You are on page 1of 3

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.

Biasanya apabila kedengaran begitu, mak lamah akan mendongak. Pergi lagi hari ini..? Dan ketika itu juga leterannya akan terhenti serta-merta. Pak Talib pun faham, dia bangun lambat-lambat. Pergiii, jawabnya sepatah dengan suara yang panjang. Sudah lama Pak Talib Tukang tidak bekerja. Selama itu jugalah ertinya tidak ada wang masuk. Untuk hidup, dia menghabiskan wang saki baki wang simpanannya yang lama. Kalau panjang lagi, barang-barang simpanan pula turut pergi. Pada masa inilah Mak Lamah akan memanjangkan leterannya. Sekarang semua sudah habis, apa lagi yang nak dijual? Pak Talib hanya senyum. Emak bapa boleh mati, tapi kira-kira tak akan mati. Kata Pak Talib menjawab dengan selamba. Mak Lamah juga segera faham. tidak lainlah lagi melainkan berhutang. Dan kalau panjang lagi masa Pak Talib tidak bekerja, ertinya hutang akan berlonggok. Pernah pada suatu masa Mak Lamah terpaksa menjual barang-barang yang disayanginya untuk membayar hutang. Anak-anak yang nakal pernah membuat nyanyian di depan si Timah: Pak Talib gedang-gedang, Mak Lamah gulai labu, Pak Talib banyak hutang, Mak Lamah jual kelambu. Dan si Timah biasanya akan mengejar anak-anak yang nakal itu dengan kayu api. Tetapi sejauh mana sangat dia dapat mengejar, sebentar sahaja dia sudah terhungap-hungap. Masa itu Timah masih anak-anak juga. Sekarang nyanyian-nyanyian begitu tidak lagi disuarakan kerana Timah sudah jadi orang pingitan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen Tukang Lama, antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

31. Bagaimanakah keadaan hidup keluarga Pak Talib? A. B. C. D. Daif Bergolak Papa kedana Porak peranda

32. Maksud orang pingitan dalam petika ialah A. B. C. D. Anak dara yang dikawal Wanita yang Berjaya Anak gadis yang dipinggirkan Perempuan yang meningkat usia

33. Yang berikut ialah perwatakan Pak Talib dalam petikan kecuali A. B. C. D. gigih sabar cekal tabah

34. Persoalan yang terdapat dalam petikan ialah A. B. C. D. Berserah pada takdir Kepentingan menabung Suka duka sebuah keluarga Kesediaan menghadapi cabaran

35. Berdasarkan keseluruhan cerpen, Pak Talib sudah lama tidak bekerja kerana A. B. C. D. Dia jatuh sakit Dia mahu berehat Perkhidmatannya sudah tidak diperlukan lagi Peralatan bertukangnya sudah lama dan banyak yang sudah rosak

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan - soalan yang berikutnya. PERSAHABATAN
I Seorang kanak-kanak Berbaju kurung nampak cantik Berlesung pipit beralis lentik Bermain-main riang, bermain keseorangan Pada wajahnya meriak gembira Pada bibirnya menguntum ceria Berderai ketawa mengocak suasana II Seorang kanak-kanak Berpakaian ceongsam bertocang dua Bergincu pipi tampak ceria Tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa Menghulur senyum dan ketawa manja Pada wajahnya menyerlah keriangan Mereka bermain alang kepalang Berkejar kejaran tanpa halangan III Seorang kanak-kanak Bersari bergelang kaki Bertindik hidung menguntum seri Melihat saja telatah manja Si comel berdua, bermain dan tertawa Dirinya bagai digamit bermain bersama Mengongsi kemesraan Menterjemah makna kejiranan IV Ah, kanak-kanak Biar berlainan agama Biar berlainan bangsa Mereka saling bersalaman Dan berpeluk mesra Tanpa menghiraukan adat dan budaya; Membina keakraban tanpa curiga Membentuk perpaduan tanpa prasangka Bersatu hati membentuk jati diri Ke arah wawasan lebih bererti

(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)

36. Kanak-kanak dalam bait pertama digambarkan sebagai A. B. C. D. Mesra Manja Cergas Keseorangan

37. Berikan maksud alang-alang kepalang dalam baris sajak yang berikut. Mereka bermain alang- kepalang

A. B. C. D.

Berhati-hati Berpada-pada Beringat-ingat Bersungguh-sungguh

38. Gambaran ketiga-tiga orang kanak-kanak dalam keseluruhan sajak ialah A. B. C. D. Memakai pakaian lama Mempunyai wawasan Memiliki minat yang sama Tidak menghiraukan adat dan budaya Dirinya bagai digamit bermain bersama 39. Gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas ialah A. B. C. D. simile sinkope hiperbola personafikasi

40. Tema sajak ini ialah A. B. C. D. Semangat kejiranan Anak wawasan 2020 Bibit-bibit perpaduan kaum Kegembiraan zaman kanak-kanak

You might also like