You are on page 1of 12

1.0 PENGENALAN Arkeologi berasal daripada perkataan Greek iaitu arkhaiologia yang bermaksud barang-barang purba.

Bidang kajian arkeologi dikatakan bermula setelah penemuan artifak sebagai bahan bukti yang telah wujud di Afrika Timur kira-kira 2.5 juta tahun yang lalu. Arkeologi adalah merupakan salah satu ilmu bantu di dalam bidang sejarah, sejajar dengan bidangnya iaitu menggali warisan purbakala (antiquity) yang menawarkan sumber-sumber awal sejarah awal manusia dalam pelbagai bentuk dan rupa.1 Namun begitu, ahli arkeologi bukanlah merupakan ahli sejarah. Hal ini kerana ahli arkeologi lebih mementingkan khazanah atau objek purba yang ditemui dan nilai estetikanya. Manakala ahli sejarah pula, cuba memahami kehidupan masyarakat silam berdasarkan jumpaan-jumpaan khazanah yang ditemui. Tidak dapat dinafikan bahawa dari segi sejarah, motif arkeologi yang terpenting adalah semata-mata untuk mencari barangbarang purba. Namun di sebalik motif ini, arkeologi juga berperanan penting dalam membongkar rahsia sejarah silam yang terdapat di Asia Tenggara. 2.0 DEFINISI ARKEOLOGI Secara umumnya, arkeologi adalah satu kajian tentang masa silam manusia yang dikaji terutamanya melalui bahan-bahan peninggalan. Arkeologi juga merupakan suatu susunan kaedah dan tatacara penyelidikan masa lalu yang menggambarkan data-data yang diperolehi dan latihan akademik serta orientasi teori ahli arkeologi. 2 Manakala menurut pendapat Walter Taylor menyatakan bahawa arkeologi tidak lebih daripada suatu kaedah dan suatu kumpulan-kumpulan teknik yang khusus untuk mendapatkan maklumat mengenai suatu kumpulan budaya. Namun begitu, pendapat Taylor ini telah disangkal oleh Sir Mortimer Wheeler yang menyatakan bahawa seorang ahli arkeologi adalah merupakan seorang pencari fakta dan faktanya adalah catatan-catatan tentang pencapaian manusia. Beliau juga menjelaskan tugas arkeologi juga adalah untuk menghidupkan kembali bahannya dengan menggunakan imaginasi yang terkawal, yang selalunya pasti menyerupai ciri-ciri kesenian dan falsafah.3
1 2

Abdul Rahman Haji Abdullah.1994.Pengantar Ilmu Sejarah.Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm 90. Frank Hole/Robert F. Heizer (Terjemahan Shakila Yaakob).1990.Arkeologi Prasejarah Satu Pengenalan Ringkas. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm 5. 3 Ibid.hlm 6.

Arkeologi menurut Graham Clark bermaksud ianya tidak boleh dianggap sebagai satu bidang kajian yang berasingan kerana kaedah pembentukan masa silam daripada hasil-hasil peninggalan dapat mengesan masyarakat sebelum ini. Manakala Brian M. Fagan pula menyatakan bahawa arkeologi merupakan pengkajian yang sistematik mengenai tabiat, teknologi dan kebudayaan kemanusiaan di masa lampau.4 Berdasarkan Ensiklopedia Global, arkeologi dikatakan sebagai satu kajian saintifik tentang cara hidup manusia masa lampau melalui peninggalan yang dijumpai dalam bentuk fosil, artifak dan lain-lain. Contohnya seperti monumen, candi, kuil, masjid, istana, tembikar, prasasti dan lain-lain. Barang-barang ini dijumpai melalui kaedah galicari yang dijalankan di tempat yang dijangka wujud satu bentuk kehidupan pada zaman dahulu. 5 Dengan kata lain, apa sahaja bahan-bahan purbakala yang wujud hasil daripada warisan tamadun dan kehidupan manusia, semuanya menjadi lapangan kajian arkeologi. 3.0 BIDANG ARKEOLOGI Pelbagai bidang arkeologi telah diwujudkan bagi menentukan tahap keesahan sesuatu sumber arkeologi. Antaranya ialah bidang arkeologi protosejarah, arkeologi prasejarah, arkeologi sejarah, arkeologi bawah air dan etno arkeologi. 3.1 ARKEOLOGI PROTOSEJARAH Bidang ini diwujudkan ekoran terdapat masyarakat di sesuatu tempat tertentu yang belum mengenal huruf tetapi kisah-kisah tentang mereka dicatat oleh orang luar yang sudah pandai menulis. Bidang arkeologi ini juga dapat dikaitkan dengan merujuk kepada tinggalan budaya kebendaan bersama dengan catatan-catatan yang ditinggalkan oleh pengkaji silam mengenai tapak-tapak yang dikaji. Dengan perkataan yang lebih mudah, konsep protosejarah adalah merujuk kepada sejarah pribumi yang berdasarkan kepada catatan-catatan luar.6 Zaman ini juga merujuk kepada kerajaan awal seperti Langkasuka dan Chih Tu berdasarkan bukti sumber bertulis serta kesan-kesan tinggalan perdagangan.
4 5

Brian M. Fagan.1997.Archaeology.University Of California, Santa Barbara.Longman.hlm 32. Ensiklopedia Global:Jilid 2 Amal Salin Azzawajalla.2001.Kuala Lumpur.Smart Genia Corporation. 6 Abdul Rahman Abdullah.2000.Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Utusan Publications.hlm 1

3.2 ARKEOLOGI PRASEJARAH Menurut Frank Hole dan Robert F. Heizer mentakrifkan prasejarah sebagai sebahagian daripada masa silam yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan sebelum sejarah.7 Memandangkan pada zaman ini tidak mempunyai rekod bertulis maka buktibukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh arkeologis melalui kaedah galicari. Biasanya pemerhatian akan dilakukan berdasarkan tinggalan-tinggalan budaya kebendaan dan ciri-ciri fizikal masyarakat seperti alatan batu, tembikar, sisa makanan dan rangka manusia. Arkeologi prasejarah ini dapat dibahagikan kepada 3 zaman iaitu kebudayaan Paleolitik, kebudayaan Mesolitik dan kebudayaan Neolitik . 3.3 ARKEOLOGI SEJARAH Selain itu, bidang arkeologi sejarah adalah merujuk kepada sumber-sumber tempatan dan asing. Arkeologi ini adalah bertujuan untuk membuktikan sesuatu peristiwa sejarah, menyelesaikan beberapa masalah yang tidak jelas, mengenalpasti dengan tepat lokasi dan fungsi sesuatu tapak yang dinyatakan dalam sumber bertulis. Contohnya ialah tapak monumen seperti kota-kota, kubu-kubu dan makam purba. 3.4 ARKEOLOGI BAWAH AIR Manakala, arkeologi bawah air (underwater archaeological) ini bermula pada tahun 1853 yang dijalankan untuk menentukan tahap keesahan sesuatu sumber sejarah. 8 Arkeologi ini adalah untuk menyelidik pecahan-pecahan kapal, mengkaji bandar-bandar, pelabuhan dan petempatan-petempatan lain yang tenggelam di dasar lautan, sungai mahupun tasik.9 Arkeologi bawah air ini terdiri dari pelbagai aspek iaitu Arkeologi Dasar Laut yang mengkaji tinggalan di dasar laut. Arkeologi Nautika yang mengkaji tapak atau rangka perahu dan kapal. Arkeologi Maritim yang mengkaji masyarakat dan alam sekitar yang menjalani kehidupan dengan merangkumi aspek-aspek di atas.
7

Frank Hole/ Robert F. Heizer.(Terjemahan Shakila Yaakob).1990.Arkeologi Prasejarah Satu Pengenalan Ringkas.hlm 6 8 Colin Renfrew dan Paul G. Bahn.2000.Archaeology Theories Methods and Practice.United States of America.hlm 95. 9 Frank Hole/ Robert F. Heizer.(Terjemahan Shakila Yaakob).1990.Arkeologi Prasejarah Satu Pengenalan Ringkas.hlm 14.

3.5 ETNO-ARKEOLOGI Bidang arkeologi yang terakhir ialah Etno-arkeologi. Analogi ialah kegiatan membandingkan sesuatu masa kejadian masa silam dengan objek yang digunakan pada hari ini tetapi bidang Etno-arkeologi ini dapat menjangkau had-had analogi. Analogi digunakan terutamanya untuk mengenalpasti kegunaan artifak seperti mata panah, pengikis kulit binatang dan batu-batu untuk mengisar bijian. Etno-arkeologi merupakan pengkajian tentang manusia khususnya bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan hal-hal arkeologi dan menonjolkan minat tersebut serta menambahkan suatu dimensi terhadap potensi interprestasi(tafsiran). Etno-arkeologi boleh membantu kajian-kajian arkeologi khususnya apabila masyarakat moden sama dengan corak kehidupan pada masa silam dan apabila tidak banyak kajian dilakukan tentang cara-cara kehidupan tertentu yang menarik. 4.0 PERANAN ARKEOLOGI 4.1 TESTIMONI YANG SAH KEPADA SESUATU PERISTIWA SEJARAH Bukti-bukti arkeologi juga di dakwa sebagai testimoni sejarah yang lebih dipercayai (realible) daripada bukti-bukti lisan dan tulisan yang tertakluk kepada ruang dan waktu yang tertentu.10 Hal ini kerana, bukti lisan dan tulisan adalah bersifat subjektif kerana bukti ini telah ditafsirkan semula ataupun telah ditokok tambah oleh seseorang sejarawan sehingga bertentangan dan terpesong daripada bukti asal. Manakala bukti arkeologi pula bersifat objektif dan bercakap menurut keadaanya sepanjang masa dan zaman. Contohnya candi- candi yang ditemui di Kedah menggambarkan bahawa telah wujud pengaruh Hindu dalam masyarakat silam. Malah dengan terjumpanya candi-candi ini telah menguatkan lagi bukti bahawa orang Hindu atau masyarakat zaman silam telah terpengaruh dengan budaya Hindu yang mula-mula bertapak di Kedah, kira-kira pada abad ke-11 apabila Kedah ditakluk daripada kerajaan Chola di India Selatan.11
10

Abdul Rahman Haji Abdullah.1994.Pengantar Ilmu Sejarah.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm 90. 11 Arbaiyah Mohd Noor.2002.Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm 43.

4.2 MENYINGKAP SESUATU PERISTIWA SERTA DAPAT DIJADIKAN PENILAIAN TERHADAP AKTIVITI MASYARAKAT PADA MASA LAMPAU Di samping itu juga, arkeologi dapat menyingkap corak kehidupan masyarakat pada zaman lampau dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Melalui tinggalan arkeologi, punca utama ekonomi masyarakat pada zaman lampau terdiri daripada kegiatan pemburuan binatang dan juga memungut hasil hutan. Contohnya dari aspek pemburuan binatang adalah berasaskan kepada penggunaan alat-alat batu sama ada untuk memotong, menetak, mengikis dan menumbuk. Penemuan alat-alat batu ini termasuklah seperti pebel unifas dan bifas, batu pemukul, batu pelandas, batu teras dan sisa repihan. 12 Contohnya budaya Hoa-binh yang berasal dari Vietnam Utara, mempunyai pembuatan alat-alat batu dan tulang yang mana teknologi pembuatannya lebih baik daripada zaman sebelumnya dan zaman tersebut dianggap sebagai zaman permulaan kesenian.13 Selain itu, arkeologi juga berperanan dalam menyingkap aktiviti perdagangan masa silam. Contohnya di tapak-tapak ekskavasi Kampung Sungai Mas, penduduk setempat dikatakan telah menemui banyak jumpaan manik pelbagai saiz dan bentuk yang telah digunakan dalam bidang perdagangan antarabangsa di Lembah Sungai Merbok dan Sungai Muda. 4.3 MEMANJANGKAN TEMPOH SEJARAH Benedetto Croce, telah menyatakan bahawa sejarah bermula apabila wujudnya sistem tulisan. Namun begitu, pendapat beliau dapat disangkal apabila zaman protosejarah yang mana sistem tulisan belum wujud, namun begitu berdasarkan dengan penemuan-penemuan arkeologi telah dapat menceritakan dan menggambarkan tentang sejarah masyarakat pada ketika itu.14 Contohnya, penemuan fosil-fosil manusia purba, para pengkaji juga mendakwa menemui banyak tapak paleolitik di Asia Tenggara yang secara tidak langsung menggambarkan corak kebudayaan zaman ini. Di Indonesia antara

12

Rozeman Haji Abu Hassan.2004.Mengenali dan MentafsirSumber Sejarah.Shah Alam.Karisma Publications Sdn. Bhd.hlm 75 13 Abdul Rahman Abdullah.2000.Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam.hlm 17. 14 Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya.2000.Sejarawan dan Pensejarahan Ketokohan dan Karya.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm 305

tapak-tapak kebudayaan terawal yang ditemui ialah di Jawa iaitu di Pacitan dan Ngandung.15 4.4 MENYINGKAP TRADISI KEAGAMAAN ATAU SISTEM KEPERCAYAAN MASYARAKAT PADA MASA LAMPAU Melalui proses ekskavasi yang dijalankan, ahli arkeologi dapat menyingkap sedikit sebanyak tradisi keagamaan dan sistem kepercayaan masyarakat pada masa lalu di mana penemuan-penemuan seperti candi dan kuil telah memberikan gambaran bahawa masyarakat pada masa lampau juga menitikberatkan soal keagamaan dan kepercayaan. Dengan penemuan candi-candi seperti di Lembah Bujang, Angkor Wat dan Candi Borobudur kita dapat membongkarkan bahawa pada zaman dahulu terdapat pengaruh Hindu yang disalurkan kepada masyarakat tempatan dan pengaruh Hindu Buddha masih dapat dilihat pada masa sekarang dan diamalkan oleh masyarakat masa kini. Contohnya seperti bersanding di atas pelamin pada hari perkahwinan. Selain itu melalui arkeologi juga kita dapat mengetahui bahawa terdapat pengaruh Islam di Asia Tenggara selain daripada agama Hindu Buddha. Penemuan-penemuan batu nisan dan batu-batu bersurat merupakan tinggalan yang membolehkan kita menggambarkan bahawa terdapat masyarakat Islam di Asia Tenggara. Contohnya negeri Terengganu yang terdapat di pantai timur semenanjung termasuk antara negeri yang terawal menerima pengaruh Islam dengan terjumpanya batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu. 16 Kemudian bukti yang ditemui melalui proses ekskavasi yang menunjukkan terdapatnya pengaruh di Asia Tenggara ialah penemuan artifak abad ke-13 iaitu sebuah tembaga purba yang bertulisan ayat al-Quran (surah al-Kahfi dan at-Taubah), bertarikh 652 Hijrah/1254 Masihi sebagai alat pertahanan diri.17 Seterusnya melalui arkeologi kita dapat mengetahui mengenai adat resam dan sistem kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat dahulu serta bagaimana mereka mempraktikkannya. Sebagai contohnya, cara pengkebumian Perak Man yang dilakukan
15

Abdul Rahman Abdullah.2000.Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam.hlm 13. 16 Abdul Rahman Abdullah.2000.Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara:Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam.Kuala Lumpur.Utusan Publications Sdn.Bhd.hlm 332 17 Ibid

oleh masyarakatnya dengan penuh adat resam. Semasa ditemui rangka Perak Man menunjukkan bahawa kedua-dua kakinya dilipat ke dada sama seperti bayi dalam kandungan.18 Ini menunjukkan bahawa masyarakat masa lampau juga telah mempunyai amalan tersendiri dalam mengebumikan masyarakat mereka. 4.5 MEREKONSTRUKSI BUDAYA SILAM Melalui arkeologi kita boleh membina semula budaya silam yang telah lama hilang. Walaupun kita tidak boleh membina budaya tersebut seperti sebenarnya berlaku, namun ia banyak membantu menggambarkan tentang budaya masyarakat pada zaman silam. Penemuan-penemuan yang ditemui seperti ala-alat batu, tembikar, logam, sisa makanan, tinggalan monumen dan juga penempatan menunjukkan bahawa masyarakat masa lampau menjalani kehidupan yang amat ringkas. Penemuan alat-alat batu seperti kapak batu, pisau batu, batu giling, batu bercanai dan lain-lain membuktikan bahawa masyarakat dahulu menjalankan kegiatan memburu dan memungut hasil hutan. Alat-alat tersebut untuk memotong, menetak, mengikis dan menumbuk. Ini menunjukkan masyarakat Asia Tenggara dahulu sudah boleh mencari makanannya sendiri dengan menggunakan peralatan. Jumpaan tembikar menunjukkan adanya kemahiran pembuatan. Tembikar yang ditemui diukir sangat indah dan cantik. Hiasan yang dibuat pada tembikar-tembikar ini mempunyai banyak motif dan lambang-lambang yang tertentu seperti garisan lurus, corak geometri, lakaran, bentuk-bentuk hiasan binatang seperti siput dan garisan bertitik. Gambaran ini membuktikan sudah tercetusnya idea-idea yang boleh digunakan dalam pemikiran masyarakat pada masa tersebut. Selain itu, arkeologi juga dapat mengetahui sebab munculnya pelabuhan-pelabuhan penting di Asia Tenggara. Perkembangan masyarakat zaman logam di Asia Tenggara berlaku dengan pantas kerana terdapatnya kawasan-kawasan sumber logam bijih timah dan kegiatan perdagangan bagi penempatan pesisir pantai. Kemajuan ini telah mendorong kepada kegiatan perdagangan dan kemunculan pelabuhan-pelabuhan penting seperti di Tun Sun, Ko-Lo, Pan-Pan,

18

Rozeman Abu Hassan.2004.Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah.Shah Alam.Karisma Publications Sdn.Bhd.hlm 77

Tambralinga, Langkasuka, Sungai Mas dan Lembah Bujang. 19 Malah penemuanpenemuan candi dan makam-makam di Lembah Bujang, Kedah menunjukkan masyarakat dahulu juga mempunyai sistem kepercayaan mereka yang tersendiri. Dengan penemuanpenemuan yang dijumpai melalui proses ekskavasi kita mampu menggambarkan semula atau merekonstruksi budaya zaman silam seperti sebenarnya berlaku walaupun pada hakikatnya belum tentu kebenarannya. 4.6 MEMBUKTIKAN ASAL-USUL MASYARAKAT ASIA TENGGARA Melalui arkeologi kita dapat mengetahui bahawa masyarakat Asia Tenggara adalah serumpun. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka dikatakan datang dari daerah Yunan dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak tahun 2500 s.m. iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Selepas itu kira-kira 1500 s.m. kedatangan golongan ke-2 yang di sebut Melayu Deutro. Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembab Asia Tenggara. Penutur bahasa Austronesia dikatakan berasal dari Taiwan dan mereka telah berhijrah ke Filipina iaitu daerah Pulau Luzon. Kemudian mereka sampai ke Borneo dan Sulawesi, seterusnya menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Malaysia dan Vietnam. 20 Penemuan batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683M), Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kapur, Pulau Bangka (686M), Karang Berahi, Meringin, Daerah Hulu Jambi (686M) yang turut diselitkan dengan bahasa Melayu menjadi bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat Asia Tenggara adalah serumpun.21

4.7 MEMBUKTIKAN KEWUJUDAN TAMADUN KEBENDAAN Masyarakat masa lalu sememangnya telah mempunyai pelbagai kemahiran untuk menghasilkan alat-alat perhiasan. Contohnya penemuan manik-manik di kawasan Sungai
19 20

Rozeman Abu Hassan.2004.Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah.hlm 81. Peter Bellwood.2000.Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia.Jakarta.Pt Gramedia Pustaka Utama.hlm 153. 21 Nik Safiah Karim.et all.1997.Tatabahasa Dewan.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm 3

Mas, Kedah yang ditemui dalam pelbagai jenis, bahan, saiz dan warna. Manik-manik ini telah digunakan sebagai objek keagamaan, barang dagangan, alat perhiasan, mata wang, simbol status dan hadiah bagi upacara perkahwinan.22 4.8 MENYINGKAP TAHAP KEMAJUAN TEKNOLOGI MASYARAKAT MASA LAMPAU. Tinggalan arkeologi juga secara tidak langsung dapat memberikan gambaran terhadap tahap kemajuan dan kemunduran sesebuah negara. Hal ini dapat dilihat melalui pembinaan candi-candi yang memerlukan tenaga buruh yang ramai yang masih lagi kekal sehingga hari ini. Walaupun pembinaan candi-candi tersebut tidak menggunakan jentera yang canggih seperti hari ini, namun pembinaannya amat unik dan dapat melambangkan bahawa masyarakat zaman lampau sudahpun mempunyai kemajuan teknologi yang tinggi. Pembinaan candi-candi itu juga turut membuktikan bahawa masyarakat zaman lampau juga mempunyai daya kemahiran berfikir yang tinggi seperti pengiraan matematik bagi memastikan ukuran yang tepat dan struktur dalamannya dapat bertahan lama. Contohnya ialah Kota Kuala Kedah yang dibina daripada batu-bata yang masih wujud yang mana pembinaannya menggunakan bahan-bahan binaan seperti batu-bata, pasir dan kulit kerang.23 5.0 KELEMAHAN BIDANG ARKEOLOGI 5.1 MENGGUNAKAN DAYA IMAGINASI Ahli arkeologi terpaksa menggunakan daya imaginasi mereka untuk menggambarkan tentang peristiwa masa lampau kerana pada zaman masyarakat prasejarah sistem tulisan belum wujud. Tanpa rekod-rekod sejarah seorang arkeologis pada 50 000 atau 100 000 tahun akan datang terpaksa menggunakan daya imaginasi untuk memperolehi gambaran yang benar tentang kehidupan hari ini. Arkeologis tidak dapat membuat interpretasi yang kukuh tentang tingkah laku prasejarah berdasarkan
22 23

Rozeman Abu Hassan.2004.Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah.hlm 86 Ibid.hlm 84

hanya kepada peninggalan-peninggalan yang dapat dilihat yang terdapat di tapak-tapak arkeologi.24 Hal ini adalah kerana jumpaan barang-barang tersebut tidak dapat menceritakan tentang kejadian sebenar. Contohnya ialah pekakas dapur yang telah haus dan dibuang mungkin dalam riwayatnya digunakan sebagai sebilah pisau pengikis, alat penebuk lubang atau sebagai alat pengasah, seseorang tidak dapat menentukan segala kegunaan ini walaupun corak kehausannya dapat diperhatikan secara terperinci dengan menggunakan mikroskop. 5.2 PENEMUAN BAHAN ARKEOLOGI DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT Penemuan bahan arkeologi dalam kuantiti yang kecil dan tidak lengkap juga menyebabkan kebenaran sejarah terbatas. Contohnya ialah penemuan makam-makam batu granit kepingan di kawasan sekitar Sungai Slim di Selatan Perak dan di Sungai Bernam, Hulu Selangor yang tertimbus sedalam lebih kurang 8 kaki panjang, 2 kaki lebar dan dua kaki dalam. Dalam itu dijumpai tapak besi bersoket, pisau atau pemedang pemotong besi, tulang mawas, serpihan tembikar tanah, manik kaca dan manik merah tetapi tiada pula manusia yang dijumpai.25 Kemungkinannya ialah tulang manusia itu telah hancur dan juga mayatnya telah dibakar sebelum abunya disemadikan dalam makam itu. Fenomena-fenomena sebeginilah yang menyebabkan kebenaran arkeologi menjadi terbatas kerana dapatan yang diperolehi berada dalam keadaan tidak lengkap. 6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, arkeologi merupakan satu bidang yang bersifat sains mengkaji proses kebudayaan dan tinggalan manusia pada zaman lampau yang bertujuan merekonstrak semula sejarah. Walaupun sejarah adalah terbatas, namun tidak dapat dinafikan bahawa sumber arkeologi memberi sumbangan yang besar terhadap ilmu sejarah. Bukti-bukti arkeologi dapat menghurai tentang kehidupan masa lampau yang mempunyai ciri-ciri ketamadunan yang tinggi. Walaupun terpaksa memakan masa yang lama ia tidak bermakna bahawa arkeologi sebenarnya memberi satu gambaran yang tepat terutamanya tentang kewujudan
24 25

Frank Hole/Robert H. Heizer.1990.Arkeologo Prasejarah Satu Pengenalan Ringkas.hlm 26 Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman.1996.Malaysia, Warisan dan Perkembangan:Edisi Ke-2.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm 9

10

sesebuah tamadun masyarakat kerana arkeologi memerlukan satu kaedah dan penyelidikan yang sistematik dan berterusan dikalangan ahli sejarah. Disiplin-disiplin ilmu lain yang bergabung dengan arkeologi dapat merealisasikan satu kajian yang ilmiah dan bernilai. Dengan demikian sejarah silam negara dapat ditonjolkan untuk pengetahuan umum bersama-sama dengan artifak yang berkaitan dengan peristiwa berkenaan. Aktiviti kemanusiaan yang wujud dengan adanya manusia sudah pasti meninggalkan artifak yang menjelaskan budaya masyarakat pada zaman tersebut. Pemahaman mengenai rumpun keturunan sudah tentu menyamai rasa kecintaan kepada bangsa dan asal usul. BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Haji Abdullah.1994.Ilmu Sejarah.Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Haji Abdullah.1994.Pengantar Ilmu Sejarah.Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Abdullah.2000.Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara.Kuala Lumpur.Utusan Publications. Abdul Rahman Abdullah.2000.Sejarah Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam.Kuala Lumpur.Utusan Publications & Distributors SdnBhd. Arbayah Mohd Noor.2000.Ilamu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Brian M. Fagan.1997.Archaelogy.University Of California. Santa Barbara. Longman. Colin Renfrew & Paul G. Bahn.2000.Archaelogy Theories Methods and Practice. United States Of America.

11

Ensiklopedia Global.Jilid 2.Amal Saleh Azzawajalla.2001.Kuala Lumpur.Smart Genia Corporation. Frank Hole/ Robert F. Heizer(Terjemahan Shakila Yaakob).1990.Arkeologi Prasejarah Satu Pengenalan Ringkas.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhd Yusof Ibrahim & Mahayudin Haji Yahya.2000.Sejarawan dan Pensejarahan Ketokohan dan Karya.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman.1996.Malaysia Warisan dan Perkembangan,Edisi Ke-2.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim.et all.1997.Tatabahasa Dewan.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka. Peter Bellwood.2000.Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia.Jakarta.Pt Gramedia. Pustaka Utama. Rozeman Haji Abu Hassan.2004.Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah.Shah Alam.Karisma Publications.

12

You might also like