You are on page 1of 10

Pertimbangan Utama dalam Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan

551

BAB C9 PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELAN TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN


PENDAHULUAN Bakal peserta perlu menimbangkan pelbagai faktor sebelum membuat keputusan sama ada untuk mengambil bahagian dalam pelan Takaful berkaitan pelaburan. Sebelum mereka membuat keputusan, mereka perlu memahami dan mempertimbangkan objektif pelaburan mereka, ciri-ciri produk, dana-dana yang sedia ada, risiko pelaburan, tempoh / jangkamasa pelaburan, pencukaian dan prestasi pelaburan.. Dalam bab ini, kita akan meneliti setiap pertimbangan utama pelaburan sebelum bakal peserta membuat keputusan untuk melabur / mengambil bahagian dalam apa-apa pelan Takaful berkaitan pelaburan. C9.1 PENGENALAN

Adalah menjadi tanggungjawab ejen Takaful untuk menerangkan dan mendidik pelanggan mengenai produk Takaful. Modul ini akan membantu ejen-ejen Takaful memahami pengetahuan asas pelaburan seperti bagaimana untuk melabur, apakah jenis pelaburan, bila dan mengapa perlu melabur. Pelanggan perlu mengkaji dan mempertimbangkan semua aspek penting sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai pelaburan. Antara pertimbangan utama yang perlu diketahui dan difahami oleh pelanggan ialah:

1. Objektif Pelaburan 2. Dana-dana yang sedia ada 3. Risiko atau Keselamatan

552

Amalan Asas Takaful

4. 5. 6. 7.
C9.2

Tempoh / jangkamasa Pelaburan Aspek Percukaian Prestasi Pelaburan Kepelbagaian OBJEKTIF PELABURAN

Sebelum pelabur menentukan objektif pelaburan, ia perlu mengetahui objektif pelaburan. Ia akan membantu pelabur memilih instrumen pelaburan dan kelas asset yang sesuai. Secara ringkasnya, tujuan utama pelaburan ialah untuk menghasilkan dan memperolehi pertumbuhan modal, menyediakan sumber pendapatan atau kedua-duanya. Terdapat pelaburan tertentu yang memberi pulangan seperti yang dihajatkan. Sebagai contoh, seseorang membeli hartanah kerana peningkatan modal, manakala sesetengah orang membeli hartanah untuk tujuan sumber pendapatan. Objektif pelaburan juga boleh berubah mengikut keadaan atau situasi seseorang. Sebagai contoh pelaburan hartanah, ketika di usia muda mereka membeli hartanah kerana mereka inginkan pelaburan yang menjanjikan pertumbuhan modal. Kemudian, iaitu ketika zaman persaraan, keperluan untuk mempunyai sumber pendapatan tetap lebih penting dari pertumbuhan modal. Maka, pendapatan dari sewa hartanah berkenaan menjadi objektif pelaburannya. Sekiranya pelabur berminat dengan pelaburan dana terkumpul seperti dana bersama atau dana Takaful berkait pelaburan, pelabur perlu mengetahui tujuan atau objektif sebelum membuat pelaburan ke atasnya. Sama seperti instrumen pelaburan lain atau kelas aset, dana terkumpul boleh memberi pulangan / pertumbuhan modal (terutamanya pelaburan ekuiti), memperolehi pendapatan (pelaburan bon) atau kedua-duanya (dana terimbang).

Pertimbangan Utama dalam Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan

553

Tiga ciri-ciri asas objektif pelaburan ialah:

1. Keselamatan
Ia telah menjadi norma hidup manusia di mana pelabur akan sentiasa mencari instrumen pelaburan yang paling selamat dengan pulangan yang tinggi. Salah satu teori asas kewangan ialah jangkaan pulangan dan risiko mempunyai korelasi / kaitan yang positif. Dalam erti kata lain, risiko yang tinggi menjanjikan pulangan yang tinggi.

2. Pendapatan
Tindakan melabur dalam pelaburan berisiko rendah seperti sukuk atau akaun pelaburan am adalah untuk tujuan pendapatan kerana ia menyediakan aliran pendapatan yang stabil. Walaupun sukuk kadang-kadang didagangkan untuk pertumbuhan modal, tujuan utama pelaburan masih lagi mengutamakan perolehan pendapatan. Kelas aset atau instrumen pelaburan juga boleh menyediakan pertumbuhan modal dan pendapatan pada masa yang sama. Berdasarkan prinsip am pelaburan, instrumen pelaburan yang menjanjikan pertumbuhan modal dan peruntukan pendapatan semakin berkurangan atau sukar ditemui.

3. Pertumbuhan
Pelaburan dalam pasaran saham secara amnya dilakukan untuk memperolehi peningkatan modal dan walaupun ia juga boleh memberi pendapatan melalui dividen, tujuan umum melabur dalam pasaran saham adalah untuk menikmati pertumbuhan modal.

4. Objektif Pelaburan Lain a. Persaraan b. Pendidikan anak-anak c. Perubatan

554

Amalan Asas Takaful

C9.3

KEBOLEHSEDIAAN MODAL

Melabur sejumlah kecil wang mungkin benar-benar memberi keuntungan pada suatu hari kelak. Tetapi persoalannya ialah bagaimana untuk mendapatkan wang atau modal dan melaburkannya. Adalah menjadi kebiasaan apabila kita mendengar seseorang menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai baki pendapatan setiap hujung bulan sebagai alasan untuk tidak melabur. Hakikatnya, terdapat beberapa sumber dana yang boleh digunakan untuk tujuan pelaburan.

1. Pendapatan
Pendapatan mungkin diperolehi dari upah, gaji, keuntungan, bayaran dividen, sewa dan pendapatan-pendapatan lain yang diterima dalam tempoh masa tertentu. Keupayaan untuk mengenal pasti setiap pendapatan yang diterima, setiap sen yang dibelanjakan dan ke mana wang tersebut dibelanjakan adalah amat kritikal; lebih-lebih lagi jika kita merasakan yang kita tidak mempunyai wang untuk dilaburkan. Bajet yang betul akan membantu dalam perancangan sumber atau dana untuk tujuan pelaburan.

2. Wang Tambahan
Ramai di antara kita mendapat wang tambahan dari semasa ke semasa, termasuk pemberian hadiah wang ketika harijadi, percutian, kerja lebih masa, bonus dan bayaran insentif. Wang durian runtuh inilah yang akan menjadi sumber utama modal pelaburan. Peruntukkan sekurang-kurangnya separuh daripada wang durian runtuh tersebut dan depositkan ke akaun simpanan atau akaun pelaburan. Oleh kerana bajet bulanan berdasarkan sepenuhnya dari pendapatan tetap bulanan dan bukannya dari wang tunai tambahan ini, maka ini adalah antara cara menyediakan modal pelaburan yang tidak menyakitkan.

Pertimbangan Utama dalam Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan

555

3. Bil Pelaburan Anda


Anggaplah akaun pelaburan anda sebagai satu lagi bil yang perlu dibayar setiap bulan. Tetapkan matlamat pelaburan bulanan yang realistik, dan gunakan konsep bayaran untuk diri sendiri dan simpan wang tersebut setiap bulan. Tetapkan satu matlamat yang realistik - mulakan pelaburan serendah RM50 sebulan. Apa yang penting ialah untuk memulakannya dan mula menanamkan disiplin fiskal yang diperlukan. Apabila anda baru bermula, di mana untuk meletakkan dana pelaburan tidak penting kerana yang lebih penting ialah hakikat bahawa kita berjaya menyimpan wang secara konsisten. C9.4 RISIKO ATAU KESELAMATAN

Disebabkan wujudnya perkaitan yang rapat antara risiko dan pulangan, pelanggan perlu sedar toleransi risiko peribadi masingmasing apabila memilih pelaburan untuk portfolio mereka. Bersedia menghadapi risiko adalah harga yang perlu dibayar untuk mendapat keuntungan / pulangan. Oleh itu, jika pelanggan ingin mencari keuntungan, dia tidak boleh menolak semua risiko. Matlamatnya ialah untuk mencari keseimbangan - pelaburan yang menjana keuntungan yang berpatutan dan pelanggan masih boleh tidur lena di waktu malam. Sekiranya pelanggan ingin mendapat kadar pulangan yang lebih tinggi, dia mesti bersedia untuk mengambil risiko yang lebih tinggi juga. C9.5 TEMPOH/JANGKAMASA PELABURAN

Tempoh / jangkamasa pelaburan merujuk kepada tempoh masa bagi pelabur menyimpan pelaburan sekuriti atau portfolio pelaburannya. Tempoh masa pelaburan ialah berapa lama pelabur perlu menunggu sebelum boleh menjual pelaburannya. Ini merupakan suatu konsep penting apabila pelabur cuba untuk memutuskan apakah bentuk pelaburan yang sepatutnya ada dalam portfolionya. Prospek pelaburan digunakan untuk menentukan keperluan pendapatan pelabur dan

556

Amalan Asas Takaful

pendedahan risiko yang diingini, yang kemudiannya digunakan untuk membantu dalam memilih sekuriti / pelaburan. Pelabur yang tidak memerlukan wang dalam jangkamasa pendek boleh memiliki portfolio pelaburan yang lebih berisiko berbanding dengan seseorang yang memerlukan wang dalam jangkamasa pendek. Oleh kerana tempoh pelaburan meningkat mengikut masa, ekuiti mewakili risiko tinggi-pulangan terlaras berbanding dengan sekuriti pendapatan tetap dan wang tunai. Untuk tempoh pelaburan jangka pendek, ekuiti menjadi kelas aset yang lebih berisiko kerana ia membawa tahap kemudahruapan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, seorang profesional muda harus melabur dalam ekuiti kerana tempoh masa yang ia ada mungkin 30 tahun atau lebih. Untuk seseorang yang hampir bersara pula, pengekalan modal menjadi lebih penting, dan oleh itu pelaburan pendapatan tetap adalah lebih sesuai. Beberapa strategi dagangan, terutamanya yang berdasarkan analisis teknikal, boleh menggunakan tempoh pelaburan hari, jam atau minit. Secara amnya, tempoh masa dalam pelaburan mungkin bersifat jangka pendek, sederhana atau jangka panjang. Berikut adalah beberapa definisi umum mengenai tempoh masa pelaburan dan tahap risiko yang wujud. Perlu diingat bahawa definisi di atas adalah tidak standard dan dinyatakan secara sambil lalu sahaja. 1. Jangka Pendek Jangka pendek sering ditakrifkan sebagai kurang daripada 3 tahun, dan mungkin tidak sesuai untuk saham, hartanah atau lainlain jenis pelaburan yang mempunyai tahap mudahruap yang tinggi dan risiko yang besar kepada modal pelaburan. Dana sukuk jangka pendek dan sijil deposit sering dinamakan sebagai pilihan terbaik untuk pelabur jangka pendek.

Pertimbangan Utama dalam Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan

557

Pelabur biasanya tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan wang mereka dan mereka mesti melabur dalam sekuriti yang dijamin seperti akaun simpanan dividen- tinggi atau sijil deposit. Dana jangka pendek perlu dilabur dalam pelaburan yang berisiko sangat rendah seperti sijil deposit, simpanan sukuk dan sekuriti Perbendaharaan. Pelabur boleh membina urutan bon supaya dana matang setiap beberapa bulan, dan ia sentiasa tersedia bila diperlukan atau dilaburkan semula dalam pasaran sukuk jangka pendek yang lain. Teknik ini juga mengambil kesempatan daripada kenaikan kadar keuntungan. Apabila dana matang, ia dilaburkan semula dalam sekuriti yang menjanjikan kadar pulangan yang lebih tinggi.

2. Jangka Sederhana
Tempoh masa untuk pelaburan jangka sederhana ini mungkin dalam lingkungan 3-10 tahun. Pelaburan yang bergantung kepada tempoh masa ini boleh dianggap sebagai berisiko rendah, sukuk bertempoh sederhana atau stok dan bon pelbagai yang berwajaran berat terhadap sukuk berisiko rendah. Jenis pelaburan jangka sederhana ini menetapkan nisbah campuran yang konservatif iaitu 70% sukuk dan 30% ekuiti.

3. Jangka Panjang
Ia adalah pelaburan untuk tempoh sepuluh tahun atau lebih, yang membolehkan pelabur memilih untuk mendapatkan pulangan yang berpotensi lebih tinggi dengan menanggung risiko yang lebih. Saham dan hartanah boleh memberikan pulangan yang tertinggi, dengan syarat pelabur selesa dengan risiko yang perlu dihadapi. Tempoh masa ini boleh meliputi pelaburan yang paling berisiko tetapi perlu diingat bahawa pelaburan ekuiti mempunyai tempoh

558

Amalan Asas Takaful

yang sangat panjang dengan pulangan yang rendah. Oleh itu, pelabur dinasihatkan agar menyertakan pelaburan yang mempunyai komponen pendapatan tetap, mungkin dengan nisbah 75% ekuiti dan 25% sukuk. Nisbah ini boleh diselaraskan jika perlu untuk mencari keseimbangan dan ketenangan fikiran. Modal yang diperuntukkan untuk matlamat jangka panjang harus dilaburkan dalam sekuriti yang menawarkan kenaikan nilai modal dan pertumbuhan. Stok menyediakan kedua-dua kriteria tersebut. Pelabur yang inginkan pelaburan 'satu saiz sesuai untuk semua' dinasihatkan membuat pertimbangan terhadap dana bersama terimbang yang melabur dalam saham-saham, bon, dan pelaburan tunai. Pengurus dana akan memutuskan peratusan pelaburan bagi setiap kumpulan berdasarkan keadaan pasaran dan keadaan ekonomi. Portfolio dana saham bersama atau ETF, dana pertukaran dagangan, saham mewah, dana modal besar atau sederhana dan dana antarabangsa. Pelaburan sukuk jangka pendek dan sederhana juga patut diberi pertimbangan. C9.6 ASPEK PENCUKAIAN

Antara faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pelanggan ialah aspek pencukaian. Ini adalah kerana jenis pelaburan yang berbeza akan menerima layanan pencukaian yang berbeza juga. Adalah penting bagi pelanggan untuk mengetahui aspek-aspek pencukaian bagi pelaburan yang berbeza sebelum dia membuat apa-apa keputusan mengenai pelaburan. C9.7 PRESTASI PELABURAN

Prestasi pelaburan ialah pulangan ke atas portfolio pelaburan. Portfolio pelaburan boleh mengandungi satu jenis aset atau pelbagai aset. Prestasi pelaburan diukur dalam tempoh masa yang tertentu dan dalam mata wang tertentu. Pelabur sering membezakan jenis pulangan.

Pertimbangan Utama dalam Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan

559

Terdapat perbezaan di antara jumlah pulangan dan pulangan harga, di mana jumlah pulangan mengambilkira pendapatan (faedah dan dividen), manakala pulangan harga hanya mengambil kira peningkatan modal. Perbezaan lain adalah antara pulangan bersih dan pulangan kasar. Pulangan bersih yang betul-betul tulen untuk pelabur ialah pulangan bersih semua yuran, perbelanjaan dan cukai diambilkira, manakala pulangan kasar yang tulen ialah pulangan sebelum semua yuran, perbelanjaan, dan cukai. Pelbagai variasi timbul mengenai perbezaan di atas. Apakah bentuk pulangan yang diingini bergantung kepada kaedah penilaian yang digunakan. Sebagai contoh, jika seseorang ingin mengikut keupayaan pengurus pelaburan untuk menambah nilai pelaburan, maka pulangan selepas ditolak perbelanjaan urus niaga; tetapi pulangan kasar yang meliputi semua yuran, perbelanjaan dan cukai adalah satu langkah yang sesuai untuk diambil kira kerana yuran, perbelanjaan dan cukai-cukai lain (selain dari perbelanjaan urus niaga) adalah di luar kawalan pengurus pelaburan. Satu lagi perbezaan yang ketara ialah perbezaan diantara pulangan berwajaran wang dan pulangan berwajaran masa. Pulangan berwajaran wang lebih sesuai sekiranya pengurus menentukan tempoh masa aliran tunai masuk atau aliran tunai keluar daripada portfolio. Sementara pulangan berwajaran masa lebih sesuai sekiranya pengurus tidak dipertanggungjawabkan untuk menentukan tempoh masa aliran tunai masuk ke portfolio dan aliran tunai keluar dari portfolio. Prestasi pelaburan bergantung kepada faktor-faktor berikut: 1. Keadaan ekonomi negara 2. Keadaan ekonomi serantau dan global 3. Kecekapan dan keupayaan pengurus dana 4. Tahap kos syarikat yang dilaburkan 5. Pencapaian masa lalu 6. Sejarah syarikat yang dilaburkan 7. Kitaran hayat pelaburan

560

Amalan Asas Takaful

C9.8

KEPELBAGAIAN

Kepelbagaian pelaburan didefinisikan sebagai proses melabur di dalam:

a. Kelas aset - saham, sukuk dan tunai secara amnya tidak


mempunyai kaitan atau korelasi antara satu sama lain, oleh itu memiliki beberapa unit pelaburan dalam setiap kelas aset akan membantu mempelbagaikan portfolio pelaburan. b. Industri - Jika anda memiliki saham secara langsung atau dalam dana unit amanah, pastikan ada kombinasi yang mencukupi daripada industri yang berbeza. c. Negara - Kebanyakan pelabur cenderung untuk memiliki ekuiti yang terlalu banyak di negara asal mereka dan ini akan mengurangkan kemampuan untuk mempelbagaikan pelaburan mereka. Ia juga bermaksud pelabur perlu membuat pelaburan yang tidak tertumpu hanya kepada sesebuah syarikat, industri, negara dan juga kelas aset. Pepatah ada mengatakan, Jangan letakkan semua telur anda dalam satu bakul. Prinsip yang sama terpakai untuk melabur - meletakkan pelaburan ke dalam bakul yang berbeza. Jika sesetengah daripada bakul pelaburan tersebut gagal, maka kerugian masih boleh dikawal. Biasanya wujud kecenderungan untuk meletakkan peratusan besar portfolio ke dalam satu saham atau jenis pelaburan diyakini akan berjaya, tetapi apa yang akan berlaku jika kita tersalah pilih? Pelaburan akan lenyap kesemuanya! Mempelbagaikan pelaburan ke dalam kelas aset yang berbeza, industri, negara dan juga mata wang akan membantu melindungi dari mengalami kerugian besar.

You might also like