You are on page 1of 6

Amalan Takaful Keluarga: Tuntutan dan Pengeluaran Sebahagian

537

BAB C7

AMALAN TAKAFUL KELUARGA: TUNTUTAN DAN PENGELUARAN SEBAHAGIAN


PENDAHULUAN Dalam bab ini, perbincangan akan ditumpukan kepada prosedur penyelesaian tuntutan, iaitu pelengkap kepada kitaran pengurusan risiko. C7.1 PENGENALAN Penamatan kontrak Takaful keluarga biasanya disempurnakan dengan bayaran penyelesaian tuntutan. Tuntutan boleh timbul disebabkan oleh salah satu dari situasi / kejadian berikut:1. 2. 3. 4. ketika kematian peserta; ketika sijil Takaful matang; tuntutan manfaat perubatan atau hilang upaya; tuntutan dibawah kontrak tambahan.

Ejen dan Pengendali Takaful diharapkan dapat memberi perkhidmatan yang baik supaya tuntutan dapat diselesaikan dengan cepat. Reputasi Pengendali Takaful biasanya bergantung kepada kecekapan menyelesaikan tuntutan. Maka adalah penting bagi ejen untuk membiasakan diri dengan prosedur dan dokumen yang diperlukan supaya tuntutan dapat diselesaikan dengan cepat. C7.2 PEMBERITAHUAN TUNTUTAN Apabila berlaku sesuatu perkara atau kejadian yang menyebabkan timbulnya tuntutan, waris atau pihak menuntut mesti memberitahu Pengendali Takaful dan menyediakan maklumat berikut:-

538

Amalan Asas Takaful

1. Nama dan nombor kad pengenalan peserta 2. No sijil dan alamat peserta 3. Tarikh dan sebab-sebab kematian, kecederaan atau sakit, mana-mana yang berkenaan. Pengendali Takaful akan memberitahu waris atau pihak menuntut tentang prosedur yang perlu dipatuhi dan dokumen yang diperlukan sebagai bukti berlakunya kejadian yang membawak kepada tuntutan. Oleh kerana Takaful pada asasnya adalah berdasarkan ajaran dan keperluan Syariah, para peserta Islam diingatkan bahawa prosid atau perolehan dari sijil Takaful (sekiranya tuntutan kematian) hendaklah diagihkan kepada waris-waris yang berhak mengikut fara'id. Oleh itu, penamaan seseorang dalam sijil Takaful hanya bertindak sebagai pemegang amanah untuk menerima prosid sijil, yang menjadi sebahagian daripada harta pusaka si mati, dan kemudiannya membahagi-bahagikan prosid berkenaan kepada waris yang berhak. Walau bagaimanapun, peserta mungkin ingin mendermakan keseluruhan prosid kepada bukan waris seperti wakaf atau organisasi amal. Oleh itu, perbuatan memberi (hibah) perlu dilaksanakan ketika peserta masih hidup. Apabila ini dilakukan, maka prosid bukan lagi menjadi sebahagian daripada harta pusaka itu dan tidak tertakluk kepada mana-mana agihan harta di bawah fara'id. C7.3 TUNTUTAN KEMATIAN Pihak yang menuntut atau waris perlu mengemukakan kepada pengendali Takaful dokumen yang membuktikan kematian peserta tanpa sebarang kesangsian. Sebagai tambahan kepada tiga dokumen yang dinyatakan di atas, pengendali Takaful memerlukan salah satu dokumen bukti kematian berikut:1. sijil kematian; 2. laporan bedah siasat; 3. perintah mengisytiharkan kematian secara andaian statutori, umpamanya bagi orang yang telah hilang lebih daripada 6 tahun;

Amalan Takaful Keluarga: Tuntutan dan Pengeluaran Sebahagian

539

4. sijil mengesahkan kematian pegawai tentera dan kematian dalam peperangan; 5. sijil menyatakan kematian berlaku di laut; 6. sijil perubatan dari pegawai perubatan yang terakhir merawat peserta. Pengendali juga akan meminta bukti umur peserta meninggal dunia, jika ini tidak dilakukan pada permulaan kontrak. Pengendali Takaful perlu memastikan bahawa prosid tuntutan kematian dibayar kepada orang yang berhak menerimanya. Seksyen 65 Akta Takaful 1984 secara khusus menyebut bahawa apa-apa bayaran manfaat boleh dibayar oleh Pengendali Takaful tanpa memerlukan sebarang surat probet atau surat pentadbiran, dan Pengendali Takaful dilepaskan daripada semua liabiliti berkenaan dengan jumlah yang dibayar. Walau bagaimanapun, BNM telah menyemak semula Seksyen berkenaan di mana Pengendali Takaful perlu membuat pembayaran interim sehingga ke had maksimum RM100,000 kepada orang yang berhak menerimanya dan baki bayaran akan dibuat selepas pihak yang menuntut mengemukakan surat probet atau surat pentadbiran. C7.4 TUNTUTAN HILANG UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH

Terdapat dua jenis tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh, iaitu tuntutan hilang upaya disebabkan sakit / penyakit dan hilang upaya akibat kemalangan. 1. Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh disebabkan sakit / penyakit ialah; a. laporan pengesahan perubatan yang disediakan oleh doktor yang merawat hilang upaya peserta; b. salinan kad pengenalan peserta yang diakui sah; dan c. borang tuntutan yang telah lengkap diisi. 2. Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh disebabkan kemalangan ialah:

540

Amalan Asas Takaful

a. laporan pengesahan perubatan yang disediakan oleh doktor yang merawat, setelah peserta mengalami hilang upaya; b. salinan kad pengenalan peserta yang diakui sah; c. borang tuntutan yang telah lengkap diisi; dan d. salinan laporan polis yang diakui sah. C7.5 TUNTUTAN KEMATANGAN Sekiranya peserta masih hidup sehingga akhir tempoh sijil, manfaat kematangan akan dibayar kepadanya. Pengendali Takaful biasanya akan memaklumkan kepada pemegang sijil yang sijilnya akan mencapai tempoh matang dan meminta peserta untuk mematuhi prosedur tuntutan tertentu. Pengendali Takaful akan menghantar borang pengenalan, borang kemandirian (survival) dan baucar pelepasan untuk diisi dengan lengkap oleh peserta dan mengembalikannya semula berserta dokumen sijil asal kepada Pengendali Takaful. Berikut adalah dokumen yang biasanya diperlukan bagi tuntutan kematangan: apabila peserta adalah hayat yang dilindungi:1. 2. 3. 4. bukti umur; bukti kemandirian; baucar pelepasan yang telah lengkap diisi oleh peserta; dan dokumen sijil asal

apabila peserta bukan hayat yang dilindungi:1. surat ikatan penyerahan hak atau mana-mana dokumen hakmilik lain; dan 2. satu kenyataan ringkas yang menyatakan bahawa hayat yang dilindungi masih hidup dan tidak dapat atau tidak bersedia untuk menandatangani sijil kemandirian.

Amalan Takaful Keluarga: Tuntutan dan Pengeluaran Sebahagian

541

C7.6 LAIN-LAIN TUNTUTAN Tanggungjawab untuk membuktikan tuntutan adalah terletak ditangan peserta dan dia mesti membuktikannya dan bukti tersebut mesti memenuhi keperluan Pengendali Takaful. Peserta hendaklah mematuhi semua syarat-syarat lain yang terdapat dalam kontrak. Bagi sijil perlindungan kemalangan diri, prinsip sebab hampiran adalah penting kerana mungkin terdapat lebih daripada satu sebab yang boleh membawa kepada tuntutan. Perlu diketahui bahawa jika pengendali Takaful berpendapat tuntutan itu disebabkan oleh peril yang dikecualikan, maka pengendali Takaful perlu membuktikan dakwaan tersebut. Berdasarkan amalan industri, pengendali Takaful mengeluarkan pelbagai bentuk borang bercetak yang jika diisi dengan betul, ia akan membekalkan semua maklumat yang diperlukan. Borang-borang ini, disamping memerlukan butir-butir kemalangan atau penyakit, juga mengandungi soalan-soalan lain yang bertujuan untuk menentukan sama ada asas perlindungan asal masih kekal atau telah berubah. Sekiranya pengendali Takaful berpuas hati mengenai kesahihan semua dokumen yang dikemukakan, sebarang pertanyaan lain yang telah dijawab sepenuhnya dan tidak melanggar syarat-syarat sijil, pengendali Takaful akan membayar amaun tuntutan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang keraguan atau tertakluk kepada pertimbangan khas, pengendali Takaful berhak untuk menjalankan siasatan lanjut. C7.7 DAFTAR TUNTUTAN

Ia adalah keperluan undang-undang dibawah Akta Takaful 1984, bahawa setiap pengedali Takaful hendaklah mengadakan dan menyimpan satu daftar terkini bagi semua tuntutan Takaful sebaik sahaja pengendali diberitahu mengenainya. Tiada satu pun daripada notis tuntutan ini yang boleh dikeluarkan daripada daftar ini selagi pengendali masih bertanggungjawab keatas tuntutan tersebut.

542

Amalan Asas Takaful

Daftar tuntutan ini dianggap rekod rasmi tuntutan yang dilaporkan kepada pengendali. Daftar tuntutan ini boleh disimpan dalam bentuk kad atau di atas helaian ledger atau cetakan komputer. C7.8 PENGELUARAN SEBAHAGIAN Kebanyakan Pengendali Takaful membenarkan peserta mereka membuat pengeluaran sebahagian di bawah sijil Takaful Keluarga milik mereka, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat tertentu. Amalan ini agak serupa dengan apa yang terdapat dalam insurans hayat konvensional, tetapi perbezaan utamanya ialah Pengendali Takaful tidak mengenakan faedah (interest) atas 'pinjaman' yang diambil oleh peserta, kerana wang itu sebenarnya memang milik mereka. Oleh kerana bayaran sumbangan untuk Takaful Keluarga dibahagikan kepada dua dana (Akaun Peserta dan Akaun Khas Peserta), pengeluaran sebahagian dibenarkan pada Akaun Peserta, tetapi tidak melebihi daripada 50% amaun dalam akaun ini. Peserta boleh memilih untuk membayar balik atau sebaliknya, tetapi pengiraan pulangan pelaburan ke atas Akaun Peserta akan ditolak amaun yang telah dikeluarkan. Sekiranya peserta membuat serahan sijil Takaful, pengendali akan membayar semua amaun terkumpul di dalam Akaun Peserta sahaja, tidak termasuk Akaun Khas Peserta kerana akaun ini adalah amaun yang telah didermakan oleh peserta.

You might also like