berbeza, kerana mereka menyedari manusialah sebagai pusat alam (
central of universe
). Lalu segala-gala proses kajian dibuat berasaskan keperluan manusiakepada cakerawala dan sistem planet terjauh. Alam sudah berubah menjadi bahan kajian manusia, di mana mereka huraikan hujah dan rasional mengapaperjalanan planet-palanet bersifat
eliptic
, menggulung –
whirlpool
, berlegar diatas talian paksi –
circulation
dan sebagainya. Oleh kerana itulah gagasan demigagasan diatur dan diperbaharui seperti teori alam raya Nikolas Copernicus,Johanes Kepler, Galileo Galilie, Isaac Newton dan lain-lain dirumuskan dandidebatkan bagi mendapat gambaran seadilnya mengenai alam raya. Sekalipunada golongan saintis ini kuat beragama, seperti Isaac Newton, namun teorikeagamaan kristian di dalam pengajian astro-fizik dilihat sebagai Mitos dankhurafat yang wajib dihukum bunuh atau dibakar. Namun dengan pembebasanpengaruh Gereja dari Akademi Sains, maka teori-teori saintifik tokoh-tokohsaintis failasuf dimajukan semula dan meninggalkan kesan kemajuan duniaastronomi dan penjelajahan pelayaran samudera ke timur jauh. Serentak denganitulah sains dan teknologi berkembang di barat di luar lingkungan kegamaangereja Kristian.1.2Alam Manifestasi Ketinggian Keilmuan Tuhan Alam raya pada hikikatnya adalah manifestasi dari susunan dan gambaranketinggian Ilmu Ilahi (
the ultimate truth
) yang maha sempurna itu. Gambaranmudahnya ialah Allah swt memiliki 99 nama-namaNya yang indah (
asmaa’ullahal-husnaa
) yang mana dengan kualiti-kualiti itulah di
tajalli
kan (sedikitaplikasian penzahirannya) kepada alam ini sebagai penzahiran bukti keagungandan kemampuan serta keperkasaan Allah swt mencipta dan mengurus tadbiralam raya sehingga ke hari yang dijanjikan. Beberapa asas nama-nama Allah swt yang dominan disebut seperti
al-badee‘, al-baari, al-‘aleem, al-qadeer, al-lateef,al-khabir, al-muhyi, al-mumeet
dan seterusnya, adalah pencetus (
ibda’ wakhalq
–
Originator and Creator
) kepada ciptaan dan pengurusan tadbir Allahswt ke atas alam raya secara langsung setiap saat dan ketika (
Laa ta’khuzuhusinatun wala nauwm
– Dia tidak dikuasai mengantuk dan tidur) dan Diamemiliki segala sesuatu di alam raya ini (
lahu ma fi al-samawat wama fi al-ard wahuwa al-‘aziz al-hakeem
– bagiNyalah segala apa yang ada di langit dan bumi,sedang Dialah yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana). Apabila Alam raya tercipta, hasil
tajalliyat
ilmu Ialhi – penzahiran nama-nama Allah swt tersebut terdapat pada setiap unit atau entiti kejadian alam raya bermula dari setitis air sehinggalah gunung ganang yang utuh serta binaan langit yang menakjubkan manusia. Apabila manusia menyelidikinya, mereka bertemudengan data-data, formula, persamaaan hukum fizik dan bukan fizik yangapabila dirumuskan secara sistematik dan penyelidikan penuh teliti (
coherenceof divine cannon of something via discursive researches and studies
), lahirlahdisiplin-displin ilmu yang sangat berguna kepada manusia yang dikenali sebagaisains atau ilmu pengetahuan. Hakikatnya alam raya adalah susunan ketinggianterjemahan ilmu Ilahi setepatnya.
3