You are on page 1of 4

6.0 REFLEKSI Melalui sesi kaunseling yang telah saya jalankan di Sekolah Kebangsaan Alam Damai.

Adalah salah satu pengalaman yang amat berharga bagi saya memandangkan ianya merupakan sesi yang pertama kali dijalankan oleh saya tentang mendengar permasalahan yang dihadapi oleh seseorang serta membantu mencari jalan penyelesaiannya. Saya menganggap aktiviti yang dijalankan ini turut merupakan salah satu proses yang mendidik saya menjadi seorang guru yang baik malahan menjadikan saya seorang manusia yang mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh tuhan. Disamping itu, proses kaunseling sebegini boleh dikatakan sebagai tunjang utama kepada segala proses kaunseling yang akan saya aplikasikan pada masa hadapan kelak. Pendek kata, kesemuanya berdasarkan pengalaman yang pertama. Saya dapat mengenalpasti yang bahawa ada beberapa kekuatan dan beberapa kelemahan yang didapati sebelum, semasa dan selepas menjalankan proses kaunseling ini. Antara kekuatan yang dilihat ialah saya pandai mengaitkan teori yang berkaitan tentang dengan permasalahan murid. Selaku pengalaman yang baru, saya sebagai contoh mengaitkan masalah murid yang tidak menyiapkan kerja rumah dengan teori yang berkaitan iaitu teori behavioris. Dengan itu, saya tahu yang bahawa murid ini ada masalah yang lain dan berkait dengan tingkah lakunya yang sebegini. Tambahan daripada itu, saya ada mengkaji tentang unsur-unsur yang penting untuk digunakan dalam sesi kaunseling termasuklah unsur membina hubungan serta lain-lain. Saya menyambut kehadiran klien saya di muka pintu, serta memperihalkan segala tindak tanduk saya dengan baik. Sebagai contohnya saya memerhatikan dengan baik, tidak mencelah semasa klien bercakap dan menimbulkan perasaan yang memberi keselesaan kepada klien. Usaha saya ini tampak berhasil apabila klien saya dilihat begitu selesa untuk menceritakan permasalahan yang dialaminya kepada saya. Kekuatan lain ialah saya menggunakan kemahiran dan khidmat nasihat atau ilmu yang telah diberikan oleh saya melalui guru kaunseling Sekolah Kebangsaan Alam Damai. Contohnya ialah saya diberitahu untuk sentiasa menjaga penampilan semasa berhadapan dengan klien. Ini melambangkan bahawa kaunselor itu amat bersedia untuk mendengar permasalahan klien serta membuktikan kaunselor amat fokus dalam

perkhidmatan berkaunseling. Walaupun saya seorang guru praktikum Pendidikan Jasmani, saya perlu menjaga penampilan dan etika sebagai guru dengan memakai pakaian sukan yang kemas untuk berkaunseling. Seterusnya, saya tidak melupakan proses mencatat dan merekod perjalanan sesi kaunseling bersama klien. Saya dapat merasakan ini adalah salah satu perkara yang menjadi kekuatan dalam refleksi saya kerana boleh dijadikan bahan rujukan. Saya sebelum itu menanyakan kepada klien adakah dia membenarkan saya berbuat demikian. Hal ini termasuk dalam kaedah penstrukturan yang mana melibatkan peribadi klien. Akan tetapi, kaedah yang diketengahkan oleh saya ini berbaloi memandangkan setiap klien penting untuk mengetahui peranan kaunselor, tugas kaunselor agar mereka sedar sesi kaunseling ini melibatkan peribadi dan lain-lain. Dengan kelebihan ini, sesi kaunseling seperti ini akan menjanjikan hasil yang terbaik terhadap merungkaikan permasalahan yang dihadapi klien, meningkatkan prestasi dan lain-lain. Selain itu, kekuatan saya dalam menjalankan sesi kaunseling ini juga ialah saya tidak terlalu menggunakan banyak unsur persoalan untuk diacukan kepada klien saya. Soalan-soalan yang banyak walaupun elok untuk ditanyakan kepada klien adalah tidak sesuai disebabkan akan menimbulkan isu ketidakselesaan malah mungkin berlawanan dengan etika dalam

berkaunseling.Sewajarnya saya perlu meminjamkan telinga saya untuk mendengar secara aktif serta memberi dorongan yang wajar sepanjang sesi kaunseling dijalankan. Secara pentafsirannya saya perlu mereflek dunia klien dengan menggunakan sifat

kemesraan penerimaan dan kepercayaan. Oleh hal yang sedemikian secara tidak langsung akan mendorong klien untuk menilai pemikiran, perasaan dan tingkahlaku selama ini, seterusnya meneroka kesan yang akan dihadapi serta menjana pemikirannya untuk menyelesaikan permasalahan yang dialami secara aktif serta saksama. Saya hanya diperuntukkan menggunakan persoalan yang diakatakan amat diperlukan sahaja dan ianya mestilah menjadi tonggak dalam menjaga perasaan yang dimiliki oleh klien. Sekiranya ada kekuatan dalam refleksi, sudah pasti akan ada kelemahan yang saya alami dalam proses kaunseling yang saya jalankan ini. Antara yang berkaitan ialah saya tidak menggunakan eye contact dengan sebaiknya. Saya lebih terdorong dalam memandang ke arah lain selain memandang ke arah mata atau ke tempat sepatutnya.

Kelemahan ini adalah amat baru memandangkan ini proses pertama yang dijalankan oleh saya secara individu. Saya perlu lebih berani dalam menggunakan eye contact pada masa hadapan agar tiada kecelaruan dan melahirkan rasa yakin dalam diri untuk membantu permasalahan klien. Kelemahan yang saya alami selain itu adalah saya kurang mahir dalam mencelah serta memakan masa dalam membuat pernyataan. Sebagai contoh, saya lambat dalam membuat pernyataan semula apabila klien selesai menceritakan masalahnya. Mungkin disebabkan saya terlalu banyak berfikir dan ini adalah kelemahan yang terdapat pada saya untuk sesi kaunseling ini. Saya perlu lebih tenang dalam menghadapi situasi sebegini serta bijak membuat catatan untuk dijadikan rujukan semula. Di samping itu, dari segi merencanakan proses-proses kaunseling yang mantap turut boleh dikatakan sesuatu kelemahan yang dialami oleh saya. Saya tidak bersedia atau kurang bersedia semasa menjalankan proses kaunseling ini. Saya sepatutnya menyatakan langkah-langkah dalam berkaunseling supaya kesemua menjadi sistematik. Akan tetapi, dengan kekurangan persediaan sebegini jelas dilihat yang bahawa saya menjalankan proses kaunseling ini dengan berterabur dan tidak mengikut langkah-langkah yang disarankan. Kadang-kadang pengetahuan yang sepatutnya diketahui secara berperingkat adalah serba tidak menjadi diakibatkan kelemahan dalam diri saya ini. Kelemahan yang lain yang saya akui adalah isu berkaitan dengan menyelami perasaan klien atau empati. Saya tidak dapat untuk menyelami perasaan yang dialami oleh klien semasa menceritakan masalahnya. Perkara ini adalah amat penting tertutamanya dalam diri seseorang kaunselor itu semasa berhadapan dengan kliennya. Akan tetapi, disebabkan kekurangan

pengalaman, mungkin menjadikan saya kurang tahu dan pasti tentang menyelami perasaan seseorang klien itu. Walhal sifat inilah yang sedikit sebanyak menjadikan klien lebih yakin dengan kaunselor mereka dan tidak banyak berdalih. Penambahbaikan yang saya perlu laksanakan adalah menghadapi klien dengan fokus dan fahami secara terperinci. Saya juga perlu untuk mencari info lanjut berkaitan masalah yang dialami oleh klien itu dengan menyoal kawan-kawan baiknya sebagai contoh dan banyak lagi. Ada juga dalam penilaian dari segi teori tidak terlalu lengkap untuk diikuti. Dengan kelemahan saya iaitu tidak tahu terlalu banyak tentang teori telah mengakibatkan saya kurang pasti tentang teori yang akan dikaitkan bersama dengan permasalahan yang

dialami oleh murid. Kesemua ini adalah amat penting memandangkan strategi atau objektif yang dikehendaki perlu dicapai dengan jayanya. Oleh itu, pentingnya bagi saya untuk mentelaah dengan lebih banyak lagi ilmu berkaitan dengan kaunseling ini dan kepentingan ini diutamakan dengan menilai dan meneliti teori-teori yang telah dikeluarkan oleh tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang ini. Dari segi lain, saya dapat mencapai banyak pengetahuan baru untuk dijadikan isi dalam kehidupan sebagai seorang guru yang berkaunselor kelak. Saya akan lebih mengetahui proses perlaksanaan pertama yang diperlukan iaitu memilih murid bermasalah, menggunakan kaedah kaunseling yang baik, memasukkan unsur-unsur berkaunseling yang mantap dan lain-lain. Saya sekurang-kurangnya tahu yang bahawa kehidupan berkaunseling adalah amat baik untuk dilaksanakan. Dari segi kefahaman pula, saya dapat tahu yang bahawa maksud kaunseling adalah berbeza dengan perkataan bimbingan serta tahu apakah langkah yang diperlukan dan sejauh mana proses sebegini akan berjalan. Sebagai contoh, kaunseling tidak menyelesaikan masalah seseorang klien itu secara terus, akan tetapi memberi penjanaan idea dan minda kepada klien itu untuk memikirkan sendiri langkah untuk mengatasi permasalahan yang dihadapinya. Tambahan lagi, tindak tanduk dan pergerakan atau segala pertuturan, penampilan adalah mencerminkan sejauh manakah khidmat kaunseling dalam mendidik seseorang individu itu termasuklah klien atau diri kaunselor itu sendiri dengan perbezaannya dengan orang lain walaupun dengan insan yang berstatus seorang guru sekalipun. Akhir kata, pengetahuan yang baik seperti memahami perasaan orang lain merupakan medium utama yang menjadikan kaunseling ini sebagai salah satu proses yang mulia dalam kehidupan kemanusiaan.

You might also like