You are on page 1of 36

Nama Pelajar: Kirheba Murugan A/l Krishnan : Nor Adilla Bt Che Mohamad : Nur Diyana Bt Zubiruddin Nama Pensyarah:

Pn Nor Azizah Binti Atan

Tajuk Pembentangan: Lukisan

Apa itu Lukisan?


Merupakan salah satu cara menggunakan garisan bagi mewujudkan sesuatu maksud. Ia juga merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi.

DEFINISI
Merujuk kamus The Oxford,lukisan diistilahkan sebagai ; The art of representing by line,delineation without colour or with a single colour, bermaksud,lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan tidak menggunakan warna atau warna yang minima. Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal untuk menghasilkan catan,cetakan,arca dan sebagainya.

PENGHAYATAN KARYA LUKISAN PELUKIS AGUNG


Pelukis-pelukis agung melukis lukisan bertujuan sebagai lakaran awal untuk menghasilkan catan, cetakan dan sebagainya.
Lukisan Albrecht Durer, yang bertajuk Head of an Apostle memperlihat penggunaan teknik garisan silang (Cross-Hatching).Penegasan tertumpu kepada bahagian kepala dan muka.Penggunaan garisan mempengaruhi ton dan bentuk.

SEJARAH LUKISAN
Lukisan awal manusia ditemui sejak zaman batu.Manusia purba melukis di dinding-dinding gua. Kebanyakan lukisan yang dijumpai di dinding menunjukkan kehidupan pada zaman itu, misalnya kisah memburu dan pengembaraan. Di Perancis, lukisan purba terdapat di gua Lascaux. Di Malaysia, lukisan pada dinding gua terdapat di Gua Niah,Sarawak dan Gua Tambun,Perak. Perkembangan lukisan di Eropah selari dengan perkembangan karya catannya.Pelukis-pelukis pada zaman tersebut melukis dengan tujuan untuk membuat lakaran bagi menghasilkan cetakan dan catan.

Zaman keemasan iaitu zaman Renaissance telah memberi rangsangan kuat kepada pelukis-pelukis di Itali melukis dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik. Di Eropah perkembangan revolusi telah mengembangkan seni lukisan reka bentuk.Perkembangan dalam bidang matematik memperlihatkan pelukis mula menggunakan nisbah keemasan sebagai rujukan untuk melukis.Pelukis Albrecht Durer dan Leonerdo Da Vinci mula memperkenalkan skala dalam lukisan figura. Pada kurun ke-20,pelukis mula mempelbagaikan teknik dan bahan sebagai sumber idea untuk melukis.Pada masa itu,wujud aliran-aliran baru yang mencetuskan idea-idea yang lebih menarik.Sebagai contoh Claude Monet pelukis Perancis telah memperkenalkan gaya Impresionis dengan calitan yang bersahaja.

Thumbnail
Merupakan suatu lakaran kecil sebelum kita mula melukis sesuatu gambar yang kita memerhati. Merupakan perancangan tentang posisi, jarak, ruang, susun atur bahan serta arah cahaya.

PERBEZAAN LUKISAN DAN CATAN

LUKISAN Lakaran awal cepat dan ringkas. Untuk mendapat idea gubahan Menekankan aspek pencahayaan dan ton. Menentukan perspektif yang betul. Gunakan media kering Penggunaan teknik spt cross hatching n sbgnya.

CATAN Perancangan yanng lebih kompleks Menggunakan bahan pewarna untuk kerja-kerja komprehensif Tidak mempunyai disiplin tertentu, hanya menekankan teknik dan bahan. Media basah Penggunaan teknik basah atas basah dan sbgnya.

PROSES PENGKARYAAN
ASAS-ASAS SEBELUM MELUKIS 1. Mengetahui perspektif Pemahaman mengenai perspektif adalah penting sebagai persediaan sebelum melukis. objek yang dilukis akan kelihatan seimbang dan menarik apabila penekanan perspektif dititikberatkan. Kedudukan pelukis juga akan menentukan objek yang dilukis.Perspektifnya akan berbeza apabila dilihat dalam kedudukan yang berbeza.

Kaedah-kaedah Melukis
a) Kaedah Tetingkap b) Kaedah Tenang c) Kaedah Grid d) Kaedah Pemerhatian e) Kaedah Peniruan/ Tekap

Kaedah Grid

JENIS-JENIS PERSPEKTIF
Perspektif satu titik lenyap

2. Memahami kesan cahaya, Bayang, dan Bentuk


Apabila kita melukis sesuatu objek,aspek bentuk, cahaya dan bayangan adalah penting. Bentuk akan terhasil apabila pelukis menggunakan pelbagai teknik untuk menghasilkan lukisan yang menggunakan teknik garisan, lakaran, gosok dan warna ton.Hasilnya akan membentuk rupa berjisim yang disebut bentuk.Rupa yang berjisim akan kelihatan sempurna apabila dimasukkan cahaya dan bayang.

3. Tetingkap fokus Tujuan tetingkap fokus : Memfokuskan pada sesutu objek tertentu sahaja. Lebih tertumpu pada sesuatu objek untuk melukis. Memudahkan pemilihan objek yang menarik. Sesuai digunakan di luar studio,terutamanya di kawasan lapang.

4. Memfokus ketepatan objek menggunakan pensel


Memfokus ketepatan objek dengan menggunakan pensel biasanya dilakukan di dalam studio atau kelas. Kaedah ini menggunakan pensel sebagai ukuran dan ibu jari tangan sebagai penanda ukuran.

5. Nisbah keemasan
Nisbah keemasan merupakan nisbah keindahan yang dianugerahkan oleh Tuhan. Pada zaman Mesir Purba, satu penemuan mengatakan bahawa setiap satu benda di alam ini mempunyai bahagian-bahagian yang indah dan mempunyai nisbah.Sebagai contoh mereka membina Piramid menggunakan kaedah ini

Seorang bangsa Yahudi bernama Eudoxoz (350 SM) telah menemui satu kaedah keemasan melalui matematik. Kemudian,idea ini telah dikembangkan oleh Phytogras yang menghasilkan satu kaedah yang popular dengan formula Phytogras sehingga kini. Fibonacci pula memperkenalkan nisbah keemasan melalui sisi, hasil daripada susunan bunga matahari.Pelukis-pelukis terkenal pada zaman keemasan seperti Leonardo da Vinci dan Albrecht Durer berjaya membuat nisbah figura untuk manusia.Sementara pelukis Mondian pula telah menggunakan kaedah keemasan ini dalam catan-catannya.

Diskriptif Karya di atas bertajuk Gadis Menumbuk Padi karya pelukis Malaysia, Mohamad Hoessein Enas yang telah menggunakan bahan pastel di atas permukaan kertas.Pelukis hanya menggambarkan gadis tersebut sedang memegang penumbuk padi sahaja. Analisis Berdasarkan karya di atas, pelukis menggunakan pastel dengan lorekan garisan halus dan kasar untuk memberi kesan gelap pada latar belakang.Kesan cahaya dapat memberi kesegaran pada figura yang dilukis.

ALAT DAN BAHAN

Media kering untuk MELUKIS


Pensil H Pensil 2H Pensil HB Pensil B Pensil 2B Pensil 3B Pensil 4B Pensil 5B Pensil 6B Pensil 7B Pensil 8B Pensil F Gel Pen Pen Marker Pen Warna Charcoal Krayon Highlighter Pen Mata Bulat Oil Pastels Soft Pastels Pensil Warna

Teknik-teknik Melukis: Hatching Cross-Hatching Titik-titik Gosokan Goresan Kontur Berombak Campuran Conteng

Digunakan Untuk:a) Menukar Idea dan informasi b) Rekodkan butir-butir kehidupan c) Selesaikan sesebuah misteri d) Menunjukkan rasa berterima kasih dan penghargaan. e) Berazam (Wish and Dream)

Lukisan merupakan luahan perasaan seseorang. Ia merupakan salah satu cara kita menghargai apa yang kita lihat dan kita suka atau tertarik. Lukisan adalah rekod ataupun lakaran sesuatu benda yang kita lihat dan hargai.

Teknik-teknik Menghasilkan Lukisan:a) Perspektif hujung jarak (edges) b) Perspektif Ruang c) Perspektif hubung kait (relationship and sighting) d) Perspektif cahaya,bayang-bayang atau pun zarah (form) e) Perspektif keseluruhan (Gestalt)

Cara Melukis: Cara melukis dapat menerangkan bagaimana perasaan kita tentang bahan ataupun benda yang kita lihat Cara melukis yang berbeza sama ada Realisme,Impressionisme,ataupun yang lain seperti seni abstrak daripada Impressionisme kepada Cubisme dan seterusnya kepada Surrealisme menunjukkan cara pemerhatian yang berbeza.

Semakin banyak kita melukis,semakin banyak kita tahu dan dapat mengenal pasti cara lukisan dilukis. Impressionisme: Lukis apa yang dilihat. Cubisme: Potong dan tampal. Surrealisme: Lukisan bawah sedar Ekspressionism: Manifestasi perasaan

BIBLIOGRAFI
Teks Kreatif,Pendidikan Seni Visual,Tingkatan 4 Dan 5;Hassan Mohd Ghazali,Penerbitan Creative Interprise Snd.Bhd:Cetakan Pertama 2007 www.cesb.net.my www.google.com/image/lukisan

Terima kasih kerana menonton.

You might also like