You are on page 1of 2

Suasana di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu selepas aksi separuh akhir pertama Piala

FA di mana pasukan tuan rumah tumpas 1-2 kepada Sime Darby, kelmarin. -

KUALA TERENGGANU - Jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris mengakui kecewa dengan kekalahan 1-2 kepada pasukan berstatus kelab Sime Darby separuh akhir pertama Piala FA kelmarin, namun yakin peluang ke final belum berakhir. Ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Mat Zan kecewa kerana ada pemainnya yang bagaikan tidak bermain pada perlawanan tersebut. Pada separuh masa pertama, kita memang tidak bermain seperti mana kebiasaan. Saya lihat pemain tengah langsung tidak bergerak sehingga membuka ruang untuk Sime Darby melakukan cubaan tepat. Pada separuh masa kedua barulah saya lihat ada sedikit pergerakan namun pemain masih memberi ruang kepada pelawat sehingga mereka mendahului dengan mudah, katanya.
Pada perlawanan kelmarin, Sime Darby mendahului menerusi penyerang import dari Liberia, Patrick Ronaldinho pada minit ke-52. Pasukan tuan rumah bangkit dengan gol penyamaan Forkey Doe pada minit ke-65. Kelekaan barisan pertahanan Terengganu membuka ruang pemain gantian, Syukor Saidin meledak gol kemenangan buat skuad Ismail Zakaria. Tegas Mat Zan, ketiadaan dua tonggak, Zubir Azmi dan Ismail Faruqi yang digantung satu perlawanan memberi kesan terhadap persembahan skuadnya. Namun dia memberi jaminan kedua-dua pemain tersebut akan diturunkan pada perlawanan separuh akhir 1 Mei ini.

Lirik Lagu Wawasan 2020 Bendera berkibar di angkasa Lambang Negara gagah Rakyat sepakat sehati sejiwa Tekad berbakti dengan megah Hadapi cabaran masa muka Penuh tenaga murni Bakti dicurah searah sehala Dengan wawasan yang suci Wawasan meningkat kemajuan Tiada lagi kepincangan Kemewahan rata dirasai Bersama kita nikmati Wawasan 2020 Satu pandangan jauh Bukan impian malah kenyataan Bersama kita jayakan

You might also like