Petua dan Tips Kesihatan
Disertakan oleh nadzirahMonday, 14 April 2008Terakhir dikemaskini Tuesday, 15 April 2008
Merawat demam campak.Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daunyang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehinggarasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup.Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering).Khasiat kapur sirihKapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih, lontong ataupun untuk makan sirih. Disiniditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk menggunakan kapur itu.Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranyaialah dengan menyapukan sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam masa dua haribisul tadi akan segera mengering. Untuk menghilangkan kutil atau mata ikan pada tubuh. Caranya ialah denganmenghiris kutil tadi sampai ke akarnya dengan menggunakan pisau bersih, kemudian sapulah dengan kapur sirih tadi.Sapukan beberapa kali hingga kutil tadi hilang terus dan tidak akan tumbuh lagi. Pulihkan kulit melecur.Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi danamalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.Anak-anak kencing malamJika anak anda selalu saja kencing malam, cubalah jangan memberinya minum bila hampir waktu tidur atau latihlah iabangun bila merasa hampir hendak kencing. Sekiranya caranya tidak berjaya ibu-ibu boleh gunakan minyak zaitun yangdisuamkan dan kemudian sapu dibahagian ari-arinya. Cubalah beberapa malam. Jika tidak ada minyak ini gantikandengan halba yang dipanaskan, balut dengan kain dan tuan di ari-arinya.Menormalkan suhu badan.Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam sekiranya dahagaMenghilangkan parutUntuk menghilangkan parut-parut yang menampakkan kesan buruk pada kulit muka atau dibadan, bolehlah andamencuba petua ini. Jika anda menggunakan kayu api untuk memasak makanan, (terutama di desa-desa) kayu api yangsedang menyala itu akan mengeluarkan buih dihujung yang tidak terbakar itu. Buih yang terdapat pada kayu api itu,hendaklah diambil dan disapukan kepada parut-parut yang terdapat dianggota badan anda. Lakukan beberapa kali.Pulihkan bengkak di kaki.Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air. Kemudian letakkan/sapukan pada kaki atau tanganyang terseliuhMenghilangkan bau badanCaranya mudah saja, ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Masukkan sedikitkapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahankeseluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum kita mandi.InsyaAllah bau badan akan hilang. Untuk menghilangkan bau dipakaian pula, memadai dengan merendamkan sahajapakaian ke dalam air daun pandan tadi. Cara merendamnya adalah sama seperti kita merendam kain dengan air sabunbiasa, InsyaAllah bau dipakaian juga akan hilang. Selain dari menghilangkan bau, cara ini juga dapat mewangikanbadan dan pakaian kita.Menghilangkan bau badan.Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan tumbuk sehingga lumat.Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu dijadikan air mandianHilangkan batukAnda dapat menghilangkan batuk dengan hanya menggunakan beberapa helai daun pucuk ubi kayu, sedikit kapur sirihdan sedikit air. Bahan-bahan ini digaul dan dihancurkan sehingga lumat. Bila sudah kekuningan sapukan disekelilingleher atau tekak anda. Amalkan selalu setiap kali anda diserang batuk-batuk. Perlu diingatkan petua ini hanya untukbatuk yang bermula dari gatal-gatal tekak iaitu batuk ringan. Jika batuk anda didapati begitu serius adalah lebih elokmeminta nasihat doktorMari hapuskan kelemumur.Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambildigosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi.Mengelakkan kulit berparut selepas bersalin
Portal Komuniti SMKA Tok Jiringhttp://komuniti.smkatokjiring.com/v2Dikuasai oleh Joomla!Dijanakan : 8 April, 2009, 09:09
Leave a Comment