You are on page 1of 16

Garisan ialah kesan yang dihasilkan dengan menggunakan alat, instrumen, media atau bahan yang dimulakan daripada

satu titik merentasi suatu permukaan atau sesuatu kawasan

JENIS-JENIS GARISAN

Garisan titik-titik Garisan zig-zag Garisan pancaran Garisan putus-putus Garisan tebal Garisan nipis Garisan berlingkar Garisan beralun Garisan berbuli

Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan

- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu: a- Bentuk konkrit bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar) b- Bentuk ilusi bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.

Jalinan

- Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda

- Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:

a- Jalinan sentuh jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik

impasto

b- Jalinan tampak jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak

batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.

Ruang - Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek. -Terdapat 2 jenis ruang iaitu: a- Ruang nyata ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit b- Ruang tampak ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)

Warna - Terdapat 3 jenis warna iaitu: a- Warna asas iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain) b- Warna sekunder iaitu campuran dua warna asas (Hijau Biru + Kuning, Jingga Kuning + Merah dan Ungu Merah + Biru) c- Warna tertier iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder - Terdapat 3 gubahan warna iaitu: a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang) b- Warna penggenap warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan) c- Warna sewarna hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap) - Terdapat 2 suhu warna iaitu: a- Warna panas warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb) b- Warna sejuk warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)

You might also like