You are on page 1of 11

BAB 4 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

TUGAS PEMIMPIN Terdapat beberapa tugas penting pemimpin yang perlu dilaksanakan. Tugas berikut adalah seperti: 1. Menerima dan mengagihkan tugas Langkah pertama adalah perlu mendapatkan kepastian berkenaan tugas yang

diamanahkan kepada anda. Tetapkan tugas yang diberi dan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Bahagikan tugas kepada setiap subordinat dan sesuaikan tugas dengan cara kerja subordinat anda.

2. Mengawal dan menyelaraskan kerja Bagi memastikan kualiti dan prosedur kerja yang dilakukan dapat dicapai dan dipatuhi, anda perlu melihat proses kerja subordinat dan menyelaraskan tugas mengikut kesesuaian situasi. Anda perlu menyediakan jadual tugas yang menunjukkan tarikh akhir sesuatu tugas perlu disiapkan.

3. Melihat dan menilai tugas Tentukan siapa yang akan menerima pujian, pangkat ataupun gaji, siapa yang memerlukan latihan ataupun kawalan yang ketat dan siapa yang perlu diasingkan daripada kumpulan anda. Semua perkara ini perlu dilakukan selepas subordinat selesai melakukan tugas dan menyerahkan laporan tugas masing-masing.

4. Melatih dan membangunkan subordinat Pengalaman anda sebagai pemimpin amat berharga kepada kumpulan anda. Anda perlu menggunakan pendekatan yang pelbagai sebagai latihan untuk membangunkan prestasi subordinat. Anda juga perlu memastikan setiap subordinat anda mendapat latihan yang secukupnya.

5. Memimpin kumpulan

Kepimpinan ditonjolkan melalui keputusan yang diambil dan tindakan yang dilaksanakan. Antara cara untuk menunjukkan sifat-sifat kepimpinan adalah dengan mengambil subordinat yang terlatih. Mengekalkan persekitaran yang selamat dan kondusif serta melalui contoh dan teladan yang baik.

6. Menjadi pengantara kumpulan-kumpulan pengikut Nyatakan harapan, polisi dan keputusan anda kepada subordinat. Maklumkan kepada pihak atasan berkenaan sebarang kesukaran yang anda hadapi dalam menangani ahli daripada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Beritahu kumpulan lain berkenaan keperluan kumpulan anda dan biarkan kumpulan lain tahu berkenaan sebarang tugas yang akan melibatkan kumpulan mereka. Pastikan subordinat anda tahu setiap tugas itu berbeza cabarannya.

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BERKETERAMPILAN Antara peranan pemimpin adalah menunjukkan keterampilan. Terdapat beberapa panduan ataupun perilaku yang dapat menjadikan anda sebagai seorang pemimpin yang berketerampilan. Paling utama, anda perlu sedar siapa diri anda yang sebenarnya, kualitikualiti yang anda ada dan kekuatan serta kelemahan anda sebagai individu. Beberapa panduan lain yang dapat menonjolkan sifat kepimpinan anda adalah:

1. Peramah dan mudah didekati tetapi masih mempunyai autoriti kepada subordinat Anda tidak perlu berlagak sombong dan merasakan diri anda lebih berkuasa atau superior daripada subordinat. Gunakan autoriti anda dengan berpatutan. Ada masa bergurau dan ada masa serius. Sediakan persekitaran kerja yang selesa di mana subordinat dapat berinteraksi dengan anda tanpa rasa takut, sebaliknya berasa hormat.

2. Elakkan mengamalkan dasar pilih kasih Stiap subordinat berperanan dalam menjayakan tugas. Anda perlu menghormati dan memberi perhatian yang saksama kepada semua subordinat. Tindakan anda yang hanya memberi perhatian kepada segelintir subordinat sahaja akan mencetuskan rasa tidak puas hati dan tentangan kepada subordinat lain. Apabila wujud konflik dalaman sebegini, tugas tidak dapat dilaksanakan dengan efisien.

3. Memberi latihan kepada subordinat Peningkatan cara kerja penting bagi memastikan kelangsungan organisasi. Sebagai pemimpin, menjadi tanggungjawab anda mendedahkan subordinat dengan cara kerja yang terkini yang lebih efisien serta efektif. Beri latihan yang secukupnya malah sekiranya perlu sediakan masa mendidik ataupun mengajar subordinat berkenaancara kerja yang terkini. Tindakan ini sekali gus dapat meningkatkan hasil kerja kumpulan anda dan perkembangan individu.

4. Meminta pertolongan Anda tidak perlu berasa malu hendak mengajukan persoalan ataupun meminta pertolongan pihak atasan mahupun subordinat sekiranya anda tidak tahu ataupun tidak pasti berkenaan sesuatu perkara. Biasanya pihak atasan mempunyai lebih banyak maklumat daripada

anda dan kadangkala subordinat lebih berpengetahuan daripada anda. Jangan tetapkan dalam pemikiran yang anda perlu tahu segala-galanya ataupun perlu mengetahui lebih daripada subordinat anda. Sebaliknya, anda juga manusia bias dan lumrah manusia tidak mengetahui semua perkara.

5. Menghargai subordinat Sekiranya subordinat anda berjaya menyiapkan tugas yang diberi dengan sempurna dan mengikut masa yang ditetapkan, beri mereka pujian ataupun ganjaran. Pujian dan ganjaran adalah satu cara memotivasikan subordinat supaya lebih kuat berusaha. Kegembiraan yang diterima oleh subordinat berikutan pujian anda menyebabkan mereka beras lebih selesa bekerja bersama anda. Tunjukkan kepada subordinat yang anda menghargai usaha dan kerjasama yang mereka berikan.

6. Tetapkan pendirian Jangan biarkan diri anda dipengaruhi pihak lain berkenaan cara anda memimpin kumpulan anda. Anda perlu mempunyai pendekatan dan prinsip memimpin yang tersendiri. Berpendirian teguh dengan prinsip dan jangan biarkan pihak lain mengganggu urusan kepimpinan anda. Sekiranya anda berprinsip dan tegar dengan prinsip anda, subordinat akan meghormati dan sentiasa menyokong anda. Rasa hormat dan sokongan subordinat penting bagi memastikan tugas dapat disempurnakan.

MENGUKUHKAN AUTORITI Autoriti memimpin kumpulan anda tidak datang secara semula jadi apabila anda dilantik menjadi pemimpin. Secara formalnya, anda akan dimaklumkan oleh pihak atasan berkenaan hak dan bidang kuasa anda. Tetapi lebih utama, anda perlu mendapatkannya daripada subordinat anda. Tiga perkara yang membantu anda mendapat sokongan dan rasa hormat daripada subordinat adalah:

1. Kenal pasti dan tahu tugas dan tanggungjawab anda. 2. Bijak dalam membuat keputusan dan tindakan. Memandang serius setiap keputusan yang dibuat dan bersungguh-sungguh melaksanakannya. 3. Berlaku adil dalam setiap perkara dengan setiap ahli kumpulan anda.

Sekiranya anda sentiasa menjaga tiga perkara ini, anda dapat mengembangkan dan mengukuhkan kedudukan anda sebagai seorang pemimpin. Selain itu, terdapat beberapa perkara lain yang perlu dijaga bagi memastikan kedudukan anda stabil antara kumpulan subordinat.

1. Memperkenalkan diri Semua subordinat perlu mengenali siapa sebenarnya anda. Sebelum menyerahkan tugas kepada mereka terangkan latar belakang, harapan dan matlamat anda kepada ahli kumpulan. Kemudian, beri masa kepada setiap subordinat memperkenalkan diri. Semasa mereka memperkenalkan diri, beri tumpuan sepenuhnya dan cuba kenal pasti ciri-ciri ataupun perkara-perkara unik setiap subordinat.

2. Adakan perjumpaan Perjumpaan perlu kerap diadakan. Selain perjumpaan formal di pejabat, sebagai pemimpin anda perlu kreatif mencuri sedikit masa di luar waktu pejabat bagi mengadakan perjumpaan tidak formal. Perjumpaan tidak formal contohnya di warung mamak dapat membuka peluang mengenali subordinat. Ketahui matlamat dan pandangan setiap subordinat berkenaan tugas. Kongsi pengalaman dan prinsip anda dengan subordinat.

3. Mengenal pasti pemimpin yang tersembunyi Dalam setiap kumpulan, wujud seorang pemimpin yang tidak formal atau pemimpin tersembunyi. Pemimpin ini mungkin tidak dilantik secara formal seperti anda tetapi mereka mendapat sokongan daripada subordinat kerana mereka lebih dekat dengan subordinat berbanding anda. Selalulah berhubung dengan pemimpin tidak formal ini kerana anda dapat mempelajari banyak ilmu berkenaan cara kerja dan sikap setiap subordinat. Selain itu, pemimpin tidak formal ini adalah orang tengah antaraa anda dan subordinat.

4. Bergaul mesra dengan setiap subordinat Sekali-sekala lekuar daripada zon kerja anda dan bergaullah dengan ahli kumpulan. Lupakan jawatan anda sebentar dan berlagaklah seperti anda salah seorang daripada ahli kumpulan itu. Tonjolkan sikap peramah dan selalu bertanyakan keadaan setiap ahli kumpulan. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat melihat dengan lebih jelas apa yang sedang berlaku dan mengenal pasti sekiranya ada sebarang masalah. Subordinat akan berasa puas apabila mereka berpeluang bercakap dan mengenali anda.

5. Mengurangkan perbezaan status, pangkat ataupun jawatan Anda akan memperoleh rasa hormat apabila tidak membezakan kedudukan anda dengan ahli kumpulan lain. Berikan kelonggaran kepada ahli kumpulan supaya memanggil anda dengan nama anda. Subordinat akan berasa selesa berhubung dengan anda selalu. Gunakan autoriti anda dengan kadar yang berpatutan.

6. Wujudkan suasana positif Pamerkan kesudian anda dan rasa mahu melibatkan diri dalam apa cara yang membolehkan kumpulan anda berjaya. Tetapkan yang anda dan kumpulan anda akan berjaya bersama-sama. Sentiasa saling memotivasikan diri dan menggalakkan kejayaan individu sekali gus secara berkumpulan. Suasana yang positif ini pasti mewujudkan interaksi yang sihat dan merapatkan subordinat hubungan professional antara subordinat dan pemimpin.

7. Mulakan autoriti dalam perkara yang mudah Kukuhkan autoriti dalam perkara yang mudah diterima oleh subordinat terlebih dahulu. Antaranya dalam perkara seperti kualiti dan kuantiti kerja. Kembangkan autoriti secara perlahan-lahan dalam hal-hal yang lebih kontroversi seperti masa bekerja dan saiz

kumpulan. Pendekatan ini dapat mengurangkan peluang ahli kumpulan bekerja dengan cara yang ditetapkan dan tidak mencabar autoriti anda sebelum anda mengukuhkannya. MERANCANG DENGAN BAIK Merancang adalah pemikiran yang melampaui tindakan. Merancang adalah menetapkan matlamat diri sendiri. Sebagai pemimpin, anda juga bertanggungjawab merancang matlamat bagi subordinat anda. Setiap rancangan anda perlu menyokong matlamat dan misi organisasi secara keseluruhannya. Oleh itu, sebagai pemimpin anda sendiri perlu terancang.

Mempamerkan imej yang kuat dan teguh serta member tumpuan pada komunikasi adalah ciri-ciri bagi menjamin kejayaan anda sebagai pemimpin. Menjadi terancang adalah kemahiran yang akan mempengaruhi kejayaan anda.

Pemimpin selalu merancang. Perancangan perlu dibuat mengikut jenis kerja dan tugas. Kebanyakkan pemimpin yang berjaya gemar mengadakan satu senarai semakan harian yang mempunyai:

a) Senarai priority tugas-tugas yang perlu dibuat. b) Symbol bagi mengasingkan tugas-tugas mengikut priority. c) Matlamat harian di dalam buku nota peribadi, buku rancangan aaupun pada calendar meja. d) Buat catatan bagi matlamat sepanjang tugas yang sedang dilaksanakan. e) Catatan penglibatan subordinat yang turut menjayakan tugas itu. f) Pilih dan gunakan system anda sendiri tetapi pastikan anda menyelaraskan objektifobjektif jangka masa panjang dengan matlamat harian anda. Hal ini membantu anda berasa lebih selesa dengan tugas yang dipertanggungjawabkan serta mengelakkan tekanan.

TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

Tanggungjawab

utama

pemimpin

dapat

dibahagikan

kepada

tiga

kategori

iaitu

tanggungjawab kepada pihak pengurusan, subordinat dan diri sendiri. 1. Kepada pihak pengurusan Sebagai pemimpin, anda adalah salah seorang ahli unit pengurusan organisasi. Anda mungkin ditugaskan memimpin satu-satu unit ataupun jabatan. Pihak pengurusan berharap anda akan sentiasa menyokong keputusan dan tindakan mereka serta melakukan tugas dengan efisien mengikut bidang kuasa anda demi menjayakan matlamat organisasi.

2. Kepada subordinat Anda perlu menyedari yang anda mewakili pihak pengurusan dan juga subordinat di bawah anda. Anda bertanggungjawab supaya berlaku adil dan bertindak dengan jujur pada setiap individu. Selain itu, anda bertanggungjawab membina hubungan yang baik dan erat, membina kerjasama dan semangat berpasukan subordinat anda serta mampu mempengaruhi sikap dan cara kerja mereka.

3. Kepada diri sendiri Kenal pasti keupayaan diri anda. Perlu diingat, apabila anda menerima jawatan sebagai pemimpin anda perlu memikul tanggungjawab yang besar. Tanggungjawab ini mencabar kredibiliti anda sebagai subordinat bagi organisasi anda. Ingat, anda dilantik kerana anda mempunyai bakat dan kriteria-kriteria tertentu. Kepuasan memimpin akan dapat dirasai apabila tugas anda selesai dan wujud hubungan antara anda dan ahli kumpulan anda.

BAB 5 KEPIMPINAN ISLAM Pengenalan Kepimpinan islam pada dasarnya adalah kepimpinan yang bertunjangkan matlamat berdasarkan undang-undang islam. Kaedah yang digunakan dalam kepimpinan islam perlu berdasarkan kaedah-kaedah yang halal di sisi islam. Dalam erti kata lain, kedua-dua matlamat dan kaedah (proses) dalam kepimpinan islam perlu berlandaskan ajaran islam.pegangan kepada tauhid membawa erti keimanan akan menanamkan kesedaran kepada pemimpin akan kewujudan Allah sebagai pencipta, pentadbir dan penguasaan alam semesta dan tiada yang lebih tinggi dan lebih perkasa daripada Allah.

GELAGAT PEMIMPIN ISLAM

Natijahnya, kefahaman konsep akidah ini pula akan memotivasikan pemimpin itu bagi melaksanakan tindakan-tindakan yang berbeza daripada pemimpin konvensional. Antara gelagat-gelagat kepimpinan islam adalah : 1. Berkhidmat bagi mendapatkan keredhaan Tuhan

Pemimpin ini akan bekerja ataupun berkhidmat di organisasinya demi kejayaan organisasi tetapi objektif utama beliau percaya kepada keredhaan Tuhan lebih berharga. Sehungan dengan itu, seseorang pemimpin itu akan menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah.

2. Bekhidmat sebagai hamba Tuhan dan khalifahnya

Apabila tauhid menjadi akar tunjang kepada seseorang, maka seseorang itu sedar beliau adalah hamba Tuhan dan juga pentadbir di muka bumi ini. Gabungan fahaman ini akan menghasilkan sikap amanah di dalam diri pemimpin itu.

3. Bertanggungjawab kepada Tuhan

Rasa tanggungjawab pemimpin ini adalah tanggungjawabnya sebagai khalifah, beliau akan berhati-hati dengan tindak-tanduknya supaya beliau tidak melanggar peraturan syariat islam islam dan sekali gus peraturan yang ditetapkan oleh organisasi.

4. Perhubungan sesame insane yang lebih tulus dan ikhlas

Pemimpin yang berlandaskan hubungan beliau dengan pengikutnya berasaskan semangat islam akan menjalinkan hubungan yang tulus dan ikhlas dengan pengikutnya. Ini bermakna hubungannya dengan orang atasan ataupun orang bawahan adalah atas dasar hubungan islam tanpa mengira pangkat, keturunan, bangsa, pendidikan mahupun agama. Dengan ini hubungan antara majikan dengan pengikut ataupun antara antara pemimpin dan anak buahnya adalah satu hubungan yang tulus tidak bermuka-muka dan tiada kepentingan yang tersirat. 5. Al-Masruiaah

Konsep ini bermakna segala aktiviti proses dan tindakan pemimpin ataupun pengikut adalah sah ataupun dibenarkan dalam islam. Sah daripada segi ajaran islam sekiranya setiap tindakan adalah berpandukan ajaran islam daripada segi niat, konsep, proses dan matlamat. Ia bukan didorong semata-mata bagi memenuhi kehendak hawa nafsu yang lebih mengutamakan kepentingan kebendaan semata-mata.

PRINSIP-PRINSIP ASAS KEPIMPINAN ISLAM Di samping itu, terdapat lima prinsip tambahan yang dapat dijadikan panduan kepada pemimpin yang mengaku dirinya sebagai pemimpin islam. Prinsip-prinsip itu, seperti berikut : 1. Berpandukan Quran dan kata-kata Nabi Muhammad

Quran adalah sumber pertama daripada sumber perundangan islam dan keasliannya dijamin oleh Allah. Sementara itu, kata-kata Nabi Muhammad pula adalah sumber kedua dalam mengatur kehidupan manusia. Ia juga sebagai pelengkap kepada ajaran islam dan ada hadis yang menjadi penjelasan bagi Quran. Hadis-hadis ini pula dihuraikan oleh ulama-ulama besar yang berwibawa seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad dan sebagainya. Jelas sekali kita wajib mengambil Quran dan kata-kata Nabi Muhammad sebagai landasan dan panduan bagi sebarang aktiviti termasuk dalam hal kepimpinan.

2. Menegakkan kebenaran

Kebenaran ataupun al-Haq dalam bahasa Arab, adalah tunggak dalam ajaran islam yang perlu dihayati dan diamalkan baik diperingkat pemimpin mahupun kakitangan. Pemimpin wajib menegakkan kebenaran yang berlandaskan ajaran islam. Ideologiideologi yang terpesong dari landasan islam perlu ditolak daripada menjadi dasar-dasar kepimpinan. Oleh itu, pemimpin yang bertakwa tidak akan meninggalkan kebenaran ini, semata-mata bagi mengembirakan hati manusia.

3. Mesyuarat

Mesyuarat adalah antara mercu tanda dalam kepimpinan islam. Suatu perkara yang perlu di ambil kira ialah mesyuarat perlu diadakan dengan orang yang mempunyai ilmu yang luas ataupun orang islam yang dapat memberikan pandangan yang baik. Kebaikan bermesyuarat adalah ia membolehkan kakitangan ataupun pengikut dalam sesebuah organisasi melibatkan diri dalam proses membuat keputusan. Mesyuarat juga dapat dijadikan sebagai pentas bagi menyelia tindak-tanduk pemimpin bagi menentukan pemimpin itu tidak terkeluar dari syariat islam mahupun matlamat utama organisasi.

4. Berlaku adil

Sinar islam datang kepada umat manusia sebagai satu sistem yang global, berperikemanusiaan, tidak taksub kepada sesuatu puak, umat ataupun bangsa. Hubungan sesame manusia perlu didasarkan kepada dasar akidah yang menjadi ikatan dalam pertalian antara individu. Berdasarkan konsep ini maka Quran diturunkan bagi menjamin dasar yang menjamin keutuhan jemaah dan ketenteraman individu, umat dan bangsa. Oleh itu, pemimpin perlu berurusan dengan orang ramai ataupun rakyat secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa, warna kulit keturunan ataupun agama. Didalam kepimpinan islam, prinsip keadilan ini meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan sesame manusia. Ia meliputi hubungan antara pasangan suami isteri, peguam dan anak guamnya, rakyat dan pemerintah serta pemimpin dan yang dipimpin.

5. Kebebasan mengeluarkan pendapat

Secara umumnya tidak ada individu yang suka dikongnong dan di paksa. Sebagai insane yang biasa, setiap pengikut perlu diberi kebebasan berfikir secara kreatif dan kritis mengikut saluran yang sesuai dan tidak mengeruhkan hubungan sesama manusia. Konsep nasihat menasihati dalam keadaan hormat-menghormati akan wujud sekiranya setiap pengikut itu diberi ruang dan peluang bagi menyuarakan pendapat mereka secara bebas dan penuh hikmah. Ini penting sekiranya sikap berpasukan dan kekitaan hendak diterapkan dalam hidup bermasyarakat yang harmoni.

You might also like