You are on page 1of 5

MAJLIS PERHIMPUNAN PERINGATAN HARI KOR KADET POLIS KALI KE 43 PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2013 Guru-guru dan

detachment diminta mengambil tempat masingmasing diumumkan kawalan kehormatan masuk baris. Kawalan kehormatan pd pagi ini diambil oleh Inspektor kadet polis Azman Bin mamat. (senang diri) Mengumumkan ketibaan Yg Berusaha En Zaidi bin ahmad,wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Seterusnya menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan (senang diri) Diumumkan ketibaan Yang dihormati Supt. Zahaliman bin Hj Jaamin, Ketua Polis Daerah Pontian seterusnya menerima tabik hormat dan memeriksa barisan Kawalan Kehormatan. (senang diri) Majlis mengucapkan Terima kasih atas kesudian menyempurnakan pemeriksaan perbarisan sebentar tadi. Yang dihormati, Supt. Zahaliman bin Hj Jaamin, Ketua Polis Daerah Pontian, Yang berusaha En Zaidi bin ahmad,wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Pontian , yang
1

dihormati,pegawai-pegawai kanan polis, yang dihormati pengetua-pengetua dan penolong-penolong kanan sekolahsekolah menengah daerah pontian, Yang dikasihi guru-guru kadet polis serta pelajar-pelajar kadet polis daerah pontian sekalian. Tuan-tuan dan puan-puan. Assalammualaikum WBT

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita sama-sama dapat berkumpul di laman minda, sekolah menengah kebangsaan tan sri osman mohd saat bagi menjayakan Perhimpunan Peringatan Hari Kor Kadet Polis kali ke 43 peringkat Daerah Pontian bagi tahun 2013. Bagi memulakan majlis pd pagi ini, marilah sama-sama kita menyanyikan tiga buah lagu berturut-turut dimulakan dengan lagu bangsa johor, diikuti lagu negaraku dan seterusnya lagu sang saka biru. Para hadirin diminta berdiri. Semua pegawai kanan dan sub inspector diminta memberi tabik hormat semasa lagu bangsa Johor dan lagu negaraku dinyanyikan. (senang diri) ******* Hadirin dipersilakan duduk. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan USTAZ MOHD GHAZALI BIN KASMURI untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan. (senang diri)
2

Amin Ya Rabbal Alamin. Hadirin Sekalian. Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar. Dipersilakan MOHD WAQIUDIN BIN MOHD JAILANI untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan. (senang diri) Selesai sudah pembacaan ikrar. Inilah masa yang dinanti-nantikan iaitu Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Hari KOR KADET POLIS KALI KE43 yang akan disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Pontian, Yang DiHormati Supt. Zahaliman bin Hj Jaamin. Dipersilakan Tuan. Demikian tadi perutusan yang disampaikan oleh Yang DiHormati Supt. Zahaliman bin Hj Jaamin Bagi menghargai jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan kepada Kadet Polis Daerah Pontian, Majlis mempersilakan Inspektor Kadet Polis Siti Aminah Bt Mohd @ Aziz bagi mengiringi Ketua Polis Daerah Pontian, Yang DiHormati Supt. Zahaliman bin Hj Jaamin untuk menyampaikan sijil dan cenderahati. Penerima bagi anugerah .. .. ialah : 1. 2. 3.
Dipersilakan wakil penerima anugerah . Untuk menerima sijil.
3

Majlis mengucapkan penghargaan itu tadi.

Terima

kasih

atas

penyampaian

Bagi mengakhiri majlis yang penuh bermakna pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menyanyikan dua buah lagu, polis sedia berkhidmat dan kadet polis. Diminta semua hadirin berdiri. **(lapor diri. ) time 3suku pdng.

Selesai sudah majlis kita pada hari ini, dipersilakan Yang dihormati, Supt. Zahaliman bin Hj Jaamin, Ketua Polis Daerah Pontian, Yang berusaha En Zaidi bin ahmad,wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Pontian , yang dihormati,pegawai-pegawai kanan polis, yang dihormati pengetua-pengetua dan penolong-penolong kanan sekolahsekolah menengah daerah pontian, serta guru-guru Kadet Polis Daerah Pontian untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.
Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti, Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Kalau ada sumur di ladang Boleh kami menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang InsyaAllah kita berjumpa lagi. Sekian.wabilahitaufikwalhidayah wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu.
4

You might also like