You are on page 1of 7

Tugasan 2: Tokoh Pendidikan di Negara Barat.

CARL ROGERS (1902-1987) Latar Belakang Carl Rogers dilahirkan pada tahun 1902 di Oak Park, Illionis, Chicago. Rogers merupakan anak keempat daripada enam orang adik-beradik. Ayahnya merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibu bapanya sangat kuat berpegang kepada agama. Rogers mempunyai adik-beradik seramai enam orang dan lima daripada mereka adalah lelaki. Hubungan mereka adik-beradik sangat rapat. Rogers amat rapat dengan ibunya berbanding ayahnya. Semasa kecil Rogers adalah seorang murid yang cerdik dan pintar. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang ramai, Rogers merupakan seorang pelajar yang suka mengasingkan diri dan pendiam di sekolah. Beliau sangat sensitif orangnya. Rogers telah memasuki Universiti Wisconsin dan memperolehi pencapaian di dalam bidang akademik yang sangat baik. Di universiti itu beliau mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, termasuk rombongan ke negeri China sebagai perwakilan dalam World Student Christian Federation Conference. Beliau mendapat Ijazah pertamanya dalam bidang Sejarah pada tahun 1924. Beliau menerima Ijazah kedoktorannya pada tahun 1931. Pada tahun 1928, sebelum menerima ijazah kedoktorannya, beliau mula bekerja di Rochester New York, terutamanya dengan kanak-kanak dan remaja bermasalah yang dirujuk oleh mahkamah dan agensi-agensi kepada Child Study Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children. Kemudian beliau dilantik menjadi pengarah kepada Rochester Guidance Center. Pada tahun 1940 dia menjadi professor di Ohio State University. Di antara tahun 1945 sehingga 1957 beliau terlibat secara langsung dengan Counseling Center di University Of Chicago. Rogers kemudian berpindah ke University Of Wisconsin. Pada tahun 1964 beliau menyertai Western Behavioral Science Institute sebagai resident fellow. Dari tahun 1968 sehingga beliau meninggal dunia, Rogers menjadi resident fellow di Center for studies di La Jolla, California. Rogers telah menulis beberapa buah buku antara lain buku-buku yang

ditulisnya ialah Counseling and Psychotherapy (1942), Client-centered Therapy (1951), On Becoming a Person (1961), Carls Rogers On Encounter Groups (1970). Rogers banyak menerima penghormatan di sepanjang hidupnya. Beliau merupakan orang pertama menjadi pengerusi kepada American Association for Applied Psychology . Beliau bertugas sebagai pengerusi American Psychocogical Association (APA) dari tahun 1946-1947 . Rogers meninggal dunia di La Jolla, California pada 4 Februari 1987 ketika berusia 85 tahun selepas menjalani pembedahan tulang punggung yang patah akibat satu kemalangan.

Sumbangan Semasa bertugas di Persatuan Mencegah Keganasan Terhadap Kanak-kanak, Rogers telah menghasilkan buku pertama beliau yang berjudul, The Clinical Treatment of the Problem Child (1939). Atas penerbitan buku tersebut, beliau telah diberi gelaran Profesor di Ohio State University pada tahun 1940. Buku kedua beliau berjudul Counseling and Psychotheraphy: Newer Concepts in Practice yang menekankan kepentingan bagi klien mewujudkan hubungan atau rapo dengan seorang terapis yang prihatin dan bersifat terbuka. Menurut Rogers, hubungan sedemikian dapat membantu klien untuk mengatasi masalah yang dihadapi serta memperoleh celik akal agar berupaya menstruktur semula hidupnya. Pada tahun 1945, Rogers telah mendirikan sebuah pusat kaunseling di Universiti Chicago. Berdasarkan pengalaman beliau di pusat tersebut, hasil karya utama beliau berjudul Client-Centered Therapy Berjaya diterbitkan pada tahun 1951. Sepanjang hayat hidup beliau, Rogers banyak keluar negara untuk berkongsi dan menyebarkan ilmu mengenai pendekatan pemusatan individu. Antara tahun 1915 hingga 1980, beliau telah mengendalikan beberapa bengkel bersiri besama anak perempuan beliau, Natalie Rogers. Antaranya termasuk pertumbuhan kendiri, perubahan sosial, komunikasi silang budaya dan sebagainya. Beliau telah membuat lawatan ke Russia semasa beliau berusia 87 tahun. Di sana, beliau telah memberi

ceramah serta menjadi fasilitator bagi bengkel pengalaman eksperiential yang berfokuskan kepada komunikasi dan kreativiti. Sehingga saat kematian beliau yang mengejut, Rogers masih aktif dalam bidang penulisan serta pengendalian sesi-sesi terapi berasaskan pendekatan pemusatan individu. Atas sumbangan beliau dalam bidang psikoterapi, kaunseling dan psikologi, Rogers dianugerahkan Award for Distinguished Professional Contributions to

Phychology oleh Persatuan Psikologi Amerika (APA). Di samping itu, beliau juga terpilih untuk menerima anugerah Ahli Humanis Tahun 1964 oleh Persatuan Humanis Amerika. Menjelang penghujung hayat beliau, Rogers telah dicalonkan untuk anugerah Nobel Prize atas jasa beliau terhadap konflik antara kumpulan nasional di Afrika Selatan dan Ireland Utara. Nama Rogers menduduki tempat keenam dalam senarai nama ahli psikologi abad ke-20 yang terkenal.

Pemikiran Teori Humanistik Mengikut Pandangan Carl Rogers Carl Rogers adalah satu-satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entity-entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri. Ada beberapa suasana atau keadaan yang dapat membantu manusia untuk berkembang secara positif. Amir Awang (1987) mencatatkan tiga suasana tersebut, iaitu : 1. 2. 3. Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat. Kefahaman yang mendalam.

Jikalau semua faktor ini ada pada setiap manusia, maka perkembangan diri yang positif ke arah kesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lebih lancar. Dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan, Rogers memberi tumpuan kepada individu dan objek kendirinya. serta Mengikut pendapatnya lagi, seseorang itu

mempersepsikan

pengalaman-pengalaman

dan

memberi

makna

kepadanya. Sistem persepsi dan pemberian makna yang berkeseluruhan ini membentuk ruang fenomenal individu berkenaan dan dalamnya, ada peristiwa yang disedari serta ada yang tidak disedarinya. Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi atau gestalt yang konsisten, termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan dengan entiti lain seseorang itu yang dilihatnya sebagai aku, saya atau diri. Pada masa yang sama, Rogers menyatakan dalam setiap individu wujud satu konsep yang digelar sebagai diri unggul, iaitu bentuk dan konsep-kendiri yang amat diingini oleh individu berkenaan. Diri unggul mempunyai komponen- komponen seperti persepsi dan makna yang releven pada individu tersebut serta sesuatu yang amat bernilai pada dirinya. Konsep kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu sendiri berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan perkataan saya atau aku. Ada beberapa fakta yang menarik berkenaan dengan konsep kendiri Rogers, antaranya ialah: 1. Pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi

terhadap persepsi. 2. Kendiri mengandungi sifat configurational, gabungan mewakili satu yang terurus

dan konsisten secara keseluruhan. 3. Kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa-apa. Seseorang individu tidak

mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia mempunyai satu gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri.

4.

Gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pola timbul dalam

kesedaran. Jika definisi kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar, sukar dioperationaliskan untuk membut kajian. Walau bagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri tidaklah selalunya lancar seperti yang diharapkan oleh setiap individu. Di mana manusia terpaksa melalui beberapa rintangan, terutama sekali yang berkaitan dengan hal konsistensi kendiri dan kongruens untuk mencapai matlamat. Maksud konsistensi kendiri adalah kecenderungan organisma mengekalkan struktur dirinya iaitu kesamaan persepsi diri yang dilihat dari luar, tidak pula dari dalam seperti yang ada pada konsep kendiri. Manakala kongruens pula bermaksud suasana yang nyaman dan konsisten yang wujud diantara kendiri dengan pengalaman seseorang. Walau bagaimanapun, seseorang sering mengalami keadaan tak kongruens, dimana kedaaan ini berlaku apabila wujud ketidaksamaan di antara kendiri yang dipersepsikan dengan kendiri yang sebenar. Keadaan ini akan menimbulkan kebingungan, ketidakselesaan dan

ketegangan dalam diri individu. Jikalau keadaan ini berpanjangan, individu akan mengalami anxieti, iaitu hasil ketidaksamaan di antara pengalaman dan persepsi kendiri. Terdapat dua cara untuk mengatasi keadaan tak kongruens : 1. Dengan cara menafikan kewujudan pengalaman yang tidak konsisten dan cara ini

akan mengekalkan konsep dan struktur kendiri yang sedia ada pada individu berkenaan. 2. Menggunakan kaedah pertahanan yang lebih kerap iaitu pengherotan.

Pengherotan bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang dirasai dan individu berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman yang konsisten dan tidak bercanggah dengan konsep kendiri, iaitu ke dalam kesedaran. Pada masa yang sama, manusia juga memerlukan perhatian yang positif, iaitu keperluan disayangi, disukai, dihormati, disanjung, diterima dan dikasihi oleh orang lain. Namun, manusia tidak sentiasa mendapat perhatian yang positif yang amat diperlukan. Oleh itu, Rogers menekankan kepentingan kongruens antara diri yang dipersepsi

dengan diri yang dialami supaya seseorang dapat berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Ini bermakna individu harus menerima diri dan pengalamannya dan menjadikan diri berfungsi sepenuhnya bagi mencapai kesempurnaan kendiri yang diidamkan.

Rumusan Metodologi Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi atau gestalt yang konsisten, termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan dengan entiti lain seseorang itu yang dilihatnya sebagai aku, saya atau diri. (Rogers, 1959). Pada masa yang sama, Rogers menyatakan dalam setiap individu wujud satu konsep yang digelar sebagai diri unggul, iaitu bentuk dan konsep kendiri yang amat diingini oleh individu berkenaan. (Patterson, 1984). Konsep kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu sendiri berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan perkataan saya atau aku. (Rychlak, 1973). Rogers mengatakan yang sesuatu organisma mempunyai satu kecenderungan asas iaitu untuk menyempurnakan, mengekal dan menambah pengalamannya. (1951). Sistem ini bukanlah bertujuan untuk mendapatkan nikmat atau untuk mengelakkan kesakitan, tetapi hanya untuk mengekalkan struktur yang sedia ada. (Pervin, 1984). Pengherotan bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang dirasai dan individu berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman yang konsisten dan tidak bercanggah dengan konsep kendiri, iaitu ke dalam kesedaran. (Rogers, 1951). Pada masa yang sama, manusia juga memerlukan perhatian yang positif. (Rogers, 1959).

Kritikan Walaupun pengalaman subjektif merupakan sumbangan ia juga merupakan limitasi kajian saintifik. Kelemahan yang dihadapi ialah : Tiada definisi jelas bagi personaliti. Sukar mengoperasikan konsep konsep untuk diuji. Masalah menerima laporan kendiri sebagai bukti. Kekurangan arahan dalam kaunseling menyusahkan sesetengah individu.

You might also like