You are on page 1of 4

SISTEM RANGKA

Share
Sistem rangka adalah amat penting bagi tubuh manusia. Ia dibentuk oleh rawan dan tulang. Ia merupakan rangkaian tulang yang berfungsi untuk menyokong dan melindungi beberapa organ yang lembut pada tubuh terutamanya yang terdapat pada tengkorak dan pelvis. Selain itu, sistem rangka juga bertugas sebagai alat tuas pada pergerakan. Ia juga menyediakan permukaan untuk penyambung otot-otot rangka. Pada sesetengah tempat, rangka dilengkapi dengan tulang rawan.

Fungsi Sistem Rangka erdapat beberapa fungsi yang dilakukan oleh sistem rangka. Antara fungsi-fungsi itu adalah: a. Perlindungan Tulang adalah struktur yang keras dan padat. Oleh kerana itulah ia sangat sesuai dijadikan perlindungan bagi tubuh manusia yang terdiri daripada tisu dan organorgan penting. Contohnya, tulang tengkorak adalah satu perlindungan yang terbaik kepada otak manusia. Begitu juga dengan tulang rusuk yang melindungi jantung dan paru-paru dan lain-lain organ di bahagian toraks. b. Penyokong Tulang merupakan sokongan pada tubuh badan. Ia boleh menampung berat badan seseorang. Namun begitu, terdapat beberapa bahagian tulang yang mempunyai ligamen untuk menetapkan kedudukannya. c. Stor Penyimpanan Peranan lain yang dilakukan oleh sistem rangka adalah sebagai stor penyimpanan. Tulang berfungsi sebagai tempat menyimpan beberapa mineral seperti kalsium, fosforus dan juga sedikit lemak. d. Pergerakan Kita dapat bergerak dengan adanya otot dan tulang. Otot bersambung ke tulang melalui tendon dan beberapa sambungan membolehkan pergerakan dilakukan. e. Penghasilan Sel Darah Sumsum merah yang terdapat pada beberapa tulang berkebolehan menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Proses ini dikenali sebagai hematopoiesis atau hemopoiesis. Struktur Tulang Struktur tulang boleh dilihat daripada dua aspek seperti berikut. a. Struktur Tulang (Pandangan mata kasar) Terdapat beberapa bahagian pada tulang. Bahagian-bahagian tersebut adalah: i. Tulang keras; ii. Tulang lempung; iii. Sumsum; dan iv. Selaput periosteum yang melitupi tulang keras.

Rajah : Keratan rentas binaan tulang Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia. Anatomi dan fisiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Rajah : Keratan rentas tulang panjang pada pandangan mata kasar Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

Struktur Tulang (Pandangan melalui mikroskop) Tulang keras adalah terbina daripada unit-unit yang dinamakan sebagai sistem Havers. Salur Havers terdapat pada setiap salur halus yang terdapat pada unit-unit ini. Salur-salur Havers ini melintasi sepanjang tulang keras sejajar dengan permukaannya. Di sekeliling salur Havers ini pula, terdapat lingkaran papan-papan tulang atau lamellae yang tersusun di antara satu sama lain. Terdapat ruang-ruang halus di antara lingkaran papanpapan ini yang dinamakan sebagai lakuna di mana sel-sel tulang boleh didapati. Ruang-ruang halus ini pula bersambung di antara satu sama lain melalui salur halus. Zat-zat makanan disalurkan kepada tulang melalui saluran darah dan limfatika yang terdapat di dalam salur Havers.

Rajah Sistem Havers (keratan melintang tulang keras) Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia. Anatomi dan fisiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Klasifikasi Tulang Tulang-tulang pada sistem rangka diklasifikasikan mengikut bentuk dan pembentukannya. Terdapat enam jenis tulang iaitu: a. Tulang Panjang i. Panjangnya melebihi kelebaran atau ketebalannya; ii. Mempunyai dua hujung (epifisis) dan badan atau syaf (diafisis); iii. Badan atau syaf dibentuk oleh tulang padat dan dilapisi tulang spongiosa dan terdapat rongga di tengahnya. Di dalam rongga ini terdapat sumsum; iv. Bahagian hujungnya lebih besar daripada bahagian syaf; v. Contoh bagi tulang panjang pada anggota di antaranya adalah klavikel, ulna, metakarpus tibia, fibula dan femur; dan vi. Tulang panjang biasanya terbentuk daripada tulang rawan.

Rajah : Tulang panjang dan bahagian-bahagiannya Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

a. Tulang Pendek i. Mempunyai dimensi yang lebih kurang sama; ii. Komponen tulang pendek adalah tulang spongiosa, sumsum dan diliputi oleh lapisan tulang padat yang nipis; iii. Berkembang daripada tisu rawan; dan iv. Contoh bagi tulang pendek ialah tulang karpus tangan dan tulang karsus kaki. b. Tulang Pipih i. Terdiri daripada dua lapisan tulang padat iaitu tulang spongiosa dan sumsum; ii. Berkembang daripada tisu mesenkima; dan iii. Contoh tulang pipih adalah sternum, skapula dan kebanyakan tulang tengkorak. c. Tulang Tidak Teratur (Tidak simetri) i. Bentuk tulang ini tidak teratur atau campuran; ii. Dibentuk oleh tulang spongiosa dan sumsum serta diliputi lapisan nipis tulang padat; iii. Sebahagian daripada tulang ini amat nipis dan terdiri keseluruhannya daripada tulang padat; iv. Berkembang daripada rawan; dan v. Contoh tulang tidak teratur adalah tulang vertebra, tulang pinggul dan beberapa tulang tengkorak yang mempunyai bentuk tidak teratur seperti sfenoid dan maksila. d. Tulang Pneumatik i. Dibentuk oleh tulang spongiosa dan dilitupi oleh tulang padat; ii. Terdapat kaviti berongga atau sel-sel udara pada tulang spongiosa; iii. Ringan kerana terdapat udara dalam kavitinya; dan iv. Contoh bagi tulang pneumatik termasuklah tulang frontal, etmoid dan temporal. e. Tulang Sesamoid i. Sesamoid membawa maksud biji; ii. Tulang sesamoid terbentuk dalam beberapa tendon; dan iii. Contoh tulang sesamoid adalah tulang patela di hadapan lutut yang terletak dalam tendon kuadriseps femoris.

You might also like