You are on page 1of 10

SMK SUNGAI SOI,JALAN PANTAI SEPAT, KUANTAN

TAJUK: KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK SUNGAI SOI 2013

DISEDIAKAN OLEH: EN.MUHAMMAD HAIRUL MAT

LARIAN MERENTAS DESA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI SOI


1. PENGENALAN Aktiviti Larian Merentas Desa yang dijalankan ini diharapkan akan dapat disertai oleh 100 peratusa warga SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI SOI. Aktiviti ini yang dijalankan dalam bentuk pertandingan antara 4 pasukan rumah sukan. Aktiviti ini juga dijalankan bagi memenuhi hasrat penglibatan murid-murid dalam menjayakan aktiviti 1 Murid 1 Sukan. 2 OBJEKTIF 1. Memperkembangkan Potensi Setiap Warga Sekolah Selari Dengan Falsafah Pendidikan Negara. 2. Memberi Peluang Kepada Pelajar Untuk Menyertai Sekurang-Kurangnya Satu Aktiviti Sukan Secara Positif 3. Menyumbang Mata Untuk Rumah Sukan Masing-Masing. 4. Melahirkan Pelajar Yang Cergas Dan Cerdas. 3 MATLAMAT

1. Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum 2. Memupuk perpaduan dan persefahaman dalam warga sekolah 3. Melahirkan semangat kesukanan dan budaya bersukan dalam diri warga sekolah 4 . KONSEP Dijalankan Pada Jarak Tempat : 22 Mac 2013/ Jumaat : 7km (lelaki)/ 6 Km(perempuan) : Sekitar Kg.Cempaka dan Perkarangan Sekolah Garisan Mula Garisan Tamat : Pintu Masuk Utama : Pintu Masuk Pelajar @ Dewan Abu Hurairah SMK SUNGAI SOI Format : Berbentuk Pertandingan Antara 4 Pasukan

Hadiah /Sijil

: 15 Pelari Terpantas Setiap Kategori(medal& sijil pencapaian) : 16-100 Pelari Terpantas Seterusnya ( mata rumah sukan) : Jumlah Setiap Kategori Ialah 15 ( L/P-ABC )

Pakaian

: Pakaian Sukan SMKSS

5 . PENYERTAAN Penyertaan semua pelajar KECUALI atas arahan kesihatan. Pendaftaran dikira melalui kehadiran pelajar yang akan diambil oleh guru kelas.

6 . HADIAH Jumlah hadiah yang disediakan ialah sebanyak 90 hadiah (medal dan sijil pencapaian) Satu mata kemenangan tertentu akan diberikan kepada peserta yang sampai ke garisan penamat. Pasukan rumah yang mengutip mata terbanyak dianggap sebagai JOHAN KESELURUHAN.

7 . ANGGARAN PERBELANJAAN Bantuan Sukan Sekolah Rujuk Lampiran

8 . PERASMIAN DAN PENUTUPAN MAJLIS Majlis penutupan dan penyampaian hadiah oleh YDP PIBG 9. TENTATIF Rujuk Lampiran

10. PENUTUP Diharap aktiviti ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai objektif yang disasarkan.Kerjasama semua pihak amatlah dihargai. KOKURIKULUM TERARAH SAHSIAH PELAJAR TERSERLAH Disediakan Oleh

EN.MUHAMMAD HAIRUL MAT SU Sukan SMKSS 2013

KEWANGAN Hadiah RM 6.50 X 15 x 6 (medal + sijil) Piala Pusingan Banner Cenderahati Perasmi Minuman Pegawai (Rm10 x 20 kotak) Kain nombor (4 Rumah Sukan x RM 20.00) Jamuan pegawai (RM3.50 x 90 orang) JUMLAH = RM 585.00 = sedia ada = RM 80.00 = RM 45.00 = RM 200.00 = RM 80.00 = RM 315.00 = RM 1225.00

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ RINGGIT MALAYSIA SATU RIBU DUA RATUS DUA PULUH LIMA SAHAJA PERUNTUKKAN KEWANGAN. 1.Bantuan Sukan Sekolah : RM1225.00

Disediakan Oleh En.Muhammad Hairul Mat SU Sukan SMKSS 2013 Diluluskan oleh .

Disemak Oleh . En.Ab.Muhaimin Ab Hamid GPK Kokurikulum SMKSS 2013

Pn.Hajah Nor Hayati Bt Mohd Ghazali Pengetua Cemerlang SMK Sungai Soi 2013

ATURCARA 7.20 pagi 8.00 pagi 8.15 pagi 8.30 pagi 9.00 pagi 10.30 pagi 12.00 pagi Perhimpunan Pelajar di Dataran KOKO Mengambil Kedatangan Oleh Guru Kelas Bacaan Doa Taklimat Merentas Desa 2013 (Urusetia ) Pegawai Check Point Mengambil Kedudukan Senam Robik Pelepasan Peserta L-ABC / P-ABC Pintu Utama Sekolah Penyampaian Hadiah Dan Sijil Dewan Abu Hurairah , Pembersihan Dan Bersurai

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKSS 2013 1. UNDANG-UNDANG KEJOHANAN
1.1 Kejohanan ini tertakluk kepada mana-mana udang-undang atau peraturan AM MSSD tetapi tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat Larian Merentas Desa SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI SOI 2013 yang telah digariskan.

2. JENIS-JENIS PERTANDINGAN
2.1 Dinamakan Larian Merentas Desa SMKSS 2013

3. KATEGORI PENYERTAAN
3.1 Empat pasukan rumah 3.2 Dua bahagian 3.3 Tiga kategori penyertaan - Merah/Kuning/Biru/Hijau - Lelaki (L) & Perempuan (P) - A : Ting 4 dan 5

-B : Ting 2 dan 3 -C : Ting 1

4. PENYERTAAN
4.1 Terbuka kepada pelajar yang masih bersekolah dan berdaftar secara sah di SAPP 2013 sahaja 4.2 Setiap rumah sukan wajib menghantar peserta bagi kedua-dua kategori 4.3 Tiada borang penyertaan kerana kehadiran yang diambil oleh guru kelas dianggap sebagai syarat kelayakan. 4.4 Pelajar yang tidak memulakan larian di garisan permulaan dianggap tidak layak menyertai kejohanan.

5. PENGENALAN PESERTA
5.1 Setiap peserta hendaklah memakai kain yang mempunyai kod kategori dan warna rumah masing-masing. 5.2 Kedudukan kain berkod dan huruf hendaklah dipinkan di bahagian depan dan belakang 5.3 Peserta yang tidak memakai kain bernombor ,dibatalkan kelayakan bertanding . 5.4 Saiz dan ukuran kain : 5.4.1 Ukuran kain : 18 cm X 14 cm 5.4.2 Ukuran nombor / huruf : gunakan marker pen 5.5 Pengenalan peserta rumah RUMAH WARNA KAIN WARNA KOD DAN TULISAN Hitam Hitam Hitam Hitam KOD A / B/ C A / B/ C A / B/ C A / B/ C

6. MATA DAN KEPUTUSAN KEJOHANAN


6.1 Mata akan dikira bagi peserta yang dapat menghabiskan larian hingga nombor 20 sahaja bagi setiap kategori. Di mana peserta yang pertama yang sampai akan diberikan 20 mata, peserta kedua 19 mata dan seterusnya mata diberi kepada peserta pertama 3 mata ,peserta kedua diberi 2 mata dan 1 mata bagi peserta nombor ketiga setiap kategori. 6.2 Mata terkumpul bagi setiap kategori / rumah akan dikira dan diumumkan di akhir Kejohanan. 6.3 Penentuan kedudukan pasukan rumah dikira berdasarkan jumlah kiraan mata terbanyak bagi keseluruhan kategori. 6.4 Jika berlaku kedudukan mata yang sama (seri ) maka mata kemenangan akan diberikan berdasarkan bilangan penyertaan bagi setiap rumah .

7. BANTAHAN
7.1 Bantahan hanya boleh dibuat berhubung dengan status oeserta ,kategori ,penipuan dalam larian . 7.2 Bantahan hendaklah dilakukan serta merta tetapi tidak lewat 10 minit sebelum Keputusan muktamad diumumkan. 7.3 Bantahan rasmi hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan wang pertaruhan sebanyak RM 50.00 7.4 Jika bantahan gagal ,wang pertaruhan akan diambil dan dimasukkan ke dalam akaun PIBG.

8. HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


8.1 J/K Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Pengelola berhak meminda manamana bahagian yang difikirkan perlu.

8.2 J/K Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara berbangkit dan yang tidak bersedia dalam terma Peraturan dan syarat-syarat larian ini.

You might also like