mempunyai talian yang rapat dengan sains. Asas-asas sains dalam latihan sukan pastinya dapat membantu jurulatih meningkatkan kualiti latihan. Bibit-bibit kecemerlangan sukan pasti dapat dirasakan apabila jurulatih mengaplikasikan teori-teori sains dalam latihan sukan.

Nama Guru : Emyzul B. Ismail Sekolah : SMK Danau Kota, 53100 Kuala Lumpur Judul Buku : Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah Pengarang : Abdullah Hassan, Ainon Mohd, Penerbit :PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Sinopsis Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar. Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan menjadi individuindividu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan. Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampaikan sesinya, kemudian mereka tidak datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid. Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa yang kurang berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program motivasi bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak lewat tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh pada musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai individu-individu yang digelar pakar-pakar motivasi dan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan program-program motivasi. Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi. Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati, dipaksa dan seumpamanya oleh motivatormotivator yang mengendalikan program itu. Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa asasnya. Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif kepada murid-murid itu. Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh sebab yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori motivasi dalam aktiviti mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang mengikutinya. Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai oleh pakar-pakar

psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-pakar psikologi negara ini, yang berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan dan menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi. Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri. Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi tempatan supaya kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama: 1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas mendorong dan mengajar. 2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi lebih berkesan. 3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak menjadi manusia yang berjaya.

Nilai Pengetahuan/Pengajaran : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif. Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif. Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya. Melatih murid bersikap optimis. Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas pada kejayaan. Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan penentu kejayaan. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi /P&P : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar. Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar. Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan didalam bilik darjah. Menerangkan prinsip-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan melatih bagaimana murid dapat mengingat dengan mudah. Memahami ilmu padagogi dan gunakan strategi motivasi mendorong murid. Meransang murid membina konsep diri yang positif.

You might also like