You are on page 1of 3

Laporan Program Sukan Dan Rekreasi Pada 09 April 2013 hingga 12 April 2013, Program Sukan dan Rekreasi

2013 telah diadakan di Kem Rock View, Lundu. Seramai 18 orang guru pelatih daripada PPISMP GSTT BC Ambilan Jan 2012 telah mengikuti program ini. Program Sukan dan Rekreasi ini juga disertai oleh dua orang pensyarah Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Dalam Program Sukan dan Rekreasi, Jawatankuasa Keselamatan telah ditubuhkan untuk menjaga keselamatan serta harta benda para peserta. Ahli jawatankuasa telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan jadual bertugas bagi aktiviti pemantauan untuk melancarkan pelaksanaan program dan jadual memantau pada waktu malam. Pada hari pertama, jadual bertugas pemantauan (Lihat lampiran A) telah ditunjukkan kepada semua peserta untuk mereka merujuk nama sendiri dan masa pemantauan mereka. Selain itu, ahli jawatankuasa juga perlu memastikan bahawa semua peserta menjalankan tugasan masing-masing dengan penuh amanah. Pada hari pertama, peserta yang meronda memang mempunyai semangat yang tinggi semasa meronda.Tetapi pada hari kedua, peserta mula berasa letih dan mengantuk semasa meronda, hal ni disebabkan aktiviti-aktiviti lasak yang djalankan pada hari kedua meletihkan mereka, contoh aktiviti lasak yang dijalankan pada hari kedua ialah kembara dan abseiling. Pada hari terakhir, para peserta juga meronda mengikut jadual yang telah ditetapkan walaupun berasa penat. Kami amat bersyukur kerana tidak berlakunya sebarang masalah pada waktu malam semasa meronda. Penambahbaikan perlu dilakukan untuk memantapkan lagi ahli jawatankuasa bahagian keselamatan bagi program yang seterusnya. Dengan kerjasama yang diberikan oleh AJK Kebajikan, ubat malaria telah diagihkan kepada para peserta pada tiga hari sebelum program ini dan hari terakhir program ini untuk mengelakkan penyakit demam denggi. Keselamatan dalam sesuatu aktiviti telah dititik berat dari semasa ke semasa dalam semua aktiviti. Selain itu, dua kotak peti pertolongan kecemasan telah disediakan kepada ketiga-tiga kumpulan iaitu Kumpulan Grateful, Kumpulan

Tolerant dan Kumpulan Self Initiate. Peti pertolongan cemas yang diberikan telah dibawa bersama apabila aktiviti-aktiviti seperti Abseiling, Team Building, Water Safety, berakit, Jungle Trekking, dan sebagainya dijalankan. Langkah keselamatan ini memudahkan para peserta untuk mendapatkan rawatan segera jika berlakunya terdapat sebarang kemalangan. Namun, kami telah menghadapi masalah kekurangan peti pertolongan cemas, hal ini kerana kami mempunyai 3 kumpulan. Oleh itu, ketiga-tiga kumpulan terpaksa berkongsi peti pertolongan cemas untuk mengatasi masalah kekurangan ubat rawatan. Walau bagaimanapun, kami amat bersyukur kerana tidak berlakunya kecederaan serius mahupun kemalangan teruk sepanjang aktiviti Program Sukan dan Rekreasi dijalankan. Selaku ketua Jawatankuasa Keselamatan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Sukan dan Rekreasi khususnya pensyarah Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Perguruan Batu Lintang, pihak Kem Rock View, para jurulatih dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amatlah kami sanjungi. Sekian. Terima Kasih.

Disediakan oleh,

15 APRIL 2013

_______________________ (WONG MUI HIONG) Ketua Jawatankuasa Keselamatan, Program Sukan dan Rekreasi 2013, PPISMP GSTT BC Ambilan 2012 Institut Pendidikan Guru, Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

You might also like