You are on page 1of 11

Pengenalan

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum. Rakyatnya terdiri daripada Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah serta Sarawak dan lain-lain. Keadaan ini mewujudkan kelainan yang mampu memupuk semangat perpaduan yang harmoni dalam mewujudkan negara yang seimbang. Sebagai rakyat yang prihatin, di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian ini. Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Daripada pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang, pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama dan perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya, apakah faktor yang boleh membawa keseim bangan? Apakah perkara yang perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara bereterusan? Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis harus berkesimbungan.

memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi

Kepentingan Hubungan Etnik

Kw

Kepentingan Hubungan Etnik

Kepentingan hubungan etnik ini boleh dikaitkan kepada banyak aspek seperti dari segi ekonomi, budaya, keselamatan dan sebagainya. Ekonomi Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat Negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi Negara. Apabila aktiviti ekonomi dijalankan oleh setiap rakyat Negara Malaysia, hal ini juga akan meningkatkan perpaduan antara kaum dan seterusnya membawa kemajuan. Seterusnya, Malaysia juga perlu menghapuskan penguasaan bidang ekonomi oleh satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih dipegang oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dan kaum indiadalam bidang ekonomi supaya bukan sahaja kaum cina yang menguasai bidang ekonomi sahaja.

Akhir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang kerana perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara dalam perkembangan ekonomi Negara. Kehidupan Bermasyarakat Yang Aman Dan Harmoni Kepentingan hubungan etnik ialah mewujudkan suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat saling hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu mengelakkan sebarang perasaan negatif seperti perasaan dengki, pentingkan diri sendiri dan sebagainya. Contohnya rakyat Semanjung Malaysia dapat memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Hubungan yang erat ini dapat menjamin kehidupan manusia dalam keadaan yang aman dan harmoni. Keamanan ini menjadikan negara Malaysia lebih makmur. Contohnya, setelah negara Malaysia mencapai kemerdekaan, perubahan-perubahan yang positif akan banyak berlaku malah negara Malaysia juga terkenal sebagai sebuah negara yang membangun.

Budaya Aspek budaya mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan harus dipelihara dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk. Antara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalam Negara. Seperti yang kita ketahui, Negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di Negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita. Selain itu, ia akan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni.
4

Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti. Perbuatan ini tidak relevan lagi pada masa kini kerana masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada perbezaan budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia.

Jambatan Menuju Kemajuan Kepentingan hubungan etnik seterusnya ialah jambatan utama menuju kemajuan. Rakyat dalam negara ini perlu mengambil peluang untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Semua rakyat boleh bersama-sama berganding bahu dalam memikul tugas masing-masing untuk membangunkan negara Malaysia. Hasil daripada kerjasama rakyat yang tidak berprasangka terhadap kaum lain, maka negara Malaysia dapat membangun dengan stabil. Pembangunan ini merangkumi taraf hidup rakyat yang tinggi dan infrastruktur juga dibina untuk memudahkan kehidupan rakyat. Sehingga sekarang, pembangunan pesat di negara Malaysia juga adalah negara yang setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Semangat Kekitaan Selain itu, kepentingan perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat kekitaan terjadi di atas bumi Malaysia ini.
5

Keselamatan Negara Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di Negara kita. Kesan daripada perkara ini kita dapat lihat berapa ramai masyarakat Negara kita yang mati dalam peristiwa ini. Oleh itu, perpaduan sangat penting dalam kalangan etnik di Negara kita. Selain itu, keharmonian juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk Negara kita Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap kumpulan etnik di Negara kita bagi memastikan kesemua golongan etnik ini mempertahankan keselamatan Negara. Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di Negara ini akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan Negara daripada luar dan dalam Negara. Negara kita haruslah dipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahan darah bagi memastikan Negara kita akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan Negara kita Malaysia. Meningkatkan Imej Negara Kepentingan hubungan etnik yang terakhir ialah perpaduan antara kaum akan meningkatkan imej negara.Malaysia menjadi model perpaduan kepada negara majmuk yang lain. Oleh itu, Suara Malaysia akan mendapat perhatian di persada antarabangsa. Hal ini akan menyebabkan pelabur dan pelancong asing akan sering memilih Malaysia sebagai tempat pelancongan. Ini akan meningkatan kadar pelancongan Negara kita dan juga akan meningkat ekonomi negara kita.

Cadangan untuk mengekalkan perpaduan antara kaum di Negara kita Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Ini merupakan keunikan dan kekuatan yang wujudnya hanya di Negara yang tercinta kita Malaysia sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat di Malaysia untuk mengekalkan perpaduan antara kaum, kerana tanpa perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum, negara akan menjadi huru hara dan tidak stabil. Akibatnya,pembangunan sektor ekonomi, politik dan sosial akan terbantut ekoran rapuhnya semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai pihak. Oleh itu, usaha-usaha yang efektif dan proaktif perlu dilaksanakan untuk mengekalkan perpaduan antara kaum di Negara kita untuk memastikan Negara kita akan berkembang dengan pesat. Remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin dan akan menjadi tunjang negara pada masa depan merupakan aset yang penting untuk negara kita. Oleh itu, kita perlu menggalakkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dan cinta akan Negara dalam sanubari remaja. Para remaja yang berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Seterusnya, remaja juga dapat mempelajari bagaimana untuk bergaul dengan rakan-rakan yang datang daripada pelbagai bangsa,budaya dan agama. Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam untuk mengekalkan perpaduan kaum. Selain itu, perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotongroyong dan membersihkan kampung atau taman dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Pada zaman sekarang, sikap mementingkan diri sendiri telah berakar umbi dalam jiwa setiap orang terutamanya mereka yang tinggal di bandar, kerana masyarakat
7

yang duduk di bandar yang hanya melakukan kerja sendiri dan kurang bergaul dengan jiran ataupun kawan di sekelilingnya menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Oleh itu, aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut perlu diadakan supaya perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah dan wahana bagi mengekalkan perpaduan antara rakyat berbilang kaum di Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama. Di samping itu, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkah dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, kita boleh menikmati makanan-makanan seperti ulam-ulaman yang digemari oleh masyarakat melayu dan roti canai yang digemari oleh masyarakat india. Selain itu, pakaian seperti baju kurung dan baju melayu juga sering dipakai oleh kaum lain untuk menghadiri majlis rasmi. Ini menunjukkan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia boleh menerima dan mengamalkan budaya kaum yang berlainan. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara. Program Hari Keluarga boleh diadakan mengekalkan perpaduan antara kaum dan memupuk semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia. Program ini bertujuan untuk mewujudkan keluarga yang mesra dan sihat. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolahsekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga, pihak sekolah boleh menjemput keluarga yang berbilang kaum untuk datang ke sekolah untuk menghadiri program ini. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan
8

kaum

di Malysia

boleh

direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk mengekalkan perpaduan antara kaum di negara kita. Pihak kerajaan mempunyai peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Oleh itu, kerajaan perlu mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, masyarakat yang berbilang kaum memberi sokongan dengan menghadirkan ke majlis rumah terbuka. Masyarakat Malaysia dapat berinteraksi dan bergaul bersama dalam majlis sebegini. Sebagai contoh, mereka yang hadir ke majlis rumah terbuka akan makan dan bermain bersama tanpa mengira kaum budaya dan agama. Interaksi antara kaum seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan akan mengekalkan perpaduan kaum. Oleh itu, majlis rumah terbuka merupakan cara untuk mengekalkan perpaduan antara kaum. Sistem pendidikan juga merupakan satu jalan komunikasi yang pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan sebuah sistem pendidikan yang selaras oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaum. Sebagai contoh, sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil dalam satu kawasan juga akan memupuk perpaduan kaum. Sebagai contoh, semasa hari sukan sekolah kebangsaan, sekolah boleh menjemput kedua buah sekolah yang lain untuk turut menghadiri bersama supaya dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain tanpa mempunyai sebarang masalah. Kesimpulannya, memang tidak boleh kita nafikan bahawa sistem pendidikan negara kita menjadi penghubung sesama kaum. Akhir kata, perpaduan antara kaum adalah sangat penting dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum. semua pihak tidak sewajarnya memandang enteng akan kepentingan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan harus bergerak sederap, seia dan sekata untuk mengekalkan perpaduan kaum di Negara kita. Perpaduan
9

antara kaum akan mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian Negara kita dan memastikan Negara kita akan berkembang dengan pesat dan menjadi Negara maju pada tahun 2020.

10

Rumusan
Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian etnik.

11

You might also like