You are on page 1of 28

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1.1 Objektif Kajian

Objektif kajian bagi tugasan ini ialah menjelaskan konsep atau definisi pentaksiran Bahasa Melayu sekolah rendah dan bentuk-bentuk penilaian kemahiran bahasa Melayu. Selain itu objektif tugasan ini juga menekankan kepada penghasilan sebuah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi tahap dua bagi subjek Bahasa Melayu sekolah rendah. 1.2 Kaedah Kajian Bagi menyiapkan tugasan untuk subjek BMM 3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini, saya menjalankan kaedah secara keperpustakaan dengan merujuk buku rujukan, jurnal, nota dan majalah yang berkaitan dengan tugasan yang ditetapkan. 1.3 Batasan Kajian Batasan kajian bagi tugasan ini hanyalah meliputi kepada kajian mengenai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), mengikut sukatan Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR), mata pelajaran Bahasa Melayu dan hanya melibatkan ujian-ujian penilaian yang dijalankan di sekolah sahaja. Definisi Operasional Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim.Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

2.0 Jenis-jenis penilaian 2.1 Penilaian Formatif Bagi mencapai matlamat dan objektif yang dirancangkan, aktiviti penilaian seringkali memberikan maklumat penting kepada guru untuk melaksanakan tindakan seterusnya. Penilaian yang dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum dikenali penilaian formatif. Penilaian ini dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Penilaian lazimnya mendatangkan kesan negatif sama ada kepada murid, guru atau ibu bapa sendiri. Hal ini demikian kerana penilaian sering kali menimbulkan

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

ketegangan kepada golongan berkenaan. Dengan itu, penilaian formatif cuba mengurangkan ketegangan tersebut tanpa membandingkan pencapaian antara pelajar. Pendidik yang beramanah seharusnya memberikan penerangan dan bimbingan kepada murid dan kepada ibu bapa murid akan kegunaan serta tujuan penilaian formatif. Ujian yang dibentuk dalam penilaian ini seharusnya bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. Ujian dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Misalnya, guru dapat mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajarannya, manakala murid dapat mengetahui kelemahan aspek tertentu dalam pembelajaran. Dengan itu penilaian ini bukan sekalikali bertujuan membandingkan pelajar sebaliknya ingin membantu murid. Dengan itu, tidak ada gred diberikan kepada penilaian atau ujian yang dijalankan. Contoh penilaian formatif seperti sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred. Bagi memastikan pelaksanaan penilaian yang berkesan, beberapa langkah atau prosedur perlu diberikan tumpuan atau perhatian oleh guru, iaitu: iv. Menentukan topik pembelajaran. Dalam sesuatu sukatan pelajaran, mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. Pengajaran topik-topik berkenaan memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan semua sukatan berkenaan. Langkah terbaik ialah menyusun topik berkenaan mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

kepada topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik. v. Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran . Guru harus mengenal pasti aspek-aspek tertentu setiap topik yang perlu dikuasai oleh pelajar. Misalnya pelajar dapat mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan. vi. Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik . Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah. vii. Membentuk soalan ujian. Selepas penentuan elemen-elemen berkenaan, misalnya ada sepuluh elemen dalam sesuatu topik, maka setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan. viii. Mencadangkan langkah susulan. Tujuan penilaian formatif dijalankan ialah antara lain untuk mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. Dengan itu tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Misalnya, murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Penilaian formatif atau ujian formatif dianggap sebagai suatu strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid-murid masing-masing saling memperolehi maklumat akan kelemahan-kelemahan yang wujud semasa pengajaran pembelajaran berlangsung berdasarkan keputusan ujian yang ditunjukkan. Ini memberikan motivasi kepada guru dan murid untuk membaiki prestasi masing-masing. Guru memperbaiki prestasi penyampaian manakala murid memperbaiki strategi pembelajaran. Tujuan Penilaian Formatif Pada asasnya, penilaian formatif bertujuan untuk memperbaiki pengajaran pembelajaran. Di samping memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, secara langsung penilaian yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Hal ini dapat direalisasikan melalui ujian-ujian yang dikendalikan dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. Situasi ini akan menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan. Penilaian formatif juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. Dengan mengadakan ujian formatif, guru dapat meninggi pencapaian dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh muridmurid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan. Di samping itu, kegunaan penilaian formatif juga bertujuan mengubah suai pengajaran seseorang guru. Hal ini kerana pencapaian yang rendah di kalangan muridmurid barangkali disebabkan oleh kelemahan pengajaran guru itu sendiri. Pendekatan yang diambil oleh guru berkenaan tidak semestinya sama dalam semua sesi pembelajaran yang dikendalikan. Begitu juga murid-murid yang dihadapinya terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan. Ada yang sederhana, lemah dan cemerlang. Keadaan ini memerlukan pengubahsuaian dalam penyampaian guru agar pembelajaran lebih berkesan. Berasaskan penilaian yang dijalankan guru dapat mengenal pasti aspek atau topik yang menunjukkan kecenderungan murid-murid masih lemah dan topik yang telah dikuasai oleh murid. Selain mengatasi kelemahan dalam pengajaran, guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. Misalnya, guru menggunakan pendekatan syarahan dalam menyampaikan pengajaran. Pada akhir topik berkenaan, satu ujian formatif dilakukan dan mendapati kebanyakan murid kurang memahami topik yang diperkatakan. Dengan itu guru dapat memahami bahawa pendekatan berkenaan tidak sesuai dan beliau boleh mengubah dengan menggunakan pendekatan lain seperti perbincangan dan sebagainya. Penilaian formatif juga bertujuan untuk memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. Maklumat yang diperolehi daripada siri ujian yang dijalankan dapat digunakan oleh murid-murid untuk mengatasi kelemahan mereka. Mereka boleh berbincang dan mendapat bimbingan serta khidmat nasihat daripada guru mereka. Dengan cara itu, murid-murid berkenaan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya meningkatkan penguasaan pembelajaran. Mereka juga akan menjadi sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Kesimpulannya, penilaian atau ujian formatif adalah suatu strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bermanfaat dalam membantu pelajar dan guru. Maklum balas yang diperolehi dapat digunakan oleh guru dan murid-murid serta merta dalam memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud. Ia memberikan motivasi kepada guru untuk terus berusaha dengan gigih bagi memastikan kecemerlangan pelajar. Manakala pada pihak murid-murid pula, ia memberikan harapan tinggi mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. 2.2 Penilaian Sumatif Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian. Tujuan penilaian sumatif ialah untuk menentukan sejauh mana objektif-objektif sesuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid-murid. Dengan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan melalui pembinaan jadual penentuan ujian, peratusan objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui. Kedua, penilaian sumatif bertujuan memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan adanya gred yang diberikan, akan memudahkan guru untuk membuat perbandingan antara individu dalam satu-satu bilik darjah atau membuat perbandingan mengikut tingkatan atau kumpulan pelajar. Dengan cara ini guru boleh membuat kesimpulan peringkat pencapaian pelajar mengikut kumpulan tertentu misalnya kumpulan pelajar

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

lemah, sederhana dan cemerlang. Contoh penilaian sumatif seperti penilaian pada akhir penggal, peperiksaan percubaan, UPSR, PMR dan sebagainya. Bagi memastikan keberkesanan dalam pentadbiran penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diberikan penekanan: i. Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi. ii. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan. iii. Mengumpul item secara sistematik . Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi. iv. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid. v. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan. vi. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan. vii. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik. Tujuan Penilaian Sumatif Pada umumnya, penilaian sumatif untuk menentukan pencapaian murid sebagai satu kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang telah ditentukan. Selain itu, penilaian sumatif juga bertujuan untuk mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan. Guru atau pendidik juga dapat membuat ramalan akan kejayaan murid dalam sesuatu mata pelajaran. Pencapaian pada peringkat awal biasanya mempunyai perhubungan yang tinggi dengan peringkat pencapaian yang seterusnya. Misalnya, kemahiran mengenal huruf murid akan menjadi ramalan kepada kemahiran untuk menyusun huruf-huruf dalam membentuk perkataan pada masa depan. Penilaian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. Sebelum memulakan sesuatu kursus baru murid-murid dikehendaki terlebih dahulu menduduki ujian yang menentukan peringkat pencapaian mereka agar dapat memastikan murid-murid berkenaan telah menguasai kemahiran asas yang diperlukan dalam sesuatu kursus baru berkenaan. Sekiranya murid-murid berkenaan sudah mencapai peringkat tertentu, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil kursus tersebut. Selain itu, keputusan penilaian sumatif juga dapat memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan. Item yang sama ditadbir kepada beberapa kumpulan bagi tujuan membuat perbandingan pencapaian yang diperolehi. Dengan cara itu, perbandingan pencapaian dapat dibuat dalam menentukan kelompok pelajar lemah, sederhana dan cemerlang serta kelas (bilik darjah) yang lemah dan cemerlang.

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Kesimpulannya, penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan telah lama dilaksanakan dalam dunia pendidikan dengan tujuan utama ialah untuk memberikan gred kepada pencapaian murid. Di samping itu, penilaian ini juga dapat digunakan secara menyeluruh dalam memperbaiki sesuatu kurikulum kerana keputusan yang diperolehi lebih menyeluruh.

Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif Aspek Konsep Penilaian Formatif Ujian yang boleh dibentuk Penilaian Sumatif dan Ujian yang dijalankan bagi tempoh pencapaian

ditadbir secara formal atau tidaksecara formal bagi mengesan kemajuanmengesan atau penguasaan murid terhadapmurid sesuatu pembelajaran Tujuan

formal dalam

tertentu persekolahan. pasti topik dan gred

Mengenal pasti tahap penguasaanMengenal mengambil langkah susulan bagibeberapa membaiki kelemahan yang wujud. pembelajaran skor dan

dan kemajuan murid dan seterusnyapencapaian pelajar untuk

seterusnya memberikan pencapaian pelajar. Waktu penilaian Sepanjang pengajaran danSelepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir

pembelajaran berlangsung

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

penggal persekolahan. Kaedah Formal : pensel-kertas Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan Dibuat secara individu atau dalam kumpulan Selepas penilaian dijalankan Membaiki kelemahan murid serta Menempatkan merta dengan mengulang semulamengikut topik pembelajaran pemulihan murid kumpulan Dibuat secara formal ujian pensel-kertas, lisan. Dijalankan berkumpulan secara

pencapaian yang sesuai.

Menjalankan aktiviti pengukuhan Memberikan pengayaan pengiktirafan hadiah dsb. Membaiki kurikulum / sijil,

mata pelajaran

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2.3 Ujian Bakat Definisi Ujian yang dibentuk untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar dalam pelajaran atau bahasa asing yang akan dipelajari.Ujian ini melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa, dan kosa kata. Kepentingan ujian bakat Melalui ujian ini pelbagai aktiviti bahasa dapat dilakukan. Contoh : meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk dan struktur bahasa, dan menentukan makna berdasarkan konteks.Hasil ujian ini dapt membantu guru mengenalpasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi mempelajari sesautu bahasa dengan cepat. Ujian bakat juga digunakan untuk meramal pencapaian pelajar pada masa akan datang.Selain itu , ujian ini sesuai digunakan untuk penempatan pelajar serta pemilihan pengkhususan serta membuat telahan bakat seseorang.Tambahn pula, ujian bakat dapat meneliti keistimewaan seseorang serta sesuai diadakan melalui kaedah temuduga di mana calon disoal dengan pelbagai soalan untuk melihat potensi calon. Jenis-jenis ujian bakat Ujian bakat yang berasaskan kajian besar-besaran. Ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian dijalankan bagi keperluan tertentu. Terbahagi kepada 2 kumpulan:

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

i.Berasaskan kajian besar-besaran mirip kepada bidang mekanikal.contohnya Seashore Measures of Musical Talents digunakan sehingga sekarang untuk menentukan bakat yang ada pada seseorang. ii. Berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dibentuk dan digunakan bagi memenuhi sesuatu kepaerluan (lebih sesuai dalam bidang bahasa). Contoh ujian bakat Ujian kemasukan ke maktab Ujian pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu. Ujian kemasukan ke program latihan tertentu. Ujian permohonan biasiswa. Ujian kemasukan ke universiti. Ujian diagnostik. 2.4 Ujian pencapaian Ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajar. Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi pada akhir kursus atau setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran.Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.Ujian ini tidak jauh berbeza daripada ujian kemajuan serta lebih rasmi dan bertujuan untuk mengukur pencapaian secara lebih menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal sekolah.

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Kebanyakan ujian pencapaian merupakan ujian umum seperti SRP dan SPM.Ujian seperti ini adalah berasaskan kepada apa yang dianggap telah dipelajari oleh pelajar itu sendiri.Ujian ini merupakan peperiksaan yang memfokuskan kepada penentuan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.Pembentukan ujian pencapaian berasaskan kepada sukatan pelajaran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan.Dalam peperiksaan umum seperti ini, bahanbahan yang dibentuk biasanya dipra-uji dulu.Tiap-tiap butiran peperiksaan dianalisis melalui proses analisis butiran dan butir-butir yang sesuai dikekalkan dan lain-lain, sama ada dibuang, diubah atau diperbaiki, berasakan analisis tersebut.Kadang-kadang ujian pencapaian digunakan juga sebagai ujian kemajuan, jika tujuannya ialah khas untuk melihat kemajuan pelajar di dalam pelajarannya.

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3.0 : Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Definisi Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Menurut Hale, (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu dilakukan oleh pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil. Kubiszyn dan Borich (2003) pula berpendapat, JSU adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta tersebut menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang). Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasarkan analisis inilah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dirangka. Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat kemahiran. JSU ini akan menetapkan bilangan soalan yang perlu diuji bagi setiap tajuk/subtajuk pada setiap peringkat kemahiran. JSU yang lengkap dibina akan menjadi panduan kepada penggubal soalan. Jika JSU dipatuhi dengan teliti, maka ujian yang dibina adalah:

a) sah dari segi kandungan sukatan pelajarannya, b) stabil dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya dari setahun ke setahun, c) sama dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya walaupun ujian dibina oleh orang yang berlainan Ciri-ciri Utama Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Aras kesukaran Peruntukan peratusan item yang akan diuji. Kandungan topik Aras kemahiran Bilangan soalan Bentuk dan tempoh ujian.

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4.0 PENJELASAN ITEM UJIAN OBJEKTIF 4.1 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAGI SOALAN OBJEKTIF

24

BIL

BENTUK SOALANOBJEKTIF

ARAS TAKSONOMI

JUMLAH ITEM
BMM 3103

Muda Seder Sukar hPENTAKSIRAN hanaBAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Tajuk/ Aras 1.1 Tatabahasa Penanda wacana Kata ganda Kata ganti nama diri orang Kata hubung Kata berimbuhan Kata adjektif Penjodoh bilangan Kata majmuk Kata ganda penuh (imbuhan ter...) Kata sendi nama Kata nama- imbuhan pinjaman Kata kerja-imbuhan me Kata bilangan Kata adjektif Kata berlawan Kata seerti Kata banyak makna 1.2 Peribahasa Perumpamaan Simpulan bahasa 1.3 Membaca dan memahami Pilih soalan Pilih jawapan
24

1 1 1 2 1 1 1 1 1 1 1 2 1 1 1 1 1 2 1 1 1

1 1 1 2 1 2 2 2 1 2 1 1 1 2 1 2 1

1 1

1 1

1 1

1 1

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4.2 20 ITEM SOALAN OBJEKTIF MEWAKILI SEMUA ARAS TAKSONOMI BLOOM ARAS PENGETAHUAN 1. Murid-murid tahun lima Mawar sedang belajar. _______ memberikan tumpuan semasa guru mengajar. A. Saya B. Mereka C. Dia D. Kita

2. Para hulubalang diraja telah berjaya menangkap penjahat itu, ___________, " kata Tuan Tuah kepada Sultan Melaka. A. awak B. tuanku C. baginda D. beta ARAS KEFAHAMAN 3. Ayah memasukkan tiga _________ daun kesum dan empat __________ serai ke dalam raga basikalnya untuk dibawa pulang. A. ikat..batang B. helai..rumpun C. tangkai..jambak D. cucukkeping

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4. Budak perempuan itu menangis ______________ apabila menerima berita kematian adiknya. A. tersedu-sedu B. tersekat-sekat C. teresak-esak D. terhenti-henti ARAS APLIKASI 5. Murid-murid dinasihatkan agar jangan menjadikan diri mereka ________apabila dewasa nanti. A. tahi minyak B. biawak hidup C. cacing kepanasan D. sampah masyarakat 6. Kakak membantu ibu _________ sayur di dapur. A. memotong B. dipotong C. memotongkan D. terpotong Soalan 7-11 Baca rencana di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Tugas sebagai penjaga haiwan di zoo bukannya mudah seperti yang disangka. Apatah lagi jika haiwan tersebut ialah haiwan-haiwan liar seperti harimau, buaya, dan gajah. Setiap hari, mereka perlu memberi makanan dan minuman kepada haiwan-haiwan ini. Aspek kebersihan juga amat dipentingkan. Mereka perlu memastikan agar kandang sentiasa bersih. Tujuannya untuk mengelakkan haiwan-haiwan tersebut dijangkiti penyakit. Doktor haiwan yang khas ditempatkan untuk memeriksa kesihatan haiwan-haiwan ini. Rawatan perlu segera diberikan untuk mengelakkan maut. Tugas ini memang berbahaya jika terpaksa merawat binatang yang buas. Walaupun begitu, tanggungjawab perlu diutamakan. Risiko penjaga haiwan dicederakan menjadi bertambah tinggi jika haiwan tersebut marah. Namun, mereka sudah menganggap tugas ini sebagai rutin harian dan seperti menjaga anak mereka sendiri. Mungkin orang ramai tidak sedar, tanpa penjaga haiwan ini, binatang-binatang di zoo mungkin tidak dapat hidup dengan sihat dan selesa. Penjaga haiwan sentiasa memastikan agar anak angkat mereka ini sentiasa sihat dan cergas untuk tatapan umum. Oleh sebab itu haiwan-haiwan ini perlu dijaga dan dibelahi dengan penuh kasih sayang.

7. Mengapakah kandang haiwan di zoo perlu dibersihkan? (ARAS KEFAHAMAN) A. Supaya haiwan itu dapat hidup selesa B. Supaya haiwan itu tidak dijangkiti penyakit C. Supaya haiwan itu tidak cepat mati D. Supaya haiwan itu tidak marah

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

8. Bilakah penjaga haiwan mungkin boleh dicederakan oleh haiwan tersebut? ( ARAS KEFAHAMAN) A. Ketika sedang memberi makanan dan minuman B. Ketika sedang memberi rawatan kepada haiwan yang sakit C. Jika haiwan itu sudah hampir mati D. Jika haiwan itu menjadi marah

9. Berikut ialah tugas-tugas penjaga haiwan, kecuali (ARAS ANALISIS) A. memberi makanan dan minuman. B. membantu memeriksa kesihatan haiwan. C. membersihkan kandang. D. menangkap haiwan di hutan. 10. Perkataan anak angkat dalam petikan merujuk kepada (ARAS SINTESIS) A. haiwan yang dijaga oleh penjaga haiwan. B. anak angkat penjaga haiwan tersebut. C. haiwan yang akan dirawat oleh doktor haiwan. D. haiwan yang liar dan berbahaya. 11. Semua pernyataan di bawah adalah tidak benar tentang rencana, kecuali ( ARAS ANALISIS) A. anak penjaga haiwan tinggal di zoo. B. semua haiwan dilayan dengan kasar oleh penjaga haiwan. C. penjaga haiwan memastikan haiwan hidup dengan selesa. D. haiwan yang lambat dirawat tidak akan mati.

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Soalan 12 Susun ayat-ayat di bawah mengikut urutan yang betul. (ARAS ANALISIS) I. II. III. IV. Dia menyiang ikan di dapur. Ikan digaul dengan garam dan kumyit. Selepas itu, ikan digoreng di dalam kuali. Emak pergi ke pasar membeli ikan. C. III, IV, I dan II D. IV, I, II dan III

A. I, II, III dan IV B. II, IV, III dan I

ARAS ANALISIS Soalan 13-14 Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud tunggal. 13. I Ayah mengajak adik menyapu daun-daun di halaman.

II Hazim menyusun majalah-majalah itu di atas tingkat-tingkat. III Ramai murid tidak dapat membezakan antara labi-labi dengankurakura. IV Epok-epok yang dihidangkan itu masih panas A. I, II dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV sahaja

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

14.

I Di bawah pohon beringin terletak kuda-kuda panjang untuk berehat. II Tupai-tupai pintu itu telah reput. III Adik mengelap kisi-kisi pada tingkap bagi memenuhi masa lapang. IV Balang-balang ikan yang bersih disusun di atas rak. A. I, II dan III B. I, II dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

Soalan 15 -16
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

15.

I Ahmad mengarah kepala Ali sampai botak. II Cikgu Azemi mengarah muridnya berdiri. III Rombongan itu berjalan mengarah ke barat. IV Dia akan mengarah filem yang baru dilancarkan itu. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja

16.

I Ombak bergulung-gulung lalu menghempas pantai. II Dalam keadaan longlai dia menghempas punggung ke kerusi. III Dia menghempas beg itu ke dinding. IV Rumah yang roboh itu telah menghempas beberapa orang yang ada di

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

dalamnya. A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja. D. I, II, III dan IV ARAS SINTESIS Soalan 17-18 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. 17. Novel remaja itu telah ditulis oleh seorang penulis yang terkenal. A. Remaja novel itu menulis seorang penulis terkenal. B. Remaja novel itu bila dibaca oleh seorang penulis terkenal. C. Seorang penulis yang terkenal telah menulis novel remaja itu. D. Seorang penulis novel remaja telah terlalu terkenal. 18. Hamin melukis gambar Muzium Negara. A. Gambar Muzium Negara Hanim lukis. B. Gambar Muzium Negara dilukis oleh Hanim. C. Melukis gambar Muzium Negara oleh Hanim. D. Gambar Muzium Negara Hanim melukis. ARAS PENILAIAN Soalan 19 - 20 Pilih ayat-ayat yang betul.

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

19.

I Dari pagi ke petang dia tidak balik. II Malam tadi bulan sangat terang. III Mereka telah sampai petang nanti. IV Lagaknya yang ego itu dibenci rakan-rakannya. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. II dan IV sahaja D. III dan IV sahaja

20.

I Serahkan bungkusan ini kepada pegawai kastam. II Cikgu Karim menghadiahkan Ahmad sebuah buku cerita. III Rohana merupakan pelajar yang mendapat markah yang paling tinggi sekali dikelasnya. IV Puan Salmah menerima sepucuk surat dari anaknya yang menuntut di Universiti Sains Malaysia.

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

RUMUSAN Dalam menyediakan ujian yang baik dan berkesan, guru merupakan penggerak utama. Hal ini demikian kerana guru yang lebih arif tentang bidang yang telah diliputi sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ujian yang dilaksanakan oleh guru dapat memberikan tentang kesan pembelajaran untuk tempoh yang pendek mahupun jangka waktu yang lebih panjang. Ujian yang dilakukan dalam tempoh pengajaran pembelajaran yang berlangsung membolehkan guru mengetahui tahap penguasaan pelajar tentang topik-topik yang telah dibincangkan di samping mengetahui masalah yang dihadapi pelajar dan seterusnya menjalankan aktiviti yang bersesuaian seperti aktiviti pemulihan. Sementara ujian yang dijalankan pada akhir sesuatu penggal akan memberikan maklumat berkenaan pencapaian pelajar secara umum setelah pengajaran pembelajaran berlangsung dalam tempoh tertentu. Dengan itu juga guru-guru dapat membandingkan serta menggredkan pelajar mengikut pencapaian yang diperolehi sama ada dalam kumpulan pelajar yang lemah sederhana atau cemerlang.

24

You might also like