You are on page 1of 41

PJM3106

Sistem Rangka:
~ Struktur Tulang ~Fungsi Tulang ~Perkembangan & Pertumbuhan Tulang

Sistem Rangka
Sistem rangka terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, katrij, dan sendi. Tulang adalah tisu keras yang mempunyai lapisan luar yang kuat dan lapisan dalam yang berongga. Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang-tulang tersebut atau rawan yang boleh bergerak dan memberi sokongan dan kekuatan sendi.

Sendi adalah tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan. Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu sendi tanpa gerak (synarthroses), sendi yang mempunyai gerakan terhad (amphiarthroses) dan sendi yang boleh bergerak bebas (diathroses). Kartilej adalah tisu yang kurang keras dan lebih fleksibel daripada tulang. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi.

Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia yang mempunyai lapisan luar yang kuat, keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sum-sum. Perkataan skeleton berasal dari perkataan greek iaitu badan yang telah dikeringkan. Sistem rangka adalah asas terhadap seluruh badan kita yang terbentuk. Tulang kita adalah ringan tetapi kuat lalu memberikan kita kemudahan untuk bergerak selain memberi kita perlindungan.

Sistem Rangka

Ligamen

Tendon

Sendi

Kartilej

Tulang

Ligamen Tisu berfiber yg menyambung dua atau lebih tulang

Sendi Bahu

Tendon Tisu penyambung yang menyambug otot ke tulang Ligamen Tendon Kartilej Tisu lembut yang menyaluti hujung tulang

FUNGSI SISTEM RANGKA


SOKONGAN PERLINDUNGAN PERGERAKAN PEMBENTUKAN SEL-SEL DARAH PENYIMPANAN MINERAL

2.2 FUNGSI SISTEM RANGKA


Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu: Sokongan Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisutisu lembut dan organ-organ tubuh. Contoh:- Otot rangka dilekatkan pada tulang-tulang rangka. Perlindungan Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti pelvik melingkari dan melindungi organ-organ penting. Contoh:Tengkorak melindungi otak. Pergerakan Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksi pada sendi. Contoh:- Sendi siku-ulna dan humerus.

Pembentukan sel-sel darah Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan sel-sel darah merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang terlibat termasuklah sternum, sebahagian daripada pelvis, femur dan humerus.

Penyimpanan mineral Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan fosforus yang menjadikan tulang-tulang tegar dan rintang terhadap tekanan. Mineral-mineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain tubuh apabila diperlukan. Contoh:- Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan kalsium dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang yang lain seperti untuk penguncupan otot.

Klasifikasi Tulang

Tulang Panjang

Tulang Pendek

Tulang leper/pipih

Tulang tak sama bentuk

KLASIFIKASI TULANG
Tulang Panjang

Tulang Leper/pipih

Tulang Tak Sama Bentuk Tulang Pendek

STRUKTUR TULANG PANJANG


Kartilej Epifisis Proksimal Garisan epifisal

Endosteum
Periosteum Tulang berongga Tulang mampat Kaviti medulari Sum-sum kuning

Diafisis

Arteri nutrien

Epifisis Distal

PEMBENTUKAN TULANG
Sel-sel pembentuk tulang (osteoblas)
Rembes fiber yg memerangkap mineral

Osteosit

Osteoklas

Sel-sel yang melarutkan tulang

Osifikasi tulang
Kartilej
OsteoblasMenyaluti kartilej

Tulang di luar Kartilej di dalam


Osteoklas Melarutkan Kartilej di dalam

Medula kaviti

2.3 KLASIFIKASI TULANG


Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya: 2.3.1 Tulang panjang - secara umumnya tulang-tulang ini lebih panjang, lebar dan berfungsi sebagai tuas. - kebanyakannya tulang mampat. - Contoh:- Tulang pada tangan (humerus, radius , ulna, metakarpal dan falanges) dan kaki (femur, tibia, fibula, metatarsal, falanges) kecuali pergelangan tangan dan kaki.

2.3.2 Tulang pendek - tulang-tulang ini berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang yang tertutup. - berperanan memindahkan daya. - tulang-tulang ini berongga. - Contoh:- Tulang-tulang pergelangan tangan (karpal) dan pergelangan kaki (tarsal). 2.3.3 Tulang leper/pipih - berbentuk pipih, nipis dan melengkung. - berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya. - Contoh:- Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum.

2.3.4 Tulang tak sama bentuk - berfungsi sebagai tempat pelekatan otot atau artikulasi. - Contoh:- Tulang-tulang vertebra (servikel, torasik, lumbar, sekrum, dan koksiks) dan tulang telinga tengah (stapes, inkus, maleus).

2.4 STRUKTUR TULANG PANJANG

Rajah 1.3

Struktur Tulang Panjang

2.4.1 - Epifisis terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang dan terdiri daripada lapisan nipis tulang mampat yang melingkari kawasan tulang yang berongga. - Epifisis dan diafisis terpisah oleh plat epifiseal yang merupakan kawasan aktiviti pembiakan sel-sel yang terlibat dalam tumbesaran tulang secara memanjang. - Plat epifiseal ini digantikan dengan garisan epifiseal apabila tumbesaran tulang terhenti pada akhir remaja.
2.4.2 - Diafisis adalah tulang mampat yang disaluti dan dilindungi membran tisu penghubung berfiber yang dikenali sebagai periosteum. - Diafisis melingkari kaviti medulari yang mengandungi sum-sum kuning tulang.

2.4.3 - Periosteum mempunyai lapisan luar bergentian dan lapisan dalam bersel. - Melainkan di antara kaviti sendi, lapisan superfisial tulang panjang yang melindungi semua tulang panjang dibaluti oleh periosteum. - Periosteum: Mengasingkan tulang daripada tisu-tisu di sekelilingnya. Menyediakan laluan peredaran dan pembekalan saraf. Terlibat secara aktif dalam pertumbuhan dan pembaikan tulang.

2.5 PERKEMBANGAN TULANG


2.5.1 Pembentukan Tulang i) Sel-sel tulang - tulang terdiri daripada sel tulang fiber-fiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat. - Sel-sel pembentuk tulang (osteobles) merangkap fiber-fiber yang memerangkap mineral. - Sel-sel tulang yang dilingkari mendapan mineral ini kemudiannya menjadi sel-sel matang (osteosit). - Tulang juga mempunyai sel-sel yang melarutkan tulang (osteoklas). - Osteoblas dan osteoklas bersama-sama bertindak untuk sentiasa mengubah ketumpatan dan bentuk tulang. - Osteoblas lebih aktif pada mereka yang muda. - Osteoklas lebih aktif pada mereka yang berumur.

ii) Osifikasi tulang -Tulang dibina dari kartilej dan tulang. - Pada embrio, kabanyakan dari tulang-tulang rangka terbina dari kartilej hailin dan kemudiannya digantikan dengan tulang pada kanak-kanak. - Pada pembentukan tulang atau osifikasi bagi kebanyakan tulang rangka melibatkan dua peringkat: Peringkat pertama
Osteoblas menyaluti sepenuhnya model kartilej hailin dengan bahan matriks bermineral. Ini mewujudkan tulang-tulang yang berkatilej di sebelah dalam dan bertulang sebenar di sebelah luar.

Peringkat kedua
Model berkartilej hailin di sebelah dalam tulang tersebut dilarutkan osteoklas untuk membentuk kaviti medulari.

- Model kartilej hailin telah digantikan dengan tulang sewaktu bayi dilahirkan kecuali dua kawasan pada tulang iaitu kartilej artikular yang menuto kedua-dua hujung tulang dan plat epifiseal.

KEPERLUAN UNTUK TUMBESARAN TULANG SECARA NORMAL


1. Garam Mineral - Kalsium dan fosfat

2. Vitamin - Vitamin A, D dan C

3. Hormon - Hormon tiriod, hormon tumbesaran dan hormon seks

2.5.2 Tumbesaran Tulang Arah Tumbesaran - Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja. - Semasa kanak-kanak, plat epifiseal adalah kawasan bagi tumbesaran secara memanjang bagi tulang-tulang panjang. - Pada akhir akil baligh, bila mana tumbesaran tulang hampir lengkap, hormon-hormon seks merencatkan pembahagian sel-sel pada plat epifiseal dan menjadikannya nipis. - Pada umur 18 tahun, sel-sel pada plat epifiseal berhenti membiak tetapi osifikasi terus berlaku sehingga 8 tahun seterusnya. - Pada peringkat ini, diafisis bersatu dengan epifisis dan garisan epifiseal menggantikan plat epifiseal. - Semasa tumbesaran, diameter tulang akan bertambah kesan daripada pertambahan beban ke atas tulang.

2.5.3 Keperluan mineral, vitamin dan hormon.


Garam mineral i. Kalsium dan fosfat - tumbesaran tulang. ii. Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk tumbesaran dari segi pertambahan saiz dan berat tulang sejak di peringkat pra natal lagi. Vitamin i. Vitamin A, D dan C tumbesaran tulang. ii. Vitamin D merangsang penyerapan serta mengangkut kalsium dan fosfat ke dalam tulang. Ini membolehkan struktur menjadi lebih kuat. iii. Vitamin A dan C tumbesaran dan membaiki tisu-tisu tulang yang rosak. Hormon i. Hormon-hormon tiroid, hormon tumbesaran dan hormon seks diperlukan untuk tumbesaran tulang.

JENIS-JENIS SENDI
Tidak bergerak ( synarthroses)

Gerakan terhad (amphiathroses)

Gerakan bebas (diathroses)

JENIS-JENIS SENDI (PERGERAKAN)

1. Gelungsur 3. Sirkumduksi

2. Bersudut

4. Putaran

JENIS-JENIS SENDI (STRUKTUR)


Sendi Fibrous

Sendi Cartilaginous

Sendi Synovial

JENIS-JENIS SENDI SINOVIAL

Sendi gelungsur

Sendi kondil (Condyloid joint)

Sendi Engsel (hinge joint)

Sendi Pelana

Sendi paksi (pivot joint)

Sendi lesung

2.6 JENIS-JENIS SENDI

2.6.1 Sendi Berdasarkan Fungsi

Rajah 1.4

Jenis Sendi Sinovial

2.6.2 Sendi Berasaskan Struktur

Fungsi

Struktur

Contoh Sendi

Contoh Pergerakan

Fungsi

Struktur

Contoh Sendi

Contoh Pergerakan

2.6.3 Jenis-Jenis Pergerakan


Jenis Penerangan Contoh

Jenis

Penerangan

Contoh

Rajah 1.5

Model RIngkas Pergerakan Artikular

You might also like