Professional Documents
Culture Documents
nilai-nilai kelas bawahan itu bertentangan dengan nilai-nilai kelas menengah atau atasan.
dicirikan oleh satu set norma dan nilai khususnya yang dipatuhi oleh ahlinya dalam mengamalkan suatu tindak laku. Anggota kumpulan merasa lebih selesa jika mereka menerima dan mematuhi nilai dan norma suatu kumpulan Mat Rempit tertentu untuk melambangkan ciri-ciri sepunya. Berbeza daripada teori anomie, teori sub budaya mengakui wujudnya norma-norma yang bersifat pluralistik bukan homogen (terdapatnya kepelbagaian norma suatu yang heterogenous) dalam masyarakat
kepelbagaian norma dalam sesebuah masyarakat adalah jenis kaum pendatang yang berhijrah masuk ke kawasan-kawasan tertentu. Contohnya di Amerika Syarikat pertentangan nilai berlaku di kalangan orang Asia (Jepun dan Cina), dan orang Negro yang berhijrah ke bandar-bandar besar dengan penduduk asal Amerika Syarikat.
luar bandar (desa) misalnya tidak sama dengan nilainilai moden dalam masyarakat bandar atau tidak sama dengan nilai-nilai baru dalam masyarakat yang didiami oleh seseorang atau sesuatu kelompok baru.
sosiologi, lebih fokus kepada kehidupan sosial dan tingkah laku di kalangan golongan kelas bawahan atau kelas pekerja Khususnya di kalangan remaja kelas tersebut dalam keadaan masyarakat yang mengalami proses transformasi yang pesat: masyarakat urban/bandar.
masyarakat yang dominan melihat norma-norma dan nilai-nilai mereka sebagai bercanggah atau bertentangan dengan norma-norma yang dianuti oleh anggota masyarakat biasa golongan bawahan yang memperlihatkan pelbagai bentuk tingkah laku devian dan jenayah, dan perangkaan rasmi tentang masalah tersebut menunjukkan bahawa mereka lebih banyak terlibat
menumpukan perhatian kepada wujudnya pertentangan norma atau nilai dalam sesebuah masyarakat di mana devians dan/atau jenayah itu wujud. Pertentangan norma dan nilai ini pula mempunyai kaitan dengan pelanggaran norma-norma yang diterima oleh sesebuah masyarakat secara meluas.
adalah kenakalan, jenayah, penyalahgunaan dadah dan penglibatan dalam lumba haram (yang mana lebih ramai pelakunya berasal daripada kelas bawahan). Dalam hal ini dikatakan wujudnya budaya remaja, budaya kelompok atau rakan sebaya, atau budaya delinkuen yang semuanya dikatakan lebih banyak wujud di kalangan remaja kelas bawahan atau kelas pekerja.
fenomena delinkuensi atau jenayah di kalangan remaja. Secara umum huraian ditumpukan kepada bagaimana sesetengah remaja terlibat dalam proses pembelajaran untuk melakukan sesuatu yang dianggap bertentangan dengan peraturan atau undang-undang masyarakat.
Albert Cohen adalah seorang pengkaji tentang delinkuensi. sub-budaya delinkuen dikatakan mempunyai satu set peraturan dan cara hidup yang berlainan daripada norma dan nilainilai masyarakat umum , iaitu nilai arus perdana.
teori anomie Merton dalam ertikata teori tersebut membahas bahawa terdapat keadaan di mana sesetengah individu kurang mempunyai cara-cara yang diinstitusikan (sah) untuk mencapai matlamat budaya seperti status tinggi, kejayaan dan sebagainya, NAMUN teori subbudaya Cohen lebih bersifat khusus.
perhatian kepada pengalaman hidup yang khusus yang dialami sesetengah golongan remaja kelas bawahan, iaitu teori sub-budaya Cohen memperlihatkan satu bentuk atau gaya penyesuaian yang digunakan oleh golongan remaja tersebut terhadap keadaan kehidupan yang tertentu, iaitu yang tertekan atau penuhi dengan pelbagai halangan, dalam masyarakat.
suatu keadaan ketidakupayaan ekonomi dan sosial kelas bawahan. Theory: In school, kids from lower class areas are labeled as either bad or stupid. There are three possible responses to this initial label: (1) try harder, (2) accept it, or (3) reject it and redefine success.
expectations and engage in marginal forms of deviance( alcohol, drugs). negative labels and redefine status in a manner where they can be successful, through a process of reaction formation.
Delinquent Boys bertindak sedemikian disebabkan keinginannya untuk mendapat pengiktirafan daripada geng atau clique yang dianggotainya. Pengiktirafan itu juga bertujuan menggelak dirinya daripada disingkir atau dipinggirkan oleh kumpulan atau gengnya
dikemukakan oleh Cohen dibahas lanjut oleh Richard Cloward dan Lloyd Ohlin yang mendapati bahawa budaya kumpulan geng kelas bawahan memang mempunyai norma dan nilai-nilai yang bertentangan dengan norma dan nilai-nilai masyarakat konvensional (biasa). Remaja dari kelas bawahan tidak dapat mencapai status tinggi melalui pencapaian baik dalam sistem pendidikan formal yang sedia ada dalam masyrakat.
beberapa kemudahan sosial dan ekonomi berbanding remaja kelas menengah dan atasan. Keadaan keterbatasan itu membuat mereka berasa kecewa dan cemas, dan keadaan tersebut cuba diselesaikan dengan membentuk suatu reaksi, iaitu norma dan nilai-nilai kelas menengah dan atasan digantikan dengan norma dan nilai-nilai sub-budaya delinkuen.
beberapa kriteria yang dapat dipenuhi oleh anakanak atau para remaja kelas bawahan. Sub-budaya delinkuen mempunyai ciri-ciri nonutilitarian (bukan untuk mencapai matlamat ekonomi ), malicious (jahat, hasat atau dengki) dan negativistic (mempunyai ciri-ciri negatif).
sekadar ingin memenuhi segala keperluan ekonomi atau material. Misalnya, sekiranya seseorang remaja melakukan delinkuensi seperti mencuri barang makanan, perbuatan itu bukan sebenarnya menunjukkan ia lapar tetapi perbuatan tersebut boleh memberi kepuasan kepadanya, mendapat pengiktirafan daripada kumpulan mereka.
kepuasan apabila melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan atau mengancam ketenteraman orang lain. Dalam keadaan inilah mereka dianggap jahat (malicious) dan bertingkah laku negatif (negativistic).
mencapai matlamat budaya melalui jalan-jalan yang tidak sah oleh kerana peluang-peluang itu pun didapati berbeza di kalangan mereka. Bagi sesetengah remaja, keadaan menganggotai sesebuah sub-budaya atau geng delinkuen juga kadang-kala sukar, disebabkan terdapatnya kekurangan atau keterbatasan dari segi fizikal, personaliti, mental, dan sikap berhubung dengan takrifan serta peripentingnya undang-undang.
Sub-budaya kriminal yang tujuannya adalah untuk memberi latihan bagi sesetengah remaja untuk menjadi penjenayah profesional.
Sub-budaya konflik yang mengutamakan pangkat, keberanian dan kewibawaan bagi seseorang remaja. Contohnya, sub-budaya delinkuen.
c. Sub-budaya pengundur (retreatist) mereka bukan sahaja tidak mempunyai peluang untuk menjadi penjenayah profesional, tetapi juga gagal mendapatkan status dalam sesebuah kumpulan subbudaya. Justeru mereka menarik diri dan terjerumus dalam sub-budaya dadah.
Dalam kajian Miller dan Yablonsky, tumpuan diberikan kepada kumpulan nakal di kalangan kelas bawahan. Miller cuba mencari punca asas bagi motivasi remaja untuk terlibat dalam sesuatu tingkah laku nakal Sementara Yablonsky menampilkan banyak data etnografi tentang ciri-ciri kumpulan dan aktiviti anak-anak yang terlibat dalam kumpulan-kumpulan nakal.
yang dominan bagi motivasi untuk terlibat dalam aktiviti delinkuen adalah usaha remaja untuk memperoleh sesuatu yang dinilai tinggi dalam komuniti masyarakat kelas bawahan terutama terhadap remaja lelaki.
terikat kuat pada norma-norma hidup komuniti berkenaan dan para remaja lelaki juga cuba memperoleh suatu status yang diiktiraf di kalangan kelompok mereka. Hal tersebut menjadi motivasi yang menggerakkan tindakan individu atau kelompok dalam kelas bawahan terutamanya di kalangan para migran berkulit hitam.
yang dilakukan secara berkelompok itu dipengaruhi oleh sistem budaya dalam kelas tersebut. Ringkasnya, tingkah laku remaja delinkuen dipengaruhi oleh keadaan komunitinya sendiri atau keadaan kelas bawahan yang khusus, misalnya di kalangan remaja komuniti berkulit hitam.
budaya kelas bawahan masyarakat di Amerika Syarikat khususnya di kalangan komuniti berkulit hitam. Membuat kacau merupakan sesuatu yang boleh menentukan status seseorang dalam kelas tersebut.
kebanyakan anak atau remaja komuniti kelas bawahan berkulit hitam dididik oleh golongan wanita yang terdiri daripada ibu, nenek atau mak saudara. Keadaan tersebut terjadi oleh kerana para bapa atau orang dewasa lelaki banyak menghabiskan masa bekerja sebagai buruh misalnya di kilang-kilang kawasan bandar.
lelaki adalah melalui interaksi atau hubungan dengan rakan-rakan lelaki dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan biasanya di luar rumah. Budaya kelas bawahan memberi motivasi terhadap tingkah laku nakal. Seorang remaja melakukan delinkuensi kerana keinginannya untuk mencapai matlamat atau memenuhi tuntutan kumpulan agar diterima sebagai seorang anggota dalam kumpulan streetcorner.
mendapatkan sesuatu yang ternilai melalui kecekapan daya berfikir dan selanjutnya seseorang itu mempunyai daya untuk bertindak cekap serta pantas. Remaja kelas bawahan mempelajari atau mempraktikkan kecekapan dan kemahiran dalam bentuk-bentuk aktiviti seperti berjudi, menipu, terlibat dalam tingkah laku mencaci dan sebagainya. Kemahiran dalam hal-hal seperti tersebut dapat menentukan prestij seseorang dalam sebuah kumpulan atau geng.
usaha mencari keseronokan untuk mengatasi pengalaman atau corak kehidupan kelas bawahan yang rutin serta membosankan kerana wujudnya tekanan hidup. Keperluan terhadap hiburan dilihat melalui bentuk-bentuk tingkah laku yang melibatkan meminum minuman keras, berjudi, merosakkan harta awam, mencuri kereta, mengganggu guru atau polis dan sebagainya. Semua ini melibatkan high quality adventure.
remaja kelas bawahan cenderung percaya pada nasib atau takdir (fate) .
Autonomi. Menganggap tindakan yang
menyimpang sebagai satu perluahan atau ekspresi kebebasan daripada kongkongan oleh pelbagai sumber autoriti seperti pihak sekolah dan keluarga.
dan Ohlin, dan Miller menekankan remaja untuk bertindak nakal untuk menentang dengan norma sosial yang diterima umum. Secara umum, desakan nilai-nilai kelas menengah, masalah pembentukan identiti serta kegagalan memperoleh status dalam masyarakat dan peripentingnya perasaan kepunyaan merupakan antara beberapa faktor penyumbang kepada pembentukan sub budaya di kalangan remaja.
(disorganized areas) peluang untuk menjadi delinkuen adalah lebih luas dan terbuka. Keadaan sosioekonomi dan politik dan juga keluarga kelas bawahan menyediakan satu latar atau asas penting bagi berbagai-bagai tingkah laku yang ditakrifkan oleh kelas menengah dan atasan sebagai tingkah laku devian atau jenayah.