You are on page 1of 9

1

Soalan 2 : Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

ISI KANDUNGAN
BIL 1 2 3 4 DIWUJUDKAN AMALAN YANG BOLEH DILAKSANAKAN UNTUK 5 6 MEREALISASIKAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM LAMPIRAN 9 7-8 PERKARA SOALAN TUGASAN 1 PETA MINDA PENGENALAN SEBAB SEBAB ETIKA PERKHIDMATAN AWAM MUKA SURAT 2 3 4 5-6

BAHAGIAN A TUGASAN 1

Tugasan 1 Penilaian Kursus Induksi Modul Umum

Soalan 2 : Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam

Arahan : Anda dikehendaki menjawab mana-mana SATU soalan sahaja dalam bahagian ini.

Soalan yang dipilih :

SOALAN 2 (Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam)

Sebagai seorang guru yang baru ditempatkan di sekolah luar bandar , anda perlu memahami, menghayati dan melaksanakan Etika Perkhidmatan Awam.

i. ii.

Nyatakan empat sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan. Huraikan lima amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut.

Keutuhan Peribadi dan Tadbir Urus

Tugasan 1 Penilaian Kursus Induksi Modul Umum

Soalan 2 : Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam

Definisi Nilai

Tugasan 1 Penilaian Kursus Induksi Modul Umum

Soalan 2 : Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam

Nilai adalah ditakrifkan sebagai percayaan dan sikap yang mendorongkan seseorang atau institusi untuk melakukan tindakan. Nilai juga didefinisikan sebagai kehendak dan keinginan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan berasaskan norma norma utama meliputi perilaku dan amalan masyarakat. Ajaran moral dan agama, norma, kebijaksanaan, keadilan, budaya dan sebagainya merupakan nilai nilai utama dalam masyarakat. Penerimaan dan penghayatan nilai nilai utama oleh anggota anggota masyarakat atau institusi akan menjamin mereka bertindak mengikut norma, etiket sosial dan budaya masyarakat demi menjamin segala aktiviti kehidupan dan pengurusan organisasi dapat dijalankan dengan sistematik serta tanpa sebarang kesilapan dan penyelewengan, di samping meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan.

Definisi Etika dan Etika Kerja

Etika boleh didefinisikan sebagai tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profession terhadap pelanggannya atau masyarakat. Etika kerja dalam perkhidmatan awam merupakan prinsip prinsip moral yang tetap oleh institusi kerajaan dengan tujuan mengawal tingkah laku anggota anggota organisasi demi memastikan tingkah laku mereka tidak bercanggah dengan sistem nilai organisasi berkenaan. Etika kerja ini merupakan panduan prinsip tingkah laku setiap anggota kerajaan berlandaskan nilai nilai murni dalam perkhidmatan awam.

i.

Nyatakan empat sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan.

Tugasan 1 Penilaian Kursus Induksi Modul Umum

Soalan 2 : Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam

Etika kerja dalam perkhidmatan awam adalah terkandung dalam Perintah Perintah Am, khasnya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dan ia hendaklah dilaksanakan berdasarkan prinsip prinsip berikut iaitu menjalankan tugas dengan memanifestasikan kejujuran, keyakinan, adil dan saksama, berkhidmat berasaskan keimanan, sentiasa menghayati dan memelihara martabat pekerja, menepati masa, larangan dan arahan, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan dan mematuhi prosedur mesyuarat dan prinsip muafakat. Berikut adalah sebab sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan iaitu terdapat permintaan daripada rakyat terrhadap perkhidmatan awam supaya terus meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pentadbiran yang cemerlang. Oleh itu etika ini diperkenalkan bagi menwujudkan kakitangan awam yang dapat memberi

perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan. Selain itu, etika ini diwujudkan bagi menangkis tuduhan yang dibuat ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan awam. Ini adalah kerana terdapat tuduhan bahawa kakitangan awam telah melakukan beberapa penyelewengan dalam melaksanakan dasar dasar kerajaan. Etika Perkhidmatan Awam ini diwujudkan adalah untuk menjadi matlamat dan azam kerajaan untuk meningkatkan lagi mutu kecekapan dan prestasi perkhidmatan awam dari semasa ke semasa. Ini amat sesuai dan berkesan sekiranya prinsip prinsip Etika Perkhimatan Awam dihayati dan digunapakai semasa menjalankan tugas. Di samping itu juga, terdapat faktor faktor luaran yang mendorong kerajaan untuk menwujudkan etika ini. Antaranya ialah kemerosotan ekonomi, ancaman keselamatan di rantau ini dan berlakunya gejala gejalan yang kurang sihat seperti rasuah, penipuan serta penyelewengan dalam melaksanakan tugas tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Dengan adanya etika ini maka kakitangan awam telah menpunyai satu garis

Tugasan 1 Penilaian Kursus Induksi Modul Umum

Soalan 2 : Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam

panduan dalam melaksanakan tugas mereka dan dengan ini dihararapkan bahawa etika ini dapat menjadi benteng dari berlakunya perkara perkara yang boleh mengkibatkan keruntuhan sesebuah institusi kerajaan.

ii.

Huraikan lima amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut.

Tugasan 1 Penilaian Kursus Induksi Modul Umum

Soalan 2 : Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam

Sesebuah

organisasi

boleh

mengadakan

hari

pengiktirafan

atau

penganugerahan atau penghargaan kepada kakitangan awam bagi memberi dorongan terhadap kreativiti mereka dalam bekerja. Pengiktirafan boleh diberikan kepada usaha usaha yang original. Organisasi kerajaan juga boleh menganjurkan majlis ceramah agama atau syarahan islam bagi menenguhkan keimanan dan ketakwaan kakitangan awam ini dalam setiap tindakan yang diambil selain menyempurnakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Ini boleh menanam nilai dalam diri kakitangan awam bahawa kerja itu satu ibadat. Amalan yang tidak kurang pentingnya adalah dengan menyediakan manual kerja serta buku panduan jabatan / unit. Ia penting untuk menyegerakan tugas yang penting di samping mempunyai perancangan waktu yang betul. Hal ini akan membuatkan kakitangan tersebut dapat menyiapkan sesuatu tugas dalam jangka masa yang ditetapkan oleh kerana dia dapat menguruskan masa dengan sebaiknya dengan bantuan manual kerja yang disediakan. Sekali sekali pegawai atasan boleh mengadakan lawatan mengejut ke jabatan jabatan bagi memastikan bahawa perjalanan pejabat berjalan lancar serta kakitangan sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepada mereka serta mementingkan kualiti kerja di samping pantas dan cergas bekerja. Jika terdapat teguran maka haruslah bersikap profesional dan sentiasa belajar dari kesalahan lalu. Selain itu, sesebuah organisasi kerajaan boleh mengadakan dailog serta perbincangan untuk menerangkan tatacara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa dengan tujuan untuk mengingatkan mereka agar patuh kepada niali dan etika yang telah ditetapkan. Sesi perbincangan atau dialog ini bagus untuk merungkai segala kekusutan yang dihadapi oleh kakitangan awam di sesebuah organisasi.

Tugasan 1 Penilaian Kursus Induksi Modul Umum

Soalan 2 : Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam

Di samping itu, antara amalan yang boleh dilaksanakan bagi merealisasikan etika ini adalah dengan menghantar kakitangan ke mana mana kursus atau latihan yang boleh meningkatkan lagi kecekapan dan kebolehannya terhadap tugas mereka. Amalan amalan lain seperti menwujudkan perpustakaan jabatan,

mengadakan jawatankuasa kelab sukan, kebajikan dan sosial, mengadakan hari keluarga atau jamuan makan, menganjurkan aktiviti lepas kerja seperti riadah dan menganjurkan pertandingan antara jabatan seperti pejabat bersih boleh dilakukan dan dilaksanakan bagi merealisasikan etika tersebut. Kesimpulannya, semua kakitangan awam dikehendaki memainkan peranan penting dalam mengamalkan prinsip tadbir urus yang terbaik agar dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih cemerlang.

Kakitangan awam harus dapat mempertahankan apa jua keputusan, tidakan yang diambil atau tidak diambil dari kaca mata awam.

LAMPIRAN

Tugasan 1 Penilaian Kursus Induksi Modul Umum

Soalan 2 : Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam

Mok Soon Sang, (2010), Siri Pengajian Sosial Kursus Induksi Perkhidmatan Awam Dan Kenegaraan, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Modul Umum Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)

www.moe.gov.my

Tugasan 1 Penilaian Kursus Induksi Modul Umum

You might also like