You are on page 1of 1

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENDENGAR DAN BERTUTUR 4 Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis. B4 DL1: Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi. B4 DL1 E1: Mengemukakan hujah untuk menerima atau menolak pendapat dengan sopan dalam perbincangan. Bahan Petikan dialog Berhemat Semasa Berbelanja daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1pada muka surat 9. Langkah Pentaksiran Guru meminta murid merujuk muka surat 9 petikan dialog Berhemat Semasa Berbelanja daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 . Guru meminta dua orang murid menceritakan pengalaman mereka berbelanja di kedai alat tulis dan di koperasi sekolah. Murid diminta mengemukakan pendapat sendiri tentang kebaikan berbelanja di koperasi sekolah. Murid-murid lain diminta mengemukakan hujah untuk menerima atau menolak pendapat dengan sopan dalam perbincangan.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

CONTOH ITEM

1. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berbelanja di koperasi sekolah berbanding berbelanja di kedai luar? 2. Pada pendapat anda, apakah cara untuk menarik minat pelajar untuk berbelanja di koperasi sekolah?

You might also like