Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Seni Kaligrafi Islam- Seni Khat

Seni Kaligrafi Islam- Seni Khat

Ratings: (0)|Views: 269 |Likes:
Published by Nurhi Akin
Seni Kaligrafi Islam, Seni Khat
Seni Kaligrafi Islam, Seni Khat

More info:

Published by: Nurhi Akin on May 13, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/06/2014

pdf

text

original

 
SENI KALIGRAFI ISLAM – SENI KHATPengenalan
Seni merupakan suatu unsur yang sangat berkait rapat dengankehidupan manusia. Seni merupakan hasil daripada gambaran yang terdapatdalam pemikiran manusia dan dihasilkan dalam pelbagai bentuk sepertitulisan, ukiran, lukisan dan sebagainya. Kesenian Islam merupakan hasilkarya ciptaan manusia yang berteraskan kepada ciri-ciri Islam. Denganmengkaji kesenian Islam tersebut, maka kita akan dapat memahami danmenghayati kehalusan seni yang terdapat dalam sesebuah tamadun Islam.Islam bukan sahaja membenarkan kesenian dengan berbagai-bagai caranya,tetapi ia menggalakkan perkembangan kesenian tersebut. Namun demikiankebenaran Islam haruslah menepati dan seiring dengan syariat Allah S.W.T.Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah S.W.Titu indah dan kasih kepada yang indah”.Keistimewaan kesenian Islam iaitu dari segi kaligrafinya. Seni kaligrafiIslam atau lebih sinonim dengan nama “seni khat” merupakan khazanahtertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islamyang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islamteradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dannilai keIslamannya. Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayaidihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Akan tetapi, sistem penulisankhat ini terbukti telah bermula sejak zaman Rasulullah S.A.W. sehinggazaman sahabat dan diikuti dengan zaman-zaman pemerintahan Islam yanglain seperti zaman kerajaan Umawiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaanMughal, kerajaan Islam di Andalus dan lain-lain zaman. Kesenian kaligrafi inimempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri.Seni kaligrafi Islam seringkali dikaitkan dengan seni khat. Kaligrafi secara
 
umumnya mempunyai maksud seni penulisan yang indah. Apabila ianyadikaitkan dengan Islam, membawa kepada seni penulisan Islam yang indahiaitu tulisan khat. Perkataan kaligrafi ini bearasl dari bahasa Yunani iaitu“kalios” yang bererti indah dan graphia yang bererti tulisan. Seni inidiciptakan dan dikembangkan oleh kaum Muslim sejak kedatangan Islam.Sebagai bahasa yang memiliki karakter lembut dan artistik, huruf Arabmenjadi bahan yang sangat kaya untuk penulisan kaligrafi. Kaligrafi Islam ini juga sangat berkaitan dengan Al-Quran dan hadis kerana sebahagian besartulisan indah dalam bahasa Arab menampilkan ayat al-Quran atau hadis NabiS.A.W..Seni khat ini merupakan salah satu bidang kesenian yang amatdiminati oleh orang Islam. Keindahannya diabadikan di bangunan-bangunan,kubah masjid, seramik kaca selain diukir diatas kayu dan logam. Darisemasa ke semasa sejak zaman Rasulullah S.A.W. hingga hari ini, seni khatterus berkembang dan meningkat pencapaian dan kecemerlangannya. Senikhat ini juga telah menghasilkan pelbagai seni reka bentuk khat. Selepas100 tahun kewafatan Rasulullah S.A.W. seni ini telah berada dipuncakkegemilangannya.Seni khat bukan sahaja berperanan mengabadikan Al-Quran dalambentuk tulisan akan tetapi juga turut mengabadikan sebahagian ayat dari Al-Quran tersebut di bangunan-bangunan masjid, rumah dan sebagainya. Ahlikhat bukan sahaja terdiri dalam kalangan orang Arab bahkan pelbagaiketurunan Islam yang lain diseleruh dunia termasuk Parsi, Turki, India,Melayu dan lain-lain lagi. Perkembangan seni khat diseluruh dunia pesatsekali, seiring dengan perkembangan dakwah Islamiyyah dan ilmu Islam. Terdapat pelbagai jenis bentuk khat yang ditulis. Antaranya ialah khatnasakh, thuluth, rihan, muhaqqaq, tauqi’, riq’ah, diwan, ta’liq, nasta’liq danlain-lain. Namun yang demikian, seni khat yang tertua ialah khat kufi. Khatnasakh mula terkenal dan diminati mulai abad kelima masihi. Ia sebenarnya
 
merupakan khat kufi yang diubahsuai oleh Qutabah. Khat ini diperkenalkanoleh al-Dhahaq bin Iljan. Khat kufi ini berkembang dengan pesat pada zamanpemerintahan Bani Abbasiyyah. Muhammad bin Muqalan, merupakan salahseorang menteri di Abbasiyyah yang mahir dalam penulisan khat jenis al-Duri. Diantara ahli khat yang terkenal ialah Ibrahim al-Syujairi yangmenghasilkan khat jenis al-Jalil, al-Thuluthain dan al-Thuluth. Yusuf al-Syujairipula merupakan tokoh terkenal dalam bidang ini. Beliau menghasilkan khat jenis al-Riayasi. Begitu juga dengan al-Hasan al Naqulah, Muhammad al-Samsari, Muhammad bin Asad, Abu Hasan Ali bin Hilal (Ibnu al-Bawwab-terkenal kerana telah menulis Al-Quran dengan pelbagai gaya dan bentuktulisan. Ada pendapat mengatakan sebanyak 64 buah Al-Quran pelbagaigaya tulisan tetapi sebahagian besar karyanya hilang atau terbakar), Syeikh Jamaluddin Taqut al-Mustakami dan ramai lagi tokoh penulis khat yangterkemuka. Seni khat ini diambil alih oleh orang Mesir, India dan Turkiselepas kejatuhan Baghdad. Seni ini menjadi semakin terkenal sehinggatertubuhnya beberapa institusi khat di pelbagai negara Islam.
Asal Usul Seni Khat
 Terdapat beberapa pendapat dalam mengatakan asal-usul khat.Antaranya ialah, pendapat pertama menyatakan khat adalah anugerahdaripada Allah S.W.T. kepada manusia. Allah S.W.T telah mengajar ilmu dancara menulis kepada Adam a.s dan diwarisi turun temurun sehingga kini.Ibnu Khaldun juga menyatakan bahawa tulisan jenis masnad berasaldaripada Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Munzir diHeart. Tulisan ini lahir pada zaman kerajaan Saba’ di Himyar. Terdapat jugapendapat yang menyatakan tulisan ini berasal dari Heart dan akhirnya keHijaz. Selain itu juga, ada yang menyatakan khat berasal daripada finiqi yangdiambil daripada huruf Mesir purba. Akan tetapi, kebanyakan ahli sejarahbersetuju dengan pendapat yang terakhir iaitu khat berasal berasal daripadatulisan Nabati (Ramali). Ia sampai ke Hijaz melalui dua jalan iaitu jalan dekatdari Nabati ke Batra ke Ula, ke Madinah dan Makkah serta jalan jauh iaitu

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Fadil liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->