Professional Documents
Culture Documents
www.facebook.com/groups/kfaam
Apakah yang dimaksudkan dengan Akaun Baru? Akaun Baru atau Akaun Lama ini merujuk kepada akaun FB Ads anda. Akaun FB Ads ini ialah akaun yang anda gunakan untuk menguruskan semua iklan anda. Akaun FB Ads juga dikenali sebagai Ads Manager dan setiap akaun FB Profile hanya boleh membina SATU akaun FB Ads sahaja. Berikut ialah perbezaan antara akaun FB Ads, akaun FB Profile & akaun fanpage anda: Akaun FB Profile: Akaun FB Profile ialah akaun Facebook anda, akaun yang anda gunakan untuk mengemaskini status, memuatnaik gambar, membuat komen dan Like dan berinteraksi dengan rakan-rakan anda. URL akaun FB Profile anda ialah www.facebook.com Akaun FB Ads: Akaun FB Ads ialah akaun yang anda gunakan untuk menguruskan semua iklan FB Ads anda. URL akaun FB Ads anda: www.facebook.com/ads/manage Akaun Fanpage: Akaun Fanpage anda ialah akaun yang anda gunakan untuk menguruskan page Facebook anda. URL akaun Fanpage anda: www.facebook.com/pages/fanpageanda
Saya ada akaun FB Ads dan akaun FB Ads saya sudah berusia lebih14 hari, bolehkah saya gunakan kupon? TIDAK, sekiranya akaun FB Ads anda sudah berusia lebih 14 hari, anda tidak boleh menggunakan kupon. Anda perlu membuat akaun FB Profile baru dan akaun FB Ads baru untuk menggunakan kupon.
Saya sudah pernah menebus kupon di akaun FB Ads saya, bolehkah saya menggunakan kupon sekali lagi? TIDAK, sekiranya akaun FB Ads anda sudah pernah menggunakan kupon, anda tidak boleh menggunakan kupon lagi. Anda perlu membuat akaun FB Profile baru dan akaun FB Ads baru untuk menggunakan kupon.
Saya ingin membuat akaun FB Ads baru, bolehkah saya gunakan kad kredit yang pernah saya gunakan untuk verify akaun FB Ads lain? TIDAK BOLEH, setiap satu kad kredit atau debit atau Paypal, hanya boleh digunakan di hanya SATU akaun FB Ads. Saya mempunya satu akaun FB Profile yang sudah berusia melebihi 14 hari, tetapi saya masih belum pernah menggunakan FB Ads di akaun FB saya, bolehkah saya menggunakan kupon? YA BOLEH, Sekiranya akaun FB Profile anda sudah berusia melebihi 14 hari tetapi anda masih belum menggunakan FB Ads, anda boleh membina akaun FB Ads dan akaun FB Ads itu akan dianggap sebagai akaun FB Ads baru, dan anda boleh menggunakan kupon di akaun FB Ads tersebut.
Saya pernah menggunakan FB Ads dan saya belum pernah menggunakan kupon, akaun FB Ads saya berusia kurang 14 hari, tetapi saya mempunya baki tertunggak (Outstanding Balance) di akaun FB Ads saya, bolehkah saya menggunakan kupon untuk membayar baki tertunggak di akaun FB Ads saya? TIDAK BOLEH, anda perlu membayar dahulu baki tertunggak di akaun FB Ads anda dengan menggunakan kad kredit atau debit sebelum anda boleh menggunakan kupon.
Saya telah menebus kupon di akaun FB Ads saya, tetapi selepas dua hari Facebook tetap cajkan ke kad kredit saya dan tidak pada kupon yang telah saya masukkan? Periksa tarikh bil yang dikeluarkan di bahagian BILLING, Tarikh bil yang dicajkan itu mestilah tarikh selepas anda memasukkan kupon, sebagai contoh, sekiranya anda menebus kupon pada 1 Januari dan selepas 2 hari anda menerima bil yang bertarikh 30 hingga 31 Disember, kos pengiklanan untuk 30 -31 Disember itu akan dicajkan ke kad kredit anda kerana pada tarikh tersebut anda masih belum memasukkan kupon ke dalam akaun FB Ads anda, jadi pihak Facebook akan cajkan bil pada tarikh tersebut ke kad kredit anda.
Bagaimana untuk mengelakkan kad kredit saya dicaj? Saya hanya mahu menggunakan nilai kredit yang ada di dalam kupon sahaja untuk iklan saya. Anda boleh membuat SPEND CAP di akaun FB Ads anda. Fungsi spend cap ini ialah untuk membuat had limit berapa akaun anda boleh belanjakan. Sebagai contoh, sekiranya anda membuat spend cap seperti gambar di bawah, anda hanya boleh membelanjakan sehingga USD50.00 sahaja di akaun FB Ads anda dan ini bermaksud, semua iklan anda akan berhenti secara automatik sekiranya kos iklan anda sudah melebihi USD50.00 Anda boleh membuat spend cap di akaun FB Ads anda, di bahagian BILLING, Klik pada link EDIT dan untick kotak NO SPEND LIMIT kemudian masukkan jumlah had yang anda mahukan.
Bagaimana caranya untuk saya memeriksa baki kupon yang telah saya masukkan? Anda boleh memeriksa baki kupon anda di akaun FB Ads anda, klik pada link BILLING > FUNDING SOURCES. Baki kupon anda akan dipaparkan seperti dalam gambar di bawah.
2.
Kemudian pada bahagian 'Choose a Facebook destination or enter a URL' Pilih fanpage yang mahu diiklankan.
3.
Di bahagian What would you like to do? pilih See Advanced Options untuk menggunakan function CPC.
4.
Kemudian bina iklan anda di bahagian 'Your Ad' Masukkan Headline, teks dan pilih gambar yang sesuai untuk iklan anda (Saiz gambar mesti melebihi 180 piksel).
5.
Setelah selesai, pergi ke bahagian 'Choose Your Audience' dan pilih negara yang anda mahu iklan anda di paparkan di kolum 'Location'. Pilih range umur yang anda mahu iklan anda ditujukan di kolum 'Age' dan pilih jantina yang anda mahu iklan anda ditujukan di bahagian 'Gender'.
6.
Seterusnya kolum 'Pricest Interest' adalah bahagian yang penting untuk reach iklan anda. Pricest interest ialah niche atau keyword untuk iklan anda. Contoh: sekiranya anda menjual produk kecantikan, Pricest Interest iklan anda mestilah yang berkaitan dengan produk kecantikan, misalnya 'Beauty', 'Elegance','Style','Women' dan lain-lain lagi yang berkaitan. Kemudian di kolum 'Broad Categories' anda boleh pilih kategori untuk iklan anda.
7.
Di kolum 'Connections' pilih 'Anyone' untuk meluaskan reach iklan anda. Abaikan kolum 'Friends of Connections' sekiranya anda tidak mahu mengkhususkan reach iklan anda. Pilih 'All' di kolum 'Interested In' dan tick semua kotak di kolum 'Relationship Status'. Abaikan kolum 'Languages' jika anda tidak mahu memilih bahasa khusus untuk iklan anda. Pilih 'Anyone' di kolum 'Education' dan abaikan kolum 'Wokplaces' sekiranya anda tidak mahu mengkhususkan reach anda.
8.
Bahagian 'Campaign, Pricing and Schedule' ini adalah bahagian yang terpenting sekali untuk memastikan iklan anda sampai dan berfungsi untuk pengguna. ! Untuk kali pertama membuat iklan di Facebook, anda akan diminta memilih matawang, negara dan timezone anda ! Pilih matawang yang ingin anda gunakan di kolum 'Account Currency' dan pilih negara anda di kolum 'Account Country', kemudian di bahagian 'Account Time Zone' abaikan sahaja kerana tidak ada pilihan untuk timezone Asia. Di bahagian 'Campaign and Budget', masukkan nama pilihan untuk iklan anda di kolum 'New Campaign Name'. Di kolum 'Campaign Budget', sila masukkan berapa budget yang anda mahukan untuk iklan anda dalam sehari (Budget per day). TIPS! = Biasanya nilai USD5 atau RM15 akan diletakkan pada permulaan. Pilih option 'Run my campaign continuously starting today' di kolum 'Campaign Schedule' dan abaikan kolum 'Conversion Tracking' sekiranya anda memilih CPC. Di kolum 'Optimization', pilih option 'Optimize for clicks' dan pilih option 'Manually bid for clicks' Di kolum 'Pricing', masukkan bid per clicks yang anda mahukan untuk iklan anda. CPC bermasuk Costper-clicks atau berapa jumlah yang anda mahu tawarkan/bayar untuk setiap klik/like yang anda dapat melalui iklan anda. Sekiranya anda tidak tahu berapa CPC yang sesuai untuk iklan anda, ikut Suggested bid yang dipaparkan di bawah kotak CPC.
9.
Klik butang 'Review Ad' sekiranya anda telah selesai membina iklan anda.
10. Kemudian untuk kali terakhir, periksa iklan anda sekali lagi, sekiranya anda berpuas hati, klik butang 'Place Order'
11. Di bahagian 'Add a funding sources' anda perlu memasukkan salah satu, kad kredit ATAU kad debit ATAU PayPal anda untuk membuat verifikasi ke atas akaun Facebook Ads anda. Sekiranya anda mahu menggunakan kad kredit ATAU kad debit, pilih option 'Credit Card' seterusnya anda akan dibawa ke bahagian untuk anda memasukkan maklumat kad kredit atau debit anda. Sekiranya anda mahu menggunakan akaun PayPal, pilih option 'PayPal' dan anda akan dibawa ke laman merchant PayPal. Masukkan username dan Password PayPal anda bila diminta.
12. Masukkan maklumat kad kredit ATAU kad debit anda, pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan betul. Klik butang Submit setelah selesai.
13. Selepas itu anda akan diminta untuk memasukkan kod kupon FB Ads anda, masukkan kod kupon anda seperti dalam format di bawah.
14. Selesai. Iklan anda telah siap dibina, dan pihak Facebook akan mengambil sedikit masa untuk membuat review ke atas iklan anda.
Bagaimana caranya untuk saya tahu yang iklan saya sudah berjalan? Anda boleh meliha statistik iklan anda di akaun FB Ads di bahagian CAMPAIGN & ADS Lihat pada statistik kenaikan Page Likes anda, sekiranya statistik iklan anda semakin meningkat, ini bermakna iklan anda sudah diluluskan dan sedang berjalan.
Sudah lebih 24 jam, iklan saya masih belum berjalan? Cuba tambahkan iklan anda dengan iklan yang baru, sekiranya iklan anda masih belum berjalan, hubungi pihak Facebook.
Iklan saya tidak diluluskan, apa yang perlu saya lakukan? Sekiranya iklan anda tidak diluluskan, berkemungkinan iklan anda telah melanggar polisi pengiklanan Facebook, tunggu sehingga 24 jam, pihak Facebook akan menghantar anda email menerangkan sebab kenapa iklan anda tidak diluluskan. Rujuk email tersebut dan cuba ubahsuai iklan anda mengikut apa yang disaran oleh pihak Facebook. Untuk mengetahui polisi pengiklanan Facebook, sila rujuk sini: www.facebook.com/ad_guidelines.php
Iklan saya telah diluluskan, tetapi prestasi iklan saya agak perlahan, Like yang saya dapat kurang agak perlahan? Cuba ubahsuai iklan anda, naikkan CPC (Cost-per-clicks) iklan anda, tambahkan budget per day anda, lakukan ubahsuai sehingga anda berpuas hati dengan prestasi iklan anda.
Minibook ini telah dibuat oleh pihak admin group Kupon FB Ads & AdWords Murah (KFAAM) khusus untuk ahli group KFAAM. Sebarang teks dan gambar yang ingin digunakan perlu mendapat keizinan dari pihak admin group KFAAM. Untuk maklumat lanjut, sila ke group KFAAM www.facebook.com/groups/kfaam